Part 7: Penangan bank reconciliation (LI)



Aku sampai sekarang tak tahu bank recon ni ejaan dia bank reconciliation ke atau
bank reconcialition. aku main tibai je. sebut nama pendek lagi mudah.



Assalamualaikum. alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk aku kau dan kita
hirup udara free ni lagi. seperti biasa, hidup aku di office so far berjalan sangat lancar
dan baik.

And the most important thing that aku tak kekok dan jadi sepasif memula masuk
as a practical student tujuh minggu yang lalu. aku dah boleh catch up dengan environment
bila ada di dalam office. 

Apa aku kena mind set setiap kali masuk office. office bukan macam kelas kau boleh
nak beborak sakan dengan kawan sebelah sampai terkeluar anak tekak semua bagai.
bercakap tak kira tempat. no.

Aku mula faham suasana dalam office. bergurau dan berborak boleh cuma kena pada
tempat dia. beragak lah akak depan kau tengah sibuk buat kerja kau nak ajak borak?
no. nanti tak pepasal kau kena bash dalam hati dia. hahaha.

Bagi orang yang ramah macam aku ni ha-ha-ha maybe rasa macam culture shock kot
bila first day rasa suasana office. ye la. kau pernah nampak ke office bising? hoi.
bercakap bila perlu je.

Sampai satu masa aku mula terdetik--

"One day andai kata aku jadi auditor or apa-apa lah yang ada kaitan dengan office,
macam ni ke sunyinya life aku? worghhh!"

"Aku malas lah jadi auditor or akauntan ke apa lah kalau macam ni. mahu aku mati
bunuh diri sebab tension kena diam". kata aku pada minggu pertama.

Itu dulu. then aku cuba adapt dengan the actual situation. dari situ, aku belajar.
dalam diam, aku bukan just sekadar belajar dari segi lahiriah je. segi insaniah juga.

Then minggu ketujuh aku dah faham. ada waktu gelak, kita gelak reramai dalam office
sampai orang luar dengar. ada waktu kita fokus buat kerja, kita kena totally focus.
sebab nak siapkan satu-satu business documents company client ni due dia dalam
dua minggu je. tapi dua minggu dah cukup lama kata kak miera.

So aku terima situasi ni. syukur diri tak banyak songeh. kalau tak, aku campak je diri
ni ke dinding bagi faham bahasa sikit. 

--

The moment bila aku dapat siapkan business document client dalam masa seminggu je.
whoah. thats the latest achievement untuk aku! padahal aku cuba lengah dan kena
double check apa yang patut. untuk assignment company kedua ni aku dah boleh
merangkak sendiri tanpa kak renne yang tolong guide.

Aku macam 'wow' tahniah diri. kau memang cepat belajar.

Business document ada tiga cabang dia. resit/bank statement (income/sales),
payment voucher/kaki cheque (purchases), bank statement/bank reconciliation.

Bila dah siap key-in invoice dengan payment voucher dalam accounting system,
maka cerita terakhir dia kena buat bank recon. siapa pernah buat bank recon ni,
memang dah tahu betapa gerunnya buat benda alah ni.

Aku memula buat first company tu, bila tang bank recon aku rasa macam fedup dan
terus nak resign boleh? ha-ha-ha.

Bank reconciliation stand for penyata penyesuaian bank. maknanya ini step terakhir
dalam business document yang paling mencabar minda dan fizikal bagi aku. dari sini,
client akan tahu expenses dengan deposit dia mana tak ambil kira lagi dan 
deposit dengan cheque mana yang still tak clear. memang sah sah tak boleh membohong
buat benda alah ni dalam excel sebab memang tak akan ada balance dan formula
mana pandai menipu ye dak?

Jujur. memula aku mendalami bank recon ni aku rasa woi perlu ke sesukar ini? eh pls lah.
Second company aku bila tang bank recon aku sambil goyang kaki je buat ha-ha-ha.
sebab aku dah banyak benda belajar sepanjang buat first company tu.

Waktu first company tu aku kena buat dua kali kot bank recon tu. makan masa
tiga minggu aku abdikan diri. memang aku learn from mistake betul lah. tak tahu lah
kalau still bengap? ha.

Nak mudah ingat dan faham step buat bank recon ni, aku tulis dalam buku. at least
aku lupa, aku selak je. tak ada lah terkial-kial.

Sampai yana dengan ashraf pun share note aku tu. memula yana fotostat, then
ashraf pula pergi fotostat. alhamdulilah ilmu aku tu berkembang dengan pesat sekali.

Maka, hari jumaat 170114 tu aku yana dengan ashraf bertiga siapkan bank recon memasing.
Yana dengan ashraf company K.H Asna Education, kalau tak silap taska kot.
aku pula Marinas Global Ent. company ni macam supplier meter apa benda entah tak ingat.
yana dengan ashraf berkongsi satu company sebab dua tahun. aku punya setahun je.

Dorang buat dua minggu, tapi aku seminggu habis sama dengan dorang dan aku yang
siap dulu. ha-ha-ha.

So pukul 4 aku dah complete satu business document! whoah teruja bak hang. 
nasib baik bank recon kali ni tak banyak ragam dan tak manja sangat. aku rasa nak
joget-joget je dekat tempat aku tu. kata dekat kak renne aku punya dah siap, so
kak renne kata hold dulu dan aku tercangok dekat tempat aku tak tahu buat apa.

4.20 PM--

"Ain. teman kak renne pergi ambil document kejap.."

Waktu nak keluar tu berselisih dengan ashraf dekat pintu. pebenda lah budak ni
tak faham lagi. dia pergi tanya yana. aku terkedek-kedek ikut kak renne pergi
office client.

Dah siap ambil dokumen so kak renne cakap suruh letak dekat meja En. Ghazzaly
dekat first floor. first floor tu jugak tempat si ashraf.

Lepas aku letak dekat meja En.Ghazzaly. aku pandang dia, dia pandang aku. 
engko ingat aku nak main mata dengan engko ke? ha-ha-ha hambar. dia macam nak tanya
maybe malu kot so aku pun tanya dia direct sebab aku tahu mesti tak siap lagi
kes bank recon tu,

"Weh dah siap ke?"

"Belum lagi. tak faham ni ish kenapa tak balance lagi ni".

Aku faham sangat lah perasaan orang yang baru pertama kali buat bank recon ni.
tension dia boleh bawak bergaduh tahu? aku terlebih dulu makan garam. hehe.

Memandangkan aku dah siap kerja ada insan memerlukan bantuan aku pergh pergh
perahsantan engko so aku tawarkan diri nak tolong. tengok stress sampai nak resign
tu sekali tak menahan. selamba je engko baru dua minggu kot. time tu dalam office
ada ashraf dengan En. Azrel je. nasib baik ada En. Azrel, kalau tak seram gak aku berdua
dengan si ashraf tu dah lah office bawah sunyi gila bak hang. bosan blurghh!

"Ce bangun jap. meh nak tolong tengok".

Dia bangun. aku ambil alih kerja dia jap. aku selamba je padahal ashraf tu tua dua tahun
dari aku dah boleh jadi stok abang abang je tapi aku buat macam sebaya. kelako.
ashraf tinggi woi. kalah aku. aku ingat aku dah cukup tinggi. keh keh keh.

Aku fokus perati apa lagi dia tak buat masuk. aku padam semula then tick semula.
dia berdiri sebelah pandang aku buat. aku rasa macam cikgu pulak dok tanya dia
ni kenapa ni kenapa dekat sini suruh dia faham apa dia buat. nasib baik engko faham.

Tengah aku fokus tu, sempat je dia nak bunyi. 

"Its supposed to be easy lah". amboi kemain dekat cakap dekat telinga aku.
supposed to be easy konon. kambing betul ashraf ni.

Dalam 20 minit aku duduk situ, semua benda dah buat masuk so kenapa still tak balance
lagi ni? yang si ashraf tu dah keluar pergi main air dalam pasu. takda kerja dah ke? cis!

Terkejut aku tengok bank statement dia sampai terkoyak sikit. memang selamba badak
sungguh. aku stress pun tak koyak kan kertas woi tu bank statement client kot woi.

Semua dah masuk tapi tak balance jadi aku cari jalan lain. bergeliga gak otak aku
petang tu. rupanya dia dekat uncleared deposit dia (+) kan, dekat uncleared cheque
dia (-). tapi sepatutnya uncleared deposit (-), uncleared cheque (+). memang sampai
ke sudah lah tak jumpa hoi. turun naik atas just silap yang tak relevan tu. 

Bila dah dapat, aku panggil dia dekat luar. senang lenang engko ye main air.

"Ashraf sini jap"

Cecepat dia pergi dekat aku. aku pun explain kenapa tak dapat. buat penat je aku
fikir dan buat semula padahal benda tu tak ada kena mengena pun dengan 
bank statement or Quickbook pun. 

CUMA SALAH FORMULA!

"Sepatutnya (-) dekat uncleared deposit. yang (+) dekat uncleared cheque bla bla bla.."

"So maknanya bulan sebelum tu pun salah gak lah formula kan bla bla.."

Bila aku tukar formula, tetiba dia dengan muka habis happy kot aku rasa. aku dengan
muka tak puas hati sebab lepas tukar formula baru settle masalah dia tu.

YOU'RE BRILIANT! YOU'RE BRILIANT! YOU'RE BRILIANT! 

Yang tak boleh blah nya, muka habis bangga cakap aku gitu. like i said before,
aku lebih makan garam dari engko dulu. yang bestnya jadi engko, orang tak bengang
dengan engko kalau banyak tanya sebab engko just tanya aku dengan yana je.
aku dengan yana dulu lagi lah nak survive kena tebal muka tanya kak renne macam benda.

Aku rasa En. Azrel pun terkejut sebab kuat gila bak hang engko nak menjerit apasal?
ha-ha-ha. first time orang cakap aku briliant sebab tukar formula.

"Settle masalah. kalau tak, pahceroh lah tak dapat buat". 

Aku pandang dia atas bawah je rasa nak gelak ha-ha-ha. tak puas hati gila muka aku
aish kalau aku detect formula yang salah tu, aku rasa mesti dia tak ada lah terkial-kial
ke hulur ke hilir.

Sampai aku keluar nak naik atas, dia still dengan you're briliant! you're briliant!
dia tu. kalau perempuan tu, aku pulas je telinga biar lebam. woi benda simple gila
khinzir kot tak payah lah sampai julang aku macam settle kan masalah yang besar.

Tapi sebab benda simple tu lah kalau tak alert or tak tukar, sampai sudah tak dapat.
sebab tu dia macam bangga gila cakap aku briliant.

Whoah terima kasih moga masin mulut engko ye ashraf.

"Dah pergi sambung buat kerja tu".

Lepas aku settle masalah dia tu, terus tak tanya naik atas dah. suka sangat lah tu
dapat buat.

Aku naik atas ngumpat pasal kes ashraf tu. aku dengan yana gelak terkekek-kekek.
kalau tak buat kelako tak sah.

4.50 PM--

Aku lepak dekat tempat aku yang super nyaman tu. tak ada kerja nak buat aku bukak
buku kira duit belanja yang aku keluar kan hari ni.

5.00 PM--

Balik pukul 5.30. bosan tetiba aku tengok amira dengan afiqah tengah buat kerja.
aku tolong jap so boleh balik cepat sikit.

Tetiba aku dengar kak lily tanya kak miera,

"Kak miera, hari wesak ni kita ambik cuti tak?".

Aku pun nyampuk,

"Dah lah thaipusam tak cuti pun.." buat muka sedih.

Kak lily pun, "Ha tu awak yang sambut ha-ha-ha-ha gelak gelak".

Kebetulan kak aida cuti harini spontan aku bahan kak aida.

"Haa kak aida sambut thaipusam. patut lah tak datang hari ni.."

Spontan satu office bergema kiteorang dok gelak.

"Haah kan. aida pergi berarak kat batu caves".

Seriusli best gila rasa boleh melawak semalam dalam office. semua gelak bukan ingat dunia.
nasib baik ladies je semua.

5.45 PM--

Amira dengan afiqah still siapkan kerja. kak lily pun,

"Ha Ain tu tak sabar dah tu nak balik nya.."

Aku dengan kak lily gelak je. woi stress aku tengok yana dengan ashraf dah balik pun.
ergh! biasanya 5.25 dah keluar office.

5.55 baru keluar office. first time pulang lewat. uhuk uhuk!

So konklusinya, aku tak sabar nak tunggu next assignmen isnin ni. aku makin suka
kerja sebab dah faham. kalau tak faham tu rasa macam nak resign je bak kata ashraf.
hahaha.

Assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)