Sentuhan Terakhir Bersama Addmaths.



ASSALAMUALAIKUM! Besar tak gambar ni? Besar takkkkkk gambar ni?
Gambar diatas menunjukkan ehem kami sedang khusyuk menjawab paper Addmaths sewaktu
SPM Trial suatu ketika dahulu walaupun Addmaths is Easy or Addmaths is Eberiday kata cikgu
tetapi bagi kami Addmaths is killer sebenarnya hew hew. Waktu ni rasa tenang sangat menjawab
sebab terlepas daripada hiruk pikuk 3 kelas yang belakang tu walaupun dalam erti kata lain
ketenangan itu dapat ditafsirkan dari luaran sahaja dalaman wuwu gabra cuak semua ada
bila tengok soalan acano ni acano ni? Ammak appak tolongggg! Bila soalan dah dikumpul
baruku tahu bahawasanya soalan yang kami sedang jawab dalam gambar diatas ini bertaraf
soalan SBPI/MRSM dan sekolah sekolah bijak cerdik pandai diseluruh Malaysia yang tidak
setaraf dengan kami yang sekolah kekampungan ini yang alah soalan susah sikit dah give up apa lah.
Acane nak berjaya? Serta cikgu kami tidak meletakkan harapan setinggi gunung eberes untuk
kami capai tahap lulus sebab cikgu dah sedia maklum akan sampai tahap mana kemampuan kami.
Dan keputusannya, majoriti in my class failed dengan jayanya dalam erti kata lain alhamdulillah
cikgu tak marah. Sila bersyukur.

Tiba intro panjang cerita pasal gambar pula ni apadehal nokksss? Dan harini saya nak cerita
pasal kelas Addmaths terakhir mungkin disekolah. Actually harini cikgu cakap bukan nak
ajar sangat tapi cikgu nak buat makan makan sikit untuk kami, 5 Saksama dan 5 Syumul.
Lepastu nak kasi motivasi sikit versi cikgu. 

Harini set alarm pukul 7.50am alah awal lagi set alarm baru pukul 8.00am pula. Macam sakai.
Ninoninonino hem bangun jelah. Esaited bangun awal harini. Mandi. Pakai baju t-shirt koko
seluar putih. Haha harini gerek sih nak pakai seluar putih bagai dekat sekolah jakgi kotor 
padan muka tapi tapi saya kan saya kan jenis pembersih hewhew. Setiap angle seluar saya tu
saya jaga tak kasi kotor. Awak mampu? Kui kui kui. Then gosok tudung hitam semua kejut abah
segala pukul 8.55am gerak ke sekolah sebab class start jam 9.00am. Dalam hati, abah cepat lah
cepat lah abah! Saya hanya sempat meneguk segelas air masak je tahu. Nak cepat punya pasal.
Lepastu gedik lagi suruh abah hantar sampai dalam sekolah betul betul depan
dewan terbuka sebab rasa dah lambat. HAH! Salam tangan abah keluar kereta tengok ramai
gila dah sampai tapi alhamdulillah cikgu tak sampai lagi. Untunglah untunglah kan. Then lima minit
lepas saya sampai, cikgu pun sampai. Cikgu bawak banyak gila wowo makanan. Makanan tinggal
dekat luar dulu then masuk makmal ict. Cikgu pasang video. Sebelum tu cikgu susun ikut
ketinggian dulu haha tapi saya sedar saya tinggi sangat kan so saya rendahkan diri sikit
bak kata fatin, kangkang Ain kangkang rendah sikit! Saya takmo duduk belakang jakgi saya
tak nampak video sedih lah cemnik! Semua marah saya sebab saya main tipu hikhikhik lek ah!
Akhirnya saya dapat duduk barisan tengah wuwu. Nasib baik tak menghalang penglihatan orang lain,
jakgi kena marah lagi mati aku mati aku! kui kui kui. Semua kena duduk atas lantai dengan
aircond lagi fiuww syahdu je rasa.

Lama juga kami duduk dalam makmal ict tu. Dalam 2 jam kalau tak silap. Cikgu tutup lampu
semua. Suasana sunyi sepi. Macam tengah tengok wayang wuwu. Cikgu pasang video macam macam.
Soundtrack lagu sedih tangkap leleh sih sambil cikgu cakap motivasi semua tu. Muhasabah diri kejap.
Nilai diri sendiri kejap. Tetiba air mata menitik hah tetiba jekan? Ok saya dah pernah ngomong
yang saya ni berjiwa lembut. Berhati tulus. Mana boleh dengar benda benda menyentuh sanubari ni,
pasti menangis! Dengan suasana samar samar soundtrack lagu sobsobsob mana tahan.
Dan cikgu ada tunjuk video perang perang yang dekat Palestin tu aduh saya jadi takut sebab
saya tak boleh tengok DARAH! Saya tak boleh tengok orang bunuh membunuh! Jadi waktu
video tu ditayangkan, saya tunduk bawah macam nak tercium lantai katakau hikhikhik.
Entah saya memang tak boleh tengok taktahu kenapa. Kalau saya tengok saya rasa macam WOWWW!
rasa nak pengsan namplohnamsaat. Macam macam cikgu tunjuk. Cikgu bersajak lah.
Fuh part ni memang tersentuh. Sapa tak menangis memang hati dia sekeras kerikil. Sedih sajak
cikgu tu dan awesome sangat! Dalam pukul 11 something tu time to makan. Perut ni tak payah
cakap lah dari pagi tak makan satu habuk pun sebab nak makan dekat sekolah ghupe-ghupenya
pukul 11 baru dapat makan. Haha saya memang tengah chill masa tu. Macam macam makanan ada!
Ada meeeeeeeee hoonnnnnnnnnn goreng best giloooooooo! Ada ayam goreng ammak appak ohsem!
Ada kek secret recipe yang diatasnya tertulis 'GOOD LUCK' entah sapa yang bawa memang yummy!

Makan makan snap snap itu memang menjadi agenda utama dalam acara makan memakan.
Tak lengkap hidup ini tanpa gambar! Tapi gambar tak dapat lagi sebab kamera lain lain susah lah.
Lain hari lain masa saya show-off ok. Makan sampai kenyang perut ni sampai nak muntahkan balik.
Lepastu makan kek batik lagi lepastu amik kek lagi lepastu minum air sirap oren lagi lepastu
amik kek lagi lepastu snap snap lagi lepastu minum air second round lagi lepastu rasa macam
nak terpungkang saat tu juga dekat dewan terbuka tu tahu tak sebab kekenyangan sangat.
Ya Allah apa ni apa ni. Hudoh perangai ye! Semua capek makan. Yelah selagi tak habis,
selagi tu cikgu suruh habiskan. Mana penuh perut. Sendat. Mampat padat maksimum. Buncit opss!

Dalam area pukul 12 lebih nak dekat pukul 1 masuk makmal ict balik buat modul Addmaths.
Semua khusyuk nampaknya. Untunglah nak SPM dah kan next week! Syokkkkknyaaaaa SPM!
Syokkkkknyaaaa nak enjoying! Mana yang tak paham, tanya cikgu. Masa ni lah waktu yang
sesuai lagi terbaik. InsyaAllah lepas dengar motivasi cikgu tadi sedikit sebanyak memberi
kesan yang mendalam dalam diri. Sesungguhnya saya bukanlah insan yang terbaik tapi insyaAllah
saya akan berusaha mencapai sehingga ke tahap itu. Sedih wuwu sebab rasa sekejap sangat
belajar Addmaths. Pukul 1.30pm semua dah angkat pungkuk masing masing nak balik.
So abah pun dah calling calling me so keluar semua salam cium pipi kanan kiri cikgu muah muah
berlaga pipi. Kami semua sayang cikgu! InsyaAllah kami tak akan menghampakan harapan cikgu.
Doakan kami supaya tenang jawab paper Addmaths 23 November nanti. Amin!

Sekian saja dari saya. Next week saya SPM! Ok masa berlalu begitu pantas sekali ye.
Rasa baru form one haha tetiba nak jadi adik adik pula kan. Tamat sudah tempoh saya
sebagai pelajar sekolah. Lepasni lepasni bergaul dengan masyarakat luar pula.
Ok sumpah takut. Tapi takut tak takut, terpaksa juga lah en en en.
So dikesempatan ini saya ingin meminta maaf jikalau saya pernah terkasar bahasa,
ter-annoying ke diantara sengaja atau tidak sengaja, maafkan saya. Doakan saya
dapat jawab dengan tenang setenang tenangnya SPM nanti. Doakan saya dapat result comel
dengan capai target impian saya. Saya doakan kalian kembali. InsyaAllah.

Last but not least, TO ALL SPM CANDIDATE 2011, GOOD LUCK! LAKUKAN SEBAIK MUNGKIN!
InsyaAllah kalau kita berusaha bagai nak mati, kejayaan itu akan datang bergolek. Doa-doakan lah.
InsyaAllah. Amin!



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)