Cinta untuk Dania: bab 2
Sambungan daripada Cinta untuk Dania bahagian satu.
***
Dania menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melihat kelibat Hakim didalam kawasan
sekolahnya itu. Malu benar dia ingin berhadapan dengan lelaki itu ketika ini. Usai
perhimpunan pagi itu, dia terus mengatur langkah untuk masuk kedalam kelas.
Belum pun sempat Dania ingin meneruskan langkahnya, tiba-tiba lelaki yang dia
sibuk tercari-cari sebentar tadi sekarang ada di hadapannya. Malunya bukan kepalang.
"Alahai mamat hensem ni lagi. Malunya aku. Apa aku nak cakap ni".
bisiknya dengan nada perlahan sambil tangannya menggaru-garu kepalanya yang
tidak gatal itu. Baik aku jalan jelah masuk kelas, sambungnya lagi.
Dengan pantas Dania melangkah dengan penuh keayuan sambil mengepit buku teks
science dan mathematics ditangan. Sempat dia menjeling sambil melemparkan yang
cukup menawan kearah Hakim yang dari tadi tidak lekang memandang kearahnya.
Hakim juga turut tersenyum. Ah jangan senyum macamtu awak, gugur jantung saya kang,
getus hati Dania sambil tersenyum.
Sudah takdir mungkin, sedang Dania melangkah maju menuju ke kelasnya sambil
mengelamun tiba-tiba dia tersepak bongkah kayu yang berada dihadapannya kini.
Sepantas kilat Dania melatah, Oh mak kau peah!. terus dia menekup mulutnya dengan
kedua-dua belah tangannya. Hakim yang sedari tadi asyik memandang kearah Dania
terus ketawa terbahak-bahak melihat Dania melatah.
Dania tersenyum kelat. Ya Allah malunya aku. Buang karen je aku cover ayu tadi.
Yang dia tu ketawa bagai nak rak tu kenapa. Lawak sangat ke aku melatah tadi,
ujar Dania lantas mengatur langkah lebih laju untuk ke kelas.
Didalam kelas dia asyik tersenyum memikirkan hal tadi. Lawak mungkin.
"Eh yang kau ni asyik tersenyum je dari tadi aku tengok, apehal Nia. Tak pernah pernah
aku tengok kau senyum macamni. Biasanya kelat je muka tu". jelas peah bantut
dengan nada confuse.
Dania sedari tadi asyik tersenyum lantas memandang kearah peah bantut dengan muka
masam mencuka, "Kau ni kan peah. Berapa puluh kali lagi aku nak cakap dengan kau.
Lain kali nak tegur aku tu beri lah salam ke apa ke, ni main sergah je. Kau ni Islam
ke tak hah? Aku ni dah lah lemah semangat". marah sungguh Dania apabila orang
main sergah saja menegurnya.
"Eh Nia, kau jangan main gila. Sejak bila pulak aku kena beri salam dulu sebelum nak
cakap dengan kau ni. Ngigau ke apa budak ni. Dari tadi aku tengok kau senyum je,
kau jumpa lelaki pujaan kau ke dalam lamunan kau tu Nia. Share lah dengan aku".
pinta peah bantut dengan bersungguh lagaknya.
Hilang terus wajah masam mencukanya sebentar tadi. Kini Dania kembali tersenyum
sambil menjeling kearah peah bantut dengan riak wajah ingin bercerita.
"Semalam mamat hensem tu tegur aku tau. Sukanya aku. Lepastu pagi tadi lepas
assembly aku terserempak dengan dia dekat tepi surau. Aku senyum lah dekat dia,
dia pun senyum dekat aku. Ya Allah kalau kau tengok dia senyum, mesti kau cair peah.
Mesti kau cair punya!". bersungguh Dania menutur bicara. "Tapi apa malang nasib
aku harini ntah, tetiba ada bongkah kayu depan aku then aku tak nampak aku tersepak
lah, peah. Kau macam tak kenal aku macam mana kan, aku ni suka melatah. Bila dah
tersepak tu aku melatah lah dah lah mamat hensem tu ada belakang aku lagi lepastu
dia ketawa bagai nak rak, malunya aku peah!". tutur Dania dengan wajah yang
mendung.
"Yang part dia tegur kau tu aku suka. Tapi yang part kau tersepak bongkah kayu
sambil melatah tu aku sokong kalau dia ketawa kan kau. Kalau aku pun aku ketawa beb!
Apalah kau ni. Cover lah sikit siap nak melatah bagai. Muka comel dah, tapi kuat
melatah. Nasib badan lah". jelas peah bantut sambil ketawa terbahak-bahak persis
sewaktu Hakim mentertawakannya pagi tadi.
Dania turut ketawa. Walaupun marah dia tetap tidak menafikan betapa malunya dia
berhadapan dengan kejadian pagi tadi.
"Tapi aku rasa ada orang nak pedajal aku lah. Nak boikot aku lah tu sebab dorang kata
aku perampas pakwe dorang. Setakat muka macam longkah tak siap belakang rumah
aku, tak hingin lah aku. Bagi sejuta pun, belum tentu aku nak tau. Geli woi peah,
mintak simpang". luah Dania dengan riak tidak puas hati.
Lantas mereka berdua terus ketawa. Dania terus berkhayal ingin menyusun strategik
untuk mendekati Hakim dengan lebih dekat lagi. Dari jauh kelihatan Arman dan Danish
datang menghampiri mereka berdua.
"Amboi seronoknya ketawa. Sampai cik abang dua orang ni datang pun tak perasan kan.
Apa yang korang gelakkan tu. Kiteorang pun nak dengar jugak oii". tutur Danish
secara tidak langsung mematikan gelak tawa mereka berdua sebentar tadi.
Perasaan marah Dania terhadap Arman dan Danish yang sibuk mengenakan dia semalam
tidak terlunas lagi. Jaga kau Arman, Danish. Geramnya aku!, bisiknya perlahan.
"Korang nak apa ni woi. Sibuk je nak tahu hal perempuan. Korang tu lelaki, pergi cara hal
korang sudah lah. Sibuk je hm". ujar Dania dengan nada geram.
"Hai kau ni Nia. Wajah tak melambangkan hati betul. Harap muka je lawa, tapi perangai
macam mafia. Hah lagi satu, aku nak tanya kau ni. Amacam ada orang mesej kau tak
malam semalam". lembut sungguh bicara Arman sesudah melihat wajah Dania yang
merah padam menahan geram terhadap mereka berdua.
Dania terus mengingati mesej yang diterimanya malam semalam daripada Hakim. Lantas
Dania membuat andaian sendiri. Berkerut-kerut dahinya membuat tafsiran sambil jarinya
dibibir menandakan dia sedang memikirkan sesuatu.
"Oh kau lah orangnya yang kasi nombor aku dekat mamat kelas sebelah tu kan. Dasar
sungguh kau ni kan. Suka hati je. Mana pulak kau dapat nombor aku tu. Setahu aku
nombor aku tu tak pernah pulak aku kasi dekat kau. Mana kau dapat?". ujar Dania
dengan dahinya berkerut-kerut. Dalam marah pun tetap terserlah kecantikan yang ada
pada diri Dania.
Arman sudah tersenyum. Sempat lagi dia menjeling kearah peah bantut.
"Ehem minah bantut ni kasi nombor kau dekat aku. Marah dia Nia. Marah dia. Yelah aku
mintak, senang-senang je dia kasi. Tak privacy langsung". jelas Arman sambil
jarinya menuding kearah peah bantut disebelah Dania kemudian ketawanya meledak.
Dania memberikan jelingan tajam kepada peah bantut. Peah bantut tersenyum hambar.
"Weh jaga sikit mulut kau tu ye. Bantut-bantut aku pun, aku tak sibuk hal orang
macam kau. Kau yang mintak, aku kasi lah. Mana aku tahu kau nak kasi dekat mamat
sebelah tu. Kaki kencing lah kau ni". ujar peah bantut dengan perasaan berapi
apabila Arman memanggilnya dengan panggilan 'bantut'. Geram benar dia.
"Amboi kau peah. Semalam punya lah baik bila aku mintak nombor si Nia ni. Kau nak
marah sangat ni apehal". luah Arman sambil menjarakkan dirinya dengan peah bantut.
Takut juga dia kalau-kalau peah bantut melakukan tindakan refleksnya. Siapa tak
kenal peah bantut, kaki gangster.
Dania dan Danish hanya tersenyum melihat telatah sahabat baiknya itu. Sememangnya
mereka bersahabat baik sejak disekolah rendah lagi. Ada aku kawin kan jugak dua orang
ni, gaduh je tahu, getus hati Dania.
Setelah tamat kelas hari ini
Dania tergopoh-gapah keluar dari kelas. Matanya masih meninjau-ninjau kelibat Hakim.
Kalau boleh dia ingin berjumpa dengan lelaki itu sebelum balik. Tapi hampa kelibat
Hakim langsung tidak kelihatan. Sudah pulang barangkali. Dengan wajah lesu, Dania
melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu pagar sekolah. Terserlah kehampaan
diwajahnya. Tiba-tiba dia merasa kan ada seseorang sedang berjalan dibelakangnya,
lantas dia menoleh. Ya Allah dia rupanya. Kus semangat. Puas aku cari tadi, bisiknya
perlahan.
Dania makin berdebar. Setiap kali berhadapan dengan lelaki tersebut, pasti jantungnya
berdegup dengan kencang. Sukar dia hendak menafsirkan perasaan ini.
"Hai, saya ingat awak dah balik. Awak balik dengan apa ni". bicara Dania sambil
tersenyum lantas berjalan beriringan dengan Hakim sehingga ke luar kawasan sekolah.
Hakim menyaingi langkah Dania untuk berjalan disebelahnya. Dia tersenyum melihat
wajah Dania yang telah bertukar kemerah-merahan menahan perasaan malu.
"Hai, saya pun baru nak balik ni. Tadi saya nampak awak dok intai-intai. Awak intai
sapa. Intai saya ke?". ujar Hakim dengan senyuman tidak lekang dibibir.
Muka Dania makin memerah menahan malu. Ya Allah macam mana dia tahu ni, sumpah
malu, getusnya sambil kedua-dua belah tangannya ditekupkan ke muka.
"Oh ye. Memang saya intai awak pun tadi. Saya cari awak. Saya ingat nak kasi awak
keychain ni. Last week saya keluar saya tengok keychain ni comel gila kot so saya
beli lah tapi tak tahu nak kasi sapa. So saya kasi awak lah ye. Nah!". jelas Dania
sambil meraba-raba kocek baju kurung sekolahnya untuk mengambil keychain lalu diberikan
kepada Hakim.
Hakim menyambutnya sambil menunjukkan riak gembira. Harap dia suka, pinta Dania.
"Thanks. Eh comel lah bear dekat keychain ni. Saya suka". luah Hakim sambil menilik
keychain pemberian Dania kepadanya sebentar tadi.
"Ok. Thanks sebab sudi terima. Harap awak simpan ye. Saya sayang keychain tu
sebab comel tapi saya dah berniat nak kasi awak, takpe lah". ujar Dania sambil tersenyum
manis.
Mereka sempat berbalas senyuman. Akhirnya masing-masing membawa haluan untuk
pulang ke rumah.
Terima kasih Ya Allah. Kau perkenankan doaku, tutur Dania perlahan sambil tersenyum
bahagia. Cukup bahagia.
sapa. Intai saya ke?". ujar Hakim dengan senyuman tidak lekang dibibir.
Muka Dania makin memerah menahan malu. Ya Allah macam mana dia tahu ni, sumpah
malu, getusnya sambil kedua-dua belah tangannya ditekupkan ke muka.
"Oh ye. Memang saya intai awak pun tadi. Saya cari awak. Saya ingat nak kasi awak
keychain ni. Last week saya keluar saya tengok keychain ni comel gila kot so saya
beli lah tapi tak tahu nak kasi sapa. So saya kasi awak lah ye. Nah!". jelas Dania
sambil meraba-raba kocek baju kurung sekolahnya untuk mengambil keychain lalu diberikan
kepada Hakim.
Hakim menyambutnya sambil menunjukkan riak gembira. Harap dia suka, pinta Dania.
"Thanks. Eh comel lah bear dekat keychain ni. Saya suka". luah Hakim sambil menilik
keychain pemberian Dania kepadanya sebentar tadi.
"Ok. Thanks sebab sudi terima. Harap awak simpan ye. Saya sayang keychain tu
sebab comel tapi saya dah berniat nak kasi awak, takpe lah". ujar Dania sambil tersenyum
manis.
Mereka sempat berbalas senyuman. Akhirnya masing-masing membawa haluan untuk
pulang ke rumah.
Terima kasih Ya Allah. Kau perkenankan doaku, tutur Dania perlahan sambil tersenyum
bahagia. Cukup bahagia.
Di rumah Dania
Sedang Dania sibuk menyiapkan latihan bahasa Inggeris-nya, tiba-tiba hensetnya
berbunyi Ding Dong! menandakan mesej masuk. laju tangannya meng-check inbox,
dari Hakim rupanya,
Dear Dania,
Salam awak. Sorry kalau mesej ni menggangu awak tengah study ke apa. Saya tahu masa ni awak tengah study kan. Nak curi masa awak kejap boleh? Kalau awak sudi, boleh tak saya nak jadikan awak teman hidup saya. Serius saya suka awak sejak haritu lagi. Senyum awak, mata awak, muka awak, semua saya suka tengok tau. Bukan saya tengok kecantikan yang ada pada diri awak, tapi saya tengok budi pekerti yang ada pada awak. Saya tahu awak baik. Saya tahu saya tak gentle langsung mintak couple dalam ni tapi kira ok lah kan. Ni pun dah berapa kali saya paksa diri saya nak mesej awak macamni. Saya harap awak tak menghampakan saya ye.
Dania menepuk-nepuk dahinya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Sungguh dia
tidak menyangka mesej yang baru diterimanya sebentar tadi. Boleh tahan gatal jugak
mamat hensem sorang ni ye, getus hatinya. Laju dia menekan button 'reply' ,
Dear Hakim,
Alahai awak ni sweetnya. Dah lah ayat skema gila. Haha. Awak buat saya ketawa macam awak tengok saya melatah tadi tau tak. Ayat awak tu tak menahan sungguh tau. Tapi kalau saya kata tak sudi, macam mana ye? Agak-agak awak terjun bangunan tak lepasni. Awak ikhlas tak ni?
Balas Dania saja ingin menguji. Mummy aku cakap kena jual mahal sikit dengan lelaki,
jangan jadi murah sangat, fikirnya lagi.
Ikhlas lah awak ni. Takpelah kalau tak sudi, tapi awak jangan menyesal tau tak terima saya sekarang. Gigit jari awak nanti tengok saya dengan orang lain.
Dania yang sejak tadi asyik tersenyum lantas memasamkan mukanya sebaik sahaja
menerima mesej yang dihantar oleh Hakim.
Awak ugut saya ke? Ni macam bentuk paksaan je ni. Ok lah, saya taknak ah gigit jari nanti. Tak pasal-pasal jari saya hilang sebelah nanti kan. Ok saya terima.
