Allergies.
Assalamualaikum. memandangkan cuti semester sudah hampir ke penghujungnya dan
selepas itu dunia praktikal aku akan tunjuk muka. aku rasa macam nak cerita pasal
alergik aku yang aku rasa rare gila nak mati.
Dan aku rasa ada certain orang je kot yang bernasib agak baik lahai dapat alergik.
biasa aku dengar orang alergik makan udang ke sotong ke apa jenis seafood lagi aaa
dan sepasukan dengannya.
Then aku pergi google seround dua punca alergik. apa yang boleh aku kaji melalui apa yang
aku baca. alergik ni bukan saja berpunca dari makanan. ada gak orang alergik dengan logam,
nikel, minyak wangi, getah, gigitan serangga, ubat dan senaman.
Tapi dalam kes alergik aku ni--
Aku rasa jenis alergik yang terkena pada diri aku ni macam mesti engkorang rasa pelik.
mana nya tak pelik, sebab aku pun rasa aneh sendiri.
Pernah dengar tak ada orang terkena alergik bila buat kerja dapur? macam kupas bawang ke
potong carrot ke apa-apa je lah berkait dengan bahan-bahan untuk masak. macam rare
je kan? dan itu aku alami sekarang--
Dan alergik tu adalah alergik terteruk yang pernah aku hadap selama ni selain waktu
tingkatan lima dulu pernah kena injection dekat bahagian pinggul sebab makan keropok
then habis merah satu badan gatal-gatal. padahal selama ni makan tak ada masalah pun.
Apa yang aku perasan bila aku buat kerja yang melibatkan kerja dapur ni, sejam kadang
tak sampai sejam lepas tu, bahagian jari aku akan tumbuh macam bintik ruam merah
dan mula membengkak. kesudahannya, aku menderita sendiri malam tak boleh nak tidur
asyik duduk menggaru sebab gatal-gatal dan sakit yang aku sorang je tahu macam
mana rasa. tak selesa sangat.
Nak jadi tak sampai beberapa minit, nak pulih balik tu kadang makan masa seminggu juga.
Bila mengadu dekat umi, umi pun melawak yang tak berapa nak berasas.
"kalau gini gayanya, nanti kahwin awak kena ada orang gaji lah nampaknya".
Umi ada gak larang aku jangan buat itu ini sebab dulu alergik aku pasal ni lagi teruk
bak hang sampai sebulan dok cuba pakai macam macam losyen. hampa. tapi gatal
nak buat jugak at last derita hatikuuu.
Dulu selalu gak tolong umi since jadi macam tu dah stop sebab derita tu aku tanggung
sendiri. lama. then aku ingat tak dah lah kena sebab macam elok je tangan but bila
aku tolong lagi, alergik tu datang serang aku semula. ergh ergh.
Aku tak ada lah nak mengeluh segala cuma kali ni nasib aku baik sebab ketara belah
kiri bengkaknya. belah kanan boleh tahan lagi. aku tengah fikir macam mana aku
nak menulis buku refleksi harian praktikal tu dengan tangan tak statik macam ni. aduhai.
Allah tarik nikmat tangan kiri aku kejap. susah gak semua benda nak guna tangan kanan
dan waktu aku menaip ni pun aku tengah guna tangan kanan boleh tahan laju gak.
kalau terpaksa nak guna tangan kiri, dalam je rasa macam mana sakit tu.
Aku fikir--
Aku Allah uji tangan kena alergik dalam beberapa hari. macam mana yang tak ada tangan
langsung tu? macam mana dorang survive diri dorang? aku punya derita tak boleh guna
kerap sangat sebab sakit. baru aku tahu erti bersyukur.
Ada waktu aku tengah mandi. Ya Allah payahnya semua benda kena guna tangan kanan je.
nak paksa, sakit sendiri. mandi pun ala kadar je. then aku tak tahan sangat.
aku terduduk atas lantai bilik air. main air paip sambil air mata meleleh tahan rasa sakit.
makin lama dia rasa lagi berdenyut-denyut. nak jerit pun, buat apa? orang tak rasa.
Umi prihatin nya dekat anak dia sorang ni. muka risau umi buat rasa sakit aku hilang kejap.
abah sanggup redah hujan beli vaseline intensive care untuk sapu dekat tangan aku.
aduhai sweet sungguh kalian.
Abg wan, anak angkat umi yang ambil medic tu pernah check tangan aku apa masalahnya.
pantang pegang bawang ke halia ke carrot ke apa, mesti jadi gitu. dia syorkan ada
satu krim ni aku pun lupa benda nama tapi still tak berkesan. effect yang kena dekat
jari aku kuat sampai ubat pun kalah. sad life betul.
Alergik aku yang satu ni bagi aku sensitif yang rare sangat. apa benda punya penyakit
lah macam ni. rasanya cadangan umi supaya aku kalau kahwin nanti kena ada orang gaji
macam boleh diketengahkan kalau terus jadi macam ni. hahaha kelakau tak lawak k.
Frankly speaking, aku bukan manja tapi ni alergik dan semua pernah rasa sakit alergik kot.
tapi alergik aku ni macam mengarut sikit. so aku sendiri rasa. aku sendiri tanggung.
mohon boleh sembuh sebelum mula praktikal isnin ni. so hari ni dah ahad?
sempat ke dengan bengkak macam ni? mohon sangat Ya Allah.
Macam mana nak kahwin ni Ain oi oi eh tetiba.
Assalamualaikum.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment