Penunggu.
2009.
Waktu itu aku sedang termangu di tepi padang sekolah.
aku nampak kau.
tapi aku cuma lihat sekilas lalu.
jantung aku lari macam di kejar anjing.
punya aku berdebar bila kelibat kau muncul.
Aku fikir.
kau terus pergi.
tapi tanpa aku duga.
kau datang arah aku dan tanya.
"Ain dah solat belum? kalau belum, jom solat sama"
Jantung aku henti sesaat.
mulut aku terkatup rapat.
aku macam kena heart attack.
Dalam hati aku.
nak je terus aku cakap.
"Jom...!"
Tapi waktu itu keadaan tak izin kan.
aku masih lagi kematu di tepi padang.
sambil lihat kau berlalu ke surau.
dari arah belakang.
Bukan mudah aku.
nak jumpa waktu itu.
nak rasa perasaan itu.
nak dapat masa itu.
Nak kecap saluran rasa itu.
bukan senang.
Aku nak rasa.
kau jadi imam.
dan aku jadi makmum di belakang.
Kerana satu rasa yang kau serap.
dalam jiwa aku itu.
aku sudah terkalis jadi setia.
walau lelaki datang bertalu-talu.
6 tahun sudah aku jadi penunggu.
tanpa jemu.
tanpa keluh kesah.
tanpa puas.
tanpa give up.
tanpa serah.
Cinta.
aku masih wujud di sini.
kalau rindu.
ingat aku dalam doamu.
moga kita bertemu dalam saluran itu.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment