Polisas dihatiku.(lah sangat)



assalamualaikum. disini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Polisas sebab buat saya kurus slim melim sepanjang Minggu Suai Kenal(MSK).
terima kasih saya ucapkan. haha skema nak mati! k habis untuk intro tak usah
panjang panjang sangat lah. ehem


ini roomate saya tak sampai seminggu. sedih :'(

19/7/12. segalanya berubah. sekarang gua tengah meniarap sambil menghadap 
lappy dalam bilik dan kaki gua macam nak patah seribu hatikoooo haha penat doh maybe
berat gua turun 10kg. yes!

rewind semula khamis lepas..

Ekceli Polisas ni tak ada lah jauh mana pun dari rumah gua. 15 minit je kot. tapi
malam sebelum nya gua kemas barang hah macam takmau balik dah. ahakz.
beg beratur depan pintu. apakah?

lepastu pagi pagi dah semangat bangun takut tak bangun. nampak tak semangat
kesukanan disitu? daftar pukul 10.30 pagi. okay nampak dah semangat disitu.

lepastu push umi nak pegi awal sebab dipengaruhi rakan muka buku yang
sama sama masuk poli nak ketemu empat mata. wah! semua pakat doa nak
satu bilik. k malang nya kamsis dah ditetapkan.

umi dengan abah hantar betul betul depan bilik. haha tetiba sedih nak tinggal.
anak manja tak pernah duduk asrama. sedih. dan yang gua tak sangka nya gua
sebilik dengan soleha(teman sekolah menengah). tetiba nak terkejut pulak pehal. ahaa.
untuk sementara sepanjang MSK.

sebilik sepatutnya 5 orang tapi kami duduk 4 orang je pun. heaven gila. 
aimi(account), soleha(logistik), bear(kejuruteraan awam) dan akhir sekali gua.
gua rasa best gila dapat roomates macamtu. sumpah cakap. bear ratu lawak. aha.

tengah nyanyi lagu politeknik Malaysia dengan lagu Polisas. menghayati lah kononnya.

mentang-mentang puasa makin menghimpit, jadi kami duduk dalam dewan Sri Makmur
ni je. besar gilak! tiada riadah, tiada tawaf polisas, tiada apa-apa. cuma duduk
dalam dewan dengar ceramah yang membosankan. k bosan. tahun ni batch paling ramai.
tengok tu melimpah ruah sampai ada yang terpaksa ke dewan lain dan cuma tengok
skrin je masa penceramah kasi taklimat. haha kesian.

MSK start hari jumaat. dari kamsis ke dewan ni makan masa 10 minit jugak kot sebab
naik bukit. k gua rasa kejam sangat polisas ni. tup tap tup tap hari sabtu pun
sama still duduk dalam dewan. kan best kan?

yang paling tak best hari pertama puasa dekat poli. bapak sedih. rasa macam tahanan 
pulak makan ramai ramai. kalau sedap tak apa jugak. selera jugak haku nak makan.
tapi hampeh punya cafe. k astagfirullahalazim. nasib haku bayar masa pendaftaran. hah

hari ahad yang tak dapat kamsis semua kena balik sebab senior nak masuk. kejam
sangat senior. ciss! so disebabkan semua duduk area kuantan dan gua terselit
dapat kamsis, tiga orang roomate gua semua kemas barang nak balik. jadi gua
sedih lah ni? memang! malam sabtu tu semua sibuk berkemas. gua pandang sayu je.
kejam sangat! huh.


accountant to be. insyaAllah. classmate plus roomate.

hari ahad tu pergi dewan Sri Makmur lagi. dan kali ni gua dapat tempat paling
belakang dekat dengan pintu utama. fasi yang susun semuanya. ah abang fasi
ramai hensem k. ehem tolong lah faham eh eh.

lepastu ada sorang abang fasi ni senior sem 5 tetiba berdiri sebelah gua then tanya,
"eh adik, duduk mana?" tetiba je nak buat peramah kan haha sikit. "saya duduk kuantan
je..". sambil senyum auww. then "ohh area mana eh". "area hala ke gambang tu.."

lepastu abang fasi tu lari main dengan walkie talkie. lepastu gua ingat dia pegi
mana, rupanya ambik kerusi dekat tingkat atas letak sebelah gua. memang gua
tak selesa bro. lepastu abang fasi sem 3 duduk dekat kerusi abang haiqal ambik
tadi sambil ajak gua dengan aimi borak. k gua slow slow hilang fokus sebab layan
abang botak tu. k ehem. nama sedap tapi panggil botak. tak boleh blah. ahaks.

lepastu bestlah borak dengan abang botak. dia terang pasal polisas
dekat gua dengan aimi. tengah sedap sedap borak haha taklimat kemana gua
kemana ptptn kemana, abang haiqal ambik kerusi lagi satu duduk belakang abang botak
sebab masa tu abang botak tengah tengok lawak ke derr kot dekat handfone dia
sengaja nak menunjuk lettew. haih menyampah pulak rasa! ahaks.

dah ah rapat kot dengan kerusi gua lepastu abang haiqal main himpit belakang
abang botak tu macam gopoh gopoh, gua pulak menghimpit dekat aimi haha macam 
haremm duduk separuh dekat kerusi aimi. gua tak paham kenapa jadi macamtu.
dah ah duduk belakang sekali lepastu abang kakak fasi jaga pintu dekat belakang
pandang pandang je kiteorang gelak. sekali sekali buat lawak kutuk abang fasi tu
gay lah apa lah, gelak besar gua dengan aimi. cover jap. nasib baik penceramah tak
dengar. fuh!

lepastu abang botak lari, abang haiqal pulak duduk sebelah gua tegur jam gua lawa.
tak paham haku. borak pasal keadaan polisas ni lah, tanya best tak kalau nak
masuk askar wataniah tu k abang haiqal pengerusi kot. senang ah dah kenal.
dia promote sekret(kelab) dia lah. k gua macam minat je askar wataniah tu.
rindu nak kawad. tetiba.

 ini dia aimi azman yang comel. haku adore dengan mata lebah dia tu. huyoo!

lepastu lama jugak ah kiteorang borak dengan abang haiqal tu. banyak jawatan dia
pegang dekat polisas ni. macam macam gua dengan aimi tanya. abang haiqal 
jawab sambil senyum, manis pulak tu. bear buat ski jeles then kata gua ada
skandal. eh tolonglah! *tangan atas bahu*

dekat depan cakap pasal ptptn, yang belakang sibuk borak entah pahape. nasib baik
gua pasang telinga jugak sikit sikit. hehe. dah habis cakap, baru tanya nama apa
semua. memang nak tergelak. sampai abang fasi lain tengok je kiteorang gelak.
abang haiqal buat lawak bodoh.

siap cakap lagi, "abang time MSK je abang gelak senyum semua ni tapi time kuliah
dekat jabatan nanti tak ada dah nak senyum macamni. dekat jabatan nanti abang
tak tegur sebab tak kenal dah korang. style abang serius sikit masa belaja. tak ada
lah nak tegur tegur junior apa semua. kalau nampak abang, tegur jelah.."

lepastu gua dengan aimi pun, "eh tak apa tak apa, nanti dekat jabatan kalau nampak,
kiteorang say 'peace'.." *sambil buat muka comel tunjuk peace. haha tak boleh blah.

lepastu tunjuk mesej bank islam wish birthday dekat dia. lepastu tanya,
"birthday abang ke harini..". mula lah eh tak tak. then tunjuk pulak kad matrik dia
no i/c bagai tarikh 22/7 birthday. lepastu kiteorang gelak. aimi "selamat hari lahir..".
gua pulak, "selamat hari jadiii..". sempat je nak balas, "eh mana ada jadi...".
"k selamat hari turun ke bumi..". gua taktahu apa motif semua ni. hah

memang syok lah even kakak fasi pandang pelik je dekat gua. eh salahkan 
abang haiqal lah ajak kiteorang borak. baik. peramah nak tegur junior. untunglah.

habis cerita.

weh, nak tahu tak kehidupan gua dekat sini sangat penat. turun baik bukit tiap hari.
kelas bapak ah jauh gedabak. pagi pagi nak mandi kena buat 'marathon' dulu
sebab monyet tunggu depan tandas. macam haremmm. lepastu tadi gua terkejut
bukak pintu tandas keluar keluar tengok si nyet tu ada tengah selongkar makanan.
gua pun apa lagi menjerit masuk tandas balik. k penat lah macamni tiap tiap hari.
bilik aras tiga. pergh!

nanti gua update lagi. rindu blog tapi kekangan masa membataskan gua untuk
bersamanya selalu. ewah.

assalamualaikum.


yang penting aku lagi tinggi. pergh! diyana. dip. in e-commerce. roomate.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)