Hai saya update ni :)
Hai assalamualaikum awak ! Ouch Linduuuuu macam nak mati dekat blog saya ni tau. Alahai.
Biasa lah budak nak SPM, mana boleh dekat-dekat dengan blog dah. Nanti nanti hemm malas nak cakap.
#Apalah aku merepek ni. Hehe. Okay this week sekolah saya sibuk dengan beberapa event yang
melibatkan VIP. Memang berturut-turut dari hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.
Saya tak ambik tahu pasal event tu sebab saya geram sangat sebab kan sebab hemmm sebab
CIKGU-TAK-BAGI-BUDAK-5SYUMUL-PERGI-JOIN-EVENT-TU-HAH. 5saksama buleh pulak.
5adil pun buleh. Kenapa 5Syumul kelas tercantik yang sentiasa memenangi anugerah kelas
terbersih ni tak dapat join tiga puluh dua kaki? Kenapa cikgu? Sepatutnya kami pun terlibat kot.
Tapi cikgu Addmath tak kasi pergi sebab nak mengajar tapi tapi tak masuk pun. Hemmmm :'(
Jadi ramai cikgu yang busy sangat sangat. Kami pun sangat sangat enjoyyyyyy ah duduk dalam
kelas tanpa cikgu. Berbual tak ingat dunia. Gelak tak ingat diri tu nak SPM.
Ahhhhhh. Pergi dewan dengar semua tu apa barang. Dorang yang pergi ke sana tu cakap bosan,
tak sedap, tak best, boring hemm macam-macam. Hah padan muka. Baik stay dalam kelas
sambil berborak. Haha langsung tak mendatangkan faedah kan. Nevermind. Apalah sangat join
event tu semua, tak kesah langsung. LOL. Sepatutnya memang budak nak SPM dah tak buleh
join dah program ni semua. Bukan budak SPM aje, budak PMR pun. Banyak pulak event tahun ni,
yang terlibat pulak budak form four. Macam haremmmmm! Tahun lepas aku form four takde pulak
event banyak macam nak mati macam ni. Tahun ni pulak banyak. Saje je kannn. Hemmmm.
#Membebel sorang-sorang :)
So, cikgu ramai yang tak masuk kelas. Ada yang meeting, ada yang terlibat dengan event didewan
dan dan ada yang saje taknak masuk kelas. Ada erk? Okay tipu. Memang kalau event-event yang
melibatkan PPD semua tu mesti sekolah saya yang akan menjadi sasaran. Sebab apa?
Sebab dewan sekolah saya besar. Dah tu sekolah lain kecik-kecik ke? Hahaha.
Kadang-kadang terpikir jugak macamtu. "Kenapa asyek dewan sekolah ni aje yang terlibat dengan
event-event ni, dewan sekolah lain tak besar ke?" #Agak kureng soalan tu ya :)
Kemungkinan besar tidak sebesar Dewan Multaqa disekolah saya mungkin. Yayyyy!
Mana tak nya, dewan sekolah saya buleh muat helikopter sebutir dalam tu tau. Besar kan?
#EHEM EHEM, tipu aje. Dengar buleh, percaya jangan tau. Haha. Jadi, bila cikgu tak masuk
kelas tu, Haha bersorak semua sebab cikgu tak masuk. Macam hape je.
Budak SPM ke macamni? Tak paham aku, Tapi bila cikgu tak masuk. Aku yang bersorak lebih.
Ain, Awak tu nak SPM. Sedar sikit diri tu. Jangan lupa diri. Nanti menyesal tak sudah.
Awak jugak yang rugi. Jangan nak berborak, ketawa lebih-lebih sangat dalam kelas masa cikgu
tak masuk. Baca buku ke apa ke. Ni tak, lagi cikgu tak masuk lagi borak memanjang.
Awak ingat kelas ni pasar ke Cik Ain hoi? Haih laa. #Terharunya rasa kalau ada orang sedarkan aku
macamni. Sweet. Eeeeuuwwww! Haha :)
Okay. Tadi waktu Pendidikan Jasmani. Cikgu Hanisah yang lawa tu take over kami.
Sebelum ni cikgu garang. Hehe. Ingatkan cikgu math nak amik, tapi tapi cikgu tu nak ajak kami
pergi padang. Turun-turun berkumpul dekat dewan terbuka dulu. Lepastu lepastu kena lari
padang dua round rasa macam penat gila kot. Hemm memang penat pun. Tu pun skip
satu setengah pusingan. Dah lah panas membara. Takpe vitamin kot. Hehe. Dah habis tu, buat
senaman kejap then cikgu ajak main bola tampar. GGGRRR. Mana lah pandai main bola tampar
segala ni. Lepastu cikgu cakap hemmm ikut awak lah nak main apa pun asalkan area sini aje okay.
Kami pun OKAY CIKGU! Ada yang main badminton, ada yang main bola tampar tapi
Saya, Keryah, Mucet, Anum, Sue, Dila main petanque atau nama kampungnya Boling Padang tau.
First time kot main, lepas Dila kasi penjelasan terus main. Macam syiok aje. Haih.
Best main. Waktu PJ kali ni paling best kali. Ohhhyeah ! Ya Allah, taktahu kenapa harini saya
happy gila sampaikan main petanque ni pun duk bergelak sakan bila menang. Ish seloknya budak ni :)
Plus, saya kan paling muda thats why saya perlu mempamerkan ketidak matangan saya itu
dikhalayak ramai. #Okay tetiba. Perlu ke semua tu? Jangan jawab, saya dah tahu jawapannya. CHILL!
Ehem Ehem. Minggu depan punya minggu depan maybe 3haribulan saya tiada di Kuantan. Yeah!
Saya dengan sukahati nak ponteng sekolah selama beberapa hari semata-mata nak
mengikut umi dan abah saya hantar kakak saya sambung belajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak.
Sebenarnya tak rela nak ponteng sekolah segala ni, tapi terpaksa doo. Gua tak rela ni doo. Haha.
Kalau saya tak ikut. Saya kena duduk rumah sorang-sorang tau. Kalau jadi apa-apa dekat saya nanti,
sapa nak bertanggungjawab? Lebih baik saya ikut. Apalah sangat 3hari ponteng tu.
Tak pernah dalam sejarah saya ponteng sekolah sampai dekat 3hari. Kalau ada pun pergi kem.
Tu maknanya pergi sekolah, tapi takde dalam kelas. Ponteng lah kan? Hehe. Jadi kali ni saya nak
rekodkan sejarah saya ponteng sekolah selama 3hari didalam buku pengesanan ponteng yang
ada didalam kelas saya tu. Nama saya jarang sangat ada dalam buku tu. Apa salahnya sekali-sekala
nama saya diletak dalam buku tukan. Haha. Okay chill saje. #Apa aku merapu ni hah? Nasib lah.
Haih. Lepasni jadi anak tunggal. Okay best kot. Tapi nanti tengok aje lah. Tak sampai seminggu
lagi akak dekat sana, aku dekat sini dah bengkak mata. Menangis rindu. Mintak-mintak lah jangan. :)
Sepintas lalu. Minggu depan dua haribulan tujuh ada Larian Satu Malaysia. Semua sekolah
terlibat. Larian ni serentak semuanya. Saya taknak join lee. Memenatkan aje.
Baik tengok kawan saya yang comel tu lawan Bowling. Lagi syiok. Sejuk pun sejuk. Haha.
Bulan depan jugak ada Hari Sukan. Perlu ke budak form five libatkan diri? Rasa malas.
Sokong aje lah rumah saya. Rumah Hijau Bolehhhh! Yayyyy! Debaran nak TRIAL SPM makin terasa.
Ceh ayat. Haha. 5hari lepas raya. Apadehal. Tak buleh ah raya sakan sangat tahun ni.
Tak aci ah. Ishhh. Kenapa Trial awal sangat ni? Tak buleh ah melepak lepas raya.
Tak buleh ah nak mengadap sangat. Habis tu apa yang buleh? Baca buku Ain baca buku. OKAY FAINGGGG!
Kcukup. Dah penat menaip woi. Tak mandi dari balik sekolah tadi. Muka pun habis serabai dah ni.
Ehem Ehem. Kbai muahhhhhh untuk semua yang baca entry saya ni okay. Lebiuuuu !
Makin nak SPM, makin banyak jerawat yang tumbuh. Baguslah.
Seteres punya pasal. Cikgu makin menggila dah sekarang.
Semua berpakat nak kasi homework menimbun. Choi betul :) #Gambar gedik. Perasan lebih
SEMAKIN AKU CUBA NAK LUPAKAN BUDAK ITU, SEMAKIN KERAP NAMANYA DISEBUT DIHADAPAN AKU. KAU TAHU? BILA KAU SEBUT NAMA DIA, HATI AKU JADI SEBAK. JANTUNG AKU SEAKAN AKAN TERHENTI SEKETIKA. RINDUNYA AKU DEKAT BUDAK ITU. INSYAALLAH, KALAU ADA JODOH TAK AKAN KEMANA. JAGA DIRI KAU BAIK-BAIK. AKU SAYANG KAU DUNIA AKHIRAT, CAPITAL S. PERASAAN INI AKAN SENTIASA ADA UNTUK KAU. AKU JANJI.
0 orang manusia cantik:
Post a Comment