Part 8: Lunch & Officemates (LI)
Assalamualaikum. pejam celik pejam celik wohoiii cliche sangat tu hahaha dah nak
masuk minggu kesepuluh aku mengabdikan diri sebagai practical student di sebuah
audit firm.
Thats mean dah nak masuk dua bulan dua minggu. how come time flies shooo faster aite?
Apa aku boleh ngomong. hidup aku dalam office makin hari makin bahagia. makin hari
makin nakal. makin hari makin jadi kaki melepak. huahuahua.
Aku buat office tu macam office mak aku punya ha-ha-ha. setiap pagi aku or yana
akan bawa breakfast. kekadang kalau aku rajin dan sempat, aku bawa kuih beli
dekat kedai. kadang yana bawa pancake woi. selamba ajak ashraf sekali lepak dekat
pantri atas makan sambil borak. ashraf bukan nak makan pun tapi borak memanjang.
Ada satu hari. aku dengan yana lapar gila bak hang. entah kenapa entah hari tu aku
dengan yana and ashraf sekali kot mengantuk sebab tak breakfast ke apa aku pun
tak dapat detect. dengan perut kosong nya terus hadap komputer. kau rasa?
tak ke sesah otak nak masuk angka pepagi dengan perut kosong.
Then. aku dengan yana buka twitter layan mention memasing. gila betul. duduk berdepan
je tapi nak bermensi bagai. aku nak tergelak pun ado oi. nasib baik kak miera tak ada
twitter. kalau tak, mesti kantoi kiteorang berinteraksi dalam alam maya. kahkah.
Waktu tu kiteorang macam dah tingtong habis dah tak boleh nak masuk angka lagi dalam
otak selagi tak breakfast. then aku sesaje kata dekat yana,
"Yana. tanya ashraf dekat bawah takut dia bawak pape ke breakfast. biase kan dia
berkelah dekat ofis bawah tu.."
Tak sampai lima minit, yana mention aku dekat twitter. taik betul padahal boleh je
cakap depan depan hahaha.
"Ashraf ajak turun. makan! hehe.."
Dengan selamba badak taik kucing. aku dengan yana turun pergi tempat ashraf.
nak masuk bilik dia tu, tetiba nampak dia merokok. pergh like a boss betul engko.
Tengok atas meja dia ada empat bungkus roti butter dengan jagung. dengan gejolohnya
aku dengan yana terus ngapp. lapar gila babs aaa masa tu tak boleh nak cakap apa.
just nak alas perut je sebelum lunch hour.
Dia masuk dalam bilik tu,
"Woi ambik aaa roti ni. aku beli dua sorang. kang mati kebulur pulak korang.."
Aku pandang je ashraf tak puas hati. yana dok gelak.
"Woi engko beli mana roti ni? perisa jagung je ke ada? aku dah lah tak minat sangat.
coklat tak ada ke? vanila pun boleh. engko jumpa mana kedai runcit? aku tak pernah
nampak pun kedai runcit area sini.."
Sangat berjela soalan aku. pelik gak aku. jumpa pulak dia kedai runcit.
"Korang apa tahu. makan je tahu. aku delivery je ni.."
Spontan semua gelak. riuh ofis bawah tu. padahal Encik Azrel ada gak dekat situ.
selamba buat bising macam tak ada orang.
Sejam gak aku dengan yana melepakss dekat bawah tu. dalam hati mohon kak miera or
kak renne tak cari lah mana budak berdua ni pergi. kuangkuangkuang.
Lepas borak. gelak macam orang gila. suara sorang sorang macam nak terkeluaqqq
anak tekak. yana suka sangat gaduh mulut dengan ashraf. ada aku jodohkan mereka
berdua ni kang. padahal memasing dah tua. aku pulak nampak matured ha-ha-ha.
Next day. yana bawa pancake. aku tak lapar sangat sebab aku dah beli karipap
dekat kedai tepi jalan. pukul 10.30 yana ajak pergi pantri then dia ajak ashraf sekali.
ashraf melepak je tahu. dia awal awal dah breakfast. kwangajo tak tunggu ork.
Yang paling kanan dan paling pelahap itu adalah Ashraf. sungguh betul makan.
Jumaat 300114. hari ni ada lunch hour bersama officemates bersempena penghabisan
praktikal kak aida yeay yeayyyy! aku bukan yeayyy kak aida dah tak ada, aku yeayyyy
sebab dapat makan best apa. hahaha.
Combine dua office sebab staff pun sikit je kan. student prac enam orang.
staff lima orang je pun.
New Horizon Garden Restaurant. restaurant ni mewah jugak lah. dekat je dengan
office aku tu. book dua meja. kami yang praktikal ni satu meja havoc sekali. ashraf
sorang lelaki. kami yang perempuan ni buli. dia ni pandai menjawab. ye la orang tua kan.
hidup lama dah. kahkahkah.
ASHRAF TAK PANDAI AMBIL GAMBAR! ERGHH GERAM AKU RASA!
Alhamdulillah hari ni duit untuk lunch selamat di dalam purse. ahaks. memacam ada.
tomyam, udang celup tepung, siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong
lama lama mencuri pun ada. ada lagi aku pun tak usha nama apa benda alah tu tapi
yang penting air laici banyak gila buah laici dia kasi. hoi!
Kiteorang sampai dalam tujuh minit kot baru dorang serve. dengan lagu nya mendayuyu.
perut waktu tu memang kebuluqq lagu tak boleh sayu lagi ke apa? orang tengah
lapar pasang lagu titanic. dey?
Tak sangka pulak abang nik book menu dia macam nak makan 10 orang satu meja.
tomyam dia bapak lah banyak nya. udang celup tepung aku tak usik pun ha-ha-ha.
sebab apa? sebab malas nak buang kulit dia. dasar ya lu.
Dah siap makan. woi first time lunch makan lama kemain. kalau tak 20 minit dah
gerak balik office.
Dah siap tu, dorang serve dessert pulak. makan makan sambil borak kacau si tua
ashraf. then tengah bising bising tu. rasa lain pulak sebab ashraf senyap tetiba.
pandang dia...
"Patut lah senyap. sambung makan lagi rupenyaaaaa.."
Aku dengan mira dok membahan si ashraf tu. orang dah sampai ke dessert dah,
dia boleh lagi sambung makan nasi. perabih semua isi ikan siakap. hahaha mementang lah
makan free kan. engko bahan sampai ke titisan yang terakhir. terbaik lah engko!
Semua dok pandang dia sambil gelak. dia buat tak layan sambil makan. jenis tak makan
saman sunggoh orang tua ni.
Yang paling kesian, yana lah. dan dan hari ni baru nak mc baru nak demam nya lah.
kiteorang ambil gambar bebanyak then suruh ashraf sent dekat yana. pergh kejam
terasa.
Alhamdulillah untuk hari ni. murah rezeki abang nik :)
Masuk je office memasing macam mabuk kepayang. dengan aircond nya lah pergh aku
rasa kalau balik tidur pun sodap waktu tu. kak lily asyik panggil panggil aku sebab takut
aku tertidur dekat meja ke apa sebab kenyang sangat hahaha.
Aku tak banyak kerja sangat hari ni so kerja aku cepat siap lah. pukul 4 aku pergi
tempat mira dengan fiqah dok melepak. see? kan aku dah cakap aku makin nakal
sekarang. dulu mana berani nak bersidai dekat office dorang. kahkah.
Yana mc hari ni so tempias bosan tu lagi menebal lah kot. biasa aku suka layan
kebudak budakan dia tu even dia dah 21 tahun kot. aku baru 20 tahun. dan
ashraf 22 tahun. tapi aku tengok bila yana dengan ashraf gaduh macam budak
15 tahun je woi. eh pls lah be matured huahuahua.
Next week inshaAllah pensyarah penyelia aku datang selia dekat office. hari apa
aku tak tahu lagi. woi berdebar ni tak payah cakap lah sebab lecturer nak tengok
report siap sampai bab 3. mohon aku rajin untuk siapin. amin amin.
Yeayyyy! dah gemuk yeayyyyy! asyik makan je kerja bila balik dari office petang
sampa ke malam aku makan.
Berguna sarah duduk sekali dengan aku ni. disamping aku dah slow slow nak pandai
masak tapi masih dalam pemerhatian lagi, sarah ajar aku naik motor skuter pink
dia tu. aku rasa macam nak ha-ha-ha sikit boleh?
Orang dah 20 tahun belajar naik kapal terbang dah ahkak oiii. engko baru nak merangkak
belajar naik motor. seriusli aku tak pernah bawak motor dan aku tak pandai dan
tak ada sapa nak ajar aku pun. lagi satu, aku penakut. sad life kan?
Nasib baik sarah usul kan dekat aku petang waktu sama sama basuh motor dia bawah
flat tu. cakap nak ajar aku tapi aku macam level confident tu tak tinggi mana waktu tu.
Petang tu dah lah ramai budak lelaki melepak cuci kereta lah dekat bawah tu tetiba
macam ha apekehal minah dua orang ni hoi? waktu tu aku tak dapat stabil kan lagi
antara gear dengan break sampai macam nak tersadung. sarah steady je duduk belakang.
Padahal dalam hati. AINNN APA KAU BUAT NI HAAA? TAKUT AKU!
Dalam hati aku pun. WOI APA KAU BUAT NI AINNNN? AKU TAKUT LAH DENGAN APA YANG
AKU BUAT NI!
Orang dok pandang. ni aku tak berkenan ni. cari port selindung dari manusia sikit
so dari situ aku mula ketagih dah nak bawak. sarah steady guide aku dari belakang.
dia duduk dekat belakang takut aku buat perkara yang tak senonoh. aku risau gak takut
terbuat benda tak senonoh. motor saghah tu woi!
Next week sarah nak ajar lagi. alah sarah cakap biasa lah tu first taimmm lah katakan.
One more thing. haritu aku tengah ontheway sensorang nak ke mall nak lunch dengan sue.
tetiba ada sorang lelaki ni naik kereta panggil aku. aku dah cuak masa tu.
dalam otak aku, eh aku kenal ke? siapa? tak pernah nampak pun?
Dia tanya aku nak pergi mana. mesti lah aku nak masuk mall wei dah sah sah kaki aku
selangkah lagi nak masuk mall engko tetiba panggil. tanya aku kerja ke then aku cakap
aku praktikal dekat sekian sekian tapi dia tak tahu pun. tanya aku belajar lagi ke lepas
praktikal ni haih motif? aku ingat dia nak tanya jalan ke apa.
ENGKO TAHU TAK AKU TAKUT GILA NAK MAMPUS RASA?
Mujur ramai orang waktu tu. aku takut dia mark aku dari mula aku jalan sensorang je.
Ya Allah minta dijauhkan dari segala andaian buruk aku ni. aminnn.
Assalamualaikum.
2 orang manusia cantik:
hamboi.. panjang nya entry. hehe. tgok akak happy ngan ofismate, rasa cam nak kerja pulak.dah penat jadi penganggur terhormat kt umah ;(
Lepas habis SPM kan? kerja lah. best! :)
Post a Comment