Nasihat?




Nasihat? kau pernah terfikir tak bila kau nak nasihat orang then orang tersebut nak
dengar ke, orang tersebut nak ikut ke atau orang tersebut buat-buat ignore?
pernah tak persoalan macam itu timbul di benak kalian dari tulus suci hati ikhlas?

kau cukup baik nak nasihat sapa-sapa lah bagi nak sedarkan mereka yang sedang
alpa mahupun lalai tetapi bila kau start berhujah ya baru nak bermukadimah,
mereka tersebut buat muka taik beliau? kau rasa apa tujuan beliau buat muka
serupa mahu kena simbah dengan asid itu?

kau rasa kau memang bukan suci dari segala sudut nak nasihatkan orang tetapi
semua orang ya baik atau buruk berhak menasihati sapa-sapa yang dia suka kalau
tahu orang itu secara terang-terangan buat salah. tapi bagi mereka yang alpa itu
dah lah buat salah, bila orang nasihat buat muka annoying? gila gila.

persoalannya.. umur dah besar panjang boleh fikir baik buruk, dan kau kawan dia
kau berhak nasihat dia lagi?

Okay, ini yang sedang aku fikirkan. ini juga yang aku sedang runsingkan. aku,
memang petah dalam berkata. ya macam mana kalian tengok gaya penulisan aku,
macam itu lah aku di luar sana. aku pandai bercakap tapi aku kurang nasihat orang.
ya bukan aku tak pandai nak nasihat, kadang kata-kata nasihat itu dah ada
tapi bila nak di luah itu, orang itu nak dengar ke? 

aku ada seorang kawan. ya kami rapat. tak perlulah aku mention namanya di sini.
dia baik. ya baik. sangat comel. sekali lagi.. comel sangat! dia naif. i think..
dia ikut apa yang orang cakap. hmm tak juga! tapi dia seperti kambing kena
kurung setahun lepas tu baru bebas boleh tengok dunia luar apa semua. 
ok perumpamaan katengko.

dia cerita dekat aku dia kena kongkong dengan family dia. nak keluar outing dengan
kakak-kakak dia pun mak dia tak bagi inikan pula nak outing dengan kawan-kawan
mahupun teman lelaki? kalian dapat bayangkan, lifeless ok. so lifeless. tak bagi
keluar dengan pakwe itu aku masih boleh terima dengan akal yang waras,
nak berjimba dengan kawan pun juga tidak boleh? kini aku bersyukur adanya
umi dengan abah. kah kah kah.

mak bapak dia tak pernah terfikir ke, fikir sejenak ataupun fikir secara berjemaah.
kalau mak bapak terlalu mengongkong anak sebegitu rupa, tak terfikir anak
akan protes apabila keluar pergi further study dekat mana-mana? tak terfikir
anak-anak akan tidak tahu apa-apa and the most important anak-anak akan
mencuba the worst thing. ya like culture shock? sebab dia rasa dia bebas kini
di luar jagaan mak bapak. mak bapak tak fikir ke?

aku cuba nak nasihat. tapi aku takut nasihat aku itu di pandang sepi. macam
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. dan yang paling aku takutkan, aku tak ada
hak nak nasihat dia lebih-lebih. sebab apa? sebab orang yang aku nak nasihat
ini bukan budak umur 3 4 tahun tapi 19 tahun. ya 19 tahun. 

aku tahu remaja umur area 18 19 tahun ini kadang-kadang tak makan nasihat dah.
dia rasa dia dah besar jadi apa yang dia buat semua betul. nak nasihat, nasihat dari
kecik. same goes to me. aku pun kadang-kadang tak makan nasihat juga sebab
masa itu aku dah kenyang makan nasi. erk?

sejak dia belajar ni dia rasa lagi bebas. nak buat apa-apa pun, tak ada orang
marah. dia nak cuba benda baru. aku sebagai kawan terdekat dia, aku takut bila
dia cakap macam tu. takut dia tersilap langkah. takut dia terlalu percaya pada lelaki..

juga aku takut. bila aku terlalu control life dia, dia akan cakap aku busybody tentang dia.
aku dengki. aku jeleous. ya benar aku takut dia berfikiran seperti itu.

aku tahu aku tak ada hak langsung. ya hak untuk mengawal segala tingkah laku dia.
aku pun banyak kerja lagi boleh buat daripada jadi pemerhati. tapi itu tugas seorang
sahabat. nasihat kawan dia bila tahu kawan dia tersalah masuk lorong?

bila dia buat perkara apa-apa je lah yang boleh aku rasa berdosa dalam hati,
aku iya kan saja. aku rasa berdosa sendiri sebab aku tak dapat nak halang dia
supaya jangan keluar, jangan itu dan jangan ini. ya aku rasa tak guna aku jadi
sahabat dia kalau aku tak cuba nasihat dia.

terima atau tidak, itu belakang kira. yang penting cuba. 

aku akui walaupun my parents tak kongkong aku ketara sangat, aku tak pernah pula
nak cuba buat sesuatu. sesuatu.. yang annoying? kot?

aku harap insan yang aku maksudkan ini, tak.. tak baca lah post ni ya?
kah kah kah penakut kau..

Assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)