Cinta untuk Dania: bab 1




Dania melangkah laju kehadapan dengan tergopoh-gapah sekali. Bukan apa hari ini
merupakan hari kedua persekolahannya sebagai pelajar tingkatan dua. Silap hari
bulan tak kena angin cikgu mati lah. Cuak juga Dania ketika ini.

Pantas dia mempercepatkan langkah menuju ke kelas yang berada ditingkat dua.
"Alhamdulillah, cikgu belum sampai". bisiknya lantas menghelakan nafas.

Disatu sudut Dania ternampak member kamcingnya sejak sekolah rendah lagi terjerit-jerit
memanggil. Siapa tak kenal 'peah bantut'. Dania pun taktahu bagaimana perkataan
'bantut' tu tercalit dekat namanya. Kadang-kadang nak tergelak pun ada.
Nasib kau lah 'peah bantut'. "Eh dania, awal kau sampai! Kau ingat sekolah ni bapak
kau punya. Lain lah kalau kau anak Tan Sri ke apa ke kan. Nak masuk sekolah
pun kena ada karpet merah dulu". sindirnya. Peah kalau bercakap susah nak berhenti.

Dania sedari tadi duduk mengelamun terperanjat dengan sindiran itu. Pantas Dania
menjawab, "Woi peah, kalau aku anak Tan Sri ke anak Datuk ke tak ada lah pula
aku nak sekolah dekat sini. Kau tak kenal dah aku. Tayar kereta bapak aku pancit
tadi terpaksa aku jalan kaki. Leceh betul. Nak berlari takut kain terkoyak, jadi 
terpaksalah aku jalan sopan sebab tu lambat ni". Dania menjawab dengan riak
selamba. Bukan dia tak kenal peah pantang ada can mesti ada saja yang nak diperlinya.

Siapa tak kenal Dania. Memiliki rupa paras yang cantik. Menawan. Kulitnya putih
kemerah-merahan dan mempunyai lesung pipit disebelah kiri dan kanan pipinya.
Setiap lelaki yang memandang pasti tertarik melihat kecantikan aslinya itu. Tidak
hairanlah baru hari pertama menjejakkan kakinya kesekolah menengah sudah ramai
lelaki terpegun tatkala dia melangkah. Walaupun dia baru menginjak ke usia 14 tahun
tetapi sikapnya seperti remaja 18 tahun. Kematangannya terserlah.

Bosannya, getus hatinya. Sebaik sahaja waktu rehat tiba semua berpusu-pusu ke
kantin untuk menjamu selera. Tetapi tidak bagi Dania. Dia hanya duduk dikelasnya
sambil menongkat dagu lalu mengelamun. Itu kerjanya. Mengelamun tak sudah-sudah.
Sedang dia asyik dalam lamunannya, peah bantut datang menyergahnya dari arah
belakang, Oh mak kau meletup! laju saja mulut Dania melatah. Lantas dia terus
mengurut-urut dadanya menandakan dia benar-benar terkejut.

"Kau ni peah. Sehari tak buat aku marah, tak senang hidup kau kan. Kalau aku jalan,
sapa susah, kau jugak kan". nada suara Dania begitu tegas. Mukanya masam mencuka
namun tetap menunjukkan wajahnya yang comel.

"Alaa kau ni chill lah. Macam tak biasa kena sergah dengan aku. Padahal waktu sekolah
rendah dulu tak ada pula nak marah bagai bila aku sergah. Apehal harini sensitif sangat.
Tadi aku tengok kau asyik mengelamun je sebab tu aku nak kasi kau terkejut.
Kau lamunkan apa Dania?". sopan benar peah menuturkan kata takut juga dia dengan
sahabatnya seorang ini.

Dania tersenyum hambar. Hatinya berasa resah. Entah apa yang difikirkannya.

Sambil dia berbual dengan sahabatnya itu, matanya tertancap pada seorang lelaki
sedang berdiri di koridor depan kelasnya sambil berbual dengan rakannya barangkali.
Hensem, bisiknya dengan nada perlahan. Matanya tidak berkelip.

Peah yang melihat perubahan wajah sahabatnya itu lantas menoleh kearah yang
sama. Oh minah cun ni tengok mamat hensem tu rupanya, patutlah. getus peah.
Tiba-tiba muncul satu idea untuk menyakat sahabatnya itu.

"Kau suka dia ke Nia. Dari lirikkan mata kau tu aku dapat rasa yang kau suka dia lah".
Ujar peah sekaligus melenyapkan lamunan Dania sedari tadi begitu asyik memandang
lelaki di koridor depan kelasnya itu.

"Sapa dia eh peah? Aku suka lah tengok muka dia. Suci je. Macho pulak tu.
Perfect lah pendek kata. Sapa peah? Kau kenal tak?". Ujar Dania dengan riak
wajah ceria. Sungguh dia begitu teruja untuk mengenali lelaki tersebut.

Peah menjeling sambil tersenyum. Dari tadi dia telah mengetahui yang sahabatnya
itu telah tangkap cintan dengan lelaki tersebut. Padanlah dengan kau Dania, ujar peah
dengan nada perlahan.

"Aku kenal. Tapi kenal macamtu jelah. Nama dia apa eh Has....rol bukan Ha....mid
bukan jugak Ha....kim. Hah kalau tak silap aku nama dia Hakim! Dia memang top kot
dekat sekolah ni. Semua perempuan tengah beratur tunggu line nak pikat dia".
Ujar peah dengan nada bersungguh.

Lantas Dania tersenyum. Manis sungguh. Matanya tak terlepas memandang kearah
lelaki yang didakwa oleh peah bernama Hakim itu.

Hakim. Sebaya dengan Dania dan Peah. Siapa juga tak kenal Hakim, lelaki melayu
terakhir yang menjadi pujaan setiap gadis. Memilikki alis mata yang menarik,
mukanya yang putih, bibirnya yang pink menandakan dia bukan seorang perokok,
kening yang tebal dan memilikki senyuman yang kacak. Siapa yang melihat, pasti
cair dibuatnya.

Kelas mereka hanya sebelah menyebelah. Ini memudahkan bagi Dania untuk
mengintai Hakim dari jarak yang jauh.

"Kalau aku dapat dia, sah-sah aku buat gulai masak tempoyak. Muka tu kenapa nak
comel sangat. Geram sungguh". Ujar Dania dengan wajah bersungguh. Sejak
pertama kali dia melihat lelaki itu, hatinya telah tertarik. Cinta barangkali.


Di rumah usai menyiapkan homework

Dania duduk termangu sambil memandang langit. Indahnya dunia jikalau lelaki tersebut
juga turut memandang kearah langit sepertiku, bisik Dania lantas tersenyum.

"Macamana aku nak berkenalan dengan dia ye. Aku tak cantik pun, dia tu dah lah
hensem perfect ramai peminat. Siapa lah aku nak bergandingan dengan orang macam
dia. Macam langit dengan bumi. Panggil tak dengar lah". Dania mengeluh perlahan.
Dania selalu membandingkan dirinya dengan orang lain. Dia tak sedar akan kecantikkan
asli yang ada pada dirinya. Itulah kelebihan yang ada pada Dania. Selalu merendah diri.

Apa apa hal pun esok aku nak test power lah. Mana tahu dapat. Aku jugak yang
untung. bisik Dania dengan senyuman yang sukar ditafsir lalu melelapkan matanya
diatas tilam empuk miliknya.


Keesokan harinya...

Sedang Dania mengatur langkah menuju ke kelasnya, matanya terpandang kearah
sepasang mata yang turut memandang kearahnya. Pantas dia melarikan lirikkan
matanya kesatu sudut yang lain.

Peluhnya kian merecik didahi. Resah gelisah dibuatnya. Cuak agaknya.

Dengan pantas dia menuju ke kelas. Perasaan debarnya sukar ditafsir. Sama seperti
semalam. Kelihatan ramai kawan kelasnya sudah berada didalam kelas berborak
sesama sendiri. Arman dan Danish menegurnya sejurus Dania masuk kedalam kelas.

Didalam kelas. Waktu subjek Mathematics kalau tak silap. Kelihatan seorang
lelaki masuk ke kelas Dania untuk tujuan apa pun kurang pasti. Yang pasti lelaki
tersebut turut membawa buku dan alat tulisnya. Lantas duduk dimeja bertentangan
dengannya. Ya itu Hakim, lelaki semalam yang menjadi tajuk perbualan utamanya
dengan si peah bantut.

