Dan Sebenarnya...



Dan sebenarnya..... SPM TINGGAL 15 HARI AJE LAGI. Ce congak ce congak!



Assalamualaikum. Sukacitanya dimaklumkan mulai hari ini jam ini minit ini saat ini detik ini
gua akan menjarakkan segala anggota badan gua yang kurus lagi tinggi ini daripada segala jenis
laman sesawang yang gua milikki sehingga gua tamat paper Ekonomi Asas SPM pada 6 Disember 2011
kelak. Tiada lagi blog, tiada lagi facebook dalam kamus hidup gua sehingga tarikh tersebut,
tiada lagi formspring dan tiada apa apa lagi yang boleh mengganggu konsentrasi gua ketika
menghadapi SPM. Gua akan cuba menahan 9 nafsu yang gua ada. Gua harap gua dapat
merealisasikan impian terpendam gua ini. Sedihnya aduh nak berpisah segala. 
Gua dan blog bagai isi dan kuku. Gua dah letak separuh jiwa gua dalam blog ini. *hebakkk hebakk*
Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Apa boleh buat, SPM lagi penting doo!
Sedar lah woi sedar lah kalian! SPM sekali seumur hidup tu pun kalau kau takmo repeat lah kan.
Tapi laman sesawang? Kau nak telan beliau hidup hidup pun moleh lepas SPM selesai tau.
Nak sweetdream sama sama pun moleh aww. Tidur sambil tulis blog, kau ada?
Tiada apa yang mustahil sekarang ni tahu tak tahu tak? Jadi,SPM first, BLOG later. kui kui kui

Gua harap kalian dapat menyumbangkan seuntai doa buat gua nanti. Doakan gua dapat
jawab dengan tenang dalam dewan peperiksaan nanti. Doakan kejayaan gua yang cemerlang ok!
Jasa kalian, hanya Allah yang mampu balas. Dekatnya SPM bagai telur dihujung tanduk hendaknya.
Banyak lagi yang belum gua fokuskan akibat terlalu taksub dalam kurungan obses dengan 
teknologi yang serba moden ini. Siapa yang harus dipersalahkan? Ain, broadband atau laman sesawang?
*Ok dah start nak mengarut*. Apa yang gua harapkan target SPM 2011 gua akan tercapai dengan
jayanya. Ya Allah, kau perkenankan lah doa hambamu ini. Amin ya robbal alamin.

Akhirul kalam, saya dengan ini pemilik blog yang bernama Ain Marzuki ingin memohon
beribu berjuta bermilion kemaafan jika sepanjang saya berkecimpung dalm dunia blog ini
saya dengan sengaja atau tidak disengajakan pernah terbuat entry yang menyakitkan hati,
entry terkasar bahasa, entry bajet kau sorang jelah ada blog atau entry bajet nak cun
sehingga ada antara kalian yang terasa ke apa, saya mohon maaf dari hujung rambut hingga
ke hujung kaki. Saya insan tak sempurna dari segala segi aspek. Maafkan saya tau!
*macam ucapan hari raya pula tak pun macam ucapan lepas dapat award podahhhhh*
Saya nak pergi berjihad sehingga tarikh yang telah saya nyatakan diatas tadi.
Saya titipkan blog comel saya ini kepada kalian. Jagalah ia sebaik mungkin.
Saya berjanji selepas perang saya selesai, saya akan kembali menempekkan diri ke sini
sehingga saya bosan lalu termuntah dan kalian pun dah naik menyampah hakhh tuihhh
seraya berkata, tak adoo update lain ke dekat dashboard kita ni nyah? Asyik update dia je. Menyampah aku!

Untuk readers, stalker, haters, 900++ followers blog ni thanks kesemuanya!
Semoga kalian tak bosan menelaah entry daripada saya. Saya akan kembali
selepas tarikh ini, 6 Disember. Ya Allah, semoga aku mampu tunaikan janji janji aku ni. Amin amin!
Untuk rakan seperjuangan rakan sepasukan saya samaada secara langsung atau tidak langsung,
saya doakan kalian semua berjaya capai target kalian! Saya doa'in saya doa'in ok.
Dan sebenarnya, separuh jiwa saya lagi itu dah ada dekat tarikh 6 Disember tu haa!
Sumpah Ya Allah, tak sabar sangat dah ni nak habis SPM. Nak enjoy katak oink oink!
Nak jumpa 'mereka' semestinya. Aduh, tahan Ain tahan 6 Disember mana lama helamak! Fiuwww!

 - TIPS BERGUNA DARIPADA SAYA UNTUK KALIAN CALON SPM 2011 -

1. Jaga hubungan baik dengan Allah
     - Dalam banyak banyak perkara yang kita buat, hubungan baik dengan Allah paling utama.
       Lagi lagi nak SPM, sentiasa dekatkan diri kepada-Nya. Ingat! Allah tak akan tolong orang
       yang sombong. Sebaik baiknya buat solat sunat setiap malam sehingga SPM. 
       InsyaAllah, Allah akan bantu kalau kita memperoleh kejayaan yang cemerlang.

2. Jaga hubungan baik sesama manusia.
      - Ini perkara kedua penting. Kalau kita pernah menyakitkan hati rakan kita ke,
        umi/mama/mummy/ibu/mak atau ayah/abah/daddy/puppy kita ke, cikgu cikgu kita
        kita, seboleh bolehnya mintak maaf kepada mereka sebelum kalian menduduki SPM.
        Tak berkat tahu kalau tak bertegur or bergaduh masa tengah exam, silap haribulan
        SPM kau kemana padan muka! Lagi lagi kalau dah nak dekat SPM ni kau cari pasal
        dengan orang, memang ni makan dia. Kalau kau secerdik sepandai mana pun,
        kalau kau tak menjaga hubungan baik kau dengan manusia disekeliling kau,
        tak akan kemananya kau. Aku jamin. Tengok result SPM nanti sudah lah.
        Jadi, apa tunggu lagi? Cepat cepat mintak maaf dengan orang yang kau selalu cari pasal.
        Kalau orang tu tak maafkan, nasib kau lah labu! Sekurang kurangnya dah meminta maaf,
        memadailah. Terpulanglah orang tu nak maafkan kau ataupun tidak. Terasa? Its ok!
        Saya tak tuju ke arah sapa sapa pun. Terasa alhamdulillah.

3. Tawakal
       - Sesudah study semaksimum yang mungkin, buat solat sunat semua, belajar bagai nak rak,
         ok sekarang masanya untuk kita berserah, tawakal. Semoga apa yang telah kita praktikkan
         dan belajar selama 5 tahun dapat kita tonjolkan hasilnya dalam SPM kelak. Selepas 5 tahun
         kita tanah benih dia, tuai dia sampai masak, siram berhujan panas dan sekaranglah
         masanya untuk kita tunjukkan hasil benih yang kita tanam dulu. Berhasil atau tidak?
         Masak ranum atau buah tu tak cukup masak? Jadi, nilailah diri kalian sendiri.
         Jadilah penilai yang terbaik. InsyaAllah kejayaan milik kita! Amin.


OK SIAP! Tunggu saya nanti tau. Please lah jangan rindu saya alololo. Please lah jangan perasan Ain!
InsyaAllah saya mampu bertahan sehingga 6 Disember nanti. Rasa macam tak sanggup! Huaaaaa!
Demi SPM, apa pun tak boleh! hik hik hik. Assalamualaikum semua. Saya akan merindui kalian insyaAllah.


SPM FEVER : 14 NOVEMBER 2011 - 6 DISEMBER 2011. 23 HARI JELAH. SABAR OK. BE COOL. STAY CUTE! INSYAALLAH SAYA AKAN BERUSAHA SEMAKSIMUM YANG MUNGKIN UNTUK MENDAPAT KEPUTUSAN YANG TERBAIK. AMIN.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)