Part 1: Di Ambang Latihan Industri.
Assalamualaikum. pejam celik pejam celik haha ayat cliche sangat. tak kurang dari 10 hari
lagi iaitu bersamaan 2/12 aku akan melangkah ke alam praktikal. kalau nak bincang pasal
rasa. rasa aku sekarang macam macam rasa aku rasa. nampak tak dekat situ ayat nak terbelit?
But untuk rasa yang paling atas. aku macam rasa teruja nak mulakan zaman praktikal
selepas dapat tahu result tengah malam tadi. actually aku tak sangka pun dapat result
comel gitu sebab apa yang aku rasa aku boleh skor A tetiba dapat B. tapi yang aku rasa
subjek itu paling down sekali dalam kelas tetiba A pula. permainan perasaan apakah ini?
Walaupun tak dapat genggam lagi Anugerah Ketua Jabatan(AKJ), dapat title 3 pointer
pun dah cukup memadai. syukur alhamdulillah.
Aku tak nak percaya sebenarnya sebab takut ini semua tahayul apa benda lah tapi
no wonder lah kening belah kanan aku asyik gerak je since last week dan bila aku google
itu tandanya nak dapat berita gembira. kalau ini lah berita gembiranya sebab aku macam
boleh expect tak berdebar langsung semalam walaupun dah buka laman web SPMP tu.
Apa yang aku paling takut. ada yang gagal dan repeat dan sangkut praktikal. sebab
aku tak berapa yakin dengan subjek Cost Accounting yang super menyusahkan diri.
nampak senang but kena teroka lebih dalam untuk subjek ini. lagi susah dari
Financial Accounting 2. itu yang paling aku takut.
But Alhamdulillah. ini semua berkat doa umi dan abah. apa yang aku perasan mulut umi
tak putus-putus doa untuk aku walaupun aku buat benda kecil yang menyenangkan
hatinya. kasih yang umi tumpahkan untuk aku tiga beradik tak pernah kurang.
syukur keluarga begini yang aku impikan.
Melangkah ke alam praktikal sama lah dengan melangkah ke alam pekerjaan. masa ini
kau boleh rasa macam mana kerja dalam office. bergaul dengan orang yang dah
bekerjaya. kerja dalam office pun bagi yang Commerce Department lah. Department
lain aku tak tahu.
Apa yang best praktikal dalam masa belajar ini. kalau waktu praktikal kau rajin bak hang
tak payah di suruh kau buat kerja kau sudah siap kerja kau then kau tolong orang siapkan
kerja orang lain pula. silap haribulan bos kau nampak kerajinan dan ketangkasan kau buat
kerja itu, dorang tanpa segan silu ambil kau kerja lepas kau habis study nanti. tahu?
Yang penting. jangan malas. walaupun kau dah siap buat kerja kau. jangan dok goyang
kaki je. cuba explore untuk buat kerja lain pula. baru officemates suka then dia tatang
nama kau dekat bos. bukan ke kau juga yang naik nama nanti? lecturer aku pesan.
Ini keistimewaan dan kelebihan Politeknik yang dia bagi pada student. rasa sendiri
suasana tempat kerja. masuk jam 8:00 pagi dan balik 5:00 petang. tak ada lah nak
class cancel ke apa ke macam waktu study. no more. 20 minggu kena abdikan diri
dekat tempat praktikal. awesome ok.
Memandangkan tempat praktikal aku di Firma Audit or Audit Firm. terasa perasaan cuak
itu bercampur aduk dengan rasa teruja. nasib baik aku dah belajar Usage Business System
dalam bahasa singkat UBS atau kata lain Accounting System yang 100% menggunakan
data dalam sistem tersebut. dan syarikat memang menggunakan UBS dalam
Accounting System dorang. itu yang kelebihannya.
