Cinta untuk Dania: bab 5






. . .

Memandangkan Penilaian Menengah Rendah(PMR) hanya tinggal cuma beberapa bulan
sahaja lagi, Hakim mengambil langkah drastik dengan mengurangkan untuk berjumpa
dengan Dania. Tetapi sangkaan Dania sebaliknya. Walaupun sikap kematangannya
sentiasa menyerlahkan dirinya yang baru setahun jagung itu namun kadang kala sifatnya
yang sangat sensitif itu mengatasi segalanya.

Di pondok belajar

"Nia, aku tengok kau murung je sekarang ni, pehal? Kau ni selalu susah sangat kan nak
chill chill sikit. Aku tahu lah kau stress nak PMR kan, alah aku pun stress but chill
lah sikit kawan". ujar peah sambil menepuk-nepuk bahu Dania.

Dania memandang peah dengan pandangan kosong. Sesekali dia mengeluh perlahan.

"Eh no lah, aku bukan stress pasal tu weh. Aku stress pasal mamat tu. Mamat tu
selalu cari masalah dengan aku, kau tahu. Stress betul aku". luah Dania.

"Kejap! maksud kau... Hakim?". tebak peah dengan keningnya berkerut-kerut.

"Yelah, dah tu sapa lagi. Kau ingat Dollah ke apa? Kau ni selalu macam tu kan...
ni aku tak suka ni". Dania mula memuncungkan mulutnya sambil menoleh kearah lain.

"Alah, kau comel tapi kalau buat macamtu macam mulut itik lah pulak aku tengok.
Kau pun tahu kan, itik tak comel pun sebenarnya haha". gelak peah makin menjadi-jadi
tambahan pula setelah melihat wajah Dania yang masam mencuka itu.

Dania melemparkan pandangannya jauh. Malas hendak melayan tawa peah. Menyakitkan
hati sahaja. Dah lah aku tengah stress ni, erghhh, getus dalam hatinya.

"Ok, dah lah. Malas aku nak ketawa lagi. Kau bukan layan aku pun, penat aku melawak.
Tapi apa masalah kau sebenarnya ni, nia?". tanya peah lembut.

"Kau melawak ke tadi? Tak lawak pun hm. Takde lah aku tengok si Hakim tu dah jarang
sangat nak jumpa aku sekarang. Mesej pun jarang-jarang dah. Bila berselisih, dia buat
derk je dengan aku. Kalau kau, apa kau rasa?". jelas Dania dengan berwajah mendung.

Sempat peah menggeleng-gelengkan kepalanya. Tersenyum dibuatnya.

"Normal lah tu. Nak PMR dah kan. Kau pun sepatutnya kena paham situasi macamtu.
Mestilah saat-saat akhir ni dia nak fokus lebih. Kalau asyik mesej, jumpa kau je, aku
rasa fokus kemana dan PMR kemana. Kau kena paham nia". mendayu-dayu suara peah
mengutarakan pendapatnya.

"Aku paham tapi tak kan setakat berselisih dengan aku pun, buat derk je. Sakit hati tau,
peah. Geram je rasa. Aku takut dia ada orang lain ke apa ke kan...". jelas Dania lagi.

"Eh, tak kan lah. Kau sikit punya cun melecun. Aku bet dia tak cari lain lah. Kau sabar
jelah k. Relaks. Cool macam aku k, kawan". pujuk peah seboleh-bolehnya dia mahu
menenangkan sahabat baiknya itu.

"Yelah, aku cuba lah. Kau bodek aku ke apa ni? Sorry lah aku takde duit pecah lah
weh nak belanja kau choki-choki dekat kedai makcik tu". ujar Dania sambil tertawa.

Akhirnya, peah juga turut sama ketawa.




Di kedai makcik Senah

Seperti biasa, selepas waktu sekolah mahupun sebelum kelas tambahan bermula,
Dania dan Peah akan melepak di kedai makcik Senah bersebelahan dengan sekolah mereka.
Sudah menjadi kebiasaan barangkali. Ramai juga pelajar-pelajar lain melepak disitu.
Kata Dania, makanan dekat kedai makcik Senah ummmmpppphhhh! sedap gila sambil
angkat ibu jari tanda setuju.

Sambil Peah sedang mengunyah kerepek pedas yang ada di tangannya dengan rakus
sekali, tiba-tiba kunyahannya terbantut dek sergahan mengejut dari Dania.

"Oiittt peah! Kau nampak tak apa yang aku nampak? Ish kau ni. Asyik mengunyah je
kan. Mana lah badan kau tu tak debab". sengaja Dania mahu memancing minat peah
untuk berbual dengannya.

"Opocot! Kau ni kalau aku ada lemah jantung kan, dah lama aku pingggg kat sini tau.
tak boleh agaknya cakap slow-slow. Hah, apa dia?". sempat peah mengurut-urut dadanya.
Sebelah tangannya lagi mencubit lengan Dania.

"Eh kejap, kau panggil aku apa tadi, nia? Debab? Amboihh, sopan je kau kutuk aku kan..".
sambung peah lagi sebelum Dania membuka mulut untuk berbicara.

Dania tersengih.

"Alaaa debab debab relax lah. Debab comel apa. Aku teringin nak badan cam kau lah.
Tengok badan aku ni, sekeping je. tiup angin, melayang kau tahu". gurau Dania sambil
menayang-nayang badannya yang ramping itu. Saje nak buat aku jealous lah tu, bisik peah.

"Pandai lah kau membodek kan. Ish, apa yang kau nak cakap tadi?". soal peah teringat
akan pertanyaan Dania sebentar tadi.

Dania termenung sebentar lalu menyambung bicaranya kembali. Matanya terarah ke satu
sudut.

"Kau nampak tu....". ujar Dania sambil jari telunjuknya terarah ke satu kelompok pelajar
yang sedang gembira bergelak ketawa menceritakan keseronokkan dunia. Entah apa yang
seronok sangat diceritakan itu, Dania pun kurang pasti.

"Iye, aku nampak. So, kenapa?". tanya peah terpinga-pinga tanda dia tidak mengetahui
hujung pangkal cerita kenapa Dania harus menunjuk ke arah sana.

"Pengawas yang duduk sebelah kiri tepi Amirul tu, Adam kan nama dia? Budak kelas
4 Dinamik, kan kan peah kan?". soal Dania sambil matanya tidak lekang memandang
kearah Adam.

Peah memandang kearah lelaki yang dimaksudkan oleh Dania sebentar tadi. Berkerut-kerut
dahinya mengingati lelaki itu.

"Yap! Kalau tak silap aku, nama dia Adam Syafiq kot. Senior kita. Haha dulu aku ada
hati jugak dengan dia tu, tapi aku sedar sapa aku nia. Mana padan dengan dia yang
kacak lagi hensem tu. jadi aku peram jelah cinta aku ni". cerita peah bersungguh.

Ohh, Adam Syafiq rupanya... bisik Dania perlahan tetapi peah sempat mendengar butir
bicara Dania.

"Kenapa, nia? Kenapa kau tiba tiba tanya pasal dia pulaknya". tutur peah setelah melihat
Dania lama membisu.

"Takde lah. Aku rasa dia yang bagi surat dekat aku tempoh hari. Dia cakap dia pengawas.
Yelah tu, setahu aku mana ada pengawas lain nama Adam kan". fikir Dania sambil mindanya
teringatkan surat yang di kirimkan olehnya melalui Kelvin minggu lalu.

"Yeke? untunglah kau nia. Boleh pasang scandal lah camni. hehehe". galak peah tertawa.

Dania memandang sekilas kearah peah. Direnung tajam wajah sahabatnya itu.

"Amboiiii kau, ajar kawan nampak! Aku tahu Allah anugerahkan aku wajah seindah ini.
Indah celah mana pun, aku taktahu. Aku bersyukur. tapi tak semestinya aku gunakan
anugerah kecantikan yang Allah kasi ni untuk kepentingan aku sendiri. gunakan ia untuk
pikat mana-mana laki. Aku bukan perempuan macamtu. Mummy aku cakap, kalau kita
selalu main hati orang, nanti jodoh kita lambat sampai tau. Kau nak jadi andartu?".
syarah Dania panjang. macam tazkirah pun ada.

"Lagi satu, aku ni setia tau. Tak pasal pasal Hakim mengamuk kalau dia tahu nanti..."
sambungnya lagi.

Peah menelan air liur. Disangkanya hanya mahu bergurau, tazkirah pula Dania beri.

"Hek eleh, aku gurau je lah minah cun oiii. Kau serius sangat pehal?". ujar peah dengan
nada agak tinggi.

"Laaaa, relax lah budak debab. Tu pun nak marah, chill sudah". Dania balas acuh tak acuh.
dia sudah bangun dari tempat duduknya ingin berlalu pergi.

"Kau ni kan, aku cili mulut tu karang, aniaya je. Tak habis habis kutuk aku". marah
peah dengan mukanya merah padam menahan geram.

Peah sudah bangun dari kerusi untuk mendapatkan Dania. Pantas sahaja Dania melarikan
diri kerana dia tahu jika peah mendapatkannya sebentar lagi, pasti habuan yang diterimanya.
Cubitan ketam dari peah. Dia menoleh kebelakang lalu menjelirkan lidah kearah peah.
Lagi bertambah sakit hati peah dibuatnya. Sedang Dania asyik melarikan diri daripada peah,
dia merasakan seperti dia telah merempuh seseorang.

"Ouch! sakitnyaaa....". aduh Dania dan Adam serentak. mujur dia sempat mengimbangkan
badannya sebentar tadi kalau tidak pasti berlaku satu babak yang tidak diingini di sini.

Adam ke aku rempuh tadi, ya Allah malunya... getus hatinya. Tergopoh-gapah dia
membetulkan pakaian sekolahnya yang sedikit komot itu. Adam pula masih terduduk
atas tanah akibat rempuhan dari Dania tadi.

"Eh, abang tak apa-apa? Sorry, tak perasan tadi. sorry!". Dania membahasakan diri Adam
'abang', sebagai tanda hormat orang yang lebih tua daripadanya.

"Ya Allah Dania... Dania... apani main kejar-kejar. Pulak tu mata tak tengok kat depan".
Adam memandang tepat kearah Dania. Dania hanya menunduk sambil bermain-main
dengan jarinya.

"Yelah, kan dah say sorry tadi. tak sengaja lah. Tak perasan pulak ada orang kat depan".
ujar Dania sambil berpaling kearah lain.

"Mana nak nampak, mata letak belakang kan". Adam masih merenung wajah Dania.
Ya Allah, indahnya ciptaanmu. getus hatinya.

Mata Dania melilau mencari kelibat peah. Sedari tadi, batang hidung peah tidak kelihatan
sejak dia merempuh Adam sebentar tadi. Lari kemana pulak lah minah ni, bisiknya perlahan.

"Amboiiii, kasar bahasa. Alah, rempuh tadi pun bukan kuat sangat pun kan. Slow je.
Kata abang pengawas, mesti kena kuat". ujar Dania tersengih.

"Slow awak kata, dania. kuat tau. badan nampak je kepeng, tulang mengalahkan tulang
dinasour. sakit tau". tangannya sempat menggosok-gosok bahunya yang dirempuh tadi.

Lantas Dania ketawa. Tulang aku macam tulang dinasour? padahal tulang dia tulang
dinasour, sakit badan aku. Cap apa entah tulang dia ni. Keras kemain, kata Dania dalam
hati.

"K lah abang pengawas, saya pergi dulu k. Tadi sebenarnya saya lari dari kawan saya.
Entah mana ghaib pulak dia ni, nak pergi cari dia kejap. Eh, tapi jangan masuk nama
saya dalam rekod disiplin pulak tau sebab main kejar-kejar tadi. Tak sengaja pun".
jelas Dania sambil kakinya ingin mengatur langkah.

Adam hanya menggangguk sebagai tanda membenarkan Dania pergi.

Tapi sebelum berlalu, Dania sempat berpaling semula.

"Anyway, abang Adam kan? Nice to meet you. Ayat dalam surat tu sweet lah. Boleh
je nak kenal kenal lepas ni". Dania mengeyitkan matanya kearah Adam.

Adam tersenyum puas. Selepas kelibat Dania hilang daripada pandangan mata, dia
juga mengatur langkah maju untuk masuk semula ke kawasan sekolah.



3 tahun kemudian..

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Sedar tak sedar sekarang
Dania cuma menunggu keputusan SPM nya sahaja. Hubungannya bersama Hakim terputus
begitu sahaja semenjak Hakim menerima tawaran ke sekolah berasrama penuh kerana
berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam PMR dua tahun lalu. Mereka terus
lost contact sejak dari itu. Bukan Dania tidak mencuba untuk berhubung dengan Hakim, 
namun atas desakan masa yang begitu padat baginya ketika itu, membataskan niatnya.
Akhirnya, Dania tidak ambil pusing lagi tentang hal itu dan menumpukan sepenuhnya
terhadap pelajaran. Baginya, kalau ada jodoh, berlari lah hingga ke hujung dunia sekalipun,
insyaAllah akan bertemu kembali. 

Keputusan PMR Dania juga cukup membanggakan pihak sekolah namun dia tetap ingin 
bersekolah disitu. Dia juga pernah ditawarkan untuk ke sekolah berasrama yang lebih baik 
tetapi akibat tidak betah berjauhan dengan keluarganya, dia menolak tawarannya itu
mentah-mentah. Bak kata Dania, kalau nak berjaya, belajar dekat mana-mana pun boleh,
biarpun sekolah itu sekolah paling bodoh sekalipun, kalau ada niat nak belajar insyaAllah
boleh berjaya. Semenjak kehilangan Hakim, hatinya tertutup rapat untuk menerima cinta
lelaki lain. Biarlah Hakim menjadi lelaki pertama dan terakhir yang ada didalam hatinya.
Adam pula sejak insiden perlanggaran itu, dia tidak henti-henti mengejar Dania. Puas Dania
mengelak untuk berjumpa dengannya, namun sering sahaja terserempak dengannya. Dania
sendiri pening memikirkan bagaimana lagi cara untuk menghentikan Adam daripada terus
mengejarnya. Biasalah lelaki, kesungguhan untuk memiliki hati wanita biasanya dilihat
diawal perkenalan sahaja, sesudah berjaya hati itu dapat ditakluki, dibiarkan sahaja
terkapai-kapai mencari ruang untuk bernafas. 

Sementara menunggu keputusan SPM nya, Dania bekerja di sebuah kedai butik menjual
pelbagai jenis busana muslimah. Oleh kerana personalitinya yang lincah lagi aktif itu,
tidak betah rasanya dia hanya duduk dirumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan
selama tiga bulan. Tambahan pula, tempat dia bekerja itu memang memerlukan seorang
pekerja ketika itu.

"Mummy, esok first day nia kerja, takut lah pulak". beritahu Dania kepada mummy nya,
Puan Amira, ketika bersama-sama duduk bersantai minum petang di taman mini rumahnya.

"Baguslah tu, nia. Ada juga faedah kamu kerja daripada duduk melangok dekat rumah.
kamu tu kalau duduk rumah, tak mengadap facebook, tengok tv. tu jelah yang kamu
tahu. kamu kerja kat mana nia? kerja apa?". Puan Amira menghirup teh o panas yang
dibancuh oleh Dania kepadanya sebentar tadi.

Dania membetulkan rambutnya yang ditiup angin lalu diikat satu seperti ekor kuda.

"Alaa mummy ni, masa ni lah nak duduk santai-santai lepas SPM. mummy pulak kecoh
kecoh suruh nia kerja. Nasib baik dapat, kalau tak memang sampai ambik result lah
nia melangok kat rumah. Dekat depan tu je. dekat simpang empat rumah kita ni.
kerja dekat butik. owner butik tu baik gila, mummy. Cantik pulak tu. nama dia 
Sophea Irdina. panggil kak phea je"terang Dania.

Lantas Dania bangun lalu menuju kearah kolam ikan buatan papanya, Encik Irfan. Dia
menaburkan makanan ikan kedalam kolam tersebut lalu berpusu-pusu ikan peliharaannya
timbul di permukaan air. Dania tersenyum bahagia.

"Baguslah. Dekat pun dekat kan. Esok nak pergi dengan apa? Nak suruh papa kamu
hantar ke, nia?". tanya Puan Amira. sempat lagi dia menjeling kearah suaminya.

"Eh tak payah lah, biar nia pergi sendiri je. Lagipun bukan jauh sangat pun butik tu.
Nia jalan kaki je. kurus sikit badan ni, dah gemuk sejak duduk rumah". ujar Dania manja.

Dania merupakan permata hati Puan Amira dan Encik Irfan. Anak kedua daripada dua
beradik ini merupakan anak tunggal perempuan selepas abangnya, Adib Syamil.
Oleh itu, tidak hairan lah Dania sering dimanjakan oleh orang tuanya tambahan pula
abangnya sedang melanjutkan pelajaran peringkat master di United Kingdom.

Setelah meminta izin dengan orang tuanya untuk naik ke bilik, Dania terus baring
menghadap syiling biliknya. Kenangan zaman persekolahan silih berganti terlayar di
ruang mindanya. Peah pun entah kemana perginya. Dengar cerita dia pergi bercuti
bersama keluarganya di Melbourne, Australia. Untunglah kau, peah oii, bisik Dania lalu
sebaris senyuman terukir di bibir mungilnya. Kemudian fikirannya beralih kepada 
pemilik nama Hakim Asyraf. Hakim, kalaulah kau tahu setiap malam, kau je yang selalu
aku ingat, waktu aku bangun, aku nak kau je terbayang di mindaku ini. kalaulah kau
tahu semua tu, aku lah orang yang paling bahagia, Dania mengeluh lantas mengesat airmata
yang mengalir di tubir alis matanya.


Keesokan paginya..

Jam 9:00pagi Dania sudah bersiap untuk memulakan tugasnya sebagai pekerja di kedai butik.
Dia mengenakan baju kurung berbunga merah hati berlatarbelakangkan warna putih.

Tudung putih yang menjadi pilihan turut menaikkan seri penampilannya hari ini. Ayu sekali.
Dia cuma calitkan sedikit bedak asas sudah cukup mengekalkan kejelitaannya tersendiri.
Cantik pulak aku pakai baju kurung harini, bukan senang nak tengok aku pakai baju kurung,
hehehe, pujinya sendiri.


Lantas Dania turun ke bawah dan melihat Puan Amira sedang sibuk menyiapkan sarapan
pagi. "Mummy, nia pergi dulu k. Lambat dah ni. nanti tak pasal pasal hari first kerja dah
catat rekod datang lambat". Dania mengatur langkah menuju ke dapur untuk menyalami
tangan Puan Amira. Sempat lagi dia mencium bau nasi goreng buatan mummy nya.


"Laa, tak kan taknak sarapan kot? penat mummy masak ni sayang oiii". bebel Puan Amira
seraya menyambut huluran salam dari Dania.


"Eh, tak apa lah. Dah lambat ni, dapat cium bau pun dah ok lah mummy. nanti nia 
sarapan kat luar je lah. Bye mummy, bye papa". ujar Dania kemudian beralih kearah 
Encik Irfan untuk menyalami tangan papanya pula.


Dania bergegas keluar sambil tangannya masih terkial-kial menyarungkan kasut bertali
berwarna coklat di kakinya. Ya Allah, kenapa kasut ni banyak songeh pulak harini ish,
rungutnya perlahan.


Selepas yakin penampilannya sudah tiptop, Dania kemudian mengatur langkah maju
kehadapan. Seronok benar hatinya hari ini ingin memulakan kerja. Sambil berjalan,
sambil dia bernyanyi kecil. Tidak sampai 10 minit, dia sudah terpacak di depan kedai
Butik Jelita PheaDina. Pantas Dania masuk lalu memberi salam kepada kakak kedai itu,
iaitu kak phea.


"Assalamualaikum, kak! Sorry, saya tak terlambat kan". tegur Dania. kelihatan Sophea
sedang leka menyusun barang di satu sudut.


"Waalaikumussalam. Eh Dania rupanya, akak ingatkan sapa. tak lambat lah. Akak pun
baru je bukak kedai ni haa, baru nak susun barang ni. meh tolong akak jap, nia".
pinta Sophea. Dania terus mendapatkan Sophea untuk membantunya.


"Akak, lama dah ke akak bukak butik ni? Cantik lah baju baju dekat sini. berkenan pulak
saya tengok". setelah selesai membantu Sophea, Dania membelek-belek pakaian yang
ada didalam butik tersebut. Memang cantik. Busana muslimah yang terdapat disitu
memang benar benar menarik minat pengunjung yang bertandang ke situ.


"Hm, ada lah dalam tiga bulan lebih macamtu. Akak ada sorang pekerja lagi, tapi dia
cuti balik kampung. katanya ada masalah. sebab tu akak ambik je kamu bila kamu
tanya ada kerja kosong tak dekat sini". tangan Sophea masih lagi lincah mengemas
butik tersebut.


"Oh, patutlah. Saya pun bosan duduk rumah sementara nak tunggu result ni. baik saya
kerja, ada jugak faedah kan. Daripada membesarkan badan, tak cun lah lepasni kalau
saya gemuk kan, kak phea". sempat lagi Dania melawak. kini dia sudah mencapai
penyapu serta penyodok untuk membersihkan lantai butik itu pula.


"Yelah, pandai lah kamu, dania. Badan kamu cantik apa, slim lagi. tak gemuk lah".
ujar Sophea lagi.


"Haha, iye saya kata bukan sekarang tapi akan datang mana...". belum sempat Dania menghabiskan ayatnya, seorang wanita dalam lingkungan 40-an memasuki butik itu
lalu memberi salam sambil tersenyum penuh mesra.


Dania yang seakan terpinga-pinga itu sempat membisikkan kata di telinga Sophea,
"Kak, sapa tu? macam mak datin je saya tengok..". bisik Dania sambil matanya
tertancap kearah wanita tersebut.


"Ohhh, Puan Faridah, dia memang selalu beli baju baju dekat sini. kira pelanggan
tetap akak lah dia tu. cepat pergi layan cepat". pinta Sophea.


Sepantas kilat Dania mendapatkan pelanggan wanita yang sedang membelek-belek
busana muslimah di satu sudut butik itu.


"Ye Puan, boleh saya bantu". tutur Dania penuh tatatertib.


"Oh ye, awak pekerja baru ke kat sini? tak pernah pun Aunty nampak awak sebelum ni..".
ujar wanita itu membahasakan dirinya 'Aunty' kepada Dania. penuh mesra dia menuturkan
bicara.


"Ha'ah, saya baru kat sini, Puan. sementara tunggu result SPM saya kerja part time
dekat sini tolong kak sophea apa-apa yang patut". Dania sempat menoleh kearah Sophea.


"Patut lah saya baru nampak awak harini. Eh panggil Aunty je, Aunty Faridah"
Puan Faridah sempat meneliti seraut wajah milik Dania. "Hmm....". unjuk Puan Faridah
kearahnya.


Melihat daripada riak wajah Puan Faridah, Dania mengetahui bahawa wanita itu ingin
memanggil dirinya.


"Ohh, saya Dania Natrisya, Aunty. Nak simple lagi mudah, panggil nia je pun boleh.
tapi kalau Aunty nak panggil risya pun boleh sebenarnya. tapi nia lagi senang kot,
tiga huruf je kan..". tergelak Puan Faridah mendengar cara Dania memperkenalkan
dirinya.


Dania hanya tersengih. 


"Sedapnya nama. muka cantik, nama sedap, suara serak-serak basah. memang sesual
sangat dengan nia tau". puji Puan Faridah. Dania pula hanya tersipu-sipu malu.


"Eh, alah Aunty ni mana ada. saya biasa biasa jelah. tak ada apa pun yang istimewa.
Aunty tu yang cantik. blaus Aunty ni cantik lah, labuci ni pun cantik, semua cantik".
puji Dania pula sambil tertawa.


"Pandai lah kamu, Dania. anak Aunty pun ada juga sebaya dengan kamu. lelaki.
tengah tunggu result SPM jugak..". Puan Faridah masih menunjukkan minat untuk
berinteraksi dengan Dania. Suka benar dia dengan perwatakan yang dibawa oleh Dania,
perwatakan yang bersahaja.


"Laa, yeke? kirim salam kat anak Aunty tu ye. cakap dekat dia, saya doa supaya dia
dapat result comel tau". gurau Dania. "Eh Aunty, Aunty tengok tengok lah dulu ye
mana yang berkenan, saya nak tengok kak sophea jap dekat belakang. senyap je tu.
kot kot pengsan ke..". Dania tersengih lalu membawa diri ke belakang butik.


Puan Faridah hanya melihat Dania. Dia tersenyum. Secara tidak langsung, dia menyukai
personaliti yang ada dalam diri Dania. Hari pertama bekerja sudah pandai membawa diri
serta penuh bertatasusila melayan pelanggan yang datang. Puji Puan Faridah sendirian.




Di sekolah

Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba, keputusan SPM nya akan diumumkan hari ini.
Bagi Dania, walauapapun keputusannya, dia terima. setidak-tidaknya dia sudah lakukan
yang terbaik untuk masa depannya. Kelihatan sudah ramai berkumpul di sekolah dengan
debaran tersendiri yang sukar di tafsirkan. Setelah tiga bulan tidak berjumpa, banyak
perubahan yang berlaku keatas diri masing-masing. Ada dulunya memakai tudung 
ke sekolah tetapi pada hari ini untuk mengambil keputusan SPM, tidak pula memakai tudung.
Jadi sukar untuknya meneka siapakah gerangan sahabatnya itu kerana terlalu 
ketara perubahan diri. Baru tiga bulan, kalau tiga tahun macam mana agaknya, bisik Dania
sambil tersenyum.

Dan keputusan telah ada ditangannya. Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa
bersyukurnya dia kerana sekali lagi telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik dengan
memperolehi 9A+. Hanya kepada Allah, dia mengangkat syukur. Tidak sabar rasanya
dia ingin memberitahu berita gembira ini kepada orang tuanya.

Pasti mummy dan papa bangga dengan kejayaan aku ini. syukur ya Allah, ujarnya
dalam tangisan kegembiraan.


. . .


bersambung...


(Sorryyyyyyyyy, sebab dah lama tak update pasal ceghita ni. ketandusan ayat. Heee.
Assalamualaikum..)



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)