Hari Ke DuaBelas :)
Harini saya ponteng sekolah. Kenapa? Haha. Tertidur lepas sahur then tertutup alarm lepastu
lepastu terjaga tengok tengok pukul 7.05pagi sudah. habis cerita Waaaaaaa! terus menjerit
sakan dan menyesali kenapa lah kenapa lah aku pergi off kan alarm tu tadi? Lailahaillallah.
Set alarm pukul 6.20pagi. Niat hati ala kejap lagi lah bangun. 5minit je 5minit je okay.
Hah memang 5minit pun sampai pukul 7 baru tersedar. Okay menyesal ni. Aduh. Menyesal sungguh.
Tapi tadi dan mandi siap pakai kain sekolah bagai lagi tapi bila tengok jam dah pukul 7 suku,
Ahhhh taknak pergi sekolah lah cemnik! Dalah pagar sekolah tutup pukul 7.20 tak pasal pasal
kena tahan dekat padang. Tamo tamo. Dalah jarak kesekolah dari rumah saya itu ambik masa
10minit tu pun kalau tak jem. Macam sakai nak pergi sekolah tiap-tiap hari macamtu. Heh
Jadi tiap-tiap hari lah saya kena pushhhhh abah supaya cepat cepat hantar saya kesekolah.
Sampaikan abah saya cakap, "Haih budak ni. Macam kena pancung datang sekolah lambat..."
Whatehekkk haha. Tapi saya ada penyokong. Umi saya cakap, "Ni lah contoh pelajar berdisiplin..."
Tapi tadi betul betul buat saya menyesal. Menyesal menyesal menyesal. Hmm :'(
Kalau boleh memang saya taknak ponteng/tak datang/saje saje buat tak datang/kemalasan nak
pergi sekolah yang hanya tinggal kurang daripada 100 hari lagi. Wahhhhh SPM weh.
Memang saya cuba nak hindar. Walaupun kadang-kadang alahai homework tu tak siap
esok ada subjek yang bikin saya mengantuk macam erghhh aje esok ada test bagai ish tak
habis habis nak test segala memang rasa hmm nak ponteng lah nak ponteng lah. Tapi tak terluah
pun dekat umi. Esok esok pergi sekolah juga. Haha mood nak pergi sekolah tu mengatasi
mood ketakutan dengan segala hal tu. Pergi sekolah hadap lah kau Ain dengan cikgu cikgu.
SELASA Time ni waktu sejarah. Yeah cikgu sejarah saya tak garang pun walaupun dulu saya
rasa dia lah cikgu yang paling garang sekali dekat sekolah saya tu hah. Watlekkk aje kalau tak
siap buku Soalan SPM Sebenar Tahun Tahun Lepas. Banyak gila kot. Ahhhh bosan belaja sejarah :)
Lepas dia masuk kelas baca baca doa semua tiba tiba dia tanya, "Hm sapa Khairiyah dengan Nur Ain..."
Ceh cuak haha. Saya pun dengan takut takutnya angkat tangan hmm kenapa pula cikgu ni panggil aku.
Okay memandangkan saya duduk jauh sikit daripada cikgu so cikgu bercakap dengan kawan saya yang
sorang lagi tu jela. Classmates saya yang laki laki tu "Hah padan muka kau Ain..."
Pehal pula? #Muka eksaited. Dengar cikgu cakap kami kena jadi Pengerusi Majlis untuk majlis bla bla..
Apadehal. Lepas habis subjek tu terus meluru ke arah kerry tanya Eh kenapa kenapa?
"Hm cikgu suruh kita jadi Pengerusi Majlis untuk majlis apa ntah. Cikgu suruh balik nanti kita jumpa
cikgu Mastura tanya..." Okay alhamdulillah harini takde kelas tambahan bagai opsss sebenarnya ada
tapi tapi cikgu cakap sapa nak pergi jela sebab cikgu sejarah saya tu ajar budak group lain.
Wehe memang tak ah kan. So balik tu terus jumpa cikgu Mastura. Wah rupa-rupanya kami kena
jadi MC untuk Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 23hb ni. Okay cuak. Ni mesti kerja bonda ni kasi nama
kami bagai haih. Cikgu Mastura pun ambik kertas rangka segala format lepastu lepastu terang
satu satu dekat kami. Okay skrip dia kena buat sendiri nanti cikgu check. Mati aku mati aku
Then kerry pergi tanya bonda. Bonda ke yang kasi nama kiteorang dekat cikgu Mastura.
Dengan muka bangganya bonda berkata, "Haah bonda yang kasi. Sebab kamu kan suka bergaduh
dengan bonda kan dalam kelas. Mesti petah berkata-kata tu..." Haha ambik nak sangat !
Tapi redha sudah. Apa pon tak boleh. Weee! Disamping cik kerry tu suruh bonda memperbetulkan
ayat yang kami buat hah siap stayback nak siapkan ayat ayat tu. Tapi jauh disudut hati eceh,
Saya takut ni saya takut ni. Mana pernah jadi MC sebelum ni. Dalah saya ni jenis yang cepat mengelabah
Kadang-kadang kalau saya baca text dalam kelas classmates saya cakap suara saya macam orang
nak menangis aje haha suara saya macamtu sebab kan sebab kan saya macam nak cepat habiskan.
Sebab tu mengelabah tak tentu hala. Tapi orang tu cakap suara saya sedakkk. Hmm perli boleh harap.
Tapi belum cuba belum tahu kan. Bila lagi nak cuba pengalaman jadi MC en en.
Nanti 23hb ni masuk dewan tarik nafas dalam dalam hembus pushhh pushhhhh kuat kuat.
Tamo lah gabra sangat. Rosak majlis orang nanti. Mati aku haha. #Saya tak boleh terlalu cuak/gabra
sangat, nanti ntah pahapa ntah yang jadi. And and kalau saya tergagap sebut nama orang nanti
jangan ketawa kan saya tau. Aduh maluwwww! 100orang kot. Nak skip puasa moleh? #Haha tetiba
Apa pon tak boleh. Janji saya mencuba. First time ni ohhh takut. #Macam nak berdepan dengan apa
pula aku ni. Takut kemain.
RABU Ada apa ye? Hm ada SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SCIENCE TERAS by Cikgu Isma Saiful
dari SMK Bukit Goh kot kot. Wah cikgu tu muda woo woo henchem pula tu haha. Untunglah
dapat duduk barisan first sekali. Masuk direct terus ilmu tu. Buat soalan JUJ best!
Cara cikgu tu terang pun best. Tak bosan plus plus plus. Waktu Sejarah dan Bm tak belajar.
4masa tak belajar fuhhh. Untung. Then tadi dah diedarkan jadual Ujian Ogos for next week.
Okay ni pun buat saya gabra juga. Kenapa lah tak Trial aje terus? Habis cerita.
Cikgu pun makin sangap nak buat test opsss haha berbagai bagai test nak di testnya.
Maths lah. Pendidikan Islam lah. Ekonomi Asas lah. English lah. Apa pon tak boleh.
Ambik lah semua buat test cikgu. Buat buat. Best juga kalau makin cerdik bila buat test ni.
Moleh menguji sejauh mana kemalasan nak belaja tu en. Kantoi ah dalam test tu saya tak belaja
sangat sebab dapat markah sikit haha. Tapi Ekonomi saya makin okay. Macam dah ada peningkatan
walaupun saya mencik mencik belaja yang form five punya bab. Susah gila bahabi.
Lagi 3bulan en. Mana cikgu tak pushhhh bagai. Tak kan cikgu nak watlek watchill aje tengok anak
murid dia goyang kaki bergelak ketawa macam bukan budak nak ambik SPM aje? Tak mungkin.
Selagi tak menghuru hara kan hidup anak murid, selagi tu cikgu tak berpuas hati. Good Job !
KHAMIS 11Ramadan. Wah harini ada Maths Test. Jawab soalan Paper Two. Aduh susahnya soalan
Bagi budak cerdik dik dik, tak susah kot. Tapi bagi saya yang kurang cerdik dik dik ni, susah hmm
Tapi alhamdulillah saya dapat jawab semua walaupun jawapan tu mungkin salah mungkin betul.
Salah betul belakang cerita, janji kita mencuba. Tak salah kalau jawapan tu salah.
Ini bermakna banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Aduh takut gila nak SPM kalau gini gaya. Hmm
Then lepak-ing dengan Sue, Anum, Fatin after extra class English. Lepas solat zohor ambik
tempat betul betul tengah dewan terbuka. Wah dengan angin sepoi sepoi bahasa best gila rasa
macam nak tidur tapi menyedari itu adalah kawasan sekolah lagi terbuka lupakan niat itu. Haha.
Study Addmaths sama sama. Paper one punya. Sebab cikgu cakap exam next week masuk yang
paper one punya