Sundate.
"Engko nak apa pandang pandang?"-umi
Assalamualaikum. sihat tak hari ni? perghh pertanyaan yang cliche sangat cis!
untuk kedua kalinya aku ponteng kerja hari ni. huahuahua. kan aku dah cakap,
aku sekarang dah selamba badak nakalnya ya ampun dekat office tu.
Pagi tadi terjaga 7:30am terus text kak miera,
"Salam kak miera, hari ni saya nak minta cuti ye. ada hal sikit"
Hal? mak engko hal. ha-ha-ha padahal idea ini sudah aku kembangkan bersama
rakan sepraktikal yang lain sejak minggu lalu lagi tanpa pengetahuan bos memasing.
Then kak miera reply,
"Ok.."
Apa yang aku suka tentang kak miera. dia jenis tak banyak soal. itu yang aku suka.
balas pun sepatah. lagi aku suka. maka aku sambung tidur yang lena semula.
*Previous malam sebelum kes di atas*
Memandangkan lecturer aku nak datang pantau starting next week, aku ni macam
mula lah acah-acah nak ngelabah siapkan draf awal final report. lapan minggu yang
lepas engko buat apa? cabut bulu kambing? deyy.
Report ni kalau tak dipaksa ngadap, mahu bertangguh sampai tamat LI. jadi cerita dia
dekat sini, aku bersekang mata lah siapkan draf awal tu. lecturer datang pantau
draf awal sampai bab tiga then buku jurnal refleksi harian yang besar gila bapak tu hah
geramnya kenapa besar sangat hah?
Maka bermula dari bab satu then bab dua ok sikit lagi dan yeayyy 4:58am aku dah
siapkan hingga bab tiga! Ya Allah lega gila bak hang hak tuih rasa. sebelum ni, aku
just buat penghargaan, isi kandungan bla bla bla tu je. jadi malam tadi aku paksa diri.
mata jangan cakap lah macam lepas telan ubat tidur rasanya. mengantuk tahan diri
ni rasa dia lain macam je woi.
INI PADAHNYA!
So aku pun macam yayy yayy lepas ni tak payah risau dah. nanti sambung bab empat
pulak. lecturer yang pantau aku tu lecturer lelaki. sempoi gila.
Saat bersama keluarga adalah saat yang paling aku tunggu. nak tunggu keluar sama-sama
tu macam tunggu nak dapat kerja. hah gitu.
Jadi bila kesempatan tu datang bergolek depan mata, cepat-cepat aku kaut.
walaupun nak paksa umi keluar macam nak paksa baby merangkak. ehhhh?
Pendek kata. ehhh tu pendek yang kata hahah lawak hambar apakah engko ni? sekarang
macam jarang sangat spent time bersamamuuuuu. sorang anak dekat Ipoh. sorang lagi
duduk rumah sewa ceruk hutan sana. maka abah dan umi je tinggal berdua dekat rumah.
Rasa macam anak derhaka pulak hahaha. sebab tu aku ni jenis anak yang balik tiap minggu
kerumah. setiap minggu yang aku balik tu umi hadiahkan dengan pinggan mangkuk yang
tak berbasuh satu sinki. kain yang tak berjemur dan tak berbasuh. wow bahagia gila rasa!
Kadang aku bukan nak balik sangat setiap minggu. aku decide nak balik setiap dua minggu.
jadi kerinduan itu terperam juga sedikit sebanyak. tapi setiap hari khamis hati aku mesti
dah ada dekat rumah sebab jumaat abah ambil dekat rumah sewa. so salah aku ke?
Weekend lah aku boleh kemas rumah, medicure umi abah. rasa macam tak sampai
hati tak balik rumah every weekend sebab aku mesti terbayang suasana rumah yang
tunggang langgang hahaha. umi balik kerja penat mana sempat nak decorate rumah cisss.
Untuk entah keberapa kalinya aku puji abah dalam maya, abah seorang ayah dan
suami yang baik dan superb serta kelakar. banyak benda sifat abah turun dekat aku
hahah. part kelakar tu memang turun dekat aku sungguh.
Sekarang berat pun sama. aku 60kg, abah pun 60kg. abah cakap aku kurus tapi
apehal 60kg? berat tulang lah tu. aku sekarang punya lah kuat makan. dan benda tu
tempias dekat abah sekali. abah pun macam ada bela something dalam badan. kahkah.
The best thing. abah tak merokok. so keluarga aku memang hidup dalam keadaan
yang sihat dan tak berpenyakit. lagi satu abah ni cepat marah dan cepat sejuk semula.
serius macam aku! bapak borek, anak rintik betul.
So one day, aku nak paling kurang pun dapat suami macam abah. tapi kalau exactly
macam abah pun ok gak.
"Kahwin dah 23 tahun, tapi rasa macam baru semalam je kahwin."-umi
Aku harap jalan hidup aku sama dengan jalan hidup umi abah. dulu bercinta gak tapi
tak sampai leka. bercinta gak tapi tak pernah jumpa. bercinta gak tapi just pos surat
je. sangat old school kan? sudahnya, bahagia sampai sekarang.
Dulu pos surat tanya tengah buat apa je pun tapi nak tunggu balas surat tu sampai
seminggu.
Aku pun macam,
"Bestnya miiiii. mesti comel je kan. kenapa lah tak simpan surat surat tu?
sentimental value tahu."
Now. aku tengah beristiqamah nak jadi macam umi. inshaAllah.
"Bercinta kehulur kehilir sebelum nikah ni memang best. memang seronok kelek
gi situ gi sini. tapi andai kata nanti awak kahwin dengan orang yang
awak usung ke sana ke mari tu, nikmat lepas kahwin tu Allah kurangkan.
sebab tu ramai yang bergaduh lepas kahwin. baru dia tahu pasangan dia macam
ni macam tu. sebab sebelum kahwin pijak semut pun tak mati.."-umi
Allahu. nasihat tu memang aku lekat dalam otak dari dulu sampai sekarang. aku jarang
bercerita soal hati dengan umi. tapi umi yang asyik push aku sampai kadang aku
terkeluar cerita lama. umi pandai psycho anak anak dia.
Jadi bila balik rumah every weekend. aku rasa macam tak nak lepas umi. setiap inci
badan umi aku rasa nak cium ha-ha-ha. nampak tak aku tak cukup kasih sayang bila
duduk rumah sewa ceruk hutan sana?
Umi samapi rimas then keluarlah ayat berbunga macam ni,
"Umi bagi laki dekat awak satu nak?"-umi
Itu tanda umi dah fed up dengan aku ha-ha-ha. nak bagi aku diam guna pakai
statement tu mesti aku senyap dan aku terus cakap,
"Nak umi nakkkk!".
Aku rasa macam nak gegelak guling rasa. lepas tu umi pandang tak puas hati dekat aku.
umi dah lah ramai anak angkat yang handsome handsome. ouch.
"Gambar ni macam beratur nak tengok wayang je.."-abah
"Abah sorang je gelap. semua putih hahaha.."-akak
"Engko nak apa hah?" *dalam hati*-umi
Jadi sundate aku semalam walaupun setengah jam tapi macam berjam. bersama family
lagi seronok rasanya. huargh.
So semalam hari yang productive sangat. lama gila tak pergi pantai tu. dulu tak
ramai sunyi je. sekarang meriah gila pepetang. siap ada kuda lagi engko.
kedai-kedai pun banyak. ramai keluarga datang main layang-layang lepastu angin sejuk
gila.
Duduk mengadap pantai. Ya Allah tenangnya rasa. segala kerja dekat office,
masalah semua aku baling tepi. indahnya bersama family. demi Allah best!
Last but not least.
Deyyyyy girlfriend. I love you to the moon and back. muah muah.
Assalamualaikum.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment