Hari Koperasi Sekolah 2011
Assalamualaikum. Saya memang suka update tengah-tengah malam. #Okay tetiba
Tadi Hari Koperasi syok gila. Best broooooooooooo! Makan sampai buncit whoah. Haha.
Dah banyak sangat sumbat, mata pun mengantuk. Banyak gerai tadi. Orang luar pun ada
yang berniaga dekat kantin ni. Memang meriah lah. Macam pasar malam pun adooo!
Tak macam tahun lepas, rasa hambar aje. #Cetttttt, kononnya. Haha. Dekat dewan terbuka
pun ada jugak. Macam-macam jual. Eskem, novel lah, selendang lah, tudung lah.
Haih jadi gian tengok semua tu. Hehe. Plus, ada pameran bebudak MPV, Grafik Berkomputer.
Pehhhh best pulak jadi budak berseni macam bebudak tu. Tapi saya pemalas, tak boleh
jadi budak berseni. Hancurrrr! Haha. Prinsip Akaun tetap dihati. Muahhhh! #Lari topik hahaha
Cakap aje nak makan banyak-banyak tapi baru makan sikit dah rasa macam nak terbluerkkkkk.
Tapi seronok tengok bebudak ni berniaga. Bising gila. Cikgu pun bising jugak. Best sangat
best sangat best sangat. Tahun ni je dapat rasa semua ni, tahun depan dah tak dapek dah derrrr.
InsyaAllah kalau tak jadi pelajar form six. Alahai, taknak lah. GGGRRRRR.
Tadi sebelum dapat beli semua ni, dengar perutusan taklimat dan sebagainya dalam dewan.
Aduh panas pungkuk woi duduk lama-lama. Haha. Semua resah gelisah dah. Pukul 9 selesai semua
tu, semua pergi serbu dewan terbuka dulu. Macam semut api hah. Ramai kemain. :)
Budak kebulur. Nasi + ayam pedas keryah jual sedap gila bapak woo!
Sampai menjilat polisterin dooo. Haha. Pedas nak mampuih
Di kantin. Masa ni dah makin surut, lemas gua berlanggar sana
sini dengan berlainan jantina. Erk? Haih.
Kantin sekolah saya yang cantik lagi lagi bersih.
Ada ke patut budak tu kata kantin sekolah saya kotor,
haih cermin dulu lah kantin sekolah awak tu bersih ke tak.
Opsssss! Gelap. Hehe. Keryah si penjual nasi.
Dila yang omeyyyyy si penjual kek coklat moist.
Syamim and Aliff otak gila terlampau sangat.
Lawak dorang memang bodoh. Masa ni dorang tengah
duduk dekat gerai keryah. Paksa-paksa orang beli.
Aku duduk dekat sebelah sakit perut ketawa.
Paksa budak-budak junior, takut lee bebudak tu. Gaya cakap pun
dah buat urat saraf aku menggeliat. Hahaha. #metaforanya ayat gua
Pameran Grafik di dewan terbuka. Jeles dooo sebab dorang
pandai buat semua ni. Haih.
Tak lengkap rasanya kalau ada aktivit sebegini kalau tak buat
kerja gila macamni. Choyyyy betul.
Tak matured langsung lah akak-akak form five gini gaya. Hahaha.
Menuju ke destinasi. #Gua angkat tangan tanda penat. hehe
-________-
Dorang comel. BFF muahh muahhhh!
Harini koya form six lah kononnya pakai kasut hitam bagai.
Yang penting saya macam dah gemuk. Eeeeeeiiiiiii.
Hek eleh, kecoh pehal? Saya comel banyak, dia comel sikit. Hahaha.
Baju sama sikit nak amik gambar segala. Kecoh gila
minah empat orang ni. :)
Saya candidkan Ini. Dorang tak perasan kot.
Yang ni taktahu apa punca dia. Tak cukup makan gamaknya. Hahaha.
Tunggu turn nak lompat pagar. Yeah ! Ada hati konon nak lompat pagar.
Nak lompat pun tak sampai. Koyak seluar, padan muka. Wehee :p
Lastly, pukul satu lebih sikit kena berkumpul semula dekat dewan multaqa
untuk penyampaian hadiah untuk acara yang dipertandingkan.
Macam-macam acara ada. Ada futsal, ada pertandingan memasak murid dan guru,
ada pertandingan petanque, ada pertandingan gubahan bunga apa kebenda ntah,
ada pertandingan kompang, ada pertandingan sajak, ada pertandingan nasyid.
Macam-macam ah. Sumpah meriah gila doooooo! Dalam pukul 2 suku bersurai.
Gua tak balik pun lagi lepak dengan Fatin dekat dewan terbuka.
Borak-borak sambil angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Huhhhhh mata mengantuk masa tu.
Ada je niat nak baring dekat situ. Tapi tapi, ingat ni sekolah lah Ain.
Balik rumah terus terpungkang. Opppsssss! K cukup untuk harini. Eh eh sabtu ni ada
larian 1 Malaysia kan? Haritu rasa macam taknak pergi aje, tapi bila cikgu beri taklimat
untuk hari sabtu ni terus semangat nak pergi. Alaaa, jalan pun boleh. Bukan merentas desa
ke hape. Takdenya nak tengok menang ke kalah. Tapi yang tak boleh blah nya,
pendaftaran start pukul 6.30-7.00 PAGI. Agak-agak gelap lagi tak masa tu?
Gua pergi sekolah pagi-pagi pukul 7 pun gelap lagi, ni kan pulak 6.30 pagi? Hari sabtu pulak tu,
habis waktu tido aku. Musnah. Haha. Wajib datang. Sebab nanti akan ada sekolah ganti
tapi taktahu lagi bila. Nanti akan ditetapkan. Tu yang gua nak dengar. Hehe :)
Hari Jumaat ada hari pelaporan. Sign report card. Dah cakap dah dekat umi, tapi
umi tak boleh datang. So, saya pun malas datang lah sekolah jumaat ni.
Sebab sapa-sapa mak bapak yang datang hari pelaporan tu, boleh balik sama dengan
mak bapak dorang. Bestnya. Dan comfirm-comfirm gua yang antaranya kena balik
lewat. Heh. Takmoh, takmoh. Tak belaja kan, baik tak payah datang. Minggu depan gua
tak pergi sekolah 3 hari sebab pergi Perak, satu kelas dah kecoh bagai. Malunya! Hahaha :)
0 orang manusia cantik:
Post a Comment