kembalikan aku yang dulu.
assalamualaikum. hai dunia. hai bloggers. hai broadband. sihat tak? sihat tak?
disebabkan line internet yang suka naik turun naik turun tangga tu, makanya
ini sedikit sebanyak membataskan niat gua untuk update. spoil wei spoil. celcom
pedajal niat murni gua. ah.
ekceli sepanjang tak dapat update ni, banyak ceghita yang gua nak ceghita kan
yang gua simpan dalam kotak memori gua ni haaa. nampak tak keterujaannya itu?
first of all, tahniah buat KAWAN-DUNIA-AKHIRAT gua semua yang telah mendaftarkan
diri kalian di matrik gambang Pahang. untunglah korang kena campak dekat situ.
sue dila keryah fatin shah, jangan lupa ain. rindu kalian.
berbalik ke dunia prauniversiti, seperti sedia maklum gua adalah seorang student
form six. ya, gua nekad nak stay form six. persetankan kata orang, janji niat kita
kerana Allah. bila kita berjaya nanti, yang lain jangan terlopong.
25/5 jumaat adalah penutup tirai minggu orientasi selama tiga minggu. tiga minggu bro!
berasap pungkuk asyik duduk dalam dewan. start 26/5 bermula cuti penggal satu. kot.
so hari terakhir tu sempat masuk kelas dan gua berjaya ditempatkan di kelas 6R1
mengikut pakej yang gua pilih. perghhhh masa cikgu nak umumkan kelas tu terasa
macam nak tunggu result SPM dulu. esaited nya ya salam.
bercerita tentang minggu orientasi, tiga minggu woi so macam macam ah aktiviti
dalam dewan tu. sejujurnya, walaupun tiga minggu ber-orientasi gua still tak berapa
nak kenal budak budak yang majoritinya asal sekolah lain. gua tak sombong.
gua peramah. aha pantang ada budak duduk sebelah, ringan je mulut nak menanya.
mana tak nya, hampir 100 orang. jenuh nak kenal sorang sorang.
paling best sekali, waktu aktiviti explorace minda minggu pertama orientasi.
wa cakak sama lu, asyik gilak. walaupun permainannya berunsur keanak-anakan
sangat ya sangat siap tiup tepung cari gula-gula lah tiup belon sampai pecah lah
main jentik jentik lah, tapi keseronokannya tak dapat digambarkan. kami yang
junior ni having fun gila walaupun senior macam macam 'dera' kami.
haha waktu main tiup belon tu, gua yang terakhir. perghhh besau gila dah belon tu
gua tiup. last sekali gua ambik jalan mudah, cekik belon tu walaupun dilarang
sama sekali. nasib baik tak dapat dikesan. phew. dan nasib baik tak menjerit.
kalau jerit, siap lah kena denda duduk dalam longkang. seronok.
sepanjang minggu orientasi tu jugak, dengar lah taklimat subjek yang kiteorang
nak ambik nanti. ahaa gua pilih Ekonomi dengan Geografi untuk pilihan dan
Pengajian Am dengan Bahasa Melayu untuk teras. kenapa tak sejarah? haha
sejarah susah nak mati dah lah aku ni jenis tak suka menghafal. no no no.
kenapa tak Pengajian Perniagaan? errr cikgu tu mengantuk. tetttt..
walaupun empat subjek cuma, perghhh tough nak mati. tengok je Bahasa Melayu,
tapi lebih mendalam dalam dalam lagi dalam. gua belek belek ayam buku rujukan tu,
haha ketawa kejak, boleh ke aku bawak ni? ya, aku mesti boleh.
minggu terakhir tu ada kemahiran belajar yang ada dalam silibus Pengajian Am.
so kemahiran tu memang dan kena ada dalam diri semua student macam kami lah.
kemahiran berkomunikasi yang buat presentation dekat depan tu, kemahiran
menyoal macam macam lagi lah. dalam 15 group, so kami kena buat assigment tu
then bentang dekat depan. sekaligus dalam masa tu jugak, gua dapat kenal
budak sekolah lain. semua sempoi je.
dalam minggu orientasi tu jugak, gua ada seorang 'secret admire'. ya, secret admire.
ada seorang hamba Allah ni minat gua. haha bila ingat balik, rasa nak gelak
guling-guling. muka macam ni ada peminat. gila. gua dapat tahu pun dari member
asal sekolah sama dengan dia.
waktu hari guru haritu, budak tu dengan kawan dia cakap cakap sambil pandang
then tunjuk tunjuk arah gua, gua buat derk je. siap tegur tanya nama gua lagi.
kebetulan pulak sama kelas, masa tengah susun susun meja tu dan disebabkan
ruang kelas arghhh sempit serupa lubang hidung gayanya, tak semena-mena
berlaga badan. haha tetiba merah padam muka. LOL. nak jadi kebetulan lagi,
meja gua dengan meja budak tu sebelah je kot. sakai gila rasa. disebabkan gua
dah tahu, makanya gua jadi tak selesa. nasib baik cikgu suruh pindah belakang.
tapi belakang budak tu. LOL lagi. dan sepanjang dalam kelas tu, dia asyik toleh toleh
belakang. apakah?
dan waktu buat presentation dekat depan dalam dewan haritu, lagi haru dibuatnya.
rasa nak pakai topeng lah woi.
intan: eh eh dia ada kacau awak tak?
ain: sapa? *muka blurr*
intan: tettttt tu lah, dia ada kacau tak?
ain: eh tak ada lah. tapi dia ada jugak pandang pandang.
intan: saya rasa dia suka awak lah. dia ada tanya jugak pasal awak. saya kenal
dia dari form 4 lagi. so saya kenal ex-ex dia semua. ex dia sebijik macam awak,
ada iras lah sikit sikit. ex dia yang dulu putih putih, tinggi tinggi, mata sepet macam
awak lah.
ain: haaaaa? tak nak lah. saya nak belajar lah. serius nak belajar dulu.
*sambil buat muka annoying*
gua tak pernah berdepan situasi begini so mulanya gua agak TERKEJUT BERUK!
ohemgee, tang mana sepet tu? haha tapi waktu gelak jelas kot 'straight line' nya.
sepet jugak lah sikit sikit. tang kening tebal, gua suka. ihik.
bila gua cakap nak habiskan setahun setengah ni nak study betul betul dulu, semua
macam, "eh koya nya koya nya koya nya....". eh kenapa tak ada orang nak percaya
gua nak study ni haaa. tak nampak ke muka serius ni? *buat muka bengis*
cuba bayangkan, satu kelas hampir 50 orang. berhimpit macam sardin. gila kau.
cikgu cakap ni tahun kedua terciptanya pelajar teramai pra-U. meja kerusi baru.
ya, baru. kaler brown. first batch wei guna kerusi meja cantik.
tempat gua tepi tingkap tiga dari belakang. gua yakin kalau gua still disitu, gua
akan main main dan tak fokus. gua harap buka sekolah ni ramai yang blah. amin.
tolong amin kan sekali ye. nak duduk depan!
berbalik kepada buku rujukan, gua dah beli separuh dan ini membuktikan buku rujukan
pra-U tebal tebal dan sangat mahal. semua stok nak RM40 je. huarghhhh!
nasib baik ada abang senior gua ni baik hati tolong dermakan buku Geografi,
so jimat sikit lah duit gua. hewhew. eh abang, thanks ya. masih baru. ehem.
deduksinya, gua dah tak sabau nak start kuliah 11/6 nanti. jyeah!
setahun setengah je ain, sabar ye sabar. gua harap gua dapat habiskan setahun
setengah gua dengan sukses nya. ah bukan lama pun. pedulikan mulut longkang.
walaupun gua gembira dengan dunia yang gua sedang duduki ini, tak sama gembiranya
dengan yang dulu. seriusli, sumpah rindu kalian. rindu nak ponteng kelas tambahan.
rindu nak buat bising dalam kelas. rindu nak peluk cium semua. ok tacing.
ikhlas untuk awak, saya tak ada niat nak perlekehkan apa yang awak dapat.
secebiskan pun tak terniat. saya cuma nak sampaikan info yang saya dapat dari
apa yang saya perhati. tolong jangan benci saya. jangan.
assalamualaikum..
0 orang manusia cantik:
Post a Comment