kembali pulang.
Assalamualaikum. Ya Allah dah lama rasanya tidak menapak di teratak gua yang
sememangnya comel dari dulu tapi sekarang selalu berhabuk serupa bau tengek.
bukan salah gua. ini bersebab. final exam buat serangan bertubi-tubi. cuma gua tak
berapa nak jahat buat serangan balas keatas beliau. ahakz. apatah gua meraban.
yeay! percaya tak percaya sekarang gua dah tamat semester satu pada 24/11 dan
akan kembali menghadap lecturer 14/12 untuk semester dua. see? dengki tak dengki cuti.
mencemburuinya pun. apekehal singkat sangat cuti?
hari ini last payyyperrr! Statistics. alhamdulillah ingat hampir kesemua formula.
formula yang diberi pun macam keling campak dekat laut tenggelam timbul tenggelam
timbul haa. baik tak payah letak takpe. letak serupa tak letak. haih panas pulak hati kita.
alangkah daku rasa sekejap sangat perjalanan sem satu ni. macam waktu siang ke
waktu malam je. haha hiperbola sangat katengko. ramai lagi yang gua tak berapa
kenal dalam kelas gua. Ohemgee. sadis.
last sunday- entah macam mana gua baru melepasi tangga flat rumah sewa gua
hari nak jawab paper akaun, gua jatuh kaki terpele'ot macam barut nangka disaksikan
ketiga-tiga kawan gua. lalai tengok kereta depan mata, bawah tak pandang. ini makan dia.
semua macam, "ain!!!!! kenapa ni?". haha panik gila kalian. gua ingat gua sedang bermimpi.
last wednesday- hari nak jawab paper microeconomic. ini lagi memalukan. tahap
memalukan diri sendiri secara berseorangan didepan orang ramai. yang lagi bertambah
merah padam mukanya, crush gua ada sekali dekat-dekat situ! entah macam mana nak
dijadikan sebelum tunggu start paper 8.30pagi, duduk study dekat meja depan bilik lecturer
bersama teman serumah gua. tiba-tiba crush datang dengan tak disangka-sangka.
duduk agak berdekatan jugak ah.
gua pun ngelabah tak tentu pasal lah sebab teman serumah gua tu pun tahu gua minat
itu mamat jambu. dalam pukul 8.15pagi tu dah nak gerak pergi bilik exam bersama seorang
teman gua sebab bilik sebelah menyebelah. apa kata pergi sama. ahaks. entah macam mana
masa nak bangun tu, kain baju kurung gua tersangkut dekat kerusi bulat yang agak licin
itu seakan-akan memperdajalkan gua didepan semua orang. kalau kerusi bulat itu satu
disitu takpa, gua boleh maafkan. tapi masalahnya disini kerusi tu jenis bercantum sekali
dengan meja dan empat kerusi. then bila terjadinya hal itu, dua botol air yang sedia ada
diatas meja turut sama menghempaskan diri ke lantai seakan bersorok keriangan diatas
ketebalan muka gua disitu. pappp! pappp! kalau perlahan takpa, ni satu department boleh
dengar. tambahan pula waktu tu dah ramai bersidai dekat koridor.
malunya bukan kepalang. tercengang crush gua tengok! sangat memalukan tragedi tak
diduga. sungguh tebal muka spoloh inci tahap ketebalannya. mesti dalam hati terdetik,
"ganas jugak perempuan ni..". gua berkira-kira juga. andai kata gua tersungkur menyembah
bumi saat baju tersangkut di kerusi itu, mahu gua lari tak jawab exam haritu.
kalau depan orang lain tak kesah sangat. ini trang tang tang depan crush! kerja gila.
crush pandang senyum mengejek gamaknya. paling tempat lain buat-buat takda apa berlaku.
lepas habis jawab paper tu, gua tercari-cari teman gua then satu lagi perkara malang
tak semena-mena gua terlanggar tong sampah serentak tu ada sorang mamat ni lalu
sebelah, "Allah..". yang tu gua dengar dari mulut dia. ah bikin malu. nasib baik tong sampah
tak jatuh. saham gua jatuh menjunam ke dasar yang paling bawah. ahaa. malang
sungguh rasa.
today- harini jawab paper last statistic. masa otw gua nak tuju ke bilik exam tu, sekali
lagi gua terserempak dengan seraup wajah manis jambu tinggi senyum dekat gua sambil
buat mata sepet. crush gua rupanya! gua pun senyum la balik. aum.
entah kenapa perwatakan dia yang bersahaja jadi gua tertarik nak kenal lagi dekat.
sapa-sapa je boleh tertarik tengok cara dia. maybe. dan gua salah seorangnya.
"huihh dia senyum kat ain sorang je tadi haha untunglah..". ayat orang terkena renjatan
cemburu disitu. ahakz. moment sem satu paling best hoi!
macam mana lah reaksi dia kalau tahu gua minat dia. mintak mintak dia tak tahu.
minat-minat suka gitu je lah wak. ihik gedik.
gua malas nak menaip panjang berjela sampai empat pages sebab kepala gua
sikit lagi nak cium meja. mengantuk woi. punya semangat study semalam kan ain kan? ngee.
cuti sem ni nak pergi berjimba bersama teman baik gua ke Keyyy Ellll. cant wait! yeay!
dengar lagu ni. seriusli comel sangat! loikee. k assalamualaikum :)
0 orang manusia cantik:
Post a Comment