Zaman persekolahanku.



Saya guna aku.

Assalamualaikum. Harini saya nak ceghita pasal foto keluarga. Bukan foto keluarga
umi abah akak adik saya tapi foto keluarga lima syumul. 'HAHAHA' sikit. Keluarga lah
sangat. Sepantas kilat kerinduan menerjah dalam diri. Terasa baru semalam belajar
sama-sama dalam kelas duh tetiba sedih ni malas nak ingat ni karang tak pasal-pasal
melalak huha huha huha.

Bila cikgu tak masuk aku suka mengelamun. Biaq p ah orang nak berborak apekejedah
pun, yang penting aku dapat mengelamun. Sambil ambik kertas kosong main 
conteng-contengan. Kadang-kadang sampai tembus dinding kelas sebelah aku tenung.
Kuat juga panahan mata aku ni. Kalau waktu berborak, aku lah raja bercakap dan
gelak err macam eh yang engko ni kenapa beriya sangat ketawa? Tak kelakar pun.
Macam biasa, bila aku cakap aku sendiri yang gelak. Perangai manusia ni macam macam.

Tak lengkap rasanya bila dalam kelas tak muncul seorang ataupun dua orang watak
jahat. Macam dalam filem juga, kalau takdoo watak jahat tak sedap ah woi filem tu
eh reject reject tak rasa macam advanture ah kan. Tapi watak jahat dalam kelas aku ni
jenis diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat. Dia suka cari pasal dengan orang
walaupun orang tu tak buat masalah pun dengan dia. Ah pergi lantak engko makhluk.
Hidup kau. Mati kau. Sapa kisah? Perangai subhanallah malas ah nak cakap kita tengok
result SPM nanti sapa yang tersadung dulu ye. 

Sabar. Itu yang menjadi kepentingan apabila kita terpaksa berhadapan dengan orang
yang kita tak suka dalam kelas tiap hari. Walauapapun yang dia cakap dekat aku,
aku kena sabar. Ayat tu yang aku selalu pujuk hati ni bila budak tu mengeluarkan
perkataan serius menyakitkan hati aku kalau diberi peluang nak je aku sumbat dengan
tauhu sumbat dalam mulut si durjana yang selalu sakitkan hati insan selembut aku. Adoi.

Dalam kepahitan, kemanisan tu tetap terselit. Walaupun aku terpaksa berhadapan
dengan manusia seperti dia, aku tetap ada sahabat yang bikin aku tersenyum setiap hari.
Allah nak uji setinggi mana kesabaran aku. Jadi aku kena bersabar walauapapun yang
dia cuba ungkapkan. Aku bukan kuat sangat sebenarnya. Kuat tacing. Tapi aku tetap sabar.
Aku sedang diuji. Alhamdulillah, aku mampu bertahan sampai tamat
persekolahan. Satu kenikmatan bagi aku. Sumpah jika diberi peluang aku takmo dan
tak akan mahu berjumpa dengan manusia seperti dia lagi. Aku muak. Serius muak.
Dapat kawan terencat akal macamni. Harus redha. Jangan pasrah.

Kawan. Terus terang aku cakap. Tak semua dalam kelas tu aku bertegur setiap hari.
Kawan yang paling utuh yang aku cinta, sue. anum. fatin. Mereka kecintaan hati.
Sue, kawan yang paling baik yang pernah aku jumpa. Serius sayang dia sepertimana
aku sayang diri aku sendiri. Fatin, kawan yang paling sempoi tahap gila yang pernah
aku kutip. Otak songsang. Kadang-kadang terputus wayar. Comel.
Anum, kawan yang paling suka menyakat orang. Aku suka. Kadang-kadang terhibur.
Terima kasih ya Allah. Engkau telah menghadiahkan aku sahabat yang mampu
menceriakan hari-hariku. Sudah cukup buat aku bahagia.


Tanpa kalian, si lonjong dan si pipi montok mungkin aku tak mampu berdiri semegah sambil
tersenyum macam gambar diatas. Sumpah lepasni kalian yang paling aku rindui.
Bukan makcik kantin bukan pakcik kantin bukan abang posmen yang hantar surat
dekat pejabat tu mahupun kerani dipejabat tapi kalian. Rasa macam mimpi lepasni
dah tak boleh duduk bergesel-geselan, bercumbu-cumbuan ops senset berpeluk-pelukan.
Lepasni lepasni semua bawa haluan masing-masing. Begitu juga aku. Ah kenapa aku rasa
sedih. Kelakar ah hati basah sangat adoi. Selagi hayat dikandung badan, aku tetap
sayang kalian insyaAllah. Lain ah lepasni aii dah berlaki, tak ingat dah orang lain kui kui kui.



Additional Mathematics. Pasti aku rindu nak belajar Addmaths dengan cikgu tersayang ni.
Pasti kangen nak dengar bebelan cikgu sharifah jikalau we olls tak siap homeworkss yang
cikgu suruh buat. Pasti kangen nak tengok cikgu tulis dekat whiteboard "Addmaths is Easy'
setiap kali waktu Addmaths. Pokoknya, semua benda pasal Addmaths akan tetap aku
rindu. Aku suka dengar cakap cikgu yang ni, waktu remaja adalah satu kekuatan diantara
dua kelemahan. Means? Waktu kelemahan, masa kita baby comel alahai comelnya dan
waktu kelemahan kita yang kedua apabila kita dah tua kerepot segala tu. Kekuatannya
sewaktu kita remaja. Jadi, hargailah waktu remajamu wahai sahabat. Jangan sia-sia kan.
Bila dah tua nanti, mula ah nak nyesal bagai aku nyesal aku nyesal ah masa tu habuk
pun tarak. Kau menangis lah air mata darah pun tetap zaman remaja tak akan kembali
semula. 

Aku susah nak benci orang. Aku juga susah nak sayang orang. Bila aku dah benci
seseorang tu insyaAllah itu dah sampai tahap kritikal aku tak suka budak tu. Sama
juga kalau orang tu buat baik dengan aku, perasaan sayang dekat dia pasti aku titipkan
untuk dia. Kadang-kadang bila aku suka cara budak tu, tak semestinya aku sayang.
Kadang-kadang bila aku kasih dekat budak tu, tak semestinya aku cinta.
Aku memendam. Bukan pendendam ye. Aku adalah antara golongan yang suka pendam
perasaan sendiri sampai peram dalam hati. Aku tak minat cerita hal aku, masalah aku,
perasaan aku, sedih aku, gembira aku, duka aku dekat orang lain sebab bagi aku
bukan semua orang nak dengar masalah kita. Pendek kata, aku tak pandai nak luah.
Sebab tu aku selalu makan hati. Kadang-kadang kalau kita cerita masalah kita dekat
orang yang kita percayai, lambat laun bila kita dah tak berpersefahaman dah dengan 
budak tu pasti masalah kita tu dia heboh-hebohkan. Benda tu yang selalu aku ingat.
Baik jadi memendam daripada menceritakan masalah kita kepada insan yang belum tentu
mampu menyimpan masalah kita tu. Kawan baik tak semestinya boleh dipercayai. Take note.



Ini sekolah tercinta. Asyikkkk asyikkk sekolah kan peah takdoo ceghita lain ke hah
adoi bosannya lah hek eleh. Henset tu henset tu tak moleh nak renggang walaupun
kejak nasib baik dalam dewan tak moleh bawa masuk tapi aku bawa je kui kui kui.
Sebelum masuk dewan acap kali check dulu henset ni dah silent atau belum takut
sangat kalau tetiba ter-bunyi. Tak ke mampus aku masa tu. Kenapa asyik bergambar
dengan Fatin je ni adoi boring ah tak kewl lah asyik orang yang sama je apo ni peah
apo ni? Ah lantak. Dia comel. Aku suka tengok muka dia yang bersahaja tu. Serius comel.
Kalau aku lelaki, dah lama aku ngorat. Tapi malangnya we olls sejenis kennot ah.
Dia gila gila. Aku gila campur tak waras. Memang syok ah dok sebelah menyebelah
dalam kelas. Asal waktu english or agama ke pasti mulut we olls dulu yang kencang.
Lagi lagi part agama tajuk perkahwinan lagi riuh gelak gelak macam faham je ni aku
nak maghoh ni ish. Gatal nak berlaki cenggitu ah. 

Thanks Fatin sebab bertahan selama setahun hah setahun? Tak cukup lagi kot hm
duduk sebelah Ain. Sanggup tahan perangai Ain. Fatin sempoi gila babi. Sampai waktu
SPM dalam dewan pun tetap duduk sebelah menyebelah. Kebetulan. Aku tak pernah
tacing or sowatever lah dengan dia sebab kalau aku tacing pun dia bukan rasa hape hape
pun. Hati kering. Sumpah kering kontang. Hidup dia hanya gelak tawa. Aku tak pernah
tengok dia sedih. Lifeless. Sama seperti aku. Tahun ni paling indah bagi aku.
Semuanya indah. Terima kasih ya Allah kirimkan aku sahabat sebaik mereka.


Asyik asyik haku je tinggi daripada orang lain tak best ah cenggini. Dua tahun lepas,
budak tu selalu cakap, Ain tingginya Ain jeleous tau. Aku tak faham kenapa dia
cakap cenggitu dekat aku walaupun sebenarnya dia lagi tinggi daripada aku. Serius
tak faham dengan ragam manusia. Eh kau, sumpah aku rindu kau setengah mati call
aku please aku terdesak sangat ni please haha cambangang je kalau desperate cam
bangkai begini. Serius memalukan je peah. K skip.

Ini cikgu Ekonomi kelas aku. Dua tahun cikgu ni ajar we olls rasa macam err best broo
best brooo! Cikgu aii ni kalau yu nak tahu tak pernah kenal erti penat. Tak pernah nak
curi tulang ikan mahupun tulang rusuk. HAH?!! Kadang-kadang we olls bosan juga cikgu
asyik nak ajar je kan haha sedap sedap je cakap we olls padahal haku je kot bosan eh
tak cuma penat ah asyik belajar je. Cover jak. Cikgu aii ni terang sebutir-sebutir tapi
disebabkan aku ni terlebih makan semut sewaktu minum air tak perasan lettew, makanya
aku kurang faham bab form five. Ish aku tak suka ah bab form five. Complicated.

Waktu zaman sekolah aku haha macam dah lama dah helamak baru dua hari kot
kau tak jadi budak sekolah dah peah alah nak kecoh pehal. Aku suka singsing lengan baju.
Aku tahu itu aurat bagi seorang perempuan adoi. Cikgu Akaun aku pun pernah tegur
aku eh awak ni Ain kenapa singsing lengan baju tu. Sapa nak tengok tangan awak tu,
putih sangat ke. Berdesing telinga den. Entah pokoknya singsing lengan baju menjadi
kemestian sebelum pergi sekolah. Tak selesa kalau tak singsing. Rasa macam err apa
yang aku tak buat harini eh. Rasa macam janggal pula ni alahai. Lagi panas, lagi tinggi
singsing-an lengan baju aku. Kewl apaa. Banyak dosa? Haha mungkin.



Waktu ni paling sedap. Makan kan mesti ah sedap free pula tu syok oii melantak huha huhu.
Waktu zaman sekolah zaman paling indah. Waktu paling afdal nak gurau garau.
Semua naif je. Nak bergaduh, tacing, gelak gelak aku bet zaman sekolah ah zaman
yang paling semua rindu. 11 tahun ada dekat sekolah yu noo kalau kawin tu insyaAllah
dah berderet-deret dah anak tu haha. Bila belajar dekat luar nanti mana jumpa dah
semua ni. Takdooo dah brohhhh. Semua pakat buat sendiri-sendiri. Sediakah aku?

Dear abang lower six muka nak kiut je tapi ok lah sedap mata memandang, thanks
sebab hadir dan menceriakan hari-hari Ain. Abang baik tapi yang tak bestnya bila
nampak Ain dekat sekolah memang tak ah nak tegur sombong ish. Haritu waktu first
day Ain SPM turun tangga bertembung dengan abang pandang Ain macam nak telan 
jekan tapi Ain je yang comel dok senyum walaupun orang tu tak senyum balik pun ish.
Selalu call Ain. Suara best. Adore lah. Abang tak pernah ada adik angkat muda setahun
dari abang biasanya tiga tahun muda dari abang. Ain ni lain lah. Aku geli kalau sebaya
aku nak ber-abang abang memang aku tempeleng je tapi kalau tua setahun or dua tahun
dari aku why not sebagai tanda hormat. Bukan nak menggatal ataupun miang ke
apekejadahnya lah. Asal part ni rasa macam geli je haih jiwong je rasa aduhai skip skip.

Akhirul kalam, saya akan merindui zaman persekolahan saya. Memori terindah ini
akan sentiasa tersemat dihati meskipun kita berjauhan kelak. Moment seperti ini tak
akan pernah sama bila berada diluar sana. Pasti dirindui. Pasti diingati. Pasti akan
selalu terpahat jauh dilubuk hati. Amin. Ada jodoh lagi, ketemu lah kita nanti. InsyaAllah.

Apehal haku rasa entry ni macam entry sedih leleh leleh  je ni alahai. Sekian.
Assalamualaikum. Much lovess.


Kadang-kadang Allah hilangkan matahari untuk seketika. Lalu Allah turunkan petir dan guruh. Kita menangis mencari mana matahari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Wallahualam. 


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)