Bertudung Macam Bertelanjang :)






Harini dekat sekolah rasa macam erghhhh bosan gila kenapa waktu dekat sekolah lebih lama ye?
Ya Allah dengan muka mengantuk mata mengantuk sakan gila lahai ku rasakan kalau masa itu
dapat orang letak tilam haih tidur terus dengan nyenyak sekali. Kalau menguap jangan dikira, banyak kali
Wehee. Apa subjek yang paling buat saya 'terbuai-buai' sekali ketika sedang belajar ye?
Okay disini saya ingin membuat pengakuan berani mati haha subjek Science erghhh bagi saya
paling buat saya mengantuk sakan tahu. Kadang-kadang tu tersengguk-sengguk. Mujur cikgu tak perasan
Kalau belaja Science dalam lab ku rasakan sangat lah lamanya. Asyek asyek jeling-jeling jam kawan
sebab jam saya dah lama rosak. Memang kalau saya pakai jam tak lekat lama dekat tangan saya 
Paling lama pun sebulan lepastu yehaaa goodbye campak tong sampah. Alah saya punya jam murah
second hand punyo. Pakai sebulan rosak bagai bateri habis lah jarum jam tak bergerak lah macam macam,
Dan nasib baik saya tak ambik Science Stream kot. Alamatnya saya tertidur selalu lah kalau cikgu
mengajar dekat depan. Fewittttt. Pagi tadi lepas sahur saya tak tidur pun tau tau.
Baca buku untuk test PI yang kedua supaya kejadian last week tidak berulang kembali.
Saat saya diperli pehhhhhh menusuk dikalbu kata-kata ustazah itu. Tapi saya buat muka comel aje. Hehe.
Ustazah dengan saya kacip macamni haaaa. Bagai isi dan kuku. Kata-kata ustazah macam tiupan
angin yang berlalu aje eceh. Sambil study tu sambil tu juga tersengguk-sengguk tahan mengantuk.
Sumpah cakap. Mengantuk pagi ni macam lain macam. Mungkin banyak sungguh setan jin bertanduk
tanduk bergayut dekat kelopak mata saya ini. Nak study Pendidikan Islam en, haruslah ada setan
yang menemani. Mengacau supaya tak concentrate bila membaca. Ahhhhh persetankan setan haha!
Ku gagahkan juga mata ini supaya menelaah buku rujukan tersebut. Wehee mengantuk tak terkata
dengan kata-kata. Macam lepas makan ubat tidur pun ada jugak. Ehokkk Ehokkkkk.


Pagi tadi sampai sekolah saya terlewat lagi. Arghhhhh pukul 7.20pagi sudah lewat sangat bagi saya.
Sebab saya dah disiplinkan diri saya supaya sampai sekolah pukul 7 sharp. Tak boleh lewat.
Rekod saya bersih lagi dan biarlah ianya bersih sampai saya tamat sekolah tahun ini. :)
Bukan nak riak. Bukan nak takbur. Bukan nak membangga diri. 
Sepanjang 5tahun ohhhh hujung tahun ni baru sampai 5tahun, saya tak pernah lagi datang lewat.
Tak pernah lagi melakukan kesalahan berat mahupun ringan. Tak pernah lagi bergaduh dengan
budak lelaki mahupun perempuan. Tak pernah lagi buat apa-apa kesalahan yang boleh mencemarkan
rekod saya disekolah. Baik kan saya? Haha okay tak baik pun sebenarnya.
Sebab tu cikgu disiplin sekolah saya tak pernah kenal saya walaupun dah 5tahun saya menuntut ilmu
disitu. Sampai hati. Tapi cikgu saya cakap en en, "Cikgu disiplin akan kenal pelajar yang selalu
membuat masalah aje. Budak baik ada cikgu disiplin kenal? Ada? Ada? Takde en..."
So saya bersyukur sebab cikgu disiplin saya tak kenal pun saya sebenarnya weeeee bermakna saya
budak baik lah en en en? Haha. #BAIKKKKKKKKKKKNYAAAAAAA AINNNNGGGGGGGGGG!


Okay pagi tadi sampai aje dekat sekolah terus tuju ke dewan. Ohmeiiiigokkkkk!
Saya tak nampak abang comel comel tinggi tinggi tu dekat sekolah harini. Biasanya ada dekat dewan tu.
Bersusah payah saya ambik sit paling hujung sebab senang sikit nak mengusha usha en en,
Tapi abang tak ada pun pun. Baru nak buat aktiviti senyum senyum pagi tadi. Hikhikhik :)
Apa perasaan awak bila orang yang awak selalu nampak bila dekat sekolah tunggu waktu balik pun
tempat yang sama lepastu awak rasa macam nak kenal dia lepastu lepastu dia add awak dekat 
facebook awak lepastu lepastu dia cakap "thanks approve" lepastu lepastu awak terperasan dia lah
abang form six yang selalu awak dok usha usha tu lepastu lepastu awak kata "Eh macam pernah
nampak lah, abang form six kan?" lepastu lepastu dia reply "Yup form six. Ain form five kan kan kan?"
lepastu lepastu apa yang awak rasa? Rasa macam seronokkkkk tak? Rasa macam huyooo abang
ni lah aku nak kenal sangat akhirnya dia add juga aku. Lihatlah facebookkkkkkk! Haha.
Tak payah bajet excited sangat lah en. Tapi serius abang tu comel woo comel wooo.
Waktu balik saya selalu tengok dia Ya Allah mintak mintak lah dia tak pernah perasan. Wahhhhhhh!
Tapi alangkah seronoknya saya bila abang tu cakap "Abang pun selalu nampak ain jugak haritu..."
Haha okay malunyewww titewww! Okay stop Ain. Kawal sikit perasaan tu. Jangan nak gelojoh sangat.
Jangan gatal sangat. Nanti SPM kemana, kau kemana karang. OKAY STOPPPPP ADA ORANG MARAH MUAHH!
Tapi tapi saya suka tengok muka abang tu nampak shoooo shweet. Tapi kalau macamni saya
pula rasa macam haih malunya kalau terserempak pak pak pak dekat tangga ke dekat mana mana ke
ahhhhh saya ni pemalu sikit. Pemalu ke Gedik? Jyeah!


Kalau Orang Tu Tua Setahun Dua Tahun Or Bertahun Tahun Ke Daripada Aku, Aku Tak Rasa Janggal Kalau Nak Panggil 'Abang'. Tapi Kalau Sebaya Dengan Aku Pun Nak Berabang-abang Bagai Pergi Jalanlah Kau Ye. Kau Berabang-abanglah sorang-sorang. Geli Tahu Tak. Eeeyuckkk Rasa Macam Makan Taik Rabbit Je Tau. Sumpah Geli-Geleman Saya Tau Awak. Erkkkkk

Tapi tapi... #Please lah bagi lah saya sambung sikit aje lagi ek ek. Abang tu tak hensem tapi
comel tinggi muka jambu haha gilakkkk! Kau buat aku gila bayang lah abang. #Ya Allah gatalnya budak ni
Alah bukan selalu nak excited membabi buta macamni. Selalu saya sopan santun lagi terpuji budi bahasa
bila dimana-mana. Kadang-kadang buat perangai keji macamni pun okay juga en en. Haha.








Tiba-tiba statement macamni tercetus difikiran saya pada Sabtu lepas. Status nak gebang aje en.
Sorry dan maaf kalau statement saya ni menyentuh sensitiviti sesetengah individu.
Tapi saya sekadar nak share idea pasal ni. Betul tak sekarang orang pakai tudung sebab nak
melawa berfesyen bercomel bercantik dan terang lagi bersuluh menyimpang jauh dari tujuan nak
pakai tudung tu sebenarnya nak menutup aurat kan?

Pakai tudung.... Tapi pakai legging seluar ketat macam tiang bendera
Pakai tudung.... Baju saiz SSSSSS ketat bagai macam barut nangka.
Pakai tudung.... Lengan baju disingsingkan dilipatkan dan dipendekkan.
Pakai tudung.... Tapi tudung adik umur 7tahun sampai tak mampu menutup 'aset semasa' tu.
Pakai tudung.... Tapi baju singkat nak mati sampai nampak muntot muntot comel tu

Jadi awak fikir bila awak pakai tudung okay lah cukup datuh tutup aurat tapi aurat lain ditayangkan?
Okay. Saya cakap berdasarkan apa yang saya lihat apa yang saya tonton apa yang saya tengok.
Asal pergi mana-mana yang melibatkan ramai manusia mesti jumpa juga satu dua orang yang
macamni. Tengok atas Ya Allah sejuk perut mak dia mengandung sembilan bulan comel pakai
tudung tapi... bila tengok bawah macam-macam bentuk shape nampak woo. Saya yang perempuan
ni pun kadang-kadang tergugat wahhhhh haha yang lelaki laginya lah en? Siap terbayang-bayang lagi.
Niat nak dapat pahala pakai tudung tapi motif tu tak sampai. Sama aje macam yang tak bertudung awak.
Okay saya takde lah baik sangat takde lah sopan sangat nak cakap macamni en.
Tapi ni peringatan untuk diri sendiri juga. Sebab saya pun bukan baik sangat sangat pun. Haha.
Tapi setakat ini alhamdulillah umi dan abah saya sangat menitikberatkan penjagaan pakaian saya
bila keluar rumah. Jangan haraplah nak pakai baju fesyen skirts bertali pinggang then masuk dalam
baju tu. Walaupun saya teringin gila. Jangan haraplah nak pakai baju ketat ketat. Jangan haraplah
bila jemur kain tak pakai tudung atau tutup kepala. Jangan berharap jangan berharap lah kan.
Walaupun saya kurus cekeding sesuai pakai baju macamtu. Jangan haraplah en.
Kadang-kadang terlintas juga, "Kenapa umi dengan abah aku terlalu control pakaian yang aku nak
pakai? Baju apa yang aku nak pakai?" Kadang-kadang shawl yang saya pakai pun menjadi isu.
Kadang-kadang abah saya sampai cakap, "Kalau awak pakai macamni, memang abah malu nak
mengaku awak anak abah. Pergi tukar sekarang..." Hancur berkecai luluh hati masa tu tau sambil
masuk bilik tukar baju longgar besar sikit. Lepastu abah tak marah dalah.
Bila terfikir macamtu, "Kenapa mak bapak orang lain tak control pun anak dorang nak pakai baju
macam mana pun kenapa aku kena ikut semua?" Huaaaaa. Tu fikiran budak tak matang ye.
Kalau budak matang berfikir macamni, "Ye, umi dengan abah aku nak jaga pakaian aku. Nanti dekat
akhirat tak lah disoal kenapa tak larang anak anak pakai pakaian ketat ketat. Menjolok mata. Dan yang
paling penting umi dengan abah aku taknak masuk syurga berdua aje nanti. Kalau boleh nak angkut
semua anak anak dia masuk syurga sekali..." Wahhhhh terus rasa macam bertuah sangat dapat
umi dengan abah macamni yang jaga pakaian apa yang saya pakai bila keluar rumah. Walaupun
dari aspek luaran nampak macam terlalu mengongkong sampai rasa terkongkong sudah tapi saya tetap
bersyukur dapat umi abah yang menjaga anak dara dia sampai macamni sekali sampai keluar
nak pergi jemur kain pun mesti tutup kepala. Haha aku bersyukur sangat sangat dan sangat
walaupun rasa macam tak bebas jugak kadang-kadang ehokkkk ehokkkkk :)
Kbai. Saya nak siapkan Akaun saya. Arghhhhh Akaun Yuran weeeee! Saya dah makin cinta
dekat subjek Akaun saya tu. Saya pun taktahu kenapa dan bagaimana saya boleh terjatuh cinta.
Haha Assalamualaikum readers tersayang muahhh muahhhh :)


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)