Dengan pantas mulut Dania menyebut, "Laaaaa mamat ni rupanya. Apehal masuk
kelas aku pulaknya. Tiba-tiba pula tu. Kenapa hati aku ni tetiba nak berdebar pulak
ni. Asssudah". Lantas Dania menundukkan sedikit wajahnya sambil menyambung
latihan Mathematics yang dibekalkan oleh Pn.Zubedah tadi. Bukan tak kenal cikgu tu,
sekali menjerit satu sekolah bergegar. 

Hati Dania berdegup dengan kencangnya. Matanya kearah buku latihan Mathematics
tetapi hatinya kearah lain. Dia pun kurang pasti. Malu lettew. Wajahnya bertukar
kemerah-merahan.

Arman dan Danish sejak tadi asyik mengkeneng-keneng Dania dan Hakim membuatkan
Dania tidak senang duduk. Haih dua ekor ni nak kena dengan aku ni, siap korang nanti,
bisik Dania sambil mulutnya terkumat-kamit memarahi Arman dan Danish.

Ada saja akal-akalan Arman dan Danish untuk mengenakan Dania. Riak wajah Dania
sudah dapat menafsirkan segala-galanya. Aku tahu kau suka mamat ni, meh sini aku
rapatkan korang ye kejap je lagi ok ok let's gooooo, bisik Danish.

Kelihatan Hakim sedang menyiapkan sesuatu dimejanya. Arman dan Danish sedang
rancak melancarkan satu misi untuk mengenakan Dania dan Hakim. Apa rancangannya,
Dania kurang pasti.

Satu dua tiga....... Daniaaaaa! Hakimmmmm! Jerit Arman. Dania yang sedang leka
mengira sebentar tadi terus memandang kearah tempat duduk mereka begitu juga
Hakim. Sangkaannya mereka ada didepan, rupa-rupanya dibahagian tepi untuk 
membolehkan misi mereka berjaya. Dania dan Hakim berpandangan sesama sendiri.
Mata mereka bertentangan. Lama. Cepat-cepat Dania mengalihkan pandangannya
kearah Arman dan Danish dengan pandangan tajam.

"Eh kau orang ni nak apa. Terjerit-jerit macam mati bini. Cubalah matang sikit.
Jakgi aku kasi cap mohor sorang satu dekat pipi, baru kau orang tahu erti 
penyesalan kan. Watehel erghhh". Marah sungguh Dania. Kalau nak keneng-kenengkan
aku bukan cara kotor macam ni. Terkejut beruk aku.

Dalam marah Dania merasakan ada getar dalam jiwanya. Mana pernah dia 
bertentang mata dengan lelaki sebelum ini. Tapi kali ini lain. Mungkinkah ini
cinta pandang pertama. Dania mula membuat tafsiran sendiri.

Kelihatan Hakim sedang ingin beransur ke kelasnya. Malu barangkali. Dania mengiringi
pemergiannya dengan lirikkan mata yang sukar ditafsir. Semasa Hakim sedang melalui
koridor disebelahnya, Dania sempat mengintai Hakim dicela celah tingkap.
Hensem sungguh mamat ni, getus hatinya.

Haa ni lagi satu kerja. Siap kau kejap lagi Arman, Danish. Siap kau. bisiknya perlahan
sambil melihat kearah Arman dan Danish yang tersenyum puas kerna misinya berjaya
mengenakan Dania budak paling comel dalam kelas mereka.


Luar kawasan sekolah bawah pokok

Bawah pokok. Disini lah tempat selalunya Dania tunggu daddy nya menjemput setiap hari.
Bukan dia tidak mahu naik teksi mahupun bas tetapi rumahnya yang agak jauh
dari sekolah itu yang membataskan dia untuk balik seorang diri. Takut katanya.

Dalam pada Dania duduk mengelamun sementara menanti daddy nya datang,
tiba-tiba kelihatan sekujur tubuh tinggi lampai datang menghampiri sama tempat
dimana Dania duduk. Ya bawah pokok. Tetapi dia duduk dibawah pokok yang lain.
Agak jauh tapi cukup jelas pada pandangan Dania.

Oh mamat ni lagi. Asyik-asyik dia hm, bisik Dania. Dalam diam, dia turut menyenangi
kehadiran Hakim tatkala itu. Boleh cuci mata, bisiknya lagi.

Sambil matanya menjalar kearah jalanraya untuk melihat kereta daddy nya,
Dania terasa seperti ada mata sedang memerhati gerak-gerinya. Dia dapat mengagak
siapa insan tersebut. Siapa lagi kalau bukan si Hakim kacak macho tu.
Pandanglah aku. Pandanglah biar kau puas, katanya sendirian dengan muka selamba 
sambil matanya masih lagi memandang kearah jalanraya. 

Lambatnya daddy ni, getus hatinya.

10 minit kemudian, daddy nya sampai. Sebelum membenamkan dirinya kedalam kereta,
sempat dia melemparkan senyuman yang cukup menawan kearah Hakim. Tersentak
Hakim dibuatnya. Buang tebiat ke apa budak ni tetiba senyum dekat aku, fikir Hakim.


Di bilik sambil golek-golek atas katil

Sedang dia asyik membaca novel kegemarannya, Bicara Hati karya Damya Hanna,
tiba-tiba henset sony nya berbunyi menandakan peti pesanan ringkas masuk.
Pantas Dania membuka,

"Hai awak". Lantas Dania amati nombor yang tertera. Seingat Dania, dia tidak
mempunyai kenalan seperti nombor ini. 

"Sapa ye? Saya kenal awak ke?. Pantas saja jarinya membalas mesej tersebut.

"Alaa awak kenal saya. Kita satu sekolah. Saya lah awak pandang malu-malu
dalam kelas tadi. Ingat?. Mengucap panjang Dania. Tidak pernah terlintas dalam
fikirannya Hakim akan menegurnya,

"Oh nama awak Hakim kan? Alaaaa saya malu ah sebab Arman dengan Danish tu
kenakan kita. Kelakar pun ada. Eh awak dapat mana ye nombor saya ni".
Dania membalas mesej Hakim sambil tersenyum. Hatinya berbunga riang. Novelnya
dibiarkan ditepi. Gembiranya hatinya tatkala itu hanya Allah yang tahu.

"Yup. Haha saya pun malu sebenarnya tapi saya cover. Saya suka tengok muka
awak masa malu tadi, comel. Adalah seorang hamba Allah ni kasi nombor awak ni
dekat saya". Ujar Hakim dalam mesejnya.

Mereka gelak sesama sendiri. Ada satu perasaan yang hadir dalam hati Dania, tapi
dia kurang pasti. Aku suka dia ke, fikirnya.

Lama mereka berbalas-balas mesej. Baru sehari kenal tapi macam dah lama.
Seronok sungguh Dania. Lelaki yang dipuja selama ini akhirnya sudi menegurnya terlebih
dahulu. 

"Hah, serius? Tapi kan ramai lagi budak cantik dalam kelas awak tu. Kenapa saya
jugak yang awak pilih. Kelakar lah awak ni". Pantas Dania menaip. Dania terasa
wujud satu getar dalam dirinya ketika itu.

"Tapi saya suka awak, nak buat macamana?". balas Hakim.

"Sejak bila awak suka saya? Yelah saya ni bukan lah cantik sangat nak dipandang".
balas Dania. Sungguh dia tidak menyangka.

"Sejak pertama kali saya terpandang awak. Sejak saya terpandang mata awak
 semalam, terus hati saya tertarik". mesej yang diterimanya sudah cukup menggetarkan
hati Dania. Malu.

"Awak nak tahu satu rahsia tak? Sebenarnya saya pun dah lama minat awak tau".
balas Dania. Hatinya cukup gembira.

"Oh sejak bila pulak? Pandai awak eh". balas Hakim dengan riak ingat mengetahui.

"Sejak pertama kali terpandang awak semalam. Serius saya tengok muka awak
waktu tu merah padam tapi comel". balas Dania dengan senyuman sentiasa
terukir dibibir.

Mereka berbalas mesej sehinggalah Dania tertidur. Harapnya lelaki pujaannya itu
masuk kedalam mimpinya. Bahagia sungguh dia. Alhamdulillah aku tak bertepuk
sebelah tangan, hari esok pasti aku malu untuk berhadapan dengannya.
bisiknya lalu memejamkan mata. Sempat lagi tersenyum. Manis.

Dah lama aku tidak tersenyum bahagia macam ni. Terima kasih awak.

***


(cerita ni di olah. Nama dengan watak pun saya tukar. Cerita ni panjang lagi,
happy lagi mula-mula haha. Nanti sambung lagi ceritanya. k cioa. sorry kalau
tak sedap. hiihihi. Assalamualaikum.)



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)