Terlakarnya sejuta kisah. (Short stoghy)




"Ain, kau dengan Azlan pernah ada apa-apa ke?".

Langkah aku terhenti. tersentap juga. aku amati manusia yang menyebut nama insan
yang aku kira aku mahu singkir dia supaya menjauh.

Aku hanya mampu tersenyum. sinar dari mataku sudah cukup mengatakan aku benci
nama itu mencecah halwa telingaku. sukar aku mahu tafsir diri aku yang sebenarnya.

Aku rindu dia atau aku rindu kenangan yang aku titip sementara bersama dia suatu
ketika dahulu?

"Haa mana ada lah. siapa Azlan tu?"

Kalau boleh aku mahu tutup kisah bulan tiga itu kemas dan kebal. aku tidak ingin selak
apatah lagi mengulanginya kembali. aku mahu seolah-olah cerita itu tak pernah wujud.

Tak pernah wujud dalam diri aku. sebab setiap kali aku kenang, dalam aku terlampau
sakit. aku terlalu kesal.

Mudah percaya terhadap kejujuran. itu aku.

Bodohnya aku ketika itu tak dapat ku gambarkan. tanpa aku sedar, Allah sedang uji
aku. di mana iman aku. tetapi waktu itu aku belum sedar. aku masih lagi leka.

Berlandaskan ideologi tahi yang dia sering hidangkan untuk tatapan aku, aku jadi kabur
untuk menilai. dalam diam dia berusaha kuasai seratus peratus minda aku. diri dia,
pada aku semua baik. ahli sufi.

Dan waktu itu dia berjaya kuasai minda serta hati aku. baiknya usah dicanang. 
aku masih lagi dalam dunia dia cipta untuk aku. syaitan bersorak menang.

"Alah Ain. pandai dah sekarang. Azlan Azlan..".

Jika Malaysia tiada undang-undang, mahu aku tikam manusia itu secara bertubi-tubi.
tetapi manusia itu tak salah. dia cuma tahu keraknya. isinya dan sejarah itu cuma
aku simpan serapatnya.

Soalnya, perlu ke menyebut manusia yang sudah lama mati?

Maksud aku. mati dalam cerita aku. tak perlu rasanya ungkit benda yang lalu jika itu
sekadar cuma singkap kembali sesuatu yang dalamnya aku rasa.

Typical manusia.

Bila sesuatu itu terkena pada batang hidung sendiri, baru mahu sedar. baru rasa diri itu
bodoh. ini dia manusia.

Aku terlalu percaya kejujuran palsu. tetapi apabila kebohongan yang terbentang, sakitnya
lagi hebat kerana jujur itu cuma untuk menutupi helah busuk. busuk lendirnya yang
disembunyikan oleh wanginya akhlak cikai selama ini.

"Tu Ain suruh lah Ain kawen dengan budak tu. eh tak boleh Ain dengan Azlan..".

Sentap lagi. kalau boleh, aku nak jerit lantang bilang yang aku dengan dia tak pernah
ada apa-apa dan tak akan pernah ada apa-apa. dunia aku dan dia berbeza.

Aku hidup dalam dunia yang bodoh dari segala segi. dia pula hidup dalam dunia yang
peka terhadap segala aspek. jurang itu begitu ketara. jadi perkataan kawan itu aku
guna pakai dalam lukisan kisah ini.

Aku anggap kawan biasa. dia anggap kawan yang luar biasa. aku tak ada hak nak halang,
itu rasa masing-masing. terpulang. ikhlas atau tidak, aku bukan ahli nujum nak menilik.

Aku tak mahu caturkan hidup aku dengan dia. aku risau aku goyah. aku tumbang dan
mungkin salah percaturan aku masuk ke jurang bodoh kepada peka. anasir jahat
sentiasa menanti. ada jurang menyekat.

Jurang iman ada di antara.

Kisah bulan tiga kembali terlayar di minda. pertemuan itu bagi aku yang pertama dan
yang terakhir. tak ingin bertemu lagi kecuali dengan izin Allah.

Aku alami sesuatu. aku seolah baru menerima culture shock. insan yang aku anggap
paling jujur khianat kepercayaan yang aku beri dalam beberapa saat.

Hinaan dia bukan pada kata. tetapi dari gerak-geri dan perbuatannya. itu lebih dari
cukup untuk buat aku jatuh dan terhina saat itu juga. air mata hampir menitik lalu
aku seka dan tahan air yang seterusnya daripada terus tertumpah.

Aku terdiam.

Mungkin ini situasi biasa yang remaja lain lalui. tetapi tidak bagi aku. aku tak pernah lalui
dan aku rasa ini saat paling getir dalam hidup aku. saat aku perlu bertarung dan 
survive untuk diri tak dihina terusan. 

Sejuta rasa aku peram dalam-dalam ketika itu. iman aku sedang diuji dan ujian ini
untuk lihat aku mudah goyah atau pendirian aku kuat.

Aku masih beriak biasa. tetapi dalam aku menangis semahunya. tumpuan aku hilang.
kalau boleh aku mahu lari saat itu juga, namun aku tersekat di empat penjuru.

Aku terkejut dengan situasi yang aku lalui. aku tak pernah sangka saat ini datang dalam
hidup aku. aku tak mahu mencuba. risau aku jatuh suka kelak. tak mahu.

Alhamdulillah. Allah tuntun hati aku kembali kepada realiti. aku sudah terlalu leka
dengan dunia dia sebelum ini.

Sejak dari insiden itu. dia mati bersama kisah rahsia yang aku katup kemas hingga kini.
aku sudah tak ada hati nak berkawan apatah lagi mahu menegur. aku anggap aku tak
pernah kenal siapa dia.

Lapan bulan berlalu. kini kisah itu dibangkitkan semula sedangkan aku mahu kuburkan.

"Kalau jumpa Azlan tu, kirim salam dekat dia banyak-banyak..".

Kiriman salam itu aku tiupkan dengan penuh makna bersama lirikan mata yang tersimpan
sejuta kisah pendam. aku mahu dia rasa kiriman salam itu bukan kiriman biasa-biasa.
itu lebih kepada bentuk perlian. aku mahu dia rasakan itu.

Sakit aku apabila dibohong dengan hijab aku ditutup bersama kejujuran rekaan. sakit.

Toleh ke belakang sebentar. kifarahnya sedang mengekorimu dari belakang.
kifarah sama dengan karma. yang bezanya Islam guna pakai Kifarah bukan Karma.
Karma itu orang Hindu yang gunakan.

Cepat atau lambat. kifarah itu tetap akan datang dalam pelbagai bentuk sama ada
baik atau buruk. wallahualam.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)