Sibuknya saya.
my lovely classmates. mereka sangat sporting apabila ajak bergambar. awesome guys!
kawad polibriged.
assalamualaikum kalian semua. alangkah sibuknya diri ini dengan rutin harian pagi sampai
petang kelas dengan assignment bagai. kalau nasib baik hari itu, lecturer tak larat nak
mai kelas ke, untung-untung dapat balik kelas awal. ahaa itu yang gua mahu sebenarnya.
motifnya disini ialah..
nak ceghita pasal kawad Polibriged yang sangat sadis itu. sadis sebab apa? sebab terpaksa
berjemur hampir dua jam lebih tengah padang yang terik matahari atas kepala! huh
memang awesome rasa kulit muka dibakar-bakar atas pemanggang yang tengah panas.
sapa punya idea cipta kawad Polibriged ni haaaaa?
kawad ni berlangsung selama empat minggu bermula tiga haribulan sepuluh lepas melibatkan
semua student sem 1 pada setiap hari rabu. mula-mula je excited. haha mula-mula je k.
bagi jabatan perdagangan(JP), baju biru yang diberikan. dah lah JP ramai kaum hawa je,
baju biru pulak dia kasi woii. lepastu baju ni bukan free je dia kasi tapi ke bayar RM10.
gua bayangkan kain baju sedap-sedap tak pun tebal lah sikit, haa ni tak dah lah nipis
berbayang lengan pendek pulak tu. sekian hal pulak nak cari inner. pakai inner tengah
panas macamtu bukan suatu idea yang baik okay. panas pulak hati kita.
setiap jabatan, lain warna bajunya. cantik je masa hari rabu petang tengok baju macam-
macam kaler. fuyyo fuyyo.
andai kata kawad ni saja-saja dan tak menjejaskan kedudukan gua untuk ke sem 2
nanti dan tak ada ujian individu nanti, tak ada masa gua nak pi berjemur tengah panas
macam ikan kering. cukuplah gua bermati-matian cerahkan kulit muka semula masa
kawad krs zaman sekolah dulu. now, berbelang lagi. lagi dua minggu kena hadap. okay.
cikgu tu ajar yang asas kawad je pun. gua pun jadi bosan sebab hampir kesemua
yang diajar tu gua dah memang belajar dulu. nasib baik ambik kedatangan. kui kui kui.
cikgu apatah namanya baik gila ajar kiteorang. sangat lemah lembut k sebab
jabatan gua ni memang majoriti perempuan dan minoritinya lelaki. ahakz.
nak cuci mata, pergi jabatan kejuruteraan mekanikal tak pun jabatan elektrik tak pun jabatan
awam, dekat situ ramai kaum adam. boleh pilih macam ikan dekat pasar. hua hua hua.
sepanjang tiga bulan berada dalam kelas DAT1C, alhamdulillah gua selesa dengan mereka
semua. pendek kata, gua boleh go on lah dengan classmates gua tu. happening je dalam
kelas lagi-lagi masa Fundamental of Accounting. En. Nordin buat lawak banyak, mengajar
sikit je pun.
zalikha farah.nur syafiqah
yang paling bestnya hari rabu tu kelas petang tak ada lah. release tension dekat padang.
lah sangat. ahaks.
yang paling seronok gua cuti awal raya haji nanti. 19/10 dah start cuti. orang lain cuti
23/10. kelas gua cuti seminggu! yayy! masa tu nak balas dendam tidur puas-puas. fuh.
dan yang paling mendukacitakan final exam gua bermula 17/11 di mulai dengan paper
Principles of Marketing. 18/11 paper Fundamental of Accounting. 21/11 Statistic. 24/11
paper Microeconomi. fiuw. cuak mula terasa.
haha nak ceghita ni..
hari jumaat haritu, kelas gua ada kelas ganti komputer pukul 2.30petang. masuk kelas
komputer macam biasa tapi bilik lain. hari jumaat tu Puan just nak tengok group assignment
kami pasal proposal buat inovasi bahan bagai tu. so tak belajar pun, then Puan kasi
kebenaran buka facebook masa dia tengah check proposal group ke group. kiteorang pun
pucuk dicita, ulam mendatang. on terus facebook! ahakz. tapi buka sekejap je pun,
technician makmal komputer tu duduk luar tengok-tengok kami on facebook. macam
apatah dia panggil kiteorang ber-enam panggil dalam bilik dia. marah-marah sebab buka
facebook. then, suruh letak kad matrik dekat situ. ah memang tak lah kan! nasib baik
wanie back up kiteorang berlima. mintak maaf bagai then blah dari situ.
perghhh sangat bengang. haha technician je pun nak berlagak pehal. masalahnya
sekarang lecturer yang kasi kebenaran. kalau tak, memang tak berani nak buka.
bila adu kat Puan, terus Puan cakap, "technician tu memang bengong sikit. apa-apa
hal nanti bagitau saya..". Puan pun dah cakap bengong, memang suka cari masalah lah
technician tu. tebal gila muka aduh. nasib baik just kelas gua je ada masa tu. ish.
k assalamualaikum :)
0 orang manusia cantik:
Post a Comment