Part 10: Another seven weeks (LI)




Dari kiri aku. yana dan kak Aisyah. kami sedang berbincang macam mana kuda boleh terbang
lalu tersadai atas pokok. ehh seronok nau aku gelak sampai mata sepet.

Padahal aku tongkat lutut je tu. boleh nampak lagi separuh muka. conpius aku--

Assalamualaikum. alhamdulillah another seven weeks to go. aku tak tahu nak rasa apa
sekarang. tapi rasa aku lebih kepada sayangnya nak tinggal ofis yang banyak ukir
kenangan manis pahit. tapi bagi aku banyak kenangan manis.

Pahit pun sebab kena marah je pun. kata jiwa kental. apadehal. dan aku boleh kira
dengan jari je berapa kali aku kena marah sebab hal remeh. bagi aku tak perlu kot
sampai nak masuk ke hati. tak.

Engko kena bersyukur kalau engko dapat ofismates yang baik dan sporting. sebab aku
rasa practical student sekarang dekat luar sana ramai derita dan stress dapat
staff yang kaki gosip dan mengumpat tak habis. macam dah jadi budaya.

Bila dah practical. satu benda engko kena terima hakikat--

Buang rasa sensitif. sebab dekat sini tempat engko nak belajar. kena marah sebab
benda yang remeh pun engko kena terima. dekat sini tak ada masa nak terasa hati
bagai sebab tak ada siapa pun nak dulik perasan engko. tahu?

Jiwa kena kental. since engko kena masuk ke alam suasana pekerjaan ni. tiada istilah
merajuk ke apa. benci kena marah then tak nak buat kerja. woi engko datang sini
nak belajar ke nak tunjuk perasaan? perangai kebudakan mohon tinggal dekat rumah
semua ye.

Aku ada je kena marah dengan guider aku. bagi aku kena marah tu normal sangat lah.
sebab kena marah lah, engko akan cepat belajar sesuatu benda tu. serious talk.

Bila umur dah cecah 20 tahun ni. dah banyak benda aku lalu buat aku jadi lagi matang.

Aku kena marah. ada je aku sentap. ada je rasa nak menangis. ada je rasa air muka
jatuh bila kena marah pula depan rakan sepraktikal yang lain. engko rasa? tapi tak ada
pula aku nak tweet dekat twitter. post dekat facebook segala. tak ada.

Aku rasa itu tak memalukan walaupun kena tegur macam buat salah besar ya rabbi.
salah susun fail ikut abjad? perlu ke sampai nak tweet pebenda? be matured.

Bagi aku. itu memang totally salah aku. aku buat sambil lewa. kalau tak ada yang tegur
aku maybe next time aku akan menyambil lewa lagi. so bila ditegur ni, lain hari aku akan
lebih alert. 

Siapa tak pedih bila kena marah or tegur secara sinis. pedih tu memang pedih. tapi
engko kena fikir semula. sebab apa kena marah? ada ke orang saje saje tak ada kerja
nak marah engko? fikir.

Kalau kena tegur sebab aku salah buat yang memang dalam bidang aku memang aku
rasa tebal muka. tapi biasanya aku kena marah sebab tak pandai guna mesin fotostat.
sebab salah susun fail. sebab tak kreatif waktu susun resit-resit syarikat klien.
luar bidang kan? ha-ha-ha pity me.

Jadi dari situ aku cuba adapt. aku tak sangka pulak dalam susun resit pun kena ada
kreatif semua tu. 

Nak tweet dan bagitahu satu dunia yang engko kena marah dengan si polan bin si polan
ni pun tak bagus juga sebenarnya. nanti orang nampak engko yang buruk bukan
si polan tu. 

"Keperibadian dan cara awak melambangkan siapa diri awak".-umi

Bila cakap pasal buruk ni memang seronok. dulu aku pun seronok gak rasa dapat
burukkan orang. tapi bila engko dah masuk zaman dewasa engko akan rasa benda tu
sia-sia. bila kita burukkan orang, orang lain yang akan nampak buruk kite. roda kan?

Dah aku nak sambung kerja. assalamualaikum.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)