8 days till SPM.




Assalamualaikum. Tetiba harini rasa macam nak kasi penampar sedas dua dekat diri sendiri
sebab tak mampu nak kawal nafsu sendiri. WHATHE?! Ain sedar lah Ain sedar lah woi
SPM tinggal 8 hari ajoo lagi. SEDARLAH WOI! PANGGGGG! Hah ni makan dia.
Kau moleh cool lagi? Kau moleh chill taik kucen lagi? Kau moleh bersuka ria huyooo huyoo lagi?
Hah? Hah? Hah? Dan gua rasa macam nak baling broadband ni ke dinding sebab mendalah ni
yang mendorong gua untuk buat semua ni. Apa ni? Apa ni? Tolong lah faham kondisi gua.
tetiba nak marah broadband haha entah pahape whathe betul lah kau ni Ain dasar budak nak SPM 
memang otak kurang berfungsi sikit.

Ok kalau nak cakap pasal study 70% dah ada dalam otak. Sekarang mak kau lah doo semua dok
fokus subjek Addmaths aje tahu tak tahu tak? Setiap kali gua stayback petang petang
modul Addmaths aje yang berlambak bertimbun atas meja. Macam erghhhh sangat!
Nak taknak terpaksa lah labu. Semua terpengaruh dengan kata kata cikgu yang berbunyi macamni,
Kasi Addmaths ni lulus aje untuk lepas awak semua masuk ke Matrikulasi.
Ayat mencengkam jiwa wuwu. Kalau Addmaths ni sonang macam BM yang kacang kacang
goreng gua moleh kelentong skor part karangan tu, tak apa lah juga. Tapi ni macam haih haih aje.
Tak terkira modul yang cikgu kasi. Berlambak dalam beg. Mujur tak ada tikus nak membiak
dalam tu. Tu tak kira yang atas meja yang modul form four semua tu lagi, fiuww jual tu kaya juga aku!
Tapi tak mustahil kan. Mana tahu masa dapat result SPM bulan 3 tahun depan tengok tengok Addmaths
lulus dengan cemerlang mahu gua panjat bangunan tingkat tiga terjun. Fuh tetiba nak mati katak 
pula masa tu. Esaited hakhh tuih.

Study Maut. Cikgu selalu tanya sebelum mulakan sesi PNP,
awak semua ni dah study maut ke belum? Then semua macam, hmmm dah kot cikgu! 
Aduh nanti mesti gua rindu dengan pakcik kantin serta hotdog dan susu kotak coklat dan
roti coklat di kantin. Mesti rindu nak beli air mineral dekat koperasi. Nanti mesti rindu
nak usha usha abam form six. Nanti mesti rindu nak berasmara dengan kerusi meja
dalam kelas. Mesti rindu kelas! Mesti rindu 5 Syumul yang selalu dapat kelas terbersih tu!
Perlu ke mention? Ah persetankan. Mesti rindu cikgu jiwa kacau tu. Mesti rindu semua lah!
Mesti rindu dewan Multaqa! Mesti rindu dewan terbuka! Ok mesti rindu....... Ainnnnnn ok cukup!
Mesti rindu bumper bumper gua! Ok stop cukup! Apa ni apa ni? Sapa budak comel sini angkat tangan, SAYA!
Haha tetiba jekan tak masuk dalam senarai langsung tetiba je tetiba je ok enough!

Ok disini gua ingin menyatakan kepada kalian yang gua tak ada perasaan lagi dekat SPM.
Mood tu tak memancar lagi. Tak nampak sinar SPM lagi. Tak nampak tak nampak. Sapa nampak?
Walaubagaimanapun gua tetap study woi! Jangan kata gua dok watlek aje ok. Gua tampar satgi
melekat dekat dinding. Nak nak? Haha jokejoke! Addmaths paling gua tekan kan walaupun 
gua buat mendalah tu dalam keadaan terpaksa lagi dipaksa lalu memaksa kan diri untuk
melakukannya. Haha kalau cikgu Addmaths gua dengar pengakuan berani mati gua ni, 
mesti beliau kesal dengan gua. Sorry cikgu saya tak bermaksud pun errr errr aduh mampus lah cemnik!
Akhirul kalam, bye saya nak study! Tak sabar nak enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy woi!
Hah amekaw yyyyyyyyy panjang gilo. Ok dah salam sayang daripada saya untuk kalian 
yang selalu membaca entry saya yang entah pahape lagi entah pahape. K assalamualaikum.
Pssttt saya sayang gambar atas tu! Kami nampak comel. Cetttt. Salam :)



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)