Laju saja tangan Dania menaip. Nak ketawa pun ada. Nasib kau hensem, bisiknya.
Thanks awak! Sumpah saya bahagia. Saya tak ugut pun lah, saya ingat kan awak je. Yelah nanti awak tengok saya dari jauh sambil gigit jari, saya lambai je dekat awak tau masa tu. Yelah saya kan hensem sampai awak pun tak berkelip pandang saya. So saya nak panggil awak apa ye? Nama awak Dania kan? Nia? Dani? Dania?
Dania masih lagi tersenyum. Perasan jugak mamat ni ye, fikirnya.
Haha, tak ok. Kot-kot awak yang gigit jari tengok saya dengan orang lain. Baru awak tahu. Bukan awak ke yang selalu pandang saya? Yelah saya kan cantik, comel gitu. Ya Allah. Nak dekat seminggu dah kita kenal, awak tak kenal lagi nama saya? Sampai hati awak kan. Panggil Nia je. Nak sedap panggil taylor swift pun boleh. Ikut awak lah.
Dania ketawa kecil. Memang sengaja dia ingin menyakat Hakim. Mahu juga dia melihat
reaksi lelaki tersebut.
Awak nak kenakan saya ye? Tapi kenapa Danish selalu cakap awak selalu curi-curi pandang saya masa saya lalu tepi koridor kelas awak. Nampak sangat awak minat saya. Haha. Anyway, comel nama tu. Secomel tuan nama tu jugak.
Dania memandang pelik mesej yang dibacanya. Hah Danish, kau ni memang lagi tak
kena dengan aku tak sah, siap kau Danishhhhhhhhh! Geramnya aku, luahnya dengan
nada geram.
kena dengan aku tak sah, siap kau Danishhhhhhhhh! Geramnya aku, luahnya dengan
nada geram.
Awak jangan percaya cakap Danish tu. Dia kaki kencing. Suka menipu. Dah lah suka bergosip. Mengalahkan perempuan. Yelah tu. Tapi nama awak cun jugak. Se-cun tuan nama tu tau. Suka.
Balas Dania. Sedari tadi senyuman sentiasa terukir dibibir manisnya itu.
K lah awak. Sorry tau ganggu masa study awak. Thanks terima saya. Tak gentle kan saya? tapi ok lah kan saya berani. Esok jumpa dekat sekolah jangan malu pulak nak pandang saya. Saya pun selalu intai awak dari kelas saya tau. K sayang, jumpa esok bye! salam.
Dania memandang lama mesej yang baru diterimanya itu. 'Sayang'? Haha gelinya aku.
naik meremang bulu roma ni. Bulu ketiak pun sama, ujarnya sambil memandang
kearah langit lalu tersenyum. Tak ada bintang ke malam ni, sunyi je, sambungnya lagi.
Dania terus tersenyum. Dengan harapan esok pagi dia dapat menahan perasaan malunya
untuk berhadapan dengan lelaki itu.
Selamat malam, hensem, getus hatinya lagi.
naik meremang bulu roma ni. Bulu ketiak pun sama, ujarnya sambil memandang
kearah langit lalu tersenyum. Tak ada bintang ke malam ni, sunyi je, sambungnya lagi.
Dania terus tersenyum. Dengan harapan esok pagi dia dapat menahan perasaan malunya
untuk berhadapan dengan lelaki itu.
Selamat malam, hensem, getus hatinya lagi.
***
Bersambung......
(geli sendiri baca cerita sendiri. Next entry, sambung lagi ye. Sorry kalau tak sedap. hihihi
Assalamualaikum.)
Assalamualaikum.)
4 orang manusia cantik:
kelass la citer ain ney. keryy sokong 100% lau ain wt novel ;)
Thanksss kerry sebab sokong Ain. Hargaiiiiiiiii sangat tau! InsyaAllah kalau ade rezki k, :)
Best sgt :D
thanks dear :)
Post a Comment