Cerita Labbit dan SPM :)
Saya ada labbit ! Saya ada labbit ! Saya ada labittttttttttttt ! Emmmmmuuuahhhhh dekat labbit :) #tetiba
Tapi tapi bukan saya punya kot. Kot lah kan. Haha. Tapi tapi kakak saya yang cun tu punyaaaa hah.
Okay. Tapi saya nak jugak ! Saya suka tengok aje labbit ni tapi tak suka kasi binatang ni makan or
whatever. Haha. Eeee bagusnya. Okay. Saya takut nak pegang ini labbit sebab mereka suka sangat
lompat-lompat. Aduh. Saya suka TOUCH N GO! aje. Tu pun bila saya touch-touch pun mereka macam
errrr pandang tak puas hati aje dekat saya tau. Haha seram sejuk dibuatnya. Takut mereka gigit lee.
Dulu masa ada dekat rumah, Eeeewwww kecik-kecik aje dua ekor ni. Sadis aje muka seko-seko.
Tapi bila dah dialihkan ke tempat kerja umi, Ya Allah sihat beno badan. Hah gemuk gedabak dah semua kan !
Dah tiap-tiap hari kasi makan carrot susu aje, mana hang dua ekor tak gemuk macamtu.
Tapi ada seko tu, kaki dia macam sakit kot. Terkehel. Haha. Senget sebelah. Nak jalan macam
orang tempang aje tau. #Okay aku gelak sorang-sorang kot masa tengok tu. Weheee. Chill labbittttt !
Tabahkan hatimu. #Haha tetiba. Lepastu lepastu semalam dan hari ni saya pergi jenguk dia dekat
tempat kerja umi. Usap-usap bulu dia. Lembut parak. Jelesious tahu tak labbitttku sekalian.
Bulu awak orang cantik errgghhhh ! Masa usap-usap tu, dia macam nak lari aje. Ish agak-agak ah kan.
Baru dua bulan plus plus tak jumpa dah sombong segala. Dah buat-buat macam tak kenal. Tumbuk nak? Hee
Nama mereka? Aku pun taktahu. Sebab asyek tukar-tukar aje. Jantan dan Betina tau. JANTINA ! Haha.
Saya rasa dari tahun lepas dah wujud mereka ni dirumah saya, tapi kan tapi kan tapi kannnnnnnnnn......
KENAPA-SI-BETINA-ITU-TIDAK-TERBERANAK-BERANAK-LAGI-NI-HAH? LOL! Hahaha.
Dari dulu asyek dua ekor ni aje lah. Kawan saya ada labbit jugak. Tapi labbit dia subur sangat.
Bapak banyak errrr labbit dia ada. So saya jeles lah kenapa labbit belaan saya ni tidak mempunyai anak?
Tidak suburkah mereka? Okay dah melalut merapu :) Nak jugak tengok anak-anak labbit yang kecik-kecik.
#Haih tolong lah jangan kasi aku kempunan hoi. Hahaha. Eeeee, tak suka betul lah ! #Haha konon ;)
Nevermind lah kan. Maybe takde rezeki lagi. Okay dah. Saya sayang labbit-labbit belaan kakak saya. Emmuah!
Now. Nak cakap pasal SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. (SPM)
Okay jadual semua sudah siap. Kfine tetiba rasa cuak sangat kot. Berdebar! Ecehhhh :)
Kenapa keluarkan jadual awal sangat ni hah? Saje lettewww kasi orang cuak segala.
14NOV-14DIS. Kau bertarung lah masa tu habis-habisan Ain woi. Jadual ni memang FINAL!
Betul-betul selepas Hari Raya Aidiladha. Just 16hari aje. Relax sudah. Haha.
Masa SPM ni banyak skip/cuti am sebab banyak yang jatuh pada hari Ahad kot.
Sepatutnya SEBULAN tapi bila ditolak-tolak tinggal 16HARI aje. Okay best !
Alhamdulillah. Rasa nak 'merdeka awal' tahun ni macam dapat aje sebab Paper Akaun
ditengah-tengah. Tak macam tahun lepas, Paper Akaun lah yang last sekali. Gasak ah nak merdeka awal !
Tapi saya tetap bersyukur lepas menggodam-godam jadual SPM tu tadi dan cari-cari tarikh 27NOVEMBER
Yeppiiiii! Saya takde sebarang paper kot hari tu. Semua takde sebab cuti am. Yesss! Yesss!
Sebab apa saya happy sangat ni? Sebab pada tarikh tu kakak saya yang cun melecun awww comel itu
nak daftar di POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH, PERAK. Haha jauh tu kot. Kalau saya ada paper hari tu,
tak ke saya kena stay sorang dekat rumah atas alasan saya tengah SPM ketika itu. Menangis lah saya disitu.
Huwaaaa tak rela dan tak sanggup kot! Hahaha. Saya penakut. Dannnnn tak akan!
Alhamdulillah dapat jugak saya join mereka nanti. Tak pernah pergi Perak. Haha. #Okay jakun sebentar.
Selepas daripada tarikh itu, saya jadi anak tunggal perempuan lee! Umi ada dua orang anak aje lah nanti.
Shukewwwwwwwwnya! Pulak masa tu saya dah Freedom from SPM, memang errmm taknak cakap RAHSIA!:)
Okay. Sapa-sapa nak tengok jadual itu, klik sini > JADUAL WAKTU SPM 2011
Okay dah. Malam ni dah menanam azam untuk siapkan segala jenis bahan masa cuti yang
cikgu kasi. Terimakasih cikgu sebab tak lupa untuk kasi saya ole-ole masa cuti ni. Ni sayang ni dekat cikgu!
Alooo sikit je punnn. This best broooo best broooo. Haha. Sayangnya saya dekat dia. Kbai. Muah semua <3
Lupa nak cakap. Gudluck untuk rakan seperjuangan saya yang sama-sama amik SPM okay! Kbai :)
Tak sabar nak menunggu detik-detik SPM dan Yessss selepas itu SAYA BUKAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH LAGI.
Seketul jerawat sedang giat tumbuh di pipi. Ohhhhhsemmm !
0 orang manusia cantik:
Post a Comment