PART 1: To Sarawak kami terbang.




Assalamualaikum.

14032014-16032014

Gambar diatas menunjukkan gambar original dari atas awan ya. bukan gambar yang
dicuri dari poket seluar encik google. alhamdulillah aku dan family selamat tiba
di Kuching dan pulang ke semenanjung dengan selamatnya. 

engko ingat aku tak debo ke? sepanjang atas awan aku fikir bermacam consequence.
tahu?

Apa yang best dan menarik. wedding dan holiday ini disertakan bersama keluarga besar
aku. semua sepupu sepapat dua pupu dan kupu kupu aaaa semua lah tak terkira
ramainya. aku tak tahu dah mana sepupu mana dua pupu aku.

Dari Shah Alam seksyen 17 ke LCCT. ambil masa dalam sejam aku rasa. lama sungguh.


Waktu ni dah tunggu dekat LCC Terminal KLIA. aku pi hari jumaat so biasa lah
KL kalau hari jumaat mesti jem punya. flight jam 1700 pm. so better keluar awal
dan tunggu sana daripada tertinggal flight lagi teruk. so dah start tunggu dekat airport
tu jam 1100 am. engko agak tak lama kan lima jam tunggu tu? panas pungkuk woi
lepas bangun duduk bangun pi makan nasi ayam dekat Taste of Asia yang mahal
gila nak mampuih woi gila apa tiga pinggan je pun sampai 40++ cekik darah dasar
drakula lepastu lapar lagi pi cari burger mcdonald. nampak tak permainan dia? kahkah.

Mcdonald dekat airport dua kali ganda dia charge kot dari tempat biasa.

Jam 0415 pm. dah boleh check in boarding pass imigresen semua tu. ketatnya dia punya
rules. besi cecair semua tak boleh bawa. kebetulan waktu tu aku pakai tali pinggang
besi kemain bersusah payah aku nak pi cabut waktu check dekat imigresen tu.
handphone semua harta benda kena letak satu bekas dia. padahal perfume tak boleh
bawa masuk tapi disebabkan aku bukan letak dalam cost luggage so dalam bagages
ok boleh kot? dia tak tahan pun. kah.

Dah lepas imigresen nak pakai ke tali pinggang tu bergegas pula ke toilet takut seluar
terlucut apa semua. ha-ha-ha so funny. ni baru flight dalam Malaysia. kalau flight
domestik aku tak tahu lah macam mana cerita dia.

Check in kena 45 minutes awal sebelum depart. so check imigresen tu tak sampai pun
lima minit kena tunggu depan pintu gate dia lama gak lah. setengah jam sebelum depart
dah boleh masuk plane. mana tak setengah jam nya, nak berjalan tuju ke plane yang
kita nak pi naik tu ambil masa dalam 15 minit kot? jauh boleh tahan dengan back pack
lagi beg sandang aku galas. serius tak rasa pun nak tercabut bahu ni.


Nak lepas ke boarding pass tu berapa kali check ic. habis lunyai ic aku. tak tahu lah
dia ragu ke tak sebab ic aku masih yang lama waktu darjah enam dulu. belum dan
tiada kesempatan nak tangkap gambar baru yang lebih comel. kihkih.

Boarding pass yang terakhir sebelum naik flight tu ada steward yang jaga. pergh
tinggi dan handsome nya tak boleh dipertikaikan lagi. ha-ha-ha BAPAK KACAK ENGKO EN!

Then naik je flight ada stewardess yang jadi penyambut tetamu, 

"Selamat petang"

Aku rasa dia penat gak lah kot kalau 100++ masuk satu flight tu nak cakap 
selamat petang dekat semorang. woi tak penat ke kak stewardess yang tinggi lampai
lagi tinggi dari saya yang tinggi ni? kahkah.

Disebabkan family aku dengan sepupu sepapat yang agak ramai tu haa tu pun ada
flight pagi dengan tengahari tapi still lagi ramai. nasib baik aaa seat semua dekat dekat je.
aku dapat seat yang betul betul dekat sayap punya. bahagian tengah kiteorang yang
konker. ya Allah seronok tak terkata bak hang. 

Lagi seronok bila tengok steward yang handsome dan stewardess yang tinggi lampai
guide macam mana nak guna emergency tools tu semua. punya lah dorang expert
just straight pandang depan aku tengok dah macam robot cara dorang guide. 
complicated gak aku rasa. kalau tetiba emergency tu aku tak ingat dah nak pasang
yang mana yang macam mana. kalau dah boleh ambil video tu, dah lama aku ambil.
kemain kacak woi tinggi nya woi. alahai.


Kira waktu dah stabil atas awan ni steward dan stewardess mula buat announce
nak jaja makanan. tapi bukan macam jaja tepi jalan tu. engko ni pun lah.

Aku rasa flight Air Asia ni waktu nak berlepas tu rasa macam naik lift pun ada.
then bila dah sampai atas berdengung dia boleh menusuk di kalbu engko tahu.

Padahal dekat airport tadi dah makan nasi ayam yang cekik darah dasar drakula
tu 40++. then dalam flight umi offer nak makan apa-apa tak. bila umi dah offer,
aku dengan akak buka lah menu dia. pergh air semua RM6++. nasi tomato nasi lemak
RM12++. bukan lapar sangat, saje nak ngetes dap ke tak. kihkih.

Umi pun order sebab umi duduk seat tepi hujung. umi order nasi tomato 4, air
mineral 3, milo 3 in 1 panas. total up RM61++. aku pun macam haha its normal lah
bila dalam flight. dorang pi belakang cakap makcik kayo makcik kayo! kahkah aku gurau.

Nasi tomato ayam percik. not bad lah. sedap pun sedap. even sikit tak macam dalam
menu dia hah tapi berbaloi lah. makan pun puas sebab saje mengada nak rasa.

Umi pun cakap dengan muka selamba sambil bayar dekat stewardess tu,

"Alah bukan selalu pun.."

Sebelum sampai ke Kuching dah habis dalam RM100++. kemain nau engko makan en.
hahaha.


Aku sempat gak tidur dalam flight tu. tapi bila dah atas awan tu dengung dia makin
kedalam sangat sampai aku terjaga sendiri. telan air liuq then ok lepastu jadi semula.
bila dah stabil atas awan tu rasa aaaa besarnya keajaiban Allah. nampak awan
seketul-seketul. rasa kecil betul diri sendiri.

1 hour and 45 minutes. finally safely arrived at Kuching International Airport (KCH).
tenang je airport dorang. kalau dekat semenanjung kemain lagi bising huha huha.

Jam 1903 pm dah sampai so tunggu sepupu aku yang stay Kuching tu datang ambil.
gerak pi Kota Samarahan dari airport pergh nak dekat sejam lebih gak lah. tak jauh
mana cuma round board yang bersepah. fuh.

Ini baru cerita sampai Kuching. next part aku cerita pasal bandar Kuching pula. aku salah
timing updated waktu malam then esok kerja. so terpaksa buat part by part. sebab aku rasa
cerita ni banyak pages. lahai.

Selamat malam dunia. part seterusnya akan diupdate. assalamualaikum.
hai AA. tetiba saya terindu awak. perasaan oh perasaan.




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)