Part 5: Pengalaman kadang mematangkan (LI)




Satu soalan. aku yang tinggi ke sarah yang tak cukup tinggi? hahaha nasib sarah 
tak tahu url blog aku. huahuahua.

Assalamualaikum. dengan izin Allah, aku masih bernafas hari ini. dengan izin
Allah juga aku mampu bertahan sehingga ke minggu keempat latihan industri. alhamdulillah
semua ini dengan izin Allah. 

Dengan izin Allah juga lah aku benci buat Bank Reconcialition arghh eh.

So far. aku dah sampai tahap analisa dari bank statement dan penyata dari
Quickbook system untuk buat Bank Recon. aku pegang satu syarikat then analisa
dari mula sehingga audit penyata kewangan syarikat tu.

Bank Recon pun aku macam nak gila buat aihh benci oii.

Aci tak kalau aku cakap aku benci gila bapak nak buat Bank Recon ni? 
kebangangan apakah yang sedang menyeksa aku ini. 

Dah lah aku cukup stress jadi bisu dalam office. jadi pasif segala. otak aku tiap hari
kena ada ruang kosong untuk masuk angka baru. formula baru. gila tahu?


Aku buat first month. terkial gak aaa. kena tick dari bank statement dengan
penyata dari Quickbook satu per satu. benda tu bukan sikit tapi macam melimpah
ruah. mata aku pun berpinar tengok angka bersusun.

Tick. tick. tick.

Ouch. still tak balance. then aku tanya kak renne kenapa tak balance lagi ni padahal
aku dah triple check dah pun apa yang masuk dekat deposit not taken up, 
expenses not taken up, uncleared cheque, uncleared deposit tu apa semua lah.
aku pun macam stress jap. kak renne ambil dia pergi check untuk aku. setengah hari
gak menggila ngadap natang tu saja. ha kan aku dah natang natang ni.

Aku goyang kaki kejap sementara tunggu kak renne check. dua tiga kali ulang alik
buang air apa punya aircond sejuk nak mati aku rasa boleh mati kesejukan aku
dekat situ.

Punya aaa kuat aircond dekat office aku tu siapa entah kulit buaya sangat, aircond dalam
kereta amira pun aku tak rasa apa apa dah. punya aaa effect dia mencengkam di kolbu
hah engko.

Then kak renne berapa kali ulang alik datang dekat pc aku untuk buat entah keberapa
kali check entah. aku tengok kak renne pun macam pening. aku apatah lagi.

Aku perati je kak renne.

Setengah hari buat untuk baru sebulan ye baru balance. nak tahu betul ke tak apa yang
kita buat, pastikan jangan ada balance pada jumlah akhir. itu yang kak renne pesan.

Bila nak buat bulan yang kedua pula aku pun macam errr errr gak aaa. aduh asal
aku buat selalu ada balance ni. stress betul den.

Kenapa aku ditakdirkan bertemu dengan Bank Recon ni? office sarah tak kena buat pun.
tapi kak renne cakap dia baru ambil tahun ni nak buat Bank Recon. aku pun
macam whatttttt???!!! marah ni marah.

Minggu ni aku lupa hari apa isnin kot. pagi tu aku pergi beli sampul surat dekat belakang
office. tapi aku macam tak familiar sangat dengan environment office aku ni so aku
macam-baru-duduk-kuantan lah gayanya. 

Aku tengok kedai hujung tu kedai car maintenance. aku nak tanya serba salah sebab 
lelaki kot dan semestinya lelaki hahaha agak-agak lah bukan salon kot.

Then aku berani kan diri tanya even dalam hati woi kenapa lah kau pergi tanya kedai
tu belok sikit je lagi lepastu jumpa aaa. tapi sadisnya orang tu pun orang luar.


Aku nak tanya je tapi mata tu mata hang tu melilau pandang aku pasai pa?
tak nak tanya, rasa gatal mulut nak tanya sebab tak tahu. bila dah tanya, rasa nyesal
pun ada sebab tanya. then bila dia tak tahu aku blah gitu je. terima kasih pun tak cakap
malas malas. padahal kedai yang aku cari tu selang tiga kedai je dari situ. then masuk
kedai tu bawak kalender nak saiz besar tu apa semua, aku macam beramah mesra 
jap aaa dengan pakcik tu. then dari RM4.50 jadi RM4.00 pakcik tu kasi. 
nampak tak jimat duit bos aku dekat situ? hahaha.

Aku cecepat naik office. seram gak lalu laluan belakang tu. aku perati je hotel bajet
yang ada bapok beli breakfast tiap pagi dekat restoran belakang office. 
makeup dia kalah aku yang perempuan tulen ni. hiks.


Tiga buku ini adalah antara benda yang terpenting yang kena ada dalam beg sandang aku.

Buku jalur tu aku guna untuk tulis apa je yang aku rasa. waktu tu aku rasa, waktu tu
juga aku tulis. kadang aku luah apa yang aku pendam.

Buku bunga bunga tu actually since dari sem 2 kot. then sekarang aku bawak pergi
office untuk catat apa yang aku belajar waktu prac.

Buku biru tu aku guna untuk rekod semua daily expenditure aku sepanjang sem atau
prac ni. aku nak tengok keluar masuk duit aku. ni lebihnya jadi budak Akaun. 
duit yang keluar masuk tu penting bagi dia. hahaha.

Orang lain entah ada ke tak buku note cam ni lagi tapi aku memang jenis suka menulis.
so tiga buah buku ni memang aku bawak pergi office aaa.

Konklusi. makin minggu assignment dalam office makin complicated. erghh.

Assalamualaikum.



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)