Menanti kedatanganmu.




Assalamualaikum. minggu depan iaitu bersamaan hari Rabu ini kita semua akan menyambut
kedatangan bulan Ramadhan 1434. mood hendak menunggu kedatangan bulan mulia itu
makin melonjak apabila semua housemate rumah aku bersatu tenaga untuk gotong-royong
masak bersama-sama. lagi bertambah seronoknya apabila dapat tahu hanya dalam 
sembilan orang itu. hanya dua orang anak dara sahaja yang expert dalam memasak. dan
itu bukan aku. yang lain cuma konco-konco sahaja di dapur. apakah?

Seminggu sebelum puasa bakal tiba. aku dan Syeffy dari bilik sebelah bertandang ke
bilik Wawa, Sya dan Nana untuk berdiskusi bahan apa yang hendak di beli untuk masak
nanti. Wanie tak join sebab kerja partime. Solehah, Teha dan Nad pula waktu itu tengah
busy buat assignment dalam bilik. maklum lah, semester ini dorang banyak projek.
jadi aku, Syeffy, Wawa, Sya dan Nana riuh satu bilik nak beli itu ini.

Aku dan Nana tengah bergaduh nak beli barang itu dan ini. bajet-bajet pandai masak gitu.
Syeffy dan Wawa tengah bertegang lidah nak beli bahan untuk masakan yang dorang
pandai masak. di situ nampak percanggahan idea. seronok ok dengar keriuhan begitu.

Selepas kata sepakat dipersetujui, masing-masing gelak tawa serupa pontianak. dah lah
waktu berdiskusi itu waktu malam. ok ini tak lawak. hambar.

Aku yang tak berapa pandai masak ini kadang-kadang hanya dengar dorang nak beli apa
semua. kadang-kadang je sampuk sekejap sebab kalau senyap rasa lain. Syeffy tak 
habis-habis dengan nak masak telur berlada nya. dan Wawa yang paling banyak 
mengeluarkan idea barang apa yang perlu di beli untuk stok sebulan ini sebab dia expert
sedikit. aku? aku tukang beli stok bahan itu semua. kah kah kah.

 
Gambar di atas menunjukkan kecomelan kami berdua. waktu ini kami dating berdua
tonton movie Monsters University yang superb awesome! aku tak tahu pun cerita ini.
si Syeffy yang beriya nak pergi tengok. jadi aku ikutkan aje. dan ternyata best ok.
Syeffy originally comel ok. dia buat lah memek muka buruk macam mana pun, tetap comel.
mohon belanja Ain satu Baskin Robbins ye.

Sambung cerita masak-memasak di bulan puasa nanti. memandangkan dua orang anak dara
yang comel sahaja yang expert dalam memasak ini. kami sepakat sorang masak untuk
bersahur. dan sorang lagi masak untuk berbuka. ok deal? yang konco-konco itu tukang
tolong juga lah. kesian tukang masak. dah lah kurus then kena paksa memasak.

Aku tak sabar nak menunggu detik itu. detik di mana penat-penat balik kelas yang semuanya
kelas sehingga jam lima petang kemudian sama-sama masak untuk berbuka. aku rasa waktu itu
dapat di potret kan menjadi kenangan yang terindah.

Aku dapat lihat di padang ragbi Poli aku sudah siap pasang kanopi untuk Bazaar Ramadhan
nanti. tiba-tiba terimbas kenangan semester satu yang lalu tahun lalu. seronok dapat
beli di situ. suasananya meriah amat. macam-macam nak beli. penjualnya majoriti student.
aku gemar nasi kukus ada sorang makcik itu jual. sedap sampai aku beli tiap hari.

Tetapi tahun ini kena berjimat. tak boleh nak boros beli itu ini di bazaar seperti tahun 
sebelumnya. kalau nak pun, kena jarang-jarang. sebab kami nak habiskan stok bahan
di rumah. itu yang di sepakati kami satu rumah. Ya Allah tak sabarnyaaa!

 
Aku kalau dengan Syeffy pantang kalau dalam sehari-harian tak bergelak. ada sahaja benda
nak digelaknya. dua-dua otak masuk air. gila pun gila. ada sorang classmate aku tegur,
"..Ain dengan Syafiqah ni dari sem lepas lagi duk gelak gelak..". nampak tak dekat situ
orang memang perhatikan kami walaupun kadang-kadang kami gelak berdua sahaja.

Aku ni jenis yang suka bergurau. dan bahan uji kaji aku adalah Syeffy. bila aku buat lawak
bertemakan Syeffy ini, satu kelas gelak. dan mula lah aku dengar, "ishh jahat gila Ain.."
dalam nada gelak. then Syeffy mula buat muka, tiba-tiba aku peluk dia. dan aku rasa
kami sangat sweet.

Memandangkan 24/7 kami menghadap satu sama lain. makanya gelak itu jadi punca utama
kami boleh stay satu bilik. bukan sahaja gelak di kelas. malah sambung lagi gelak di rumah.
aku tak pasti ubat apa kami makan sehingga pantang face-to-face ada sahaja benda
yang hendak di gelak kan. begitu gilanya kami.

Dua-dua gila pandai imagine benda yang orang lain tak terlintas nak fikir. means luar kotak.
kadang-kadang benda yang kami imagine itu benda yang paling karut dan tak pernah
di buat orang tahu.


Aku tak sangka kami boleh jadi semanja ini. kah kah kah. cantik pula aku rasa gambar atas ini.
tangan siapa tahu ambil gambar ini.

Memandangkan minggu ini aku pulang ke kampung halaman. jadi spontaneous aku dan
umi pergi bershopping sakan. bukan umi tapi aku. punya spontan k, malam semalam
berhabisan sehingga RM140. terkejut juga aku. mengamuk apa tahu.

Aku cuma sempat tangkap baju kurung cotton, shawl dua helai, seluar tidur dua helai,
t-shirt sehelai. Ya Allah sangat bernafsu ok. itu pun aku sempat kawal bila tengok
dekat ruang legar ada jubah masyaAllah cantiknyaaaaa! aku sempat belek harganya
sahaja dan ia sangat cantik ok. dari jauh nampak macam cotton jeans tapi bila pegang licin
rupanya. lain kali nak ajak umi pergi lagi sebelum raya. buat baju raya pun cantik.

Dan baju kurung cotton itu dah lama aku pendamkan. cuma kali ini berkesempatan nak beli.
boleh buat pakai pergi kelas. K.

So far kelas sudah masuk minggu keempat. dan kelas aku masih lengang dengan apa jenis
assignment lagi. report untuk Financial Accounting 2 buat selepas semua group
present dorang punya slide. Costing pula setiap group kena cari bahan yang Puan kasi
topik dan handle kelas by group dengan cara sendiri. Puan duduk just tengok macam mana
kiteorang handle.

Yang lain masih dalam keadaan samar-samar. aku tak nampak dengan jelas lagi.
Company Law lagi lah encik tunggu module dulu. English 2 Madam pergi handle exam MUET.
Computerized Accounting System atau lebih di kenali dengan UBS totally semua
transactions yang kita buat waktu semester satu dan dua dulu kena guna khidmat
komputer. tiga jam duduk dalam makmal komputer yang berkondusi sejuk bak hang.
then lecturer ajar dekat depan kena betul-betul fokus. tak boleh leka sesaat. kalau tak,
kau akan ketinggalan. dan lecturer ada cakap. siapa yang cepat menaip, itu kelebihan
dia belajar UBS ini.

Memandangkan komputer dekat makmal komputer itu selalu bergurau asyik rosak. maka
aku install software UBS dalam laptop aku dan bawa ke kelas waktu UBS. senang
cerita. UBS yang dalam makmal komputer itu version 5 tapi yang aku install ini version 6.
jadi lecturer aku cakap software yang aku install ini agak advance dan terbaru. 
bangga kejap ok. dan yang lain tanya macam mana aku install. komputer dalam makmal
harap screen sahaja besar. tapi selalu stuck. lalu ramai yang menyumpah. damn.


Waktu ini dinner di kedai uncle dekat bawah flat. with love, Wawa, Nana, Syeffy <3
nampak tak orang belakang pandang pelik dan tak puas hati. kah kah kah kesah pulak.

Next entry mungkin aku akan update suasana di bulan puasa apabila dapat masak 
bersama housemates. seriusli aku tak sabar menunggu.

Assalamualaikum.


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)