Dan aku cuma nak bagitahu ehem ehem. aku tak sangka aku dapat A dalam UBS.
berbaloi aku tak tidur malam sampai mata sembab bak hang nak siapkan report UBS
and finally worth it. and now now nak tunggu result sijil praktikal UBS aku pula. berharga
bila nak minta kerja nanti woi.
Waktu aku pergi ambil buku Jurnal Refleksi ini dekat Unit LI, terkejut gak kan apa benda
budak ni kelek celah ketiak tak kan aaa besar tebal gedabak kot buku Refleksi untuk LI?
Exactly. sangkaan aku tepat sekali hahaha poyo. kau ingat kau boleh senang lenang lah
bila dah praktikal ni? pergi kerja balik kerja tidur krohh krohh ulang benda yang sama?
harapan ok.
Kau perlu melalui satu fasa dimana kau perlu menyiapkan Jurnal Refleksi LI dan
Final Report. Buku refleksi harian ini kau kena bawa ke tempat kerja setiap hari.
ulang taip setiap hari. kau kelek aaa celah mana pun asalkan jangan tinggal. sebab
dalam buku ini kau kena cerita apa benda kau buat sepanjang hari dalam office.
jangan kau nak kencing kau nak berak kau pergi cerita sekali. tak perlu.
Yang lecehnya. banyak sangat anak-anak bawah dia. kira macam diari kau. ataupun
buat macam cerita dalam blog. bila lecturer cakap cerita je macam diari kau, aku pun
macam angkat-angkat kening. aku memang suka menulis dan bercerita pun serahkan
pada aku hahaha. tapi tak payah lah nak menceceh bagai cerita hal peribadi or kau
bergaduh dengan officemates apa semua sebab pensyarah penyelia kau tak nak ambil
tahu pun pasal itu. just keep it yourself lah.
Dan setiap hujung minggu hari Jumaat kau kena bagi dekat penyelia tempat kerja kau
untuk tandatangan dan cop syarikat. itu tanda kau buat kerja dan Refleksi harian kau
tak macam chipsmore kejap ada muka surat sebelah tak ada kena kau dengan
pensyarah penyelia bila dia datang menyelia kau.
Jadi. buku Refleksi harian ini cuma secara ringkas untuk di masukkan kedalam Final Report LI.
nanti dalam Final Report just touch up bagi cantik dan masuk kan apa yang perlu lagi.
kalau buku Refleksi tu aku boleh habiskan dalam masa 20 minggu, aku dah boleh buat
novel gamaknya lepas ini. apa lah aku nak bebelkan dalam tu entah.
Dan yang penting, Final Report LI kau jangan nak tangguh buat macam kau tangguh
nak buat assignment sebab assignment kau tak siap boleh skip pinjam kawan punya.
kau tangguh buat report sampai masa pensyarah penyelia menyelia nak tengok
draft report kau tak siap apa lagi, aku pun tak tahu akan kena apa nanti. assignment
boleh lagi nak main tiru meniru tapi report LI harapan lah kau nak sama dengan kawan kau.
semua ni individu dan semua base on apa yang kau buat/lihat/dengar dekat tempat kerja.
tak akan sama eventhough kau satu department bukan alasan nak sama jalan kerja ok.
Bukan setakat nak siapkan buku Refleksi Harian dengan Final Report je. dalam masa yang
sama kau kena buat satu power point untuk kau present pada pensyarah penyelia kau
nanti. presentation waktu daftar tamat LI dua hari lepas habis praktikal. dan ini bermakna
waktu praktikal bukan masa kau nak honeymoon santai bak hang.
Fortunately aku dapat pensyarah penyelia yang sempoi. lelaki pula tu. lecturer legend kot
dekat Poli tu. actually aku tak kenal pun bila paper akhir tu aku cuba aaa cari dekat
bilik lecturer tapi tak ada. then aku tengok En. Aziz tengah cakap dengan lecturer lelaki ni.
aku syak dia lah penyelia LI aku nanti. masa nak minta no.phone encik aaa aku tak
ingat nama dia padahal hari tu semangat hafal bagai macam gugup gak aa tak pasal
pasal nak minta no.phone segala ye dak?
Habis laju aku cakap selaju angin waktu tu hahaha. lepas dah minta no.phone sempat
lagi beramah mesra tanya itu ini. memang sempoi bak hang encik tu. fuh nasib baik
dapat penyelia lelaki tak banyak songeh. senior cakap pensyarah penyelia perempuan
banyak cekadak. lagi lagi time kau nak present depan dia nanti, dia tengah period or
ada masalah dengan husband dia. tak ke menjejaskan result LI kau nanti. hiks.
boleh dapat cemerlang sebab kau salah sikit tetiba jadi memuaskan. haru tahu?
Alahai comelnya Zul dalam gambar ini aduh. actually pengalaman semester tiga banyak
ajar aku macam mana nak jadi kuat walaupun sebelum ni aku pun kuat apa tapi aku
lemah berhadapan dengan orang sebab jenis aku cepat simpati orangnya.
Sebab benda tu dah sebati dalam diri aku. jadi aku harung je. nak undur dah memang
tak boleh. aku yakin mesti ada hikmahnya.
Aku rindu aaa nak main game basketball dekat tempat games sebelah karok dengan Fandi.
lepas balik kelas dengan baju kurungnya masuk mall cadang nak karok tapi aku dengan
Fandi melencong tempat games bebudak. karok tu kena masuk dalam empat orang dalam
satu satu masa tapi masa tu pergi satu kampung so aku decide tunggu luar dulu then
baru boleh masuk.
Fandi best sebab dia boleh je nak ajak pergi mana mana. memandangkan games tu sebelah
karok je sementara nak tunggu lima minit, main aaa apabenda dalam tu. Fandi ajak
main basketball, aku on je. sekali main woo excited dapat score banyak! then beli token
lagi main lagi. sampai berpeluh apa semua. Fandi bersemangat bak hang,
"Cepat Ain. sikit lagi nak skor Ain. cepat Ain cepat!!!!".
Aku ingat lagi ayat tu je dia keluarkan sepanjang main games tu. aku sampai lenguh
tangan main mendalah tu. tapi seriusly aaa seronok gila! betul-betul release tension aku.
Sem 5 nanti nak ajak Fandi main games basketball tu lagi aaa. ajak dia tak stress.
Last but not least, sejak dua menjak ni umi asyik cakap pasal kahwin. bukan sejak dua
menjak dah tapi setiap malam waktu aku dok 'manjakan diri' umi, mesti perkataan kahwin
akan muncul gak dari mulut umi. confius aku.
Part aku tak boleh blah, "Awak tak payah kahwin lagi lah ye, umi tak dak duit lah..".
aku tak tahu kenapa part ni rasa macam kelakar dan nak gelak guling-guling. macam aaa
aku nak kahwin dalam masa terdekat ni hahaha umi kekadang boleh tahan lucunya.
Satu lagi. "Umi rasa nak buat dekat dewan tu lah nanti awak berdua kahwin, murah sikit".
waktu umi pergi kenduri kahwin anak kawan dia dan dan tanya pasal dewan orang kahwin tu.
lawak gak mak aku ni. penghibur hati tatkala aku sedih adalah melihat air muka umi.
lari segala masalah hati. thanks mummy i love you to the moon and back.
Macam aku pula mak mak nya hahaha. walaupun awak pendek dari saya, saya tetap
sayang awak mummy.
much love: anakmu yang nakal.
4 orang manusia cantik:
ehh ehh, kita sama poli lah!
tapi syaa baru nak naik sem 2.
dan kita sama. tak akj pun. AHAHAHA
Ohhh Polisas jugak eh? hihi adik lah ni ye. kan? takda rezeki sem ni. inshaAllah next sem :)
hi, nk tny report li awk buat mcmna ea?
Nak tnya pasal tmpat li leh share tk? Tkde tmpat li lagi
Post a Comment