Part 2: 4 days left before Practical.(LI)
Assalamualaikum. dikesempatan ini ingin aku ucapkan selamat berpraktikal bagi semua
student Politeknik semester 4 yang akan menjalani latihan industri bermula isnin ini.
wah terasa macam wakil rakyat pula.
Haa cuak tak? gerun tak? nerbes tak? ke engko tengah excited kambing? hambar aaa!
Sepanjang menunggu sisa baki cuti yang tinggal sebelum mula 'kerja' ini, sempat gak
aku bertwitter facebook bagai. kurun ke berapa kau main facebook lagi gila? hahaha gelak.
aku ada gak tengok dekat group budak poli yang tanya pasal LI apa benda nak bawak
apa benda nak bagi dekat unit LI lepas seminggu. satu benda aku nak tanya engko ni.
waktu taklimat LI, engkorang buat apa? tidur? makan? bising ke berkhayal?
Ini dia. sebab itu aku tak suka bila ada taklimat penting macam taklimat LI ni duduk dalam
dewan mesti bergeng. kalau senyap tak apa lah. ini macam engko dengan member engko
tu tak jumpa setahun sebab dalam dewan gak aaa masa dengar taklimat lah nak borak
macam selama ni memasing bisu.
Thats why waktu dengar taklimat LI ni aku duduk asing dengan geng yang aku huha huha.
sebab aku tahu tak akan fokus dan mesti berborak je memanjang. sebab aku pun jenis yang
suka gelak dan huha huha. aku duduk sebelah budak senyap and automaticly aku akan
senyap dan mata fokus ke hadapan dengan muka serius. pergh.
Kalau duduk bergeng. alamatnya kelaut lah engkorang semua. taklimat kemana,
point penting kemana. tak catat apa semua. konklusinya, lost. tak tahu apa-apa.
ada buku panduan pun. bukan nak baca apatah lagi nak belek ha aku pun gitu memang
malas nak baca apa semua. waktu taklimat lah kena fokus sebab dia explain dekat kita
apa buku tu cuba sampaikan. ada faham?
Aku tahu aku pun ada banyak benda lagi nak save dalam kepala otak ni. nak save
fakta lagi, nombor nombor akaun tu lagi. aku still bawa buku nota dan catat apa point
penting dan perlu ingat supaya nanti tak ada lah terpinga-pinga bila kena apa-apa.
walaupun otak aku jenis yang cepat mengingat gak.
Aku tahu. kalau fokus bebetul mesti tak ada masalah nak settle pasal LI ni. masalahnya
kalau berkhayal yang jadi isu sekarang. sebab benda yang pegawai unit LI explain dah
memang complete dah oi.
Kemain buruk tulisan aku waktu ni. nak cepat katengko.
Jadi sehubungan dengan itu ecewah macam ayat karangan budak spm hewhew aku
macam terpanggil nak explain dekat engkorang yang tak berapa nak fokus waktu
dengar taklimat ni tapi aku tahu niat engkorang nak fokus tapi kiri kanan benda lagha.
ha kau, over!
Ada gak yang tanya aku nasib dorang tak hantar kad pengesahan lapor diri tu
sebelum mula LI. padahal kena hantar seminggu lepas lapor diri.
nampak kan padahnya kalau hilang fokus pada benda yang remeh tapi penting?
Aku belek semula note yang aku catat dekat buku dan ini yang aku dapat.
1) Lapor diri jam berapa?
-yang ni depends dekat office memasing lah. tapi aku rasa untuk first day semua kena
lapor diri jam 8:00 pagi. untuk hari seterusnya engko tanya sendiri lah office tempat
engko LI tu. ada yang masuk jam 8:00. ada juga yang masuk jam 9:00.
2)Apa yang kena bawa waktu lapor diri?
-Kad matrik -> ini wajib bawa tahu anak-anak. siapa tak bawa staff dekat office
kau tu boleh cop kau pendatang tanpa izin. nak curi maklumat syarikat ke apa ke kan.
-Surat penempatan/lapor diri -> benda ni engko boleh print dalam SPMP. tapi
buat dua salinan. satu nak kasi waktu lapor diri. satu lagi nak bagi dekat unit LI.
-Buku Jurnal Refleksi -> the most important thing adalah buku ini. engko tak bawa,
kau akan miss satu hari dan satu muka surat dalam buku tu.
3)Apa kena buat lepas seminggu lapor diri?
-Apa nak buat? apa kata kau korek hidung jap haha tak lawak k ehem. kalau engko
rasa engko dah seminggu duduk dekat office tu dah selesa apa semua. apa kata kau
pergi hantar atau pos dekat unit LI Kad Pengesahan Lapor Diri dan Kad Maklumat(Peta).
Ini untuk sahkan engko dah berjaya dengan jayanya lapor diri ditempat engko LI tu.
Kad pengesahan ada dalam buku Jurnal Refleksi muka surat belakang warna kuning.
dan peta itu engko kena lukis atau minta je dekat staff yang engko nak peta lokasi
office tu. nanti senang lecturer nak selia port engko. tahu?
4)Buku jurnal refleksi harian kena buat setiap hari ke?
-Nama lagi 'harian' kan. mesti lah hari-hari engko kena hadap jurnal tu sampai habis
kak joyah oi. engko tulis apa yang engko buat sepanjang ada di office. dan di akhir
setiap minggu iaitu hari Jumaat engko pergi jumpa penyelia engko dan minta sign beliau.
jangan lupa beri salam. jangan main terjah je. hoi!
5)Pensyarah penyelia datang menyelia minggu ke berapa?
-Ini depends dekat pensyarah mana yang selia engko. macam aku En.Badli sempoi
macam tak nak datang tempat aku je hahaha. tapi aku tanya senior biasa dia datang
minggu ke 10 atau 11. masa ni engko dah kena siapkan draft awal final report sehingga
bab 3. ulang tayang BAB 3! sebab waktu ni lecturer nak survey hasil report engko.
bergerak ke tidak report ke bunyi cengkerik je krik krik. engko pergi je google tengok
contoh penulisan dia, ada punya. jangan nak tunggu orang suap je oi. aku puk kang tetiba.
6)Kalau nak cuti kena maklumkan ke?
-Kalau engko rasa office tu bapak engko punya. aku rasa engko tak payah bagitahu
pun tak apa kot. sebab mesti engko dah inform awal-awal dekat rumah yang engko
malas datang kan. tapi kalau engko rasa bukan bapak engko punya office, better inform.
bagitahu penyelia yang engko nak cuti kahwin ke cuti beranak ke cuti kematian ke eh.
berapa hari dan berapa lama. jangan senyap macam dah rupa orang mati je tetiba senyap.
nanti tak pasal pasal dia cop engko ponteng sesaja. pastikan cuti tu cuti penting je.
kalau tak penting, depends lah penyelia nak bagi ke tak. nasib kau lah labu.
Ok done. aku rasa soalan ni je kot biasa orang nak tahu. banyak lagi aku catat tapi
lenguh pula adoi tangan menaip sambil tak mandi lagi ni penat oi ha.
Still counting days. and hey 20's! aku macam tak sabar nak tunggu 2014. hahaha kambing eh.
Good luck practicalian! hahaha memandai je aku ni.
Buruk nauuu tulisan engko Ain oi. Assalamualaikum.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment