Accounting :)



       Photobucket



Saya tengah buat kerja ni update sekejap nak release my tension yang tengah bersarang
dekat ruang legar otak ni haih. Buat kerja. Tangan menaip sambil mengeluh.
Jam sudah menunjukkan 1:29am. Pagi sudah. Awak buat apa Ain sampai lewat macamni hah?
Penat. Saya cukup penat dengan kerenah cikgu yang tak habis-habis nak mendera dan mengugut.
Buat kerja kursus Account yang tak sudah-sudah berkurun. Orang lain dah siap hantar dan gamaknya
pemeriksa kerja kursus ni dah siap semak tapi saya dan classmates saya baru nak mula menaip
dalam komputer. Menyirap. Sangat menyirap. Sedih pun ada. Terpaksaku korbankan masa cutiku
semata-mata untukmu, kerja kursus Account tercinta. Nasib baik saya sayang awak tahu :)
Jumaat Sabtu Ahad Isnin. Hari ini dah mula mengadap menaip apa yang patut. Awak ingat sikit sikit
aje ke apa yang nak ditaip? Banyak sangat. Sabtu esok seharian lah saya mengadap. Ahad hari Sukan
Tahunan. Bila dikenang balik alahai tahun last tak pergi sukan rasa macam huh tapi untuk
Account saya korbankan. Cikgu cakap tahun last lah kena pergi. Mungkin tahun depan tak dapat rasa dah.
Takpe lah. Tak kesah. Kakak-kakak dan Abang-abang form six dah konker semuanya.
Untunglah jadi budak form six yang menjadi kesayangan cikgu kennnn. Kami yang tahun akhir ni
takde langsung berpeluang masuk acara. Form six kan tahun depan ada lagi. But nevermind hemmm.
So bersempena sukan tahunan itu lah sekolah saya amik cuti peristiwa. Saya tak datang ahad itu.
Wajar ke saya juga patut bercuti? Watlekkk aje. So hari Isnin pun saya tak akan bergerak
kemana-mana. Haih dan hari selasa bukak sekolah cikgu nak yang dah siap terus. 
Sapa tak siap, lelong dari satu kelas ke satu kelas lain. Malu. Segan. So kalau taknak, kena siapkan
walau apa cara sekalipun. Walaupun rasa macam sukar aje nak siapkan dalam tempoh 3hari ini. Errrgggh!
Cikgu Account saya garang. Dia suka cubit orang. Bila dia cubit sakit. Minggu lepas first time saya
kena cubit dengan dia sebab tak pergi kelas tambahan. Haih saya ada sebab tapi dia tolak sebab
saya tu mentah mentah. Geramnya saya. Sakit hatinya saya. Tapi apa boleh buat, untunglah jadi
cikgu yang garangkan. Semua anak murid gerun. Errrkkk? Saya taknak kutuk kutuk cikgu dah.
Nanti ilmu yang saya dapat berkurang. Cikgu mengajar tak berkat. Seburuk buruk mana pun seorang
cikgu, dia tetap orang yang bertanggungjawab mengajar kita sampai kita jadi Accountant. #k melebih
Belaja Addmaths sekarang punya chapter macam nak menangis aje doo. Kenapa payah sangat ni?
CEPAT CEPAT LAH SPM. SAYA DAH TAK TAHAN DAH NI. HEMMMM :'(


Tadi waktu akhir waktu English. Cikgu Account saya masuk kasi sedikit lagi rumusan dan
tafsiran nisbah untuk kerja kursus ini. Ya Allah lima minit lagi. So Syairah cepat cepat salin
dekat whiteboard. Habis laju saya menyalin. Satu kelas sama. Okay best. Yang peliknya satu kelas
sama takpe, tapi jangan sama dengan sekolah lain. Itu tak boleh. Tak habis fikir rasanya. Ehemm


Tadi saya ada stalk facebook someone yang menjadi kegilaan saya. Saya suka dia. Tapi itu
masa lalu lupakan. Dia makin makin matured. Tak macam dulu, haih berhingus lagi. #ktipu
Saya usha satu gambar dekat wall dia. Saya tengok gambar tu. Pilunya. Sakitnya hati.
Eh tak tak bukan sakit hati tapi cemburu sebab saya tak pernah pun dapat apa yang budak dalam
gambar itu dapat. Saya jeleous? A little bit. Saya malu. Saya malu dekat diri sendiri.
Jadi saya rasa kan saya rasa baik saya lupakan dia aje. Makin stress, makin banyak jerawat
tumbuh. Banyak benda nak fikir. Tak terfikir sudah. Tiba tiba saya rasa macam dah tak sabar
nak SPM ni tau. Rasa nak bebas PLKN pun dah terbebas. Hehe.




PEREMPUAN/LELAKI BIASANYA AKAN MENGHARGAI SESEORANG ITU APABILA DIA TELAH KEHILANGANNYA. ALANGKAH CERDIKNYA KAN KAN :)


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)