this is the time.




assalamualaikum. pejam celik pejam celik celik. alhamdulillah, esok hari yang ditunggu-tunggu
tiba jua. esok gua akan berangkat ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah yang agak
sekangkang gajah dari rumah gua. tak jauh. tak dekat. tapi hmm boleh tahan lah. ahaks.

tipu kalau kata gua tak esaited. tak cuak dan seumpamanya. betul ke bohong?

perut gua ni dari tadi korkkkk krekkk krokkk krekkkk menyanyi. tak paham betul.
ohh lupa! gua tak makan dari pagi. wai yu laik dat, ain?

sekarang gua sedang menghadap lappy sambil meniarap serta dikelilingi longgok kan
baju kurungssss, t-shirtssss, track suitsss dan macam macam lagi. tak bernafsu
gua nak lipat terasa. malasnya hakooooo! tolong lipatkan, bisa enggak? haha tetiba
tukar indon pehal bro. *kepal penumbuk*

esok nak pergi tapi right now gua tak kemas apekebenda pun nya lagi pun. haa.
gua tak tahu nak kemas apa ni woi. bantu'in gua!

cakap macam rumah jauh, waaaaachaaaa sekali woi. alhamdulillah gua dapat kamsis.
*kenyit mata dekat en.ramlee, ketua jabatan HEP*


nampak tak betapa rakusnya gua menimbunkan baju baju itu semua? ini baru
sebahagian. macam nak lari dari rumah pun adoo. perempuan lah kata kan,
semua perempuan macamni kot. katakau.

beg pun gua tak tahu cukup ke tidak. tudung saje dah satu beg. haa apakah?
stok makanan saje satu beg. tayik betul ain ni. ahakz. 

untunglah untuk kesekian kalinya sepanjang 18 tahun, first day puasa tahun ni 
gua tak dapek bersahur dengan umi dan abah. mesti abah dengan umi feeling
feeling macam baru kawen sahur berdua. erghhh homesick lah nanti. haha gatai.

gua rasa macam lambat je nak tunggu hari esok. esok oh esok.. cepatlah tiba!

belum pun masuk poli, gua dah dapat kutip kawan baru yang satu course! heaven nya
terasa. siap nak meet dulu sebelum daftar esok. tak ada lah terpinga-pinga macam
cacing kehausan esok. betul ke bohong? jyeah!

bila dah kenal member baru tu, mesti lah terdetik nak satu bilik dengan dia. nanti
senang nak together-together, ye dak? kalau lah roomate tu boleh pilih, kan best!
bahagianyakoo rasakan. eh eh eh? kau ingat poli tu, abah kau punya? opss.

so semua borang borang pendaftaran esok, gua dah kepilkan dan dah masuk kan
dalam envelope. nampak tak kesungguhan gua disitu? yang tu rajin. bab melipat
lipat ni gua kemalasan. haih nasib.

tak sabar nak ketemu member baru yang selama ni hanya berinteraksi melalui
alat komunikasi je pun. esok face-to-face ahhhh esaited ahh itew! gediknyeww euww.

***

malam semalam, ada orang call gua. haha gua buat donno je tak angkat. bagi
gua layan facebook lagi baik dari layan orang yang gua tak kenal. entah apa pesen
gua ni, pesen tak suka angkat nombor yang tarak list dalam phone gua. mana lah
tahu itu emergency call kepe kan. itu prinsip gua. sapa cara, ye dak?

call ringtone tak habis habis berdering.. *background lagu sudah cukup sudah*

gua buat bajet message tuan punya nombor yang apekebendanya guna digi pulak.
membazirrrrrr kredit hakoooo je adoi. "sapa ni?" 

then dia reply sambil taip nama penuh gua. NAMA PENUH GUA! gua rasa dalam
kalangan member rapat dengan family gua je yang tahu full name gua. 
yang lain panggil ain je. ringkas dan padat. ni buat gua seram sejuk ni. hakcummmm!

"busy ke? kalau tak busy, saye nak call. ada benda saya nak bagitau awak. awak
mesti ingat saye balik.."- text dia

selepas disoal selidik, gua paksa secara psikologi supaya dia bagitau sapa dan
.
..
...
....
.....
dia call gua lagi. eh eh eh, dah ni kenapa?

untuk mengelakkan gua kehabisan kredit, gua angkat. dan perkataan pertama
yang keluar dari mulut gua, hello sapa ni? err sapa eh? alaa sapa.. serius tak ingat.
sambil gelak gelak. part tu memang tak dapek hindar. itu trademark gua. gelak gelak
semasa on the phone. comel kan? puihhh.

rupa-rupanya..

dia ni rupanya abang angkat(abang angkat lah kot) yang dah lima tahun lost contact.
masa zaman gua form one. kanak-kanak lagi woi, hingusan berlendir lagi. eyuck!
terpaku kejap gua dekat situ. macam dalam filem ah pulak kurasakan. ahakz.

gua sangka kan orang lain, rupanya sangkaanku meleset. haha wakenabeb!

borak-borak sambil teruja suara dah matured dulu kala suara nak lembik je macam
katak picang. muehehe.

yang buat gua terharu dia still simpan biodata yang gua kasi waktu lima tahun lepas.
gambar gua kasi dulu. kanak-kanak betoi waktu tu. bila ingat balik, rasa kelakar
pulak tulis biodata bagai sambil kepilkan bersama gambar bersaiz 4R. tak remaja 
langsung masa tu. arghhhh! rindu zaman sekolah :( dia cakap dia tak pernah lupa
gua. gilak terharu siot! gua je yang lupa dia.

dia cakap dia jumpa nombor gua pun dekat biodata tu. lama tak lama gua setia
dengan nombor celcom kesayangan intan payung bucuk bucuk masham gua ni?
almost 7 tahun gua guna nombor ni! tak pernah tukar. sayang punya pasal.

sebab tu ah majoriti yang rapat dengan gua dapat jumpa gua balik even lost contact.
ramai dah kenal nombor gua yang satu ini. jadi gua jatuh kasih padanya. ahaks.

so deduksinya, suara kau makin matured ah bang oii. bila nak datang kuantan jumpa
adikmu yang terbuang sejak lima tahun lepas ini?

beginilah kalau budak tak ada abang kan. merempat kasih abang orang lain :'(
sapa cara? watlek watpis. gua satu sekolah dengan hamba Allah ini dulu kala.

lepasni gua rarely ah update blog nya ya. doakan gua baik-baik saja di Polisas tu.
keinginan nak sambung cerita Cinta untuk Dania tu menebal. insyaAllah jika ada kelapangan.
assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)