Sejujurnya rindu ini.
Assalamualaikum. gua bukan nak cakap banyak. cuma gua nak cakap satu ni saja.
gua rindu zaman persekolahan yang telah gua tinggal kan terkontang-kanting selama
hampir setahun setengah itu. eh? tidak rindukah sekolah pada gua? hah?
jujur gua katakan, gua rindu melihat gelegat classmates gua yang serupa orang
terencat akal itu yang dahulunya gua paling benci. ya benci.
tapi kini gua rindu? hmm.
ikhlas gua katakan, gua teringat lawak seorang classmate gua yang selalu buat
gua gelak sampai nak terkencing lalu terguling melintasi koridor di hadapan kelas
mendengar lawaknya. biar tak ada apa-apa input tapi cukup menenangkan.
tapi kini gua rindu akan jenakanya?
benar gua katakan, gua terfikir akan keletah bonda kesayangan yang selalu
marah kami yang tak siapkan karangan atau apa-apa homeworks. memang asyik
menyumpah dalam hati sebab siapa tak bawa buku kena bayar lima puluh sen
lepas tu kena cubit dengan bonda. siapa bernasib baik mengelak, tak kena lah engkau.
tapi seronok, kami have fun. waktu dengan bonda saja boleh bergurau senda.
tapi kini gua rindu akan cubitan bonda?
jujur gua katakan, gua tersangat rindu dengan kecomelan teacher Norihan buli
kami kalau tak siap homeworks. kutip buku then panggil sorang-sorang mai depan.
siapa bernasib baik, datang depan senyum dekat teacher boleh duduk. tapi..
siapa yang kurang bernasib baik, datang dekat depan buat muka inesen tak kena
berdiri dekat luar kena siapkan dekat meja teacher. waktu teacher bagi gua
sangat heaven. biasa gua akan siap kerja yang teacher bagi. sebab tu gua suka.
gua buat muka selamba badak bila waktu teacher. kah kah kah.
tapi kini gua jadi rindu dengan semua bebelan teacher?
ikhlas gua katakan, gua amat rindu dengan semua kemarahan Cikgu Rosaini sehingga
pada satu saat kami berkomplot gelarkan cikgu dalam diam, cikgu JK stands for
cikgu Jiwa Kacau. kah kah bapak ahh jahatnya. astaghfirullahalazim..
tapi kami dah pergi minta maaf dekat cikgu sebelum SPM dulu. ingatnya nak minta
maaf sebelum SPM ke apa kan, rupanya nak minta maaf sebab tu. kesian cikgu tak
tahu apa-apa.
siapa tak siap kerja kursus Akaun yang di jangka perlu di hantar minggu hadapan,
minggu ini dia train kami habis-habisan suruh siapkan semuanya. fuh ada yang kena
buat aku janji. tak kurang juga siapa tak siapkan tu kena jalan itik dekat koridor
luar kelas lepas tu melintas depan kelas form five yang lain sambil belakang tertera,
saya pemalas. saya tak siapkan kerja kursus akaun..
memang rasa kesian kot tapi dalam masa yang sama nak tergelak pun ada.
tapi cikgu ni tak bagi. kau gelak, kau terima akibatnya pergi cium whiteboard sana.
memang tak di nafikan waktu beliau memang waktu yang paling menggerunkan bagi kami.
tapi dalam gerun, ada seronoknya juga. waktu ini juga paling gua nantikan.
kadang-kadang cara beliau cakap pun dah bagi orang gelak terbahak-bahak.
jadi bila nak gelak, kena pandai cover line. tunduk ke apa ke asal kan jangan bagi beliau
nampak kau gelak. padahal beliau sedang berlawak tapi tak gelak. seksa kan?
tapi kini gua yang paling rindu akan kegerunan itu?
Last but not least, selepas setahun setengah berlalu..
Cant wait this 18th May for our reunion/BBQ yegaiz. farhan nak sponsor sampai
4 ekor ayam. kuang kuang kuang. sue nak bawak air. kerry dengan dila nak
buat kuih. dan gua? bawak diri. yeayyyyyy!
Assalamualaikum. later update. see yaa :)
nota kaki: entah kenapa setiap kali gua tengok lu update status dekat facebook,
gua jadi panas hati. makin membenci. menyampah pun ada. gua tahu muka lu
bajet suci tapi akhlak tu kasi cuci bersih biar nampak sesuci muka lu tu sekali ya?
hidup jangan terlalu kepura-puraan bro. hipokrit namanya. first impression gua
terhadap lu fuh baik budaknyaa tapi bila gua makin kenal lu gua buang first impression
gua tu. campak laut. gua pun bukan baik sangat tapi gua tak berpura-pura macam lu.
ubah sikit ya? baru lah handsome tu kena dengan muka.
itulah orang cakap, jangan terlalu sayang sangat nanti boleh jadi benci sampai mati.
erk? padahal gua sayang lu sebagai kawan je. lu yang anggap lebih. gila.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment