ini dia kanvas kehidupan gua.




*during marketing class. kena letak nama atas meja macam diatas. kalau tak
letak nama, kena berdiri. haha kanak-kanak betul. teringat pulak zaman sekolah.

saya guna aku.

Assalamualaikum. hai saya student accounting yang comel ehem tolong lah faham
haku penat naik turun bukit pergi maktab hujung dunia patah balik pergi
jabatan perdagangan panjat tangga pergi bilik seminar atau bilik kuliah. tiap hari.
paham ke aku merepek ni?

tangga yang mencerun kebawah dari kiri ke kanan eh eh buat berat badan aku turun
secara mendadak ya. dari 58kg seminggu duduk situ turun limoo kg. adakah
ini satu alternatif yang baik untuk menurunkan berat badan? anda patut cuba. ahakz.
baru seminggu. kalau tiga tahun acani? acano? tinggal rangka. 

alhamdulillah. so far so good. aku suka kehidupan aku yang sekarang. tak sampai
sebulan disini aku dengan jayanya mengutip seberapa teman yang sekepala.
ya walaupun macam macam ragam dan ada segelintirnya annoying sampai dalam
hatikooo terdetik apehal dia ni gedik sangat hah? eh tolong lah paham tapi
sememangnya aku harus terima hakikat insan gedik itu classmate aku. ya ampun!

yang gedik itu seorang dua tapi majoriti baik-baik belaka. bakal akauntan haruslah
baik ehem. alhamdulillah sangat aku boleh ngam dengan mereka.


dulu tak dapat kamsis, aku sibuk nak duduk kamsis. tapi sekarang tak sampai
dua minggu, dah duduk rumah sewa pulak. haha kelakar lah kau ni ain.
sejujurnya, duduk kamsis tak selesoooo. tandas gila. monyet bersepah. k tak
rasa menyesal pun keluar kamsis sebenarnya. haha tengah malam angkut barang
dari kamsis ke rumah sewa. grrrr mana tak marah mummykuuu. ehem ehem.

rumah tu rumah flat empat tingkat. duduk pulak tingkat paling atas so penat tu
tetap rasa tapi aku lagi rela dari duduk kamsis. kuang kuang kuang!

stay dengan tiga orang kakak senior. alhamdulillah setakat ni baik lagi aku tengok.
junior empat orang. okay lah ngam sangat. umi tak habis habis pesan takut sangat lah
kot kot akak tu bawak masuk laki lah tetiba ada orang pecah masuk rumah lah
apa lah. ya aku paham. tapi kalau aku penat kot. naik tingkat atas lepastu nak
masuk ke rumah tu ada grill dua kunci mangga lepastu nak cari kunci nak bukak
tombol pulak. setakat ni aku rasa selamat duduk situ.

memandangkan sekarang bulan puasa, tidak dinafikan tahap kepenatan itu mencapai
tahap tertinggi dalam carta harian sepanjang menjadi siswi ni. kelas ada yang
hujung dunia ada yang sekangkang kera ada sekangkang unta. aku selalu bayang
kan best ada air mineral dalam beg waktu tu. matahari selalu tunjuk muka. puk kang!

semua lecturer okay aje. yang paling aku suka penasihat akademik(PA) aku yang
super duper comel dan sangat baik ada sifat-sifat keibuan. muka sentiasa senyum.
i loike. puan surlinda muka macam arab. ah comel.

cuma.. lecturer marketing je yang macam errrr aaaaa serius garang sikit kot. 

dalam kelas pun aku sedaya upaya datang awal untuk duduk antara barisan
paling hadapan tepi tingkat sebab ada kipas. lebih fokus katengko.


memandangkan kami kami yang junior ni still tak dapat lagi kad matrik atau makna
lain kad pelajar entah apa masalah dengan poli aku ni haa lambat sangat ke
nak proses menatang tu, jadi nampak sangat lah junior disitu. bila senior lalu 
perli perli tanya library dekat mana maktab dekat mana lepastu gelak huha huha
dengan geng dia haha macam kambing. junior jela sekarang ni still tak ada kad matrik.
senior kalau tak pakai kad matrik, kena tendang dengan lecturer terus haa.

setakat ni assignment berat berat tak ada lagi, just ada yang simple simple je.
simple simple pun tidur kalau tak pukul 1, jangan panggil aku ain. hahaha apa ni ain.

dua hari berturut-turut aku tidur terlebih lewat sebab kata lecturer aku nak buat
quiz statistik dengan marketing. bagai nak rak study tup tup dua-dua quiz cancel
minggu ni. haha aku suka SANGAT! mata ni kalau boleh cakap, mesti dia kata penat
sangat. kan mata kan? *angguk*

hari ni hari jumaat. lepas kelas english dekat maktab yang hujung dunia tu then
class monitor aku cakap kelas marketing cancel so alhamdulillah sangat. jalan
balik lepak kamsis eh eh cuci matooo wooo haha tapi perasaan tu tak ada.
perasaan aku sekarang just nak belajar. eee poyo lah kau ain!
eh awak saya tunggu awak sebab tu hati saya takda dekat orang lain. tolonglah paham.

ada satu hari tu, aku otw balik kamsis bilik kawan aku tetiba ada sorang abang
senior ni dari jauh pandang dah dekat tetiba, "eh adik anis..". siap senyum dengan
angkat tangan lagi. aku buat muka pelik. haha terkejut wei. tak sangka pulak
kakak aku fofular sampai ke polisas. tak paham aku. kih kih kih.

disebabkan kelas marketing cancel so kelas yang sepatutnya habis pukul 12.15
dikatik kan jadi pukul 10. wah heavennya! lepastu tisya dengan yaya ajak
pergi TC. haha lepak lepak TC sementara tunggu soleha habis kelas pukul 12.00.
sangat ayu ya pergi TC pakai baju kurungzz. 


pagi-pagi tak ramai sangat so tak malu ah nak snap snap pun.
macam jakun kah kah kah. ah lantak. sapa care? ahaks. eh comel nya saya
macam model eh eh eh ehem eh. hahaha.

then pukul 3 ada mesyuarat koperasi bagai pulak dekat dewan seminar kokurikulum
hujung dunia nuh. nasib baik yaya bawak kereta parking area maktab tu.
kiteorang datang lewat area pukul 3.40 baru sampai cuak gila dah penuh orang
hahaha siap daftar dekat luar dewan masuk dengar minit mesyuarat blablabla
bosan menguap cabutan bertuah bagai yaya dapat hamper besar punyaaa jeles
pulak kita. ahaks. dan hadiah cabutan bertuah tiga yang terakhir notebook dengan
smartphone kot dua bijik. sumpah bertuah sapa yang dapat tu. di penghujung acara
ada pemberian duit rayooo! wuwu. ku sangka seringgit rupanya limoo ringgit.
perghh! sumpah cakap koperasi gila kaya. cuba bayang rm5 darab 800 orang student
yang datang. fiuwww.

lepastu dah siap semua pergi bazar sampai rumah pukul 6.50 nasib baik sempat
sampai. dan hari ni aku tak sabar nak qadak tidur hakuuu yang berkurun tertangguh.
perghh eyebag aku gelap gila. menyampah! isnin cuti nuzul quran. jyeah!

badan lenguh lenguh, kaki sakit turun naik bukit, mata penat tak cukup tidur.
macam orang tuaaaa. okay nanti gua sambung pasal life gua yang super duper
advanture ni k k. haha assalamualaikum.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)