Cinta Ini Hanya Untukmu.(Cerpen)



#PART TWO.

Semenjak insiden itu, hubungan Iman dan Emiraa menjadi semakin rapat. Emiraa tidak
lagi menjadi sedingin sewaktu mula-mula detik pertemuan antara mereka. Melihat
daripada cara Iman yang begitu bersungguh-sungguh mahu mengenali dirinya,
Emiraa menjadi tidak sampai hati untuk terus menjauh dari Iman. 
Ya, klon Fitri Syazreen Hakim. Tidak ada salahnya jika mahu berkawan. Akhirnya
Emiraa terpaksa akur.

Pada suatu petang di taman rekreasi.. 

Iman dan Emiraa duduk di hadapan tasik bersama-sama sambil makan aiskrim potong.
Emiraa sungguh gemar akan aiskrim potong. Dah lah murah, puas pula tu. 

"Emiraa.. boleh saya nak tahu pasal awak? Ya lah, saya cuma tahu nama awak.
awak tinggal dekat mana. tempat awak belajar. tapi itu semua yang teras.
saya nak tahu yang elektif nya boleh?". Iman mula bersuara sambil badannya
menghadap ke arah Emiraa.

Emiraa masih menghayati keindahan tasik di taman rekreasi itu. Ya Allah! indah
sungguh ciptaamu ini. Lama dia berfikir, cerita apa yang sesuai untuk di ceritakan
kepada insan di hadapannya kini.

Emiraa lagi. Emiraa lagi. Puas Emiraa menegah supaya jangan memanggilnya
dengan panggilan itu tetapi Iman hanya mendengar sekilas lalu. Iman tetap
berdegil dengan memanggilnya Emiraa. Sudah acap kali di tegur tetapi Iman
masih seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja, Emiraa membiarkan
sahaja akhirnya.

"Awak nak tahu pasal apa ya Emir?". Emiraa memecahkan tembok kesunyian
antara mereka berdua.

"Pasal apa-apa jelah. pasal awak ke, pasal kisah awak ke. pasal apa-apa jelah
yang awak selesa nak cerita dengan saya..".

Emiraa hanya memerhati gelagat Iman. Kenapa tingkah lakunya seakan-akan
serupa juga?

Dia tersenyum lalu menyambung bicaranya.

"Awak nak tahu tak Emir, dulu saya pernah kenal seorang lelaki ni. mirip sangat
dengan awak. ya sangat. sebab itulah waktu pertama kali kita berjumpa itu,
saya macam dingin dengan awak. saya ingat awak ni, dia. tapi saya salah kot.
awak cuma seiras dengan dia je. bila fikirkan balik, tak kan lah dia langsung tak
ingat saya. tapi cerita ni dah lama. lama sangat. dah lima tahun dah..".

Iman tekun mendengar cerita Emiraa. Ada juga orang seiras dengan aku. kah kah kah..

"Boyfriend awak ya? So sekarang dia dekat mana?". 

Boyfriend? Fitri Syazreen Hakim tak pernah menyatakan cinta kepadanya.
Emiraa pun tidak pasti sejak bila dia mula jatuh cinta dengan sebaris nama ini.
Mereka cuma bersahabat. Kemana sahaja pasti berdua. Persahabatan selama
tiga tahun itu akhirnya menimbulkan bait-bait cinta di hati Emiraa dan Fitri.
Fitri juga sama sepertinya. Tidak suka meluahkan, hanya mencoretkan isi hatinya
di atas kertas kosong. Sehingga lah saat Fitri ingin berpindah, dia menjumpai
kertas berwarna ungu pekat di kawasan rumah Fitri. Di dalam penulisannya itu,
Fitri menitipkan rasa cintanya pada Emiraa. Mungkin tercicir barangkali.

Sejak dari itu, Emiraa tetap dengan keputusannya. Tidak akan mencintai sesiapa
kecuali Fitri Syazreen Hakim.

"Ha boyfriend? tak ada lah. kami cuma berkawan. tapi kami berdua sangat
rapat. mama saya pernah gelarkan kami belangkas. di mana ada saya,
di situ ada dia. dia baik, macam awak lah. tapi dah lama saya tak jumpa dia
sejak dia berpindah lima tahun lalu. dia pun tak pernah berhubung dengan saya
lagi sejak dari itu. kami terus lost contact. saya pun tak tahu dia ada dekat
mana sekarang ni..". Emiraa membuka pekung di dada. sebak rasa hatinya.

"Oh ya ke? mungkin dia pun sentiasa ingat awak macam mana awak ingatkan
dia. jangan terlalu bersangka buruk ya? think positif. mungkin ada hikmahnya
semua ini. awak kata saya seiras dia kan? awak boleh anggap saya ni macam dia".
Iman mengeluarkan kata-kata yang positif setelah melihat akan perubahan
di wajah Emiraa.

Tak. Tak akan pernah ada yang sama dengan Fitri Syazreen Hakim. Mana mungkin
aku boleh samakan Emir Iman Danish dengan Fitri Syazreen Hakim sedang kan
aku tahu mereka orang yang berlainan? mungkin wajah mereka sahaja yang ketara.

"Okay. saya cuba untuk lupakan dia tapi dah lima tahun.. bukan jangka masa
yang singkat. semakin hari saya semakin rindukan dia. dan juga semakin
cintakan dia..". nada suara Emiraa beransur perlahan.

"Eh asyik dengar cerita saya aje. cerita awak, awak tak mau share dengan saya ke?".
Emiraa mula menukar topik. kisah lama jangan di ungkit.

Iman masih tekun. Tekun menghadap ke arah Emiraa sambil memeluk lututnya.
Jari telunjuknya di bibir sambil memikirkan sesuatu.

"Awak percaya tak Emiraa, kalau saya cakap saya pernah hilang ingatan? kejadian
tu dah dua tahun berlalu. saya pernah excident dan gegaran kuat mengena otak
saya. kesan daripada gegaran itu, saya kehilangan 95 peratus memori otak saya.
pada awalnya, saya langsung tidak dapat mengenali orang di sekeliling saya termasuk
ibu dan ayah saya. semua kenangan saya terhapus sekelip mata. puas juga
ibu memulihkan kembali ingatan saya dan makin hari saya makin ingat. itu pun
cuma 25 peratus. selebihnya saya tak ingat langsung..". cerita Iman sambil
berkerut-kerut dahi.

"..ibu saya ada bagitahu, kenangan saya banyak tersimpan di sini. kalau saya nak
kembalikan semula ingatan saya seperti sedia kala, datang sini. mungkin sedikit
sebanyak saya boleh ingat. sebab itu lah first time saya datang sini, saya terjumpa
awak dulu..". sambung Iman lagi.

Kini giliran Emiraa pula tekun mendengar. Hilang ingatan? Kenangan? 
Tak kan dia Fitri Syazreen Hakim kot? Tapi..

"Nama sebenar saya lain. tapi di sebabkan ibu saya tak mahu ingat saya yang
dulu, dia panggil saya dengan nama lain. saya pun suka dengan nama saya sekarang.
hmm awak boleh tolong saya tak Emiraa?". tanya Iman sambil mengeluarkan
sesuatu dari arah kocek track suit nya.

"Ya boleh. In shaa Allah saya boleh tolong. apa dia Emir?". Emiraa sudah sedikit
tidak tentu arah. dia dapat rasakan sesuatu.

"Awak kenal tak dengan perempuan ni? gambar ni dah lima tahun lepas. dah lama
sangat. saya tak ada gambar latest dia. mungkin wajah dia pun dah berubah
sekarang ni. waktu lepas excident dulu bila ibu saya bagi dompet saya, saya
tengok gambar ini yang berada di dalam. saya harap awak kenal lah..". lantas
Iman mengunjukkan gambar tersebut ke arah Emiraa.

Emiraa terkesima. Jantungnya seakan-akan berhenti lima saat. Ini gambar aku.
Jadi benarlah ini Fitri Syazreen Hakim. Bukan klon?

Dia menilik gambar tersebut. Ya, benarlah itu gambarnya. Dia juga mempunyai
gambar itu dalam simpanannya. Gambar dia bersama dengan Fitri sedang berkejar-
kejaran sewaktu berumur 15 tahun. Lain benar wajahnya yang dahulu dan yang kini.
Patutlah lelaki ini langsung tidak dapat mengecam dirinya.

Emiraa menahan sebak. Dia betul-betul tidak menyangka akan bertemu semula
dengan lelaki yang di cintainya setelah sekian lama ini. Dia beranggapan 
Fitri Syazreen Hakim sudah dapat melupakannya sebegitu mudah, namun sangkaannya
meleset sama sekali. Fitri bukannya sengaja melupakan dirinya, tetapi hilang ingatan.
Ya hilang ingatan. Jadi dirinya juga terhapus dari fikiran Fitri.

"Awak tak ingat langsung ke perempuan dalam gambar ni? nama dia ke?
dekat mana dia tinggal? perangai dia macam mana? langsung tak ingat?".
Emiraa sedaya-upaya mengawal reaksi gemuruh di dadanya ketika itu.

"Saya langsung tak ingat. Sebab itulah ibu saya suruh saya datang ke sini,
mana tahu dengan kutip balik kenangan saya di sini, dapat pulihkan lagi ingatan
saya. saya nak sangat jumpa dengan perempuan dalam gambar ni. entah kenapa
setiap kali saya tengok gambar dia, hati saya jadi lain. saya dapat rasakan sesuatu..".
lantas Iman mengalihkan tubuhnya menghadap tasik yang terbentang luas di hadapan.

Emiraa meneliti setiap inci raut wajah milik Iman. Langsung tidak berubah.
Sama seperti lima tahun lepas. Seandainya kau tahu..

Fitri, macam mana saya nak explain dekat awak sedangkan awak langsung
tidak mengingati perempuan di dalam gambar itu. perempuan itu adalah saya..
Emiraa menjerit tetapi cuma jeritan hatinya. cuma Allah dan dia sahaja yang
mendengar.

"Eh kita sibuk sibuk dok bercerita, dia still mengelamun? ingat boyfriend awak
tu ke cik adik?". Iman gelak mengekek.

Emiraa masih setia merenung ke arah Iman. Dia tidak tahu reaksi apa yang 
sepatutnya di tunjukkan. Gembira? Sedih? Masam? Bersyukur?

"Eh Fitri opss haa Emir, balik jom? hari pun dah nak maghrib ni. takut pula
housemates saya risau nanti saya sampai rumah lewat. pasal hal tadi, nanti
saya cuba bantu awak mana yang saya mampu ya? tapi awak kena lah bagi
kerjasama. jadi senang lah awak nak ingat semula".

Cepat cepat Emiraa bangun dari tempat duduknya. Dia tidak mahu Iman melihatnya
menangis walaupun tangisan itu hanya kedengaran di dalam hati. 
Duhai air mata, bertahanlah engkau dari terus mengalir. Aku tidak mahu
menjadi terlalu lemah. Lemah selemah-lemahnya.

"Okay jom. eh apehal laju sangat tu? kereta saya tu tak lari lah awak. tunggu lah
saya. Emiraaaa!!!!!". Iman mengekori langkah Emiraa walaupun kelibat perempuan
itu sudah jauh di hadapan.




Di rumah sewa..

Yasmin sibuk mengemas rumah memandangkan hari ini kelasnya semua cancel.
Sukanya bukan kepalang. Bukan senang lecturer nya nak pergi kursus sekaligus.
Lagipun dia boleh mengemas apa yang patut. Sudah lama tidak melakukan kerja
amal ini. Masa ini lah dia boleh mengemas all out. Nak harapkan si Kashaf Emiraa,
tunggu bulan jatuh dekat bumi dulu tu pun tak tahu lah dia jadi rajin ke tidak.

Selesai mengemas di ruang tamu dan dapur, dia cuba masuk ke dalam bilik Emiraa.
Walaupun acap kali sudah di pesan oleh Emiraa, jangan sesekali berani masuk
ke dalam biliknya sewaktu ketiadaannya, hari ini Yasmin ingkar pada pesanan keras
Emiraa itu. Maafkan aku Kash, niat aku cuma nak kemas bilik kau je pun..

Perlahan-lahan Yasmin menyusup masuk ke dalam bilik Emiraa. Baru selangkah dia
menapak, terkejut.

Ya Allah! Kash.. Kash.. patutlah tak bagi sangat aku masuk bilik kau waktu kau
tak ada. bilik bersepah mengalahkan bilik jantan. aku rasa bilik jantan pun lagi
bersih dari bilik kau, Kash.. bebel Yasmin sendiri sambil mengutip pakaian Emiraa
yang bertaburan di atas lantai. baju yang dua hari lepas pun masih ada.
busuk punya perempuan.

Yasmin menyusun semua buku Emiraa ke dalam rak yang memang di khas kan.
Aku tahu lah kau selalu dapat dekan. terlampau rajin. tapi bila baca buku
sampai atas katil tu, pandai lah simpan balik. Ya Allah budak ni lah..

Setelah yakin semua sudah di kutip dan di susun di tempat yang sepatutnya,
lalu Yasmin mencapai penyapu dan penyodok. Dia terus menyapu sambil bernyanyi
kecil. Sekali.. dua kali.. tetapi tiba di bahagian bawah katil, dia merasakan ada
sesuatu. ya kotak berwarna coklat segi empat. Lalu Yasmin menundukkan
tubuhnya pantas mencapai kotak tersebut.

Kotak apa pula ni. aku tak pernah nampak pun Kash tunjuk kotak ni.. 
Tanpa berfikir panjang atau kemungkinan akan di marahi oleh Emiraa kerana telah
mencerobohi hak asasi dirinya, Yasmin segera buka kotak itu.

Shocked. 

Terlalu banyak kertas kertas dan surat luahan hati. Semua luahan hati itu milik
si manis Kashaf Emiraa. Yasmin membelek satu persatu isi surat itu. Tersentuh.
Melihat dari gaya penulisan Emiraa, dia dapat merasakan cinta gadis itu terlalu
utuh untuk lelaki yang di maksudkan. Kesetiaan Emiraa yang terlalu lama, 
sangat dikagumi oleh Yasmin. Bertuah sungguh lelaki yang bernama 
Fitri Syazreen Hakim itu.

Patutlah kau tak pernah nak buka cerita lama kau. tak pernah nak cerita dengan
siapa kau bercinta. bila aku tanya kau dengan siapa sekarang, kau tak pernah nak
jawab. kau senyap. rupanya kau simpan rahsia dengan kotak ni ya.. 

Yasmin masih membaca. bait-bait ayat Emiraa mampu membuatnya mentafsirkan
diri sahabatnya itu. Betapa kuatnya kau, kawan. Aku tak sangka kau sekuat ini.
Kau menanggung satu perasaan yang aku kira tak semua perempuan di luar
sana sanggup lalui, termasuk aku. Luaran kau kelihatan kau seorang penghibur
yang tiada masalah, tetapi dalaman kau rupa-rupanya kau sedang menahan sesuatu.
Sesuatu yang baik untuk kau barangkali. Bersabarlah teman.

Sedang Yasmin asyik membuka satu lipatan surat ke lipatan seterusnya,
tiba-tiba kedengaran bunyi pintu bilik yang di buka dari luar.

krikkkkkk..........

