Persepsi.




Assalamualaikum.

Pernah tak engko judge orang tanpa engko kenal siapa dia? pernah tak engko benci
orang dengan bersebab sebesar zarah then engko kutuk dia? pernah tak engko tak suka
seseorang itu sebab perangai tak semengah yang padahal langsung tak mengganggu
gugat keharmonian hidup engko? pernah tak babe?

Dan pernah engko menyampah dengan seseorang sebab muka dia selalu serius
tak reti nak senyum? lalu engko noktahkan segala buruk dia dengan satu kebencian.

Dan satu saat engko tertanya sendiri--

Kenapa aku perlu benci dia? apa salah dia sampai aku tanam titik hitam dalam hati?
sehingga engko tak tahu apa salah dia pada engko.

Then. the rasa tersebam muka ke jalan moment bila orang yang engko benci tanpa
sebab kukuh dalam diam tu sebenarnya yang tolong engko waktu engko memang
betul perlukan pertolongan waktu itu.

Paling deep. orang yang engko dah anggap musuh since langsung tak bertegur
then bila jumpa semula tolong engko kemudian jadi macam kawan rapat boleh bergurau
senda siap. engko rasa?

Then mula engko terflashback semula sambil tatap dia. mungkin masa tu engko akan
rasa termalu sendiri dengan diri sendiri.

Pernah engko terfikir. mungkin Allah hantar dia untuk engko nilai baik buruk yang selama
ni engko pandang buruk dia je at the same time Allah mempermudahkan urusan engko
melalui dia? Allah. indah kan hikmah tu.

Ya, kita manusia. persepsi kita bercanggah terhadap seseorang. kita senang judge
orang melalui sekilas pandang. tanpa kita realise padahal cela kita lagi bersepah
berbanding dia.

Kita cepat nak benci orang sebab kita tak suka cara dia. tanpa kita perasan padahal
berjuta manusia lagi diluar sana benci kita sebab diri kita lagi berterabur cacat dosa.

Kita judge orang macam kita tak pernah buat dosa. macam kita terlalu sempurna nak
nilai orang itu ini. macam kita suci sampai buruk orang sebesar zarah pun buat kita
berdendam tak sudah. padahal kalau kita benci dia pun, orang tu tak luak apa pun dari kita.
jadi. kenapa nak tambah titik hitam dalam hati tu? cantik ke hati jadi hitam? suka?

Muhasabah diri. sebab mana tahu one day orang yang engko benci tu yang jadi orang
pertama tolong engko bila susah sebelum kawan baik yang engko anggap antara orang
pertama tolong engko waktu susah. fikir.

Waktu tu engko akan malu sendiri--

Dan 'engko' itu adalah aku.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)

Part 10: Another seven weeks (LI)




Dari kiri aku. yana dan kak Aisyah. kami sedang berbincang macam mana kuda boleh terbang
lalu tersadai atas pokok. ehh seronok nau aku gelak sampai mata sepet.

Padahal aku tongkat lutut je tu. boleh nampak lagi separuh muka. conpius aku--

Assalamualaikum. alhamdulillah another seven weeks to go. aku tak tahu nak rasa apa
sekarang. tapi rasa aku lebih kepada sayangnya nak tinggal ofis yang banyak ukir
kenangan manis pahit. tapi bagi aku banyak kenangan manis.

Pahit pun sebab kena marah je pun. kata jiwa kental. apadehal. dan aku boleh kira
dengan jari je berapa kali aku kena marah sebab hal remeh. bagi aku tak perlu kot
sampai nak masuk ke hati. tak.

Engko kena bersyukur kalau engko dapat ofismates yang baik dan sporting. sebab aku
rasa practical student sekarang dekat luar sana ramai derita dan stress dapat
staff yang kaki gosip dan mengumpat tak habis. macam dah jadi budaya.

Bila dah practical. satu benda engko kena terima hakikat--

Buang rasa sensitif. sebab dekat sini tempat engko nak belajar. kena marah sebab
benda yang remeh pun engko kena terima. dekat sini tak ada masa nak terasa hati
bagai sebab tak ada siapa pun nak dulik perasan engko. tahu?

Jiwa kena kental. since engko kena masuk ke alam suasana pekerjaan ni. tiada istilah
merajuk ke apa. benci kena marah then tak nak buat kerja. woi engko datang sini
nak belajar ke nak tunjuk perasaan? perangai kebudakan mohon tinggal dekat rumah
semua ye.

Aku ada je kena marah dengan guider aku. bagi aku kena marah tu normal sangat lah.
sebab kena marah lah, engko akan cepat belajar sesuatu benda tu. serious talk.

Bila umur dah cecah 20 tahun ni. dah banyak benda aku lalu buat aku jadi lagi matang.

Aku kena marah. ada je aku sentap. ada je rasa nak menangis. ada je rasa air muka
jatuh bila kena marah pula depan rakan sepraktikal yang lain. engko rasa? tapi tak ada
pula aku nak tweet dekat twitter. post dekat facebook segala. tak ada.

Aku rasa itu tak memalukan walaupun kena tegur macam buat salah besar ya rabbi.
salah susun fail ikut abjad? perlu ke sampai nak tweet pebenda? be matured.

Bagi aku. itu memang totally salah aku. aku buat sambil lewa. kalau tak ada yang tegur
aku maybe next time aku akan menyambil lewa lagi. so bila ditegur ni, lain hari aku akan
lebih alert. 

Siapa tak pedih bila kena marah or tegur secara sinis. pedih tu memang pedih. tapi
engko kena fikir semula. sebab apa kena marah? ada ke orang saje saje tak ada kerja
nak marah engko? fikir.

Kalau kena tegur sebab aku salah buat yang memang dalam bidang aku memang aku
rasa tebal muka. tapi biasanya aku kena marah sebab tak pandai guna mesin fotostat.
sebab salah susun fail. sebab tak kreatif waktu susun resit-resit syarikat klien.
luar bidang kan? ha-ha-ha pity me.

Jadi dari situ aku cuba adapt. aku tak sangka pulak dalam susun resit pun kena ada
kreatif semua tu. 

Nak tweet dan bagitahu satu dunia yang engko kena marah dengan si polan bin si polan
ni pun tak bagus juga sebenarnya. nanti orang nampak engko yang buruk bukan
si polan tu. 

"Keperibadian dan cara awak melambangkan siapa diri awak".-umi

Bila cakap pasal buruk ni memang seronok. dulu aku pun seronok gak rasa dapat
burukkan orang. tapi bila engko dah masuk zaman dewasa engko akan rasa benda tu
sia-sia. bila kita burukkan orang, orang lain yang akan nampak buruk kite. roda kan?

Dah aku nak sambung kerja. assalamualaikum.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)

Part 9: Practicalmates (LI)






Gambar tiada kekualitian. padahal Afiqah dah pakai Iphone dia kot. ergh. kenangan
ni woi. 

Assalamualaikum. macam tak sedar. now dah masuk minggu kesebelas. fuh sangat
pejam celik pejam celik sungguh. another nine weeks left. 

Sekarang. aku memang dah boleh adapt dengan suasana office. aku rasa macam nak
terus kerja je. takmo study dah. sebab dekat sini aku lagi banyak belajar daripada
dekat Poli just teori je. 

Cis. aku gurau. dulik?

Selain buat kerja. aku juga dah pandai jadi kaki lepak. alah buat kerja sejam, lepak
aku peruntukkan selama lima minit je pun. tapi aku takut gak kekadang kak miera buat
spotcheck tetiba dekat opis bawah. terberak aku dekat situ. ehhhh?


Ini semua kenangan yang aku akan selit dalam kotak memori. bila aku tua nanti,
aku belek semula blog ni. itu pun kalau blog ni masih lagi wujud. 

Walaupun aku kenal dorang baru lagi. tapi macam dah kenal lama kot. macam dah
rapat. ha-ha-ha ayat cliche kan?

Part paling best semua sporting. semua gila. gila mereka, aku je tahu kahkahkah.
awalnya aku sorang bawah Amiera Ghazzaly then dari aku mula beranak ke Yana
kemudian Asyraf then Kak Aisyah. berkemajuan dengan pesat sekali.

Gambar ni pun aku boleh buat jadi bahan bukti aku ada pengalaman kerja bila nak
apply kerja nanti hahaha. selain surat sokongan, gambar sokongan pun boleh kot. ehh?

By next week. 21hb kalau tak silap lecturer akan datang pantau dekat ofis. aku tak
cuak pun sebab dah siapkan apa dia nak tengok bila datang pantau nanti. yang jenis
poyo nak cuak tu sebab tak siap apa semua. itu baru boleh nak cuak segala. kihkih.

Si tua Ashraf. bila gegerls nak gosip sikit, dia sibuk nak menempel. lepas tu biasa lah
orang tua nak bebel tak tentu pasal cakap orang lagho apa semua hei aku lempang
engko kang saje je. dah lah ayat tu nyekik je kekadang. ahaks.


Satu masa. bila engko dapat grab peluang berharga macam ni, hargai peluang tu 
sepanjang tempoh latihan engko. engko akan rasa lain bila jumpa kawan satu ofis
yang gila sama dengan engko lunch sesama. fuyo je aku mampu bilang.

Aku tak nafikan. suasana ofis dengan suasana bila engko dekat kolej tak akan sama sebab
dekat ofis segala benda yang engko belajar softskill dulu kena praktik kan. kena
protokal bila jawab telefon ofis. kena tatatertib layan klien datang ofis.

Protocol everywhere. formal anytime.

Jujur. kalau boleh pilih, aku prefer suasana Poli sebab boleh terkangkang terkoyak suka
hati. engko nak bising lantak engko lah. tapi suasana ofis totally vice versa.

Macam aku. kemahiran softskill yang aku belajar last sem banyak kepada aku bercakap
sorang dengan resit-resit je lah. kadang aku bosan, aku borak dengan bank statement
company klien yang macam apa entah tak tersusun nya. marohnya mak rasa ni.

Nasib baik Kak Lily pandai gak nak bergurau senda. tak ada lah stress buat kerja.

Tapi tak boleh tipu gak. waktu ni engko akan banyak belajar. engko akan banyak kena
marah walaupun benda tu bukan dari bidang engko. kadang guider engko akan suruh
buat benda yang engko jarang buat then bila dia cakap contohnya,

"Ain, tolong fotostat laporan kewangan 2010 dengan 2011 dekat file audit bla bla bla.."

Dengan sekali lalu je. yang paling awkward nya laporan kewangan 2010 dengan 2011
tu bukan ada satu copy je. banyak copy kot dalam file tu. serius talk memang
terpinga tumbuh lalat atas kepala engko. serius kabo.

Aku selalu gak kena marah. marah sebab buat benda yang aku tak tahu dan bukan
dari bidang aku dan aku tak faham. sentap tu sentap la jugak. woi sapa tak sentap woi
walaupun engko deny kan rasa engko tu berpuluh kali. entah kenapa aku senang
terpujuk sekarang. 

Dah 20 tahun kan. senang je nak pujuk. aku ulang statement ni banyak kali.

"Ain. ingat tau. kalau nak berjaya, memang selalu kena marah pun. kak renne stress
tu. dia buat audit kan".

Sapa tak stress woi buat audit. aku tengok pun berpinar mata. so aku cuba letakkan
diri aku dekat tempat kak renne. apa lah sangat kena marah, kalau tak kena marah
sampai bila-bila pun aku tak akan belajar. aku akan berada pada takat tu je. nothing.

Jenis aku. waktu kena marah lah, aku akan belajar. aku belajar dari situ. so kadang
aku nak cakap terima kasih dekat orang yang selalu marah aku dulu. dulu kalau kena
marah nak caci maki apa semua. sangat childish waktu tu.

Bila kena marah tu kekadang ada gak setan berkerumun kejap dekat telinga. hasut
sana hasut sini. suruh buat bodoh hahaha sangat setan ye.

Secara logiknya. orang yang berjaya memang selalu kena marah. orang yang bajet dia
pandai semua ni ilmu dia takat tu je. tak ada perkembangan. kemajuan meleset. ehhh?


Kalau boleh. aku nak suruh Poli lanjut kan tempoh latihan ni ha-ha-ha. tak puas rasa
lima bulan je walaupun bukan habis lagi pun. aku rasa worghh bestnya kerja!

Jangan mimpi. orang lain punya nak cepat habis.

Alhamdulillah. banyak pengalaman aku grab. makin banyak aku buat salah, makin cepat
aku belajar. pengalaman ni serius berharga nak mati ah aku rasa. 

Banyak 'benda' sokongan bila aku keluar nak apply kerja suatu hari nanti.
Sijil certificate LCCI waktu form five. Sijil Certificate UBS waktu sem tiga. surat
sokongan dari firma. surat sokongan dari Poli. tu pun dah cukup aku nak kelek pergi
apply kerja nanti. kihkih.

Lepas ni. lagi dua sem. cepat sikit boleh? tak sabaq.

Assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)

Se-malam bersama bey-ef-ef.




Assalamualaikum. 

Semalam jumpa bey-ef-ef konon hahaha. bukan senang nak berkumpul macam ni.
kekadang rancang bagai nak rak mati, at last tak jadi gak. lepas tu ada lah yang
frust sampai menonggeng seluar koyak. ehhh?

Jadi. kami decide nak keluar 080214 thats mean hari sabtu. sebenarnya dah rancang
nak keluar dua hari sebelum dah tapi sorang sorang memacam hal ada. nasib baik
jadi gak sudahnya. kalau tak, aku sula sorang sorang hahaha beraninya engko kahkah.

Kalau nak rancang, mesti semua tengah cuti. sorang dekat UUM, sorang dekat UNITEN,
sorang dekat Poli. aku tengah praktikal. huahuahua. so nasib baik semua tengah
cuti sem. 

So decide nak keluar malam. aku kalau bab keluar malam ni, tak berkenan sangat. sebab
siang ada yang kerja balik jam tujuh gitu. aku tak berkenan sebab umi tak berkenan
aku merambu memalam. aku memang jarang keluar malam unless dengan family sendiri
or dengan dorang di atas. selain daripada insan-insan tersebut memang tak pernah.

Bila dah jarang keluar malam ni dan bila saat kawan engko ajak keluar malam sebab
siang memasing ada hal sendiri, tak ke rasa awkward gila? bukan berdua lain jantina.
tapi berlima. tapi orang tahu ke kita ada berapa orang? jiran kalau nampak tak ke gosip.
tak ke jadi bahan umpatan.

Aku habis pujuk umi. setelah sekian lama tak keluar malam dengan dorang since 
bulan apa entah tahun lepas. seperti biasa, part aku mesti ada limit kena balik pukul
berapa. yang aku paling menyampah bila keluar waktu malam ni, masa mesti tak cukup.
kalau siang tu tak apa. keluar lepas zohor, sebelum maghrib engko balik lah. rasa lah
jugak lelepak tu.

Insan di atas semua tahu sampai part aku,

"Ain mesti kena balik pukul 10 ni. tahu sangat mak Ain."

Umi tak kongkong. aku faham. tapi mulut jiran woi. jiran mana tahu engko keluar berapa
orang dengan siapa kan. kalau siang tu umi kata keluar lah nak balik pukul berapa pun
asalkan sebelum maghrib dan pandai jaga diri.


Jadi. pada malam itu apabila berjaya memujuk umi, umi kasi lah keluar dengan tiket
'jangan balik lewat'. aku pun ok kan saja. umi dah bagi keluar pun kira bersyukur sangat.

Farhan datang ambil jam 8:45. sebelum tu dia pergi ambil Sue dengan Anum. marah betul
aku kalau bab menunggu ni. rumah aku tak ada lah jauh mana dari rumah dorang.
Farhan tu dah lah bawa macam pelesit hahaha still lambat? aku dah tercangok depan
pintu pagar jam 8:20 dah. semangat tak semangat aku.

Bila dah ambil tu masuk kereta semua macam,

"Ain kena balik pukul berapa ni? sebelum pukul 10 ke"- Sue feat Farhan

"Tak pa kot 10 lebih lebih sikit. keluar lambat kan ni. engko lah ni punya pasal farhan".

"Bagus mak Ain. jaga kualiti anak dara dia.."- Farhan

Aku senyum je. macam biasa, kalau bab keluar malam sebab aku lah kena balik awal.
Then ambil kerry lagi sekian hal. lepastu farhan sibuk nak pergi jumpa kawan dia
dekat masjid UIA apa lah. tak ada masa lain ke nak jumpa. borak lagi hoi betul.
so kiteorang berempat tunggu je dalam kereta. dia bagi barang apa entah.
sempat lagi nak kenengkan aku dengan kawan dia yang dekat matrik dulu. taik betul.
suka cantas mood aku tau.

Teringat pula aku. Enam tahun lepas Farhan gak yang kenengkan aku dengan Shahrul.
then melekat. sampai sekarang aku tunggu. mohon Farhan kali ni tak serious. 
tak ingin aku.

9:30 baru gerak pergi TC. geram mak noks! dah lah limit dalam 10 lebih kena pulang sudah.
jem lagi maroh betul rasa. sampai TC, terus menapak ke Mc Donald. semua macam
kebulur macam lama tak jumpa MC'D hahaha.

 
Ada event apa entah dekat TC. ramai gila orang. makan sambil tengok bola. lawan
apa entah. aku tak ambil port sangat. Farhan dengan semangatnya tengok. aku tengok
ramai gak tengok so bila kiteorang snap gambar pun dorang bukan sedar. h-ha-ha.

Sempat je aku terjumpa saghah dekat toilet TC. dah lah seminggu tak jumpa housemate
aku tu since seminggu aku dok ulang alik dari rumah je. tetiba jumpa dekat luar.
kelakau lak den raso.

Lepas makan tu. biasa lah remaja kan. tak nama remaja lah kalau tak abadikan setiap
memori keluar bersama dalam gambar hak hakkk tuihhh betul.


Kekadang Farhan nak gak merasa sweet sweet dengan aku hahaha. aku kenal Farhan
ni since darjah enam lagi. tapi mula rapat waktu tingkatan dua. macam kacip forever lah.


Aku kenal si Sue comel ni since darjah enam gak. tapi mula rapat since tingkatan tiga.
I love you to the moon and back darling. emmuah.

Thanks for the last night. last but not least.



Love chuoulsss!

Assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)