Part 6: Minggu ke-6 (LI)
Hai sistor. awak bagaimana di Ipoh sana bersama tiket yang sudah di beli untuk pulang
ke Kuantan tetapi last minutes ada kelas sabtu dan ahad? harap baik baik sahaja. hahaha.
Assalamualaikum. pejam celik pejam celik sudah minggu ke-enam aku mengabdikan diri
di audit firm tempat aku sedang berpraktikal sekarang. pejam celik pejam celik dah pun
masuk tahun 2014. pejam celik pejam celik aku dah pun masuk 20 tahun dan
pejam celik pejam celik aku rasa macam dah terlambat je nak ucap,
SELAMAT TAHUN BARU! *basi*
Aku rasa dah masuk minggu keenam ni macam tak rasa apa-apa pun. sekejap sangat
masa berlalu. so far, aku dah terbiasa dengan environment office tu. aku dah boleh
suaikan diri. kadang bergurau kejap then sambung buat kerja semula. tapi biasa
aku gurau dengan kak lily. kak lily pandai gak aku tengok melawak.
6 JANUARI 2014. ada sorang budak praktikal baru masuk. lelaki. tinggi lampai. putih.
perlu ke detail? hahaha. so aku macam pandang je kak miera briefing budak baru tu
dalam bilik diskusi. dalam 15 minit lepas tu, kak miera panggil aku dengan yana
masuk sekali untuk ajar accounting system yang office ni gunapakai Quickbook System.
pendek kata, buat kelas lah kot.
Kak miera tu penyelia merangkap bos aku. selamba aku panggil kak miera je. hahaha.
Then waktu masuk tu macam aaa malu malu taik kucing betul lah. meja dalam bilik
diskusi tu macam tak-besar-mana-pun-sebenarnya so macam rasa apehal dekat
sangat ni?
Kak miera pun introduce aku dengan yana dekat Ashraf. ha budak baru tu nama Ashraf.
aku rasa macam sesuai je muka dia dengan nama tu? eh. then kak miera ajar kiteorang
bertiga apa ada dalam dokumen perniagaan which is secara detail apa yang kiteorang
kena buat untuk satu satu company tu. then ajar Quickbook system apa semua habis
kelas dalam sejam if im not mistaken.
Tiba-tiba,
"Ain.. awak tolong introduce Ashraf dekat semua staff tau lepasni.."
Aku cengang kejap. kalau staff office aku ni je boleh lah sebab sikit. tapi dengan office
sebelah, office bawah lagi.
"Errr perlu ke kak miera. office Quorum dengan bawah sekali ye?"
Kak miera pun macam kelakar. aku dengan yana gelak-gelak je. aku dah mula cuak.
"Perlu lah. awak dah senior dekat sini. so awak kena introduce si Ashraf ni".
Aku pun ok je lah. setakat nak introduce je pun. apa sangat lah. aku dengan yana pun
sambung buat kerja kejap sementara kak renne tolong install Quickbook dalam
laptop si Ashraf tu.
Then kak miera panggil.
"Ainnnn... Ashraf ni dah bersedia nak di introduce kan ni". sambil gelak-gelak.
So aku pun macam malasnyaaaa nak bangun dari kerusi aku tu. aku, yana dengan
Ashraf gerak office sebelah nak introduce si budak baru ni.
Masa aku masuk tu semua tengah busy. aku pun lagi cuak so aku berdiri depan meja
Abg Nik. aku dah nak terkencing waktu tu tengok semua pandang aku yang si Ashraf
tu tak sampai lagi sebelah aku hoi lambatnya jalan? hahaha tetiba nak maroh.
"Err ni... Ashraf dari KPM...". aku gagap pulak waktu tu. kebangangan apakah ini?
semua cengang pandang kiteorang bertiga. aku tak tahu dorang cengang pandang
Ashraf sebab handsome kot? nonsense aaa. lepas si Ashraf tu salam dengan Abg Nik
then kiteorang keluar dengan muka blur.
Kak miera keluar dari bilik diskusi. kiteorang baru keluar dari office sebelah. so aku pun,
"Kak miera dah siap introduce dah!". dengan muka excited aku bagitahu.
"Dekat bawah dah ke belum?"
"Dekat bawah? belum lagi". kiteorang bertiga pun gerak pergi bawah nak introduce
dekat staff bawah pulak. tak ramai lagi sampai. yang ada syafiqah dengan En Azrel
je pun.
Steady gila En Azrel pakai earphone sambil buat kerja. En Azrel ni pandai melawak then
suka naik office aku kacau staff atas. lepas kenalkan, naik atas semula.
Yang si Ashraf tu tempat dia terpaksa di bawah sebab tingkat atas limited gila.
so memang dah penuh. dia bawah office aku so macam susah lah dia nak kena naik atas
nak tanya.
Dari bilik diskusi aku yang mula dulu buat ramah tanya dari mana umur apa semua. then
baru aku tahu yang si Ashraf ni 22 dah. yana 21 then aku 20. aku lah paling muda
tapi aku yang senior antara bertiga? aum aum.
Lepas dah sekali tegur tu macam dah ramah lah pulak si Ashraf tu dok tanya tanya.
sebab tu aku suka mula dulu tegur orang sebab aku tahu ada yang malu tak bertempat.
eh hahaha.
Then dah siap install ke laptop Ashraf, lagi sekali aku kena bawak dia introduce dekat
kak tila. kak tila bos office sebelah. then bawak pergi tempat dia. tak penat pun
ulang-alik turun naik turun naik. serius weh!
Dah introduce tempat dia so aku pun,
"Nanti tak tahu pape, naik lah atas. tanya.."
"Ok terima kasih eh!"
"Orait. sama-sama".
Introduce budak prac baru or staff baru penting sebab kalau tak nanti ada staff lain yang
tak tahu tu budak baru mark kata ada orang nak curi maklumat korporat syarikat or
stranger.
Aku pun chow naik atas sambung kerja. part sebelum ni aku ada cerita aku kena buat
Bank Reconcialiation kan? aku rasa kalau boleh assignment dokumen perniagaan company
lain nanti aku harap dah tak ada bank recon.
Bank recon ni actually senang. tapi kena fokus bebetul. kalau aku ni yang asyik termenung
kekadang siap berangan tak kemana bank recon tu. aku dah siap untuk setahun so
aku tunjuk dekat kak renne. cuak berdebar ni tak payah cakap aaa. rupanya ada
yang tak balance lagi so kak renne suruh aku check semula. sebelum tu tak terkira dah
kot berapa puluh kali aku buat double check.
So penderitaan aku bermula dari situ.
Aku kena buat semula dalam setahun tu. kak renne dah pesan suruh siap dalam minggu
ni which means dah tiga minggu aku ngadap benda alah ni. dah lah nak check
bank statement dengan penyata dari Quickbook tu kena fokus bebetul. sekali hilang
fokus, lost tak tahu dekat mana.
Memula kak renne terangkan suruh buat bank recon aku still blur. tapi kali kedua
kak renne explain baru aku faham. kenapa tak faham dari memula dulu? aish. kak renne
bersabar gila ajar aku. nasib duduk sebelah je. senang nak tanya.
So tiap-tiap hari aku telan nombor je lah. tak siap dekat office, sambung buat dekat
rumah sewa sampai jam 12. aku nak jimat masa sebab dalam office sekejap je masa.
tuptup dah balik.
Balik kerja aku sorang dekat rumah. sekarang aku berani woi duduk sorang-sorang.
aku balik 5.30. sarah balik 5.00. so lepas dia balik salin baju apa semua terus pergi
poli main bola tampar. so waktu aku balik tu dah tak ada orang lah dekat rumah.
Dengan tak mandi, aku sambung buat kerja dalam laptop. stress tak stress aku belakangkan
dulu sebab ni salah aku. kenapa tak faham kan dari mula? rasa nak tampar diri sendiri
waktu tu.
So kali ni baru aku nampak apa yang aku tak nampak sepanjang buat bank recon ni.
serius baru aku faham! nyesal gak suka berangan dalam office. huahuahua.
Dalam dua tiga malam gak aku kena telan nombor sampai ke tengah malam. kalau boleh,
aku nak kosongkan beban dalam ni separuh. dulu ada gak ruang nak fefeeling tengah
malam. sejak aku terjerumus dengan bank recon ni, nombor je dalam otak aku ni.
Sarah sampai merajuk dengan aku sebab tak turun ambil angin malam dekat bawah.
biasanya lepas sarah balik main bola tampar dalam 7.15. aku baru pergi mandi then
kalau rajin kiteorang masak. kalau tak, beli bawah je.
Seminggu ni memang aku dengan sarah akan turun bawah lepak berdua tepi padang.
sambil ambil angin malam, kiteorang bercerita. macam macam masalah. malam je
boleh santai macam ni. kalau tak, terkurung dalam rumah. kalau weekdays
terkurung dalam office je lah.
So hari khamis wow separuh beban otak aku berjaya dikosongkan! aku bagi kak renne
pendrive suruh check dan kak renne tak complaint apa-apa dah. waktu tu lega dia
rasa lain macam. macam aku baru selesaikan satu masalah besar. fresh gila otak.
aku boleh sambung buat assignment baru.
Malam tu aku macam baik hati gila sebab dah berjaya siapkan bank recon tu, aku dengan
murah hati nya belanja sarah burger. tak menahan, burger dia lagi mahal dari burger aku.
hahaha aku langsung tak kisah sebab dia pun tak kedekut belanja aku apa semua.
Lepak bawah sambil makan burger. kalau asyik makan je dekat atas then tak turun,
mahu obesiti aku lepas sebulan. jadi kami ambil pendekatan ni cewahh dengan
setiap malam akan wajib turun bagi elak pembentukan lemak terkumpul.
Sejak duduk dengan sarah, aku dah macam pandai masak hahaha. tiap hari kalau masak
mesti ada sayur tak kira lah sayur apa-apa pun. then baru sem ni aku kurang
minum air berais. semua ni atas didikan sarah. dia ajar aku suruh makan sayur banyak,
jangan minum ais. aku lah jadi pengikut sejati dia. terima kasih tok guru. ahaks.
Setiap minggu nak beli barang list barang apa nak beli, aku ni jenis mengikut je apa
orang nak makan. aku tak ada lah nak saintifik kan jenis makanan apa yang aku gemar.
apa yang ada, aku makan. jadi sarah pun,
"Senang bela ain ni. makan je pape. bagus bagus.."
Nanti kalau benda yang aku suka, orang tak makan kan masalah dekat situ. so apa
yang orang suka even aku tak suka pun, aku tetap akan makan juga.
Alhamdulillah dekat office aku macam dah selesa sangat dah dengan environment dia.
dulu aku punya takut nak angkat phone office tapi sekarang setiap kali bunyi phone,
aku yang angkat then transfer dekat staff lain.
And the most yang aku paling tak sangka. waktu angkat call dari klien tu pandai pulak
aku buat suara kepit. hahaha kalau tak selama ni, cakap telefon macam nak bagi satu
dunia dengar. angkat call klien je, automatik suara jadi macam suara lemah lembut gila
bak hang. huahuahua.
Macam macam dah aku jumpa waktu angkat call klien tu. aku memang ikut procedure
company tanya dari mana nak cakap dengan siapa sebab nanti kalau tak tanya nak
transfer dekat staff lain cengang aku juga kena marah. ada yang jenis biasanya lelaki
lah yang banyak songeh sebab dia tahu perempuan kan, so bila aku hello je dia memain
lah bagi salam aku pun jawab lah then banyak meleret lepastu aku tanya dari mana,
boleh dia cakap aku banyak tanya lah apa. aku pun buat gelak memain. nasib baik dia
cakap dari mana so aku transfer dekat staff dalam baru lega.
Ada yang jenis klien datang office mata melilau dulu pandang staff. staff memang
majoriti aaa perempuan. ada sorang klien tu datang tempat aku pinjam stapler lah
apa lah. tanya aku belajar mana lah. then waktu tu dia cakap dengan Abg Nik,
"Wei Nik aku nak kawin ni tapi tengah cari calon sekarang ni. kalau ada jumpa yang single
tu, bagitahu aku". sambil pandang pandang aku.
Aku pun waktu tu tengah fokus pandang skrin pc. dalam hati nak tergelak gak. dah lah
cakap macam bagi satu office dengar suara dia tu.
Ada yang jurujual masuk jual pen kot padahal teterang dah dekat luar pintu tu,
'JURUJUAL DILARANG MASUK'. Aku tak faham konsep dia. tulisan tu tak cukup besar ke
atau dia yang rabun?
Dalam sebulan lebih aku dekat sini memacam dah aku jumpa. klien pun macam macam jenis.
tapi best dan seronok. waktu bank recon je aku macam setereh nak innalillah rasa.
mujur kak renne bagi satu-satu assignment. lepas aku siap, baru aku cakap then dia
kasi yang baru. alhamdulillah sangat.
Kak lily pun aku dah kamcing. siap jual red velvet cheese cake lagi. perghh bapak aaa
sedap. hari pertama bawak sample then ramai pulak staff nak beli. kadang kak miera
bawak breakfast roti canai lah letak dekat pantry so gilir-gilir pergi makan. sedap!
Kalau ada call aku ke, cecepat aku pergi berlari ke pantry. baru best cakap dekat situ.
cakap kuat pun orang tak dengar. dengan orang yang aku kenal bila call aku, jenis
tak boleh nak buat suara kepit or cover suara. hahaha dengan klien je automatik akan
keluar suara kepit. eh
Umi ada tanya,
"Susah ke kerja? buat betul-betul. audit firm ni luas cabang dia..".
"Tak susah pun umi. just kena fokus. tapi serius seronok gila kerja!".
Yang tak bestnya. waktu bebudak cuti midsem ke cuti tahun baru cina akan datang
ni dorang cuti seminggu pergh berasap gak hati ni. aku dapat cuti sehari je!
Jadi konklusinya sekarang. budak prac bawah kak miera dah ada tiga orang. seronok
bak hang sebab skop kerja lagi sikit sebab kongsi bertiga. even si Ashraf tu baru seminggu,
kiteorang boleh diskus sesama apa yang tak faham.
Assalamualaikum.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment