Mari rapat kepadaku semester ketiga.




Assalamualaikum. entah untuk keberapa kalinya. aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana
mengurniakan aku teman serumah yang begitu tiada nilai mewahnya. pada aku.
jika ini yang dikurniakan, sudah memadai. aku sudah boleh bersyukur yang amat.
indahnya sukar dikhabar kan dengan sepatah dua kata. asyiknya usah diperkotak katikkan.
aku bahagia di sini. mereka juga. suasananya gorgeous.

Malam jumaat lepas aku sampai ke rumah sewa. waktu itu hanya tiga orang housemates
aku baru ada. lalu aku memunggah barang kepunyaan aku yang serupa tidak mahu
pulang ke rumah itu dari tingkat bawah flat sehingga ke tingkat tiga. turun naik tangga flat
ada dalam empat kali seperti larian marathon hendaknya. sudah lama aku tidak menyeksa
diri sebegini rupa. jadi biarkan. sudahnya kaki sakit-sakit lepas bangun dari tidur.
ini padahnya.

Setelah hampir dua bulan tidak berjumpa. apa lagi bila perempuan sama perempuan bertemu
lalu gosip juga yang jadi bahan utama. perasaan suka itu usah ditanya. pelbagai cerita
nak dikongsi selama dua bulan pulang ke halaman kesayangan.

Bagi aku. rasa penat itu boleh hilang apabila duduk berkumpul sama-sama dalam satu bilik
yang di penuhi barang kepunyaan dengan perkongsian cerita yang awesome semuanya.
lupa sudah rasa lenguh kaki berlari turun naik tangga sebentar tadi. hilang.

Sambil tangan sibuk mengemas baju ke dalam almari. sambil itu juga lah mulut yang
selama ini terkunci dek keseorangan di rumah hendak celoteh itu dan ini. belum sempat
penat yang sedia ada hilang. sudah longgokan lelah yang lain aku hasilkan. 
itu lah perempuan.


Dari aku jejakkan kaki ke rumah sendiri lagi. aku sudah terbayang-bayang untuk
decorate kan tempat dalam bilik di rumah sewa aku ini bagaimana. walaupun barang
memenuhi segenap inci bilik sehingga tiada ruang untuk tidur. perancangan untuk
decorate itu tetap di susun dengan rapi. Syafiqah bawa langsir baru. terasa seperti
dalam tadika pun ada tahu. comel sangat langsir dia walaupun simple.

Untuk semester ketiga ini. pendaftaran kursus sudah berjalan dengan begitu smooth nya
jumaat lalu. pendaftaran yang hanya mengambil masa hanya tak sampai 10 minit itu.
"alahh.. macam ni je ke daftarnya. sekejap je kot. jadahnya aku pakai lawa-lawa pagi buta
semata-mata untuk 10 minit ni? nokharomm". kata Syafiqah pula.
"haha kejap je. baik pakai baju tidur je datang sini tadi..". konklusinya. tak payah nak
melawa sangat lah. ha.

Oleh kerana aku antara muka-muka outsider yang bergelimpangan di luar Politeknik ini.
jadi aku dan housemates yang lain keluar rumah awal semangat tak semangat sebab
sembilan orang woi nak kejar masa nak mandi pagi itu. terpaksa keluar awal sejam 
sebelum pendaftaran bermula. gila.

Terkejut beruk juga aku bila turun dari flat nak ke tempat biasanya tunggu bas. ramai
nak mati k students. jadi kami ambil jalan pintas nak tunggu bas itu dan langkah kanan
sungguh sampai terus bas lalu. jadi kami boleh duduk. yang lain kena berdiri. rasakan.

Apa yang aku dapat katakan. melangkah ke semester ketiga ini module mengira makin menggila.
and majoriti semua bab mengira. memang sepatutnya begitu. dah nama course Accountancy.
kau ingat course membaca atau menghafal ke apa?

Tujuh module dan empat ke final. dan yang empat ke final itu Financial Accounting 2,
Cost Accounting (Costing), Computerised Accounting System dan juga Company Law.
kau lihat aku bakal jadi gila semester ini. Computerised Accounting System itu semestinya
menggunakan khidmat komputer. aku benci guna excel. cerewet gila dan bahabi. blurghh!

Study Commercial Law untuk semester kedua pun aku sudah mengantuk ya rabbi. study
Company Law semester ini aku yakin aku akan terus tertidur atas meja. minta dijauhkan.
dan aku mohon biar Cik Fardhila yang ajar kami Company Law. aku ngam dengan dia
sebab semester lepas dia ajar Commercial Law aku mudah faham dan skor. 

Module yang lain antaranya Soft Skills, Communicative English 2 dan Tamadun Islam.
yang pasti. Soft Skill harus lulus dengan jayanya untuk melayakkan dirimu bagi
menjalani Latihan Industri (LI) semester ke empat kelak.

Jadi sekarang sudah boleh cari tempat untuk praktikal slow-slow sepanjang semester ketiga
berlangsung. resume harus siapkan. banyak tempat aku rasa. dan kini aku sudah mula
rasa bahangnya di situ. cuak ok cuak. 

Sedar tak sedar aku sudah masuk semester ketiga. jadi hanya tinggal setahun setengah lagi.
aku rasa macam baru masuk Poli ini semalam tahu. ok itu penipuan terbesar.


Lalu Isnin bersamaan esok hari. kelas bermula jam 10 pagi dimulakan dengan 
Financial Accounting 2 di maktab yang berbatu-batu itu. pada waktu petang pula
kita masih bermain dengan nombor iaitu Costing. seharian mata akan berpinar-pinar
dengan nombor. aku lebih rela bermain dengan nombor daripada harus membaca
di petang hari. jadahnya semua ini.

Yang aku suka. esok kelas semua lain-lain. maka tiada perebutan toilet di situ. maka
kalian semua boleh mandi dengan tenang ye semuanya.

Yang sedikit bengangnya di situ. hari jumaat kelas sambung pada jam 3 petang dan
tamat pada pukul 5 petang. mendeeee semua ini? lagi bertambah bangangnya di sini
setiap hari kelas pulangnya jam 5 petang. aku rasa nak hantuk kepala ke dinding secara
bertubi-tubi. dan kelas aku kebanyakkan di maktab. ok ini boleh bawa bergaduh. K.

Tapi bila aku dapat tahu semua kelas begitu. kebengangan aku makin mengendur.
adil juga lah yang menyusun jadual ini. keadilan dibahagi sama rata. tidak dianak tirikan.

Aku baru berkira-kira dengan housemates nanti bulan puasa boleh berbuka di luar kalau
berbuka di rumah membosankan. jika jadualnya begini. impian hanya tinggal mimpi sudahnya.
lain lah jika kelas cancel ke apa kan. itu lain pula ceritanya. tiba-tiba aku rasa nak marah.
dah kenapa kau peah? eh.

Bercerita tentang bulan puasa ini. aku rasa tak sabar. hendak berbuka sama-sama dengan
housemates itu impian aku. pasti keseronokkannya memuncak di situ. lagi bertambah
ketidak sabaran itu makin meningginya apabila ada yang sudah berkira-kira nak masak
apa. nasib baik ada anak dara dalam rumah ini yang pandai masak. kah kah kah.

Paling best. surau hanya di sebelah flat kami sahaja. kalau tak penat lepas balik kelas
dan lepas berbuka nanti. boleh tarawikh sekali di bawah. ok harap niat tulus ini menjadi
hendaknya. sumpah demi Allah aku tak sabar ni!

Aku harap. semester ketiga ini lebih comel berbanding semester yang lepas dan lepas.
selepas ini aku akan sentiasa bermain dengan nombor. kalkulator barang yang penting
aku harus bawa sekali ke kelas setiap hari. semoga Allah mempermudahkan segalanya. Aminn.

Ada masa terlapang dan terluang yang aku harus bazirkan. pasti aku akan bazirkan di sini.
Assalamualaikum.


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)