Since five years ago..
Aku duduk. terdiam. mata masih tertumpu pada barisan ayat yang di coretkan
di atas kertas yang pada asalnya kosong. penulisnya sungguh gramatis. ayat yang
ku kira puitis mengalahkan A. Samad Said.
Aku bukan mahu bersandiwara di sini. menangisi sesuatu yang bukan dalam genggamanku
lagi. sesuatu yang sudah lari. makin menjauh. sejak empat tahun lepas.
Kadang-kadang aku sempat berkhayal. adakah lelaki itu masih wujud?
kalau masih wujud, kenapa perlu diam? kenapa harus senyap seribu bahasa?
terlalu besarkah salah aku padanya sehingga aku di biar sepi seolah-olah lelaki itu
terkubur tidak bertanda. mati.
Aku. aku di sini sentiasa setia menunggu lelaki itu. walaupun tiada tanda-tanda yang
menunjukkan lelaki itu masih bernyawa. masih hidup. tetapi aku masih kekal.
kekal seperti empat tahun lalu. tetap sama mencintai satu lelaki.
Walaupun aku tak yakin sehingga kapan aku bisa seteguh ini. hanya berharap dalam diam.
mensia-siakan zaman remaja semata-mata untuk lelaki itu. aku berharap Allah membalas
segala penat lelah penantian aku selama ini. Aminn.
Aku tidak terlalu berharap. tetapi aku ingin lelaki itu turut rasai apa yang aku sedang
rasa ini.
Bila aku tenung kembali. apa kurangnya aku? aku juga diam. sepi. sunyi.
tiada bezanya. tetapi yang bezanya walaupun aku menyepi aku tidak pernah lupa
lelaki itu. selalu titipkan namanya dalam setiap doa. adakah lelaki itu juga lakukan
apa yang aku sedang praktik kan selama empat tahun ini? ada? aku mohon ada.
Jika lelaki itu ada di hadapanku kini, ingin sahaja aku katakan kepadanya cerita
empat tahun lepas sentiasa segar dalam ingatanku. tidak pernah mati. tidak pernah
terkubur. walaupun cuma sesaat.
***
5 tahun lalu..
Pertama kali aku melihat lelaki itu di koridor di hadapan kelasku sedang berborak
dengan seorang perempuan merangkap classmate ku. aku tenung reaksi wajah lelaki itu.
gayanya seolah-olah tidak menyukai cara perempuan tersebut. biasanya lelaki
yang baik tidak suka perempuan yang tergedik-gedik di hadapan dia. am i right?
Aku hanya memandang kosong. hati kecilku nakal berbisik, macam mana lelaki
yang boleh di katakan antara lelaki yang terhandsome di sekolah ini boleh kenal
dengan perempuan yang tidak sememeh seperti itu? bukan aku mahu memperlekehkan
perempuan seperti itu sebab perempuan itu juga mempunyai naluri yang sama sepertiku.
Tetapi.. ya aku tak habis kajian lagi. mungkin juga perempuan itu yang sengaja
bergedik nak tunjuk kononnya dapat berborak dengan lelaki handsome seperti lelaki itu?
dari air mukanya, aku tahu dia bukan jenis lelaki sembarangan dan yang paling
penting bukan datang rata-rata dari jenisnya, iaitu kaki perempuan.
Pada mulanya aku tidak ambil pusing tentang hal ini. waktu itu lelaki itu sudah
mempunyai buah hati. buah hatinya cantik. bertudung labuh. manis. pada suatu hari
ketika aku ingin turun dari tangga untuk pergi ke kantin pada waktu rehat, mata
aku tertancap pada lelaki itu. ya bersama-sama dengan buah hatinya menuju ke kantin.
bahagianya. mereka memang serasi. lelaki itu baik dan perempuan itu juga baik-baik.
ini menguatkan lagi alasan aku supaya tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap
lelaki itu. sebab apa yang aku rasa ketika itu cuma kosong. aku fikir aku tak layak
langsung bergandingan seperti itu dengan lelaki sehebat dia.
Makin lama aku dapat rasa ada sesuatu. sesuatu yang tidak dapat aku zahirkan dengan
kata-kata. sesuatu yang aku dapat rasa apabila tunggu di tempat yang sama
ketika pulang dari sekolah. di tepi jalan. aku duduk di pokok itu. lelaki itu duduk
di pokok ini. menanti kenderaan masing-masing untuk pulang. tanpa bicara.
tanpa sepatah kata. hanya mata yang bijak mengawal gerak mata menjeling insan
di pokok sana.
Aku sudah jadi tidak tentu hala. hal itu berlanjutan dari hari ke hari. kadang-kadang
mata bertembung tetapi cepat-cepat aku alihkan. degup getar jantung ketika itu
hanya tuhan yang tahu.
Waktu di tingkatan dua kelas kami sebelah menyebelah. aku tak tahu menahu
lelaki itu masuk ke kelasku atas tujuan apa. tetapi nasib aku di malukan hari itu.
rasa mahu sorok kan muka dalam laci meja. ada dua orang classmates ku sibuk
keneng-kenengkan aku dan lelaki itu. puas aku kawal perasaan perempuanku supaya
jangan terlalu gemuruh walaupun hati mahu jatuh ke lantai ketika itu. di sebabkan
terlalu nervous, peluh merecik-recik. sehingga pada waktu mereka mahu kenakan
aku dan lelaki itu dengan memanggil nama kami berdua, aku tidak sempat berfikir
itu cuma sandiwara mereka sahaja.
lantas aku angkat muka memandang ke hadapan. apa yang aku lihat lelaki itu juga
turut sama memandang ke arah aku. mata aku dan lelaki itu bertemu. aku rasa
aku mahu terkencing saat itu juga. keberangkaliannya sangat besar.
Jantungku juga seperti buat marathon. lajunya mengalahkan larian pecut berpagar.
aku menunduk kembali. menyambung kerja yang terbengkalai. saja menyibuk kan
diri dengan sesuatu yang tidak penting. padahal hati sudah jatuh dengan
pandang pertama yang tak di duga itu.
Aku dapat rasa ada insan tidak senang duduk melihat orang kenengkan kami berdua.
Bermula dari saat itu, aku cipta dunia sendiri. aku cipta angan sendiri walaupun aku
sedar aku tak layak untuk lelaki itu. apa aku kisah, janji aku bahagia dengan
dongeng angan yang sedang aku gubah.
Bermula dari saat itu juga, aku malu untuk bertembung dengan lelaki itu. aku sedaya
upaya mengelak jika lelaki itu berada berhampiranku. aku rasa aku sedang palitkan
arang ke muka ku sendiri. malunya berpanjangan.
Beberapa minggu kemudian, aku dapat tahu lelaki itu sudah break up dengan buah hatinya
yang aku nampak ketika bersama-sama untuk turun ke kantin tempoh hari. alasannya
perempuan itu jatuh hati pada classmate baru yang baru berpindah ke sini dalam
seminggu lepas. aku kira perempuan bertudung labuh semuanya mulia. rupanya..
Lelaki itu aku boleh gambarkan terlalu baik. kata-katanya terlalu lembut. tiada
yang menyakitkan hati. lelaki itu biarkan perempuan itu buat pilihan sendiri.
lelaki itu tidak menghalang dan langsung tidak marah. rugi perempuan itu lebih
memilih classmate barunya daripada lelaki itu. terlalu rugi.
Aku hanya mendengar. dalam hati aku tidak habis-habis memarahi perempuan itu.
marah itu cuma bergema dalam hati. geram.
Selang beberapa hari, ada seorang hamba Allah ini memberitahuku bahawa ada
seorang lelaki mahu kenal denganku. pada mulanya aku tidak dapat mengagak,
akhirnya aku dapat tahu lelaki itu. jantungku sekali lagi mahu luruh menyembah bumi.
Lelaki itu ada beritahu dia sudah lama perhatikan aku. dia mula ada hati padaku
saat terpandang mata aku tempoh hari. gila. aku nervous ya rabbi.
Bermula saat itu, kami jadi rapat. rapat bukan di sekolah tetapi cuma di alam maya.
walaupun aku dapat lihat lelaki itu hampir setiap hari. cuma senyum dari jauh tanpa
kata-kata. aku tidak mahu rahsia ini sampai ke pengetahuan orang lain. lelaki itu juga.
Aku masih ingat. ketika itu selepas waktu perhimpunan lelaki itu berdiri betul-betul
depan surau perempuan. aku lalu untuk tuju ke surau sambil senyum. lelaki itu
juga turut tersenyum. manisnya seperti air teh yang terlebih gula.
Kami masih aktif ber-message dan kadang-kadang lelaki itu call aku. ternyata lelaki itu
tidaklah terlalu slow(pada pandangan aku ketika mula-mula nampak dia dulu hehe).
lelaki itu turut gila sama seperti aku. kami masuk bila bersama. tetapi cuma menerusi
handphone. di sekolah aku dan lelaki itu buat-buat macam tak kenal.
Aku macam tak percaya. lelaki itu sanggup menukar nombor phone nya semata-mata
untuk selalu berhubung dengan aku. tahu tarikh birthday aku walaupun aku tak
pernah bagitahunya lagi. walaupun dalam tempoh itu kami cuma berkawan sahaja.
Pada hari terakhir sekolah sesi 2008, semua di minta berkumpul di dewan untuk taklimat
terakhir. habis majlis, kepala aku meninjau-ninjau mencari lelaki itu. terlalu padat dengan
pelajar lain, akhir sekali aku menyerah. aku ingin sekali jumpa lelaki itu untuk yang
terakhir kali sebelum cuti panjang ini.
Sedang aku menyusuri lorong pejalan kaki itu sambil berjalan menunduk memandang
kasut, aku rasa ada seseorang di belakang. naluri aku kuat untuk menoleh ke belakang.
aku memandangnya sambil tersenyum. lama. ya lelaki itu.
Lelaki itu menyaingi langkahku untuk berjalan di sebelah aku. classmates nya
ramai sedang melepak di pondok jaga. ramai juga yang menegur lelaki itu dan
aku rasa pasti ada juga yang sedang mengumpatku. katakan aku sebagai perampas.
mungkin.
Sebelum berpisah, aku sempat memberinya keychain berbentuk bear yang aku beli
semasa keluar tempoh hari. ternyata lelaki itu suka. ya aku turut suka.
Kami berpisah haluan. masih tunggu di tempat yang sama tetapi aku di pokok itu
lelaki itu di pokok ini. ramai orang di situ. aku hanya perhatikan lelaki itu dari
celah-celahan pokok. rindulah aku pada lelaki itu bila cuti sekolah nanti. sangkaanku.
Dalam tempoh cuti sekolah itu, aku dan lelaki itu semakin rancak bertukar-tukar
pendapat. dalam tempoh itu juga, i'm already taken with him. pemikiran budak
setahun jagung baru kenal erti bercinta apa semua ketika itu, memang mudah nak
terima lelaki yang ambil berat pasal dia hari-hari. pada tika itu, handphone menjadi
barang yang terpenting yang harus berada bersamaku kemana sahajaku pergi.
Aku bahagia. aku bukan terlalu mahu agungkan dirinya, tapi lelaki itu baik bukan
dari zahir sahaja, malahan dalaman juga. aku bersyukur dapat kenal dengan lelaki
seperti itu.
Bermula sesi persekolahan tingkatan tiga, kami masih di kelas sebelah menyebelah.
aku bersyukur aku masih berpeluang untuk lihat lelaki itu setiap hari. kami masih
di posisi yang sama iaitu diamkan sahaja tentang ini. aku tak mahu siapa pun tahu.
kami berlagak biasa.
Sampai satu saat, rahsia ini bocor sampai ke pengetahuan temannya. terkejut besar
temannya itu sebab tiada langsung tanda-tanda seperti kami sedang bercinta.
diam.
Lelaki itu pernah beritahu pada seorang hamba Allah ini yang dia hendak berpindah
hujung tahun ini. tetapi dia tak sanggup nak beritahu aku sebab takut aku sedih.
akhirnya sampai ke pengetahuanku, ya ternyata aku sedih tetapi aku buat-buat
macam aku tak tahu menahu langsung perihal itu.
Entah macam mana, kecoh juga satu tingkatan tiga itu aku sedang bercinta dengan
lelaki itu. entah siapa yang jadi kepochi pun, aku tak tahu. padahal aku bukan selalu
berjumpa pun dengan lelaki itu apabila di sekolah.
Ada sorang classmate aku, entah sakit apa entah. perempuan ini terlalu obses dengan
lelaki itu. kemana sahaja lelaki itu pergi library mahupun ke bilik guru, perempuan ini
ikut. mujur tidak sampai ke dalam tandas dia ekori. aku tak kisah sebab perempuan
ini bukannya sihat sangat dan lelaki itu juga tidak melayan. jadi buat apa aku marah bukan?
dia cuma obses, jadi biarkan sahaja dia mengejar bayang-bayang lelaki itu.
Bila ada perempuan mahu kenal dengan lelaki itu, lelaki itu mula mengadu pada aku.
jadi hendah suruh aku jumpa perempuan itu di pintu pagar belakang sekolah lalu
bergaduh tarik-tarik tudung? aku bukan jenis perempuan murahan seperti itu sayang.
nasib baik dia bukan jenis melayan jadi aku tak kisah sangat.
Disebabkan aku jarang bertemu muka dengan lelaki itu, lantas aku mendapat satu
idea bernas. suruh lelaki itu ajarkan aku subjek matematik sebab lelaki itu sangat
hebat dalam bab mengira. aku ambil peluang ini untuk perhatikan dia sambil apa
yang dia ajar meresap ke dalam otakku. kami bukan berdua tetapi bertiga.
tempat itu selalu timbul fitnah, maka bertiga lagi baik. aku lihat seberapa ramai
adik-adik bawah aku sedang berdiri di koridor melihat abang yang handsome duduk
ajar kakak yang tak berapa nak cantik tapi comel itu ada duduk di meja.
Bukan setakat adik-adik, cikgu-cikgu yang lalu lalang di situ pun turut sama menegur.
maka kantoi semuanya di situ..
Tak terfikir aku, di sebabkan lelaki itu datang awal ke sekolah maka ada masanya
dia sanggup naik jejantas seberang untuk tunggu aku. abah dulu selalu hantar aku
seberang jalan jadi aku kena naik jejantas. betapa macho nya aku lihat dia sedang
menyandar dekat penghadang jejantas itu sambil tunggu aku. how sweet?
Aku dan lelaki itu jalan masuk sekolah sama-sama sambil bercerita. alang-alang
dah terkantoi dengan semua orang, apa salahnya masuk sekolah sama-sama.
haha panas hati admirer lelaki itu tengok kami jalan berdua. membara jiwa raga.
Untuk ulang tahun nya ini, aku hadiahkan dia baju t-shirt berwarna putih. aku bagi
seminggu sebelum birthday nya sebab sekolah dah mula cuti untuk hari raya.
Alhamdulillah ternyata pilihan aku turut sama dengan citarasanya. lelaki itu sungguh
menyukai dengan design baju yang aku pilih. aku cuma tersenyum dalam hati.
Ada suatu petang itu. aku sedang berseronok-seronok melihat orang bermain
bola jaring di padang. aku nampak lelaki itu sedang tuju ke surau untuk solat.
aku tak sangka lelaki itu datang dekat aku dan bertanyakan aku sudah solat ke
belum. aku jadi malu sendiri. aku jadi kagum dengan dirinya. bukan cuma aku tapi
temanku juga.
Kami juga tuisyen di tempat yang sama tapi kelas yang lain. secara kebetulan semua
ini. aku langsung tidak tahu di mana tempat lelaki itu tuisyen. lelaki itu cuma
bagitahu dia tuisyen di kawasan itu. seperti biasa, tiada kata yang di ungkap.
hanya mainan mata dari jauh kemudian tersenyum. ya senyuman yang manis yang
pernah daku terima.
Tiba hujung tahun, lelaki itu benar-benar berpindah. aku tidak lah sesedih mana sebab
aku sudah mengetahuinya dari mula. dan jika aku bersedih, juga tidak dapat mengubah
apa-apa selepas itu. jadi aku terima dengan hati yang berbelah bahagi.
Bermula awal 2010, aku menjadi seorang perindu yang setia. dalam diam.
bertahun-tahun ternyata ia benar-benar menguji kesetiaan aku. ya.
Dan lelaki itu adalah masa laluku dan mungkin akan menjadi masa hadapanku juga
nanti. In shaa Allah. sematkan dalam diri kau, Ain.
***
Setiap kali ada lelaki mahu mengenaliku dengan lebih rapat, aku cuma berterus
terang yang lelaki itu sahaja yang berada di hatiku saat ini. aku tidak mahu beri
harapan palsu dan tidak mahu sehingga ada insan yang mencipta harapan setinggi
gunung. aku tak mahu ada yang kecewa. maafkan aku..
Jika aku sudah straight to the point dan masih mengacau bilau kan perasaan aku
serta menunggu aku, itu masalah yang kau cipta sendiri. jangan salahkan aku jika
aku layan acuh tidak acuh. aku sudah bagitahu awal-awal. kau pekak kan telinga.
jadi bila aku tak layan nanti, jangan salahkan aku pula ya?
Seumur hidup aku selama 19 tahun ini, aku tidak pernah bersentuhan tangan
mahupun dengan anggota badan lain dengan bukan muhrim aku. bukan nak cakap
besar tapi demi Allah itu sahaja yang boleh aku katakan. Alhamdulillah Allah masih
lindungi aku untuk alergik dengan lelaki.
Aku paling benci bila aku cakap sila hormati diri aku, itu termasuk juga maruah aku.
bila aku cakap jangan sentuh aku pegang tangan aku apa semua, sila hormati.
kita boleh kawan. tetapi since kau berani sentuh tangan aku, bermula saat itu
kita musuh. ya musuh seumur hidup. jangan berani tegur aku lagi. sebab aku
alergik dengan lelaki seperti kau.
Sebab, lelaki yang baik dia akan sentiasa melindungi maruah orang yang dia sayang
sehingga perempuan itu benar-benar jadi yang sah buatnya. itu yang aku pegang.
tetapi ada lagi ke lelaki seperti ini? rata-rata mudah ambil kesempatan. taik.
Aku diam bukan bermaksud aku merelakan. tetapi aku berfikir kenapa aku jumpa
lelaki ini. dari timbunan sampah mana dia timbul? aku rasa berdosa. nak menangis.
Kau cuba pegang tangan aku, aku buat-buat cari barang. kau cuba lagi, aku buat-buat
lipat tudung. kau cuba lagi, jangan bagi aku cuba untuk tampar muka kau yang
berlagak suci itu sudah.
Di sebabkan aku pandai jaga maruah diri, kau nak menjauh dari aku?
hai lelaki biadap yang tak pandai hormat perempuan, pergi lah kau. sekali kau tak kisah,
sejuta kali aku tak kisah. tapi malangnya perempuan yang kenal kau, perkataan
sayang kau itu terlalu murah. ada jual tepi jalan. orang gila pun mampu beli.
taik sekali lagi.
Lelaki yang murah sepatutnya dengan perempuan yang murah juga. nilai diri aku
tinggi harganya. aku rasa kau pun tak mampu beli. jadi jangan samakan aku dengan
perempuan yang kau pernah kenal. sekian.
2 orang manusia cantik:
Assalamualaikum.nice entry :)
Waalaikumussalam. thank you :)
Post a Comment