Jika itu yang kau mahu.





Assalamualaikum kum apa kumbek bek apa bekmen men apa mentol tol apa tolak
lak apa lakse se apa sepak pak apa pakcik cik apa cicak cak apa haha entah 
gapo peah ni melalut. Permainan zaman saya bebudak. Ah rindu zaman kanak-kanak dulu.
Dengan berhingus pakai baju besar gedabak selekeh bagai sambil lap hingus
main tolak tolak budak lelaki dalam longkang haha itu baru dinamakan awesome.
Apa itu Awesome? Astro Beyond. Hihihi.

Sambungan daripada Cinta untuk Dania I dan Cinta untuk Dania II akan saya updateee
secepat mungkin. Mood sekarang just baca novel je lah. Bibik nak buat apa je dekat
rumah, boring boring baca novel. Tak siap kemas rumah kena pelangkung. Aduh.

Now, saya tengah melayan novel Andai Itu Takdirnya. Serius k cerita tu merentap jiwa.
Bestnya lah kalau boleh jadi secekal Aleya, setabah Aleya, sekuat Aleya.
Wuhu sekuat tiger! Tapi itu semua kehendak sendiri kan. Terpulang dekat diri sendiri
nak bentuk diri kearah yang acano. Dapat laki sweet cenggitu, memang ah memang
sorok bawah katil lah jawabnya kui kui kui.

Semalam saya godam-godam myspace saya yang entah kurun ke berapa entah dulu
punya masa zaman tok kaduk masa tengah baru nak kenal laman sesawang fuh esaited
nak mati yu know. Bila online, benda tu yang saya teruja sekali nak bukak tapi sekarang
tiada lagi myspace ruang saya bagai. Oleh kerana fesbuk sekarang tengah up to date
sampai now dah ada timeline segala dekat profile kita. Then cam err apa lagi ni
Mark Zuckerburg apa lagi kau nak upgrade ni sampai naik koma tengok profile sendiri.
Saya tersalah upgrade natang tu! Oh man. K tu salah saya gatal tangan sangat.

Tapi kan tapi kan bukan tu saya nak cerita ni wak. Last night saya godam myspace.
Then terjumpa mesej 'someone' ni terus saya printscreen. Mesej tu dah dua tahun kot.
Lama. Hapak bau mesej tu. Tapi ayat dia wangi semerbak woo. Tiba-tiba saya menangis
baca mesej dia panjang sejengkal tu. Mesej saya bagi panjang sedepa je. Haha tapi
dalam saya menangis tu, saya ketawa. K gila kejap. Sebab masa tu zaman muda mudi
lagi en lepastu tulisan nak rempitzzzz je woi shortform segala mengalahkan orang cacat
bila baca ayat sendiri tetiba macam errrrr aku ke tulis dulu ni? Kelakar nak mampus
Geli duh. Sapa geletek ni. Erk inesen. Nasib baik sekarang saya dah pulang ke pangkal
jalan. Tapi kenapa saya tengok ada abang 19tahun ke dan keatas ke ada juga guna
shortform bagai lagi? Tak geli kah mereka dengan tulisan sendiri? Gelinya. Hm.

Jadi semalam sebelum saya tidur, airmata saya tetiba nak keluar. Rindu sangat lettew
saya dekat hamba Allah sorang tu. Kalau dia tahu saya dekat sini rindu setengah mati
dekat dia siang malam mesti dia tanya saya, habis tu kenapa awak tinggalkan saya
dulu sambil senyum sinis dekat saya hm dalam erti kata lain senyum mengejek. Serius
masa tu saya rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding. Awak, saya rindu awak.
Rindu tersangat rindu. K ni entry jiwang ke gapo ni Ain? Rasa macam geli semacam je ni.

K harini saya bangun sama dengan waktu baby bangun haha. 12 jam wuwu tidur
enak sungguh. Eh tapi baby tidur 8 jam je kan kalau tak silap? Haha sorry lah saya
takdooo adik kecik so saya taktahu. Daripada kacau kucen tengah mengawan,
baik tidur, ye dak? Ada jugaaaa pekdoh. Apani peah apani hihihi.

Duduk rumah tidur, mandi, makan, novel, kemas rumah, online, tengok tv, makan, online, tidur.
Kenapa online mesti ada dua kali ni? Typing error hm. Serius cakap tiap hari buat benda
sama boringggggggg sangat wak. Awak jangan amalkan cara hidup saya, jakgi tak
pasal pasal macam tong tayik pula kan kui kui kui. Tapi saya makan lah banyak mana
pun, still maintain. Badan sekeping cenggitu jelah. Cikgu saya cakap, metabolism tinggi.
Untunglah. Tapi nanti laki kita tak sedap nak peluk woo umi saya cakap. Rugilah.
Eh eh senset.

Novel. Macam-macam jenis novel dah saya ada. Dekat rak, sebaris tu memang
bahagian untuk novel kot. Tapi sedihnya, semua saya dah khatam. Lagi sedihnya, ada
yang saya dah khatam berpuluh kalinya. Kalau cerita tu ohsem gila babi, saya sanggup
hadap berpuluh kali pun walaupun dah tahu jalan cerita tapi cam hm macam dah pernah
baca je cerita ni? Novel apa ni? sambil selak muka depan novel. Annoying.

Nak keluar, malas. Dalam 24 jam sehari boleh kira berapa jam je saya keluar errr
means keluar pergi mana mana jelah. Tapi kadang-kadang berapa minit je kot.
Saya lebih suka terperap dalam rumah peram kan diri sambil tengok tv goyang-goyang
kaki sikit k tu baru comel sambil tempek bedak sejuk. Awesome wuwu Astro Beyond hihi.
3 bulan cenggini, putih melepak lah eden. Me so boring yu know.

Hari Isnin hantar akak saya balik Ipoh. K berjalan sikit ah kan, kalau asyik peram
dalam rumah jakgi takdoo orang nak haha k ni tetiba sangat apani ish. Kalau boleh
memang takmo pergi aii lebih rela terperap dalam rumah tau, tapi kena paksa juga.

Cinta untuk Dania III insyaAllah saya update as soon as possible. K tahu cerita tu
tak ada lah gempak dabomb sangat kan tapi saya nak jugak cerita! Daripada boring
boring huha huha baik saya buat cerita. Nak tergelak kot baca cerita buatan sendiri.
Geli pun ado. K ayat bawah ni sangat makan dalam. Haha tetiba terasa kena batang
hidung sendiri. Sekian. Assalamualaikum.



"Kalau kau tahu aku disini sedang derita merinduimu setiap malam, menyayangimu setiap detik, dan mencintaimu setiap saat, pasti kau akan tersenyum sinis kearahku. Saat itu baruku tahu betapa bodohnya diri ini melepaskan dirimu dari hidupku dahulu".



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)