Emiraa tersentap. Dia tidak menyangka Yasmin yang dia kenal terlalu amanah,
tetapi ingkar pada pesanannya ini. Lagi lagi apabila melihat kotak yang kemas
dalam pegangan Yasmin itu adalah miliknya. Ini mesti dia sudah tahu..

"Woiiiii Min, kau buat apa tu hah? sapa suruh kau masuk bilik aku ni!!!!????
aku tak suka lah kau menggeledah barang aku..!!!". marah benar Emiraa
pada temannya itu.

Emiraa terus melangkah mendekati Yasmin. Kotak yang masih dalam pegangan
Yasmin itu, di rampas serta-merta. Emiraa tidak dapat membendung perasaanya lagi,
akhirnya tangisan di hamburkan di hadapan teman serumahnya itu.

Yasmin memandang Emiraa. Penuh tanda tanya. Diam

"Kuatnya kau Kash. aku tak sangka kau sekuat ini. kau kuat menahan sesuatu
yang kau fikir bukan pada waktunya lagi. kau kuat menahan air mata kau
di hadapan aku. baru pertama kali aku lihat kau bersedih. menangislah, Kash.
kalau itu mampu mengurangkan beban di hati kau. aku bangga punya sahabat
sekuat kau. bukan kuat pada luaran, tapi pada dalaman. ya aku bangga..".

Tidak dapat di nafikan lagi, Yasmin mempunyai ciri-ciri sahabat yang baik. Nilai
positif dalam dirinya seringkali menonjol saat-saat perlukan seorang teman.
Oleh sebab itulah, Emiraa lebih rapat dengan Yasmin berbanding teman rumahnya
yang lain. Baginya, Yasmin sangat memahami.

Emiraa akur. Tidak sepatutnya dia memarahi teman sebaik Yasmin. Yasmin
juga lah membantunya untuk terus bangun jika jatuh tersungkur. Alang-alang
Yasmin sudah mengetahuinya, tidak salah jika dia berterus-terang.

"Aku tak nak jadi lemah kerana perasaan, Min. walaupun kadang-kadang aku
rasa down sangat, aku cuba bangkitkan semula semangat aku supaya aku masih
boleh tersenyum bila aku bangun dari tidur. mungkin aku terlalu melayani perasaan
dengan luah isi hati aku di atas kertas kosong ini, tapi sedikit sebanyak aku puas.
aku puas. walaupun aku tak luah pada tuannya, cukuplah saat dan ketika ini
aku cuma jadikan kertas sebagai pengganti dirinya. bila tiba masanya nanti,
dia akan tahu juga kan Min..". Emiraa mendapatkan Yasmin lalu memeluk erat
tubuh sahabatnya itu.

Yasmin turut membalas pelukan sahabatnya itu.

"Aku tahu. aku tahu kau kuat, Kash. kalau tak mana mungkin aku dapat lihat
kau asyik berjenaka sepanjang hari. kau tak nak cerita kisah ni dari mula
sampai akhir? kau percaya aku kan?".

Emiraa menarik nafas panjang lalu menghembusnya perlahan-lahan. Dia ceritakan
detik perkenalannya lima tahun lepas sehinggalah dia bertemu kembali dengan
insan tersebut kini. Tetapi dengan orang dan nama yang berlainan.

Yasmin khusyuk mendengar. Senyap. Mendengar setiap butir bicara Emiraa.
Ya, Emiraa mempunyai satu lagi bakat. Bakat bercerita. Seronok rupanya 
mendengar dia bercerita.

"Dah sekarang kau jumpa balik orangnya. kau tak nak cuba bagitahu dia?
kau kata dia hilang ingatan kan? masa ni lah kau nak pulihkan ingatan dia dengan
kisah korang dulu tu. cerita korang ni macam dalam drama lah Kash..".

Terdiam Emiraa seketika.

"Ya, memang dia hilang ingatan dua tahun lepas. tapi aku takut nanti bila aku
buka cerita, dia jadi keliru. takut nanti ada effect apa-apa ke dekat otak dia,
apa pun tak boleh nanti..". terang Emiraa perlahan.

Yasmin membetulkan kedudukannya duduk bersila di atas katil Emiraa.

"Alahh kau cuba lah Kash. mana tahu berhasil. jadi kau tak perlu tahan-tahan lagi
perasaan kau yang berkurun lama tu pada dia. kau fikirlah. aku nak masuk bilik
dulu ni, nak siapkan assignment kejap. kau tu lepas mandi solat, jangan duduk
termenung je, siapkan assignment tu jugak. okay?". sempat Yasmin mencubit
pipi temannya itu. Emiraa mengaduh lembut.

"Terima kasih, Min. ada dua sebab. first, thanks sebab kemas bilik aku. second,
thanks sebab ceroboh hak asasi aku. kalau kau tak ceroboh, aku tak tahu
sampai bila aku nak peram sorang sorang perasaan ni tahu. terima kasih kawan!!".

Emiraa melambai-lambai ke arah Yasmin apabila melihat temannya itu sudah
tiba di muka pintu untuk keluar.

Sebelum keluar, Yasmin sempat menoleh.

"Walau siapapun lelaki itu Kash, aku cuma nak bagitahu lelaki itu sangat bertuah
dapat miliki hati kau. bukan cuma hati kau, juga kesetiaan kau. kalau tiba saat
nanti dia dapat miliki diri kau dan tidak tahu untuk menghargai kau, kau
bagitahu aku. aku tikam dia sampai tak bernyawa. perempuan seperti kau tak
wajar di sia-sia kan. selamat malam, sayangku". kata-kata terakhir Yasmin
sebelum menutup pintu bilik Emiraa.

Terima kasih, Yasmin Fakhira. Kau lah sahabat aku dunia akhirat. Aku
sayang kau selamanya.. lantas Emiraa mencapai tuala dan berlalu ke
bilik mandi.




Typing message..

To: Emir Iman Danish
Message: Emir, hari ni kita jumpa dekat tempat biasa boleh? jam 5 petang. saya tunggu
awak dekat situ. jangan lambat ya. kalau lambat kena pamping..

Message sending..

Sent!

5 minit kemudian.. bripppp.. brippppp....

Inbox message

loading..

From: Emir Iman Danish
Message: Okay my dear. saya tak lambat tapi biasanya siapa yang lambat sampai ya?
setahu saya orang tu lah yang selalu lambat. tapi kalau awak lambat kali ni, saya suruh
awak lari satu pusingan okay? hahaha.

Emiraa tersenyum sambil membaca message yang di terima daripada Iman itu.
Gaya penulisannya juga tidak berubah. Serupa. Wahai Emir, ingin sahaja aku
katakan bahawa kau lah lelaki itu. Dan aku lah perempuan dalam gambar yang
kau tunjukkan tempoh hari. Mampukah aku?

Dia bercadang mahu berterus-terang tentang semuanya. Dia sudah tidak kira
penerimaan Iman terhadap dirinya, yang penting dia dapat luahkan segalanya
disamping memulihkan ingatan Iman.

Petang itu selesai kelas Accounting, dia terus bergegas ke tempat yang
di janjikan untuk bertemu dengan Iman. Dengan berbaju kurung moden,
menambah lagi keserian wajahnya tambahan pula di gayakan dengan tudung
bawal. Sangat kena dengan penampilan dirinya.

Hampir jam 5 petang baru kelihatan kelibat Iman. Dia seakan tergesa-gesa.
Takut kena pamping lah tu. hahahaha.. Emiraa berbicara dalam hati.

Tiba di hadapan Emiraa. Iman hanya tersengih menunjuk sebaris gigi putih miliknya.

"Awakkkkk, saya tak lambat kan? sorry ya. jem kejap tadi dekat depan tu".
Iman menggelabah.

"Yang awak menggelabah sangat ni kenapa? macam baru kena kejar dengan
hantu je. ya ya. kali ni di maafkan, lain kali siaplah awak kena dengan saya".
lantas Emiraa mengunjukkan penumbuknya ke arah Iman.

Iman tergelak lucu.

"Awak dah habis kelas ke ni? nak buat apa jumpa saya ni. macam ada hal
penting je ni..".

Emiraa membetulkan duduknya agar lebih selesa.

"Saya ada benda nak berterus-terang dengan awak ni.. sebenarnyaa.. saya...".
bicara Emiraa tersekat-sekat.

"Ya... sebenarnya.. saya.. sebenarnya saya apa, Emiraa?". tanya Iman sambil
matanya tertumpu pada raut wajah manis milik Emiraa.

"Awak pernah cakap kan hari tu, awak nak sangat jumpa perempuan dalam gambar
yang awak tunjukkan dekat saya tempoh hari tu dan perempuan tu dah ada dekat
depan mata awak sekarang ni..".

Emiraa tertunduk. Segan. Tidak sanggup dia melihat reaksi wajah Iman.
Pasti dia kajet.

"Hah, mana dia Emiraa?". soal Iman penuh tanda tanya.

"Saya.. saya lah perempuan yang ada dalam gambar yang awak tunjukkan hari tu..".
Deru nafas Emiraa tidak stabil.

"WHAT!!!!???? REALLY???". ternyata Iman begitu terkejut.

"Ya, saya lah perempuan yang awak selalu kacau lima tahun lepas. lepas 
terjadi satu insiden yang hampir meragut nyawa saya dan awak penyelamatnya,
kita jadi akrab. ya akrab sangat-sangat. awak tak ingat, saya pernah tolak
awak sampai jatuh dalam longkang? mula-mula saya cuba menidakkan itu
bukan awak sebab awak Emir Iman Danish. tapi bila lihat gambar yang awak
tunjukkan dekat saya tu, baru saya tahu awak lah Fitri Syazreen Hakim yang
dah lima tahun saya rindui..". Emiraa menahan sebak.

Iman tiba-tiba memegang kepalanya. Berdenyut-denyut. Dia cuba mengingat
sesuatu. Semakin dia cuba, semakin sakit di kepalanya bertambah.

Emiraa sudah cemas. Selepas beberapa saat, keadaan Iman sudah mula stabil
kembali.

"Ya Allah! betul ke ni? kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal? kenapa
awak cuma diam bila saya tanya awak kenal tak perempuan dalam gambar tu?
Awak tahu tak, merata tempat saya cari awak. saya bawa sekali gambar awak
tu bersama setiap kali saya keluar nak cari awak. saya betul-betul hilang arah
bila tak dapat jumpa awak. saya rasa macam kehilangan sesuatu tapi saya
tak tahu apa. saya dah berjanji dengan ibu saya, kalau saya dapat temui 
perempuan dalam gambar tu, saya akan lamar dia saat itu juga..". 

Iman bersyukur. Akhirnya dia temui gadis itu. Gadis yang hampir lima tahun
dia cintai dalam diam. Patutlah sewaktu hilang ingatan dahulu, dia dapat
merasakan gadis di dalam gambar itu sangat istimewa buatnya. Bukan tidak ada
perempuan mahu mendekatinya dalam tempoh dua tahun ini, tetapi perasaannya
acuh tidak acuh untuk terima perempuan lain.

Terima kasih, Ya Allah! terima kasih untuk kekuatan ini. Aku tidak akan
sekuat ini tanpa bantuan dari-Mu.. Emiraa mengangkat syukur di dalam hatinya.




3 Bulan kemudian..

Setelah kedua-dua belah pihak bersetuju dan Emiraa juga sudah tamat pengajiannya
dalam Degree in Accounting, Emir Iman Danish atau nama sebenarnya
Fitri Syazreen Hakim telah selamat di ijab kabul kan dengan satu-satu perempuan
yang di cintainya sejak dulu, iaitu Kashaf Emiraa.

Tidak tergambar rasanya perasaan Emiraa ketika Iman lancar melafazkan
lafaz akad nikah dengan sekali lafaz sahaja. Dari saat itu, termeterai lah
ikatan mereka sebagai suami isteri. Tiada perkataan mampu di luahkan
dengan kata-kata, cukuplah doa supaya bahtera perkahwinan ini hingga
ke Jannah, In shaa Allah. Betapa besar rasa syukur ini, biarlah Allah sahaja yang tahu.

Setelah suaminya menyarungkan cincin di jari manisnya, pertama kali itu dia
menyentuh tangan lelaki yang sudah bergelar suaminya. Menyalaminya dengan
penuh rasa hormat walaupun masih kekok. Lalu suaminya mencium dahinya
dengan penuh rasa kasih sayang. Semakin bercambah perasaan cinta Emiraa
terhadap sang suami walaupun perasaan itu sudah lama bertapak di hati.
dari dahulu sehingga kini dan selama-lamanya.

Benarlah kata orang, bercinta selepas nikah nikmatnya tidak serupa seperti
cinta sebelum nikah. Terlalu ketara perbezaannya. Semuanya baru.

Tidak usah terlalu mengejar cinta. Kadang-kadang apabila kita terlalu
mengejar, kita akan penat sendiri. Cinta akan pergi tinggalkan kita. Tapi jika
kita menganggap cinta itu bukan lah sesuatu yang penting sebelum tiba
waktunya dan mampu bersabar, In shaa Allah. Allah sedang mengatur yang
terbaik untuk kita. Cinta itu akan hadir tanpa kita duga.

Beribu tahun pun kita bercinta dengan dia, kita cuma kenal lakonannya sahaja. 
Tetapi jika hendak kenal bagaimana dia sebenarnya, kahwinilah dia.

Bersabar dan terus bersabar. Pasti Allah sedang merancang sesuatu yang baik
untuk anda dan dia. Jika orang yang anda cintai itu pergi, biarkan dia pergi.
biarkan dia bebas. jangan sekat langkahnya. kerana jika dia betul-betul ikhlas
mencintaimu, dia pasti akan mendapatkan anda kembali. Trust me. 

Cuba set kan di minda kecilmu sebegini, 
"Dia bukan suami aku lagi. dia bukan muhrim aku lagi. dia bukan sapa-sapa
lagi bagi aku. jadi apa hak aku untuk halang dia pergi atau berkawan dengan
lelaki/perempuan lain? tak fikir kau bodoh bila buat macam tu?"

Bila minda sudah di set kan sebegitu, In shaa Allah hidup anda tidak akan
di rundung kesedihan yang berpanjangan. Lara yang tak berkesudahan.
Hidup akan sentiasa happy tanpa bebanan. Erk? 

Kashaf Emiraa memiliki dua insan dalam satu badan suaminya. Dia bersyukur.
Suami yang di nikahinya ini sangat mencintai dirinya sepenuh jiwa dan raga.
Dia di tatang bagai minyak yang penuh. Alhamdulillah jika ini penghujung 
cerita penantian aku selama ini..

"Abang akan sentiasa menjaga, mencintai dan menyayangi Miraa sehingga
hujung nyawa abang. Abang tak dapat tafsir perasaan abang ini melalui kata-kata,
cukuplah Miraa menilai keikhlasan hati abang dari apa yang abang akan lakukan
pada Miraa. Biar Allah sahaja yang tahu betapa besarnya rasa cinta ini
pada Miraa. Abang tak nak orang lain, abang cuma nak sayang jadi permaisuri
di hati abang. selamanyaaaa....". luah Iman sambil mengucup tangan isterinya.

"Abang dah lama jadi raja di hati Miraa tau..". balas Emiraa sambil mencuit
hidung suaminya pula.

Bahagia. 

Dan setelah setahun berlalu..

Dia di kurniakan sepasang baby kembar, yang di beri nama Muhammad Iman Khalif dan
Nurul Imani Darwisyah <3



TAMAT




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)