Part 3: First Impression (LI)
Assalamualaikum. isnin bersamaan 2 Disember 2013 maka bermulanya liku onak duri
ceh engko melebih hahaha semester empat sebagai student practical. apa yang aku
boleh katakan, susah tahu susah kerja ni?
Flashback.
Aku terpacak depan office Amiera Ghazzaly & Associates. waktu itu hujan lebat-selebatnya
dan aku suruh abah tunggu dulu sementara office tak buka lagi. aku sampai tepat kot
bapak aaa jam 8:00 pagi sebab dalam surat lapor diri tulisnya begitu.
nampak tak ke-inesen-an di situ? hahaha tunggu punya tunggu rupanya office buka
jam 8:30 pagi.
Kejadahan apakah ini?
Office dah buka aku terus naik tingkat dua. first impression aku tengok office dia
wah cantik dan simple dan ruang pun selesa sebab staff tak ramai. tempat aku tu
ada dua office sebelah menyebelah. office tempat aku tu just buat akaun, audit dan
tax je sebab tu staff dalam berapa orang je.
Masuk je terus En.nik bawa pergi bilik diskusi untuk briefing kami. empat orang
student praktikal. sorang syarikat transport, aku associates dan dua orang lagi
quorum. kami satu Poli dan di bawah satu department yang sama.
Waktu briefing kenal kan diri lagi. En.nik sempat lagi melawak bagai sebelum kenalkan
kami dengan staff office-office tu.
Selesai briefing dalam 15 minit, kak renny selaku staff yang bertanggungjawab beri
instruction and guide aku sepanjang practical ni bawa aku ke tempat aku sebelah
meja kerja dia.
Selesa ya ampun. ruang meja tu luas dan bersih aaa. aku suka aku suka. kerusi pun
yang jenis tinggi dan aku macam nak berlagak duduk like a boss. tapi apa yang aku
rasa kurang best. aku sorang student prac untuk office tu dan aku rasa awkward gila
sebab bosan tahu?
Aku feeling jap macam kerja bebetul dekat tempat aku sementara kak renny pergi letak
student prac sorang lagi tu dekat office dia. 10 minit macam tu kak renny duduk sebelah
dan macam cari sesuatu. dan aku tengok dua buah file kuning dia pegang dan letak atas
meja aku. guide aku jap nak buat macam mana then dia tinggal suruh aku buat.
Aku macam terkial gak aaa nak key-in transaction restoran Jelita Cafe engko tak
menahan nama restoran hahaha dalam microsoft Excel. aku tak belajar sangat excel woi dan
aku macam stuck dan blur lalu aku tunggu kak renny datang sebab dia pergi guide
student prac yang lain. sibuknya kak renny aku tengok sebab dia senior lama kot dekat
office ni.
First day prac aku dah kena regging dengan dua file bulan Jun dan July untuk
restoran Jelita Cafe punya transaction. wei tahu tak resit-resit dia macam terburai
keluar dari file tu? ada yang macam tak jelas. aku dah aaa tak sempat breakfast pagi
tu berpinar gak aaa mata ngadap resit dan komputer sepanjang hari engko tahu.
Jam 12:30 tengahari aku baru dapat siapkan file bulan Jun. kawan aku yang prac
sama kejap kejap text aku bagai tanya buat apa dah start buat kerja ke apa lah.
aku macam penasaran gak aaa ke aku sorang je buat kerja macam nak terberak ni?
Nak pegang handphone kerap sangat kang apa pula kata staff lain. nasib baik dinding
pemisah antara meja tu agak tinggi. ada masa aku curi curi reply back text dorang.
kambing betul time aku banyak kerja aaa menyempat je lagi nak tanya pasal
kad pengesahan lapor diri tu bahagian kelas nak tulis menda. aish marah betul.
Perut aku meragam waktu dah nak dekat rehat. rehat jam 1:00 petang. 12:45 aku
cecepat siapkan yang bulan Jun punya sebab lepas waktu rehat aku boleh siapkan
yang bulan July punya. fortunely dalam bulan Jun tu bukan setiap hari dia buat
transaction. aku macam senyum jap sebab mudahkan kerja aku cepat siap. hahaha.
Afiqah dengan Amira keluar dari office dia ajak aku pergi lunch. pergi naik kereta Afiqah
merayau jauh sikit makan sebab hujan kelaparan.
Jam 2:00 masuk semula. duduk dan sambung buat kerja. Ya Allah apa yang bosan
ini lah ini aku dah aaa sorang je kena buat sepanjang hari kerja aku ngadap nombor
dan transaction dan komputer dan kejap kejap dengar aaa kak renny cakap dengan
kak lily pasal akaun. sekeliling aku semua pasal akaun audit bagai. pergh pening jap.
naik kematu dan agak pinggang tu macam nak patah dua sebab duduk lama oi.
Sebenarnya kalkulator dah jadi pantang larang dalam office ni. sebab semua guna
formula. start kak miera bos aku cakap gitu, aku terus sorok dalam beg kalkulator tu. hiks.
Office aku tu tutup jam 5:30 petang. balik dengan Afiqah, Amira dengan Sarah sekali
naik viva si Afiqah.
Sebelum balik tu kak renny dah bagi aku assignment lain untuk aku buat esoknya.
satu kotak file untuk tempoh satu tahun Akademik Memandu Sistematik Sdn. Bhd.
tahu tak. banyak gila.
Baru first day aku rasa macam nak balik Poli dan belajar, boleh tak? baru aku tahu
kerja ni sebenarnya complicated gak.
Second day..
Masuk office dan duduk dan on pc dan masih lagi guna excel untuk key-in
penyata keluar peti tunai Akademik Memandu Sistematik Sdn. Bhd. so banyak aaa
salinan lesen yang ambil lesen memandu dalam tu. nyempat je aku pergi scan
muka sorang sorang. hahaha ada yang lawak noh mukanya.
Ada 12 bulan tapi aku baru siapkan 4 bulan yang awal. choi perlu kesabaran yang
tinggi nak siapkan satu satu bulan tu. tarikh tak susun pun hoi aku pula kena susun
hoi hoi betul lah.
Sampai petang aku siapkan baru nak masuk bulan kelima. nampak tak terkialannya jelas
di situ? aku dah macam expert hari kedua dah jarang tanya kak renny apa apa.
macam dah terer sikit guna excel sebab aku godek. segan nak tanya kak renny.
tapi kalau aku tak faham apa yang nak buat aku tanya lah. hoi aku datang sini nak
cari experience dan belajar, tak guna kalau membisu je.
Third day..
Banjir makin teruk area office aku tu. macam memang tak boleh lalu. so semua ambil
kata putus nak cuti. aku pun text kak renny bagitahu sebab nak lalu pun banyak
jalan tutup.
Elektrik dengan air pun tak ada so ini lagi mengukuhkan alasan yang satu tu.
pergi office pun macam sia-sia sebab semua kerja melibatkan pc. kalau elektrik tak ada
apa guna pergi office ye dak.
So aku sweet dream je dengan Sarah dekat rumah sewa sambil berselimut tebal
fuh aku rasa macam di awangan gayanya wow wow. dengan hujannya perghh nyaman
ya rabbi. nasib baik aaa duduk 'kondo' tingkat paling atas so tak ada lah rasa tempias
kebanjiran itu hahaha kondo tak menahan.
Aku nak tergelak waktu dalam kereta on the way nak balik. mira dengan muka confidentnya
sambil perati orang pakai payung,
"woi sekarang time banjir orang tak jual dah payung, orang jual bot pulak".
dengan ekspresi muka bangang ya ampun. aku dah terbahak dah dekat belakang.
Esok pun aku perati je cuaca dan jalan nak ke office macam mana. pagi esok baru nak
tanya kak renny kena datang ke tak sebab risau elektrik tak ada. baru hari keempat dah
nakal nak cuti macam bos pula engko ye minah.
Assalamualaikum.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment