Part 4: Second Weeks (LI)
decoration office cantik dan menarik serta simple much.
Assalamualaikum. alhamdulillah minggu ini tamat bagi minggu kedua aku practical dan
aku macam tak sedar masa marathon macam udara. hah engko metafora.
Cuma tinggal 18 minggu lagi. ok cuma.
Banyak benda aku nak cerita. bermacam genre aku nak muntahkan. dalam pada aku busy
dan aku rindu nak menulis. aku capai buku conteng-conteng dalam tulis ikut sedap.
apa yang terlintas, semua aku tulis. itu cara aku kosongkan input memori.
Aku rindu nak menaip. frankly speaking sepanjang minggu ni aku busy mengalahkan
official staff office hahaha. dan sekarang baru aku tahu penat belajar rasa dia lain dan
penat bekerja rasa dia lain macam pula. aku dah buat konklusi, antara penat belajar dengan
penat bekerja. aku lebih memihak kepada penat belajar.
Woi baru minggu kedua kot. chill dulu bruhh.
Apa yang beza?
Penat belajar. engko boleh bergeng kesana kemari bergerak kelas cancel engkorang
balik bilik atau rumah then engko rehat and rasa penat walau sepanjang kelas
tiga jam asyik memikir tapi seriusli penat dia penat lain.
Penat seorang pekerja dalam tempoh practical. jenis aku yang suka bercakap dan
ramah nak tanya itu ini. tapi sampai office aku terus kena jadi seorang pasif. sifat ni
memang seratus per satu persen jauh dari landasan sifat aku. whole day aku asyik
mengadap pc dan buat kerja. duduk tanpa bercakap dan mata hanya fokus pada
skrin pc. cakap bila perlu tapi selebihnya just bunyi keyboard dan radio.
Woi tahu tak perasaan aku terdera?
Penat sebab pendam kata dengan penat mengadap satu benda dalam tempoh masa
yang panjang. serius penat.
Aku bukan penat buat kerja berat. bukan kena angkat batu bata punggah barang apa semua
tapi hanya perlu duduk dan diberi tempat habis selesa then siapkan assignment yang
kak renne atau kak miera bos aku tu bagi. mudah. simple tapi kenapa still penat?
Otak memikir orang bekerja ni tak sama dengan otak memikir waktu belajar. memandangkan
syarikat ni audit firm jadi semua benda kena buat ontime dan cepat sebab client
akan hantar file lain untuk di audit. gerak pun mana boleh terhegeh apa semua.
Semua aku tengok jalan pun laju. kena alert dengan semua benda. dan aku sebagai
student prac apabila ditegur itu perkara biasa. aku anggap itu lagi kuatkan semangat
aku untuk buat lagi bagus. kena tegur sebab tak pandai guna microsoft excel formula
bagai tu, aku tak ada nak berdendam.
Kalkulator dah jadi pantang larang dalam office ni. semua guna formula excel.
garukkk kepala aku. tapi aku tengok kak miera dengan kak renne pakai kalkulator cabuk je
yang murah tu. kak lily pun sama. aku segan pula nak pakai casio. ngehngeh.
Aku godam sendiri formula dalam excel. aku cuba mahirkan sendiri nak key-in petty cash,
daily sales, analisa gaji semua tu tanpa bantuan kak renne. lagipun kak renne busy
selalu tak ada dekat sebelah meja aku sebab nak urus tutup akaun client hujung tahun.
so nak tak nak, aku kena gerak sendiri. alhamdulillah minggu kedua aku dah boleh
berdiri slow-slow. syukur.
Time ni tengah buat assignment analisa gaji untuk setahun kak miera bagi. yang
kak renne punya assignment tak siap lagi aku hold dulu yang key-in sales dalam Quickbook.
semua longgok atas meja aku. yang file tebal tu baru untuk dua bulan. berlambak lagi
dalam kotak. bukan kertas, resit-resit bagai je bersepah atas meja, pendrive pun berterabur.
kadang aku tak ingat pendrive mana satu yang aku saved benda yang kak renne nak.
Ada satu hari tu. memang betul-betul uji kesabaran aku. aku tak selalu guna excel so
aku key-in daily sales dua bulan awal untuk Jelita Cafe tanpa saved. aku tak ingat
nak save ke apa then bila buka semua tak ada. dah lah menderita aku nak check
resit-resit tu segala. baru aku tahu aku tabah gila terpaksa check semula waktu tu.
tak sama atau tak imbang, kena double check lagi. double derita.
Sekarang aku sorang student prac. partner prac masuk awal bulan satu ni. sebulan ni
matilah aku buat audit/key-in sales or invoice dalam Qiuckbook sorang-sorang sampai
pengsan. ehem lelaki hoi! hahaha bak kata sarah,
"ain tak lunch dah dengan kita nanti. lunch dengan budak tu lah nanti tu.."
Lepas seminggu aku masuk. ada dua tiga orang juga budak lelaki mintak prac dekat situ.
tapi kak miera ambil sorang yang mana dulu mintak. hoi lelaki tak sesuai lah kerja
depan pc. aku yang perempuan pun dah nak muntah, apa lagi lelaki. pengsan.
Apa yang boleh aku bilang. meja aku seluas alam. boleh duduk dua orang engko.
kerusi aku lagi best daripada official staff dekat sini. hahaha like a boss.
Jangan nanti kak miera letak budak lelaki tu share meja dengan aku sudah. saja aku
sepahkan kertas file atas meja. habis office hour kemas semula.
Apa yang aku rasa lawak nak mampusahh. serius sepanjang hidup aku tak pernah main
mesin photostat. aku macam stress gak aaa orang best je guna mesin photostat yang
ada bebetul belakang aku. lagi buat aku stress gila.
Then ada satu malam tu aku cuba tanya sarah pasal hal yang merunsingkan jiwa raga
aku ni,
"sarah, boleh ajar ain macam mana nak guna mesin photostat tu tak? tak pandai aaa".
Sarah nak terang je. tapi aku pergi capai kertas dan suruh sarah lukis. nanti senang
aku nak tengok mana button apa semua. hiks.
"Alaa ain.. guna mesin photostat lah benda paling senang. tekan ni bla bla bla..".
Nak dijadikan cerita. pagi tu aku masuk office staff lain mana entah tinggal aku sorang
dalam office. aku pun ambil kesempatan ni gegodek mesin photostat tu macam sarah
ajar malam tu. pergh bila dah pandai, teruja nya woi terus aku text sarah,
"sarah, ain dah pandai photostat sendiri!!".
"haha. sedihnya bagi pihak ain".
Nampak kan aku teruja dekat situ? in real, aku memang excited. jakun? pergi lantak.
tak complicated pun sebenarnya.
Guna formula excel tak pandai. guna mesin photostat tak reti. buat itu tak tahu.
at least aku cuba sendiri. aku cuba explore diri apa yang aku zero.
Then esoknya, En Azrin dari office bawah naik atas untuk photostat then aku terkejut
tengah fokus mengadap pc En Azrin tegur,
"Haa nak suruh budak prac baru ni lah tolong photostat untuk saya. bla bla bla..".
Nak dua set? sarah ajar nak buat satu copy je. aku tak pandai nak buat dua copy even
tekan nombor je nak berapa copy. aku macam terkial jap aaa. nasib baik En Azrin
borak lama dengan kak lily. dah siap aku bersyukur ya ampun.
Pass dekat En Azrin,
"Sapa nama awak haa dila?".
"Eh tak ain".
"Haa terima kasih ain".
Fuh. nasib baik aku dah cuba godam. kalau tak serius woi buat malu. serius kabo.
Dan tugas tak rasmi aku as student prac adalah angkat telefon office yang ada di antara
empat meja. tapi kebiasaannya aku yang kena angkat then pass dekat staff lain.
angkat telefon pun penat tahu sebab kena bangun duduk bangun duduk?
Beg mickey mouse. dari sem satu sampai ke practical ni aku masih lagi guna. lama betul
dia berjasa dengan aku. tolong pikul ilmu aku. kelek harta benda aku nak pergi ke kelas.
macam tong sampah aku sebulan sekali baru aku service. memang jasamu dikenang lah
sampai ke akhir hayatmu. hopefully engko dapat berjasa sampai aku sem enam nanti. muah!
Sempoi je aku bawak pergi office beg mickey tu. kebudakannya jelas sekali hahaha.
asal kan aku selesa. disebabkan dia besar sampai tutup sebahagian tepi aku even aku
dah memang tinggi pun, aku rasa selamat sangat kalau lalu sebelah lelaki. tak ada lah
mata si lelaki tu melilau dan kalau muat masuk dalam beg pun, aku harung je. hikhik.
Aku sebenarnya tak ada life pun duduk rumah sewa. serius. orang cakap kalau duduk
rumah sewa baru ada kebebasan mutlak. baru ada life katengko. baru boleh buat
suka hati mak bapak engko tak tahu pun engko balik tengah malam tak balik langsung
ke apa. itu orang cakap.
Tapi bagi aku.
Life aku dari dulu sampai sekarang maintain gitu je lah. ini tengah prac.
pergi kerja-balik kerja-masak-makan-tengok tv-siapkan refleksi harian-tidur. see?
Kalau tak penat balik kerja dan rajin, baru masak sepahkan dapur. kalau malas,
beli dekat kedai bawah je. kalau terlebih rajin sangat, makan roti dengan jem je.
sebab kekadang perut kenyang makan time lunch hour still berlegar dalam usus.
Itu pun nasib baik office aku dengan office sarah dekat dengan mall. macam hari jumaat
rehat dua jam. kiteorang meronggeng ambil bau sales dekat mall kejap. itu je lah
masa nak sosial sikit.
Aku tak nak ajar diri aku terlalu bebas. even aku duduk luar tanpa family, itu bukan tiket
untuk buat umi risau pasal aku. dari jauh, aku still rasa umi perati aku. umi perati
laku aku. alhamdulillah sampai sekarang, aku still boleh jaga diri.
Jauh tak berapa jauh dari family atau erti kata lain duduk dengan kawan-kawan satu rumah
ni betul-betul ajar aku erti berdikari yang mutlak. perlahan-lahan aku kayuh keyakinan
diri nak survive diri sendiri walaupun hal daily expenditure aku still abah support.
topup abah tanggung. dapat duit saku setiap minggu even ptptn dah ada.
tugas aku yang abah beri, cuma pandai jaga diri. jaga akhlak. abah tak pernah pesan,
tapi aku rasa naluri seorang ayah bila biarkan anak perempuan dia tinggal luar dari jagaan.
Dari office ke mall ambil masa dalam lima minit. aku jalan sorang sebab sarah tunggu
sana dah. habis ayat aku ulang dalam hati nak sampai ke destinasi. aku baca ayat kursi
apa semua. aku sebenarnya takut, tapi aku tak nak ajar diri aku jadi seorang penakut.
aku buat berani tapi dalam hati Allah je tahu bila ada lelaki jalan seberang jalan
pandang lama ke arah aku. masa tu baca ayat kursi je lah banyak-banyak.
Tipu lah kalau duduk satu rumah langsung tak ada selisih faham apa semua. bohong
kalau tak ada. tapi semua cerita tu kurung dalam rumah saat kaki melangkah ke luar
rumah. bila dekat luar, semua professional tak campur aduk urusan dalam rumah
dengan urusan luar.
Bila jauh dari family. satu benda je kita kena fikir. fikir perasaan seorang ibu. tapi tak
semestinya kita kena pinggirkan perasaan seorang ayah. tapi anak dengan ibu ada
naluri yang kuat antara sama lain. apa kita buat, naluri seorang ibu tu dapat rasa.
nak buat apa-apa, fikir dulu natijah tu bagi kesan buruk dekat family ke tak.
kalau kita fikir semua tu, inshaAllah kita tak terfikir langsung nak buat jahat.
Aku pun bukan baik dan still ada cacat cela. tapi aku berusaha nak jaga hati umi.
aku tahu umi penat kerja. aku tak nak tengok umi menangis sebab aku. aku tak nak
umi terbeban fikir kalau aku buat masalah. sebab tu aku terlalu jaga sebaiknya tingkah
bila duduk di luar. aku berusaha ke arah itu.
Walaupun dekat rumah sendiri pun aku boleh keluar tapi aku tak nak keluar. bila dah
duduk rumah sewa, aku dah jadi terbiasa tak suka keluar tanpa motif. dah terdidik
macam tu.
Office hour 8:30 pagi hingga 5:30 petang. afiqah drive then sampai dia hantar
bebetul depan flat aku tu, area jam 6:00 jugak aaa kalau tak jem. biasa tak jem
dah 5:30. memang tiap hari penat. tak boleh nak buat apa dah lepas dah buat
refleksi harian tu. lepas siap semua terus tidur seawal mungkin.
Dan sekarang aku hargai waktu belajar dekat Poli. dua rius ni!
Noted: dalam seminggu hari khamis je aku pakai kemeja dengan seluar slack hitam.
hari lain aku pakai baju kurung. tapi bila pakai kemeja baru rasa gerak cepat sikit
sebab badan rasa kemas. tapi kak miera cakap pakaian tak kisah asalkan jangan jeans
dengan t-shirt. saya pun lagi tak kisah kak miera. hiks.
Aku perati je mamat tu dari luar tingkap 7eleven dalam megamall. dah dua tiga kali
aku lalu dan aku rasa betul lah dia even aku perati dari jauh dan setahun lost contact.
ya aku tak salah rasanya. tapi kenapa kerja dekat situ? tanda tanya.
Next mission. cuba on radio dari cd ke fm. apahal lah radio pun jadi masalah bagi aku.
dan semua tu belakang aku. haih masalah. tapi radio tu memang complicated sikit aaa.
Tunggu next part. Assalamualaikum.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment