Rushing
Assalamualaikum semua semua! Entry nak cepat. Update curi-curi. Tak berkat nanti.
Kata nak cari something tapi melencong sampai ke sini. Opsss! Sekejap aje ek umi. Wehee :)
Tadi dekat sekolah macam biasa. Ada cikgu tak masuk. Ada cikgu meeting apa lah.
Tapi best apa cikgu tak masuk terus, pehh syok apa buat gila dalam kelas. #Okay tetiba.
Nak cerita pasal cikgu JK (Jiwa Kacau) kesayangan budak 5Syumul. #Sayang ke? Euuwww!
Cikgu Akaun saya ni tau. Lepas waktu rehat masa dia. Dia tanya sapa lagi yang tak hantar
kerja kursus Akaun yang draf aje atas ketas untuk disemak. Then, ada tiga hamba Allah ni mengaku
mereka tak hantar. Haih. Dengan cikgu macamtu pun, nak main gila tak siapkan kerja yang dia suruh buat.
Memang cari nahas lah budak-budak tu. Aku pun takut weyyyy! Lagi-lagi kalau cikgu JK tu mood dia
tak berapa nak elok sangat, habis lee. Puteri, Aliff, Syamim. Mereka yang tak hantar tu.
Berdiri dekat depan. Ingatkan cikgu nak buat hape. Cikgu marah-marah ah. Yang lain ni semua
tahan aje ketawa. Semua tunduk tahan gelak. Aliff dengan Syamim ni gila sikit. Cakap
ikut sedap mulut. Tak ada point langsung. Haih. Haha. Cikgu kasi pilihan dekat hamba Allah tiga orang
ni samada nak cium papan putih ataupun cakap dekat papan belakang "Saya akan menyiapkan
kerja kursus pada hari Jumaat ini". Jadi, semestinya pilih cakap dekat belakang. Cikgu bersungguh
buat bulatan suruh mereka cium. Hahaha. Mula-mula Aliff dulu cakap. Kena ulang 5kali.
Yang sorang ni biasalah otak kurang cerdik, cakap pun kurang cerdik lee kan. Cikgu dah ulang
berapa kali dah kot, still bengap suruh cikgu ulang sama dengan dia. Yang lain ni sampai
terbahak-bahak kot ketawa. Sakit perut gua ketawa. Waklu ! Then aku taktahu kenapa cikgu ni
selalu tak puas hati dengan Fatin, member sebelah aku ni dia tegur sebab nampak si Fatin ni ketawa
bagai nak rak. "Hah Fatin, jangan ketawa sangat. Nanti saya suruh kamu yang ganti tempat si Aliff ni".
Pehhhh! Semua cover balik ketawa. Tak menahan betul. Lepastu lepastu Syamim pulak.
Yang ni taktahu nak cakap hape. Ni lagi kurang cerdik kuasa dua. Elok lah sangat geng dengan Aliff tu.
Cikgu cakap sekali, dia jawab sekali. Lepastu tak ingat dah. Then suruh cikgu ulang semula.
Ya Allah, tak tahan betul lee berhadapan dengan budak macamni. Sampai satu masa, semua dah cover
sangat lah kononnya ketawa tu, tetiba sorang ketawa macam nak mati semua ketawa jugak. Hahaha.
Lepastu Puteri. Tak best sangat. Dua orang tu aje lah yang buat urat pancreas aku nak tercabut.
Choyyyy betul. Hah satu lagi. Masa dah habis waktu Akaun tu, masa nak terima kasih terima kasih tulah,
dia ada cakap dengan budak laki dekat depan. Tak dengar dan tak perasan. Tapi tuju dekat si Fatin ni lah.
Lepastu semua ketawa lagi. Kiteorang terpinga-pinga lagi apa benda dorang ketawakan.
Lepas daripada tu, tanya balik dekat Apih. Apa yang cikgu cakap tadi tu? Dia cakap,
"Cikgu cakap tadi, Fatin tu dah lah pakai spek mata besar. Hidung besar. Macam profesar dah".
Bila dah dengar tu, kami pun ketawa macam nak pecah dinding kelas woo kecuali Fatin ah.
Dah ah cikgu memalukan dia. Marah je muka dia tadi, geram dekat cikgu lettewww! Macam tak paham
je perangai cikgu macamane kan kan kan? Fatin comel kot. Cikgu yang jeles.
Cikgu tu jeles sangat dengan Fatin. Selalu jadi mangsa kutukan. Hahaha. Relax lah kan!
Hehe. Nanti nak dekat SPM, ramai-ramai pergi serbu tempat cikgu dekat bilik guru mintak maaf.
Sekarang ni, mengumpat ah kaw-kaw dulu. #Ya Allah tak berkat aku belaja Akaun karang. Weee~
Wootwoot. Esok HARI KOPERASI SEKOLAH. Bestnya. Makan-makan aje tanpa mengadap buku esok.
Pehhhh lepas makan, makan then lepak. Snap-snap sekali. Nanti cerita okay.
Bila teringat pasal cikgu tu, aku tersenyum sendiri. Alahai cikgu cikgu, cikgu memang buat saya
sesak nafas lah sebab selalu ketawa. Rahang ni macam nak tercabut dah kot. Okay dah cukup cukup.
Esok dah lah ada ADDMATH, AKAUN, EKONOMI. Semua tak belaja. Syok doooooooooo! Haha.
Pandai cikgu pilih hari kan. Ngeh3. Esok no no no buku buku, hadap makanan aje lah sampai kembung.
Okay mengantuk sudah assalamualaikum bloggers sekalian muahhh muahhh LOL.
Ni lah si Fatin kawan saya yang cikgu selalu tak puas hati tu.
Muka punya lah comeyyyy. Putih lagi you! Body baik punyaaaaa! Haha.
#puji tak ikhlas. Muahahaha. Fatin nak coklat! Teman segelak gua :)
0 orang manusia cantik:
Post a Comment