ENTRY BERCAMPUR BAUR :)


Okay. Cuti tinggal dua hari lagi. Trial SPM tinggal Tiga bulan lagi. SPM tinggal lagi Lima bulan.
Okay sekejap aje masa berlalu. Macam tak rasa. Sumpah Ya Allah tahun ni macam tak rasa aje
masa berjalan. Berjalan ek? Kfine. Haha. Okay. Aku nak bagitawu nie. Dengar ek. Aku duduk
rumah dua minggu ni kan ni kan, aku makan tido makan tido aje. Lepas makan tido lepas tido makan 
pulak. Sampai-sampai ada orang jeles. Dia cakap macamni hah, "Awak makan banyak-banyak pun,
tak gemuk-gemuk jugak. Bela ek dalam badan?" Haha. Aku kesah apa. Asalkan perut aku kenyang sudah.
Metabolisme dalam badan tinggi orang tu cakap. Wehee. Okay. Haritu aku ada tengok satu baju ni
cun gila. Ada satu skirt labuh memang hensem gila. Aku teringin nak mampus lah kan bila dah
terpandang tu. Cantik doo! Then masa tu takde duit. Yelah. Aku belajar lagi, manada duit nak beli belah
bagai ikut nafsu aku semata-mata. Even aku simpan tiap-tiap hari pun, still tak melekatnya duit tu.
So aku dah ada sasaran. Aku nak jugak beli menda alah tu. Tu dulu berbulan-bulan yang lepas.
Dan sekarang duit aku dah cukup nak beli semua tu. #Haih nafsu-nafsu kenapa kau goda aku sampai
macamni sekali hah? Haha. Dan nanti nak ajak umi borong benda-benda yang aku idamkan tu.
Umi cakap, "Dapat duit, lepastu nak buang duit pulak." Okay umi. Bukan selalu pun kan kan kan.
Bila ada duit aje nak boros-boros sikit kot. Chill lah umi ! Okay saje nak gebang. Esok saya nak pergi
Gambang Waterpark! Okay saya riak. Padahal dah dua tahun kot waterpark tu bukak, hehe tapi 
sekarang baru kau nak pergi? Apa barang hoi. Haha. Lantak lee. Okay tak sabar! Sebab abah nak belanja.
So tak payah bawak duit lee. Harap-harap berjalan dengan lancar lah hendaknya. Aminnnnn ! :)




Okay ni cerita lain pulak. Seriously, dulu aku ada benci dekat budak ni. Tapi tahap kebencian tu
takde lah teruk mana sangat pun. Sebab aku selalu pegang kata-kata ni.
"Jangan benci sangat, nanti lama-lama sayangggg". Haha. Jakgi mula susah nak lupa pulak :)
So benci aku tu ala kadar aje lah. Perangai dia menyakitkan hati. Selalu buat aku emo dengan dia.
Nasib baik aku tak melayan. Tapi dalam diam aku mula benci dia. Aku tak tunjuk.
Aku tak suka tunjuk perasaan aku dekat orang lain. Senyap-senyap sudah. Depan dia aku buat
macam aku suka dia. Haha Hipokrit tak hipokrit tak? Hipokrit ken ! Tapi bila aku mula berpura-pura
macamtu, aku rasa macam geram aje tengok muka dia. Ya Allah jahatnya aku.
Bila senyum aje macam tak ikhlas kot. Pernah try test tak senyuman tak ikhlas? Hudoh kan?
Hudoh sangat ! Tambah-tambah orang tu dah sedia hudoh macam aku ni, lagi hudoh. Hahaha.
Lepastu lepastu, lama lama kan tiba tiba kan kan ada feeling berbunga bunga lah pulak ni.
Aiyakk. Tu lah dulu benci sangat. Jangan benci sangat dekat lelaki nanti makan diri susah.
Aduhai. Kenapa dengan orang macamtu aku boleh 'tersuka' ni? Musykil. Macam aku cakap dulu.
Aku ni memang cepat beno nak 'terlike terlike' dekat orang ni. Mudah nak SUKA tapi susah nak SAYANG.
Jadi sekarang aku rasa macam aku jeles bila dia tak tegur aku dan tegur orang lain aku rasa
macam aku tak wuud lah pulak kan alahai. #Okay satu nafas aje aku menaip. Hahaha.
Tapi nasib baik aku dapat bendung perasaan ni daripada terus berleluasa.
Tapi sekarang aku makan dalam sangat tawu. Ishhhhhhh, meraung dalam hati aje lah.
Tapi kalau ikutkan. Simpang malaikat empatpulohempat aku taknak dekat dia. Mintak sisih lee jauh juah!
Hahaha. "Jangan benci sangat, nanti lama lama sayangggg"
"Jangan sayang sangat, nanti lama lama benciiiii". Okay setakat ni orang yang aku sayang macam
nak gila, aku tak benci lagi. Alhamdulillah. #Ahhh tak mungkin aku benci budak itu.


Okay ni untuk budak yang tak mengenang budi sangat tu. Eh budak, Kau jangan nak copycat
sangat lah ayat-ayat dalam blog aku ni. Aku tahu kau suka tiru ayat aku sebab bila aku bukak
blog cap ayam kau tu aku tengok ayat kau sejibik macam ayat aku. Kau tahu aku rasa apa?
Aku rasa macam nak hentak kepala kau dekat dinding. #Alahai kejamnya.
Dasar copycat betul lah kan kau ni budak. Sedap-sedap aku reka ayat, kau nak ciplak pulak.
Kau dah takde ayat sendiri? Takde pendirian betul lah kau ni. Biarlah satu dua ayat pun kau nak tiru,
aku tetap rasa geram sangat dekat kau. Dan satu lagi. Aku dah cukup baik tolong kau.
Lepastu sedap-sedap aje kau cakap orang lain yang tolong kau. Eeee kau ni memang ah !
Nasib baik kau bawah umur dan junior. Kalau tak memang aku sound aje. Tak kira.
Terasa? Yesss!Memang tuju dekat awak pun. Kalau rasa bukan awak, jangan terasa ya.
Saya cuma nak buat orang yang copycat saya punya ayat tu makan dalam sikit. Serve you right! Kbai.


TIRU LAH AYAT DALAM BLOG AKU NI LAGI. JANGAN SAMPAI AKU TAK BERTEGUR DENGAN KAU SUDAH LAH YE ADIK DAN JANGAN BAGI AKU BENCI KAU SUDAH YA. SEKADAR MENGINGATI :)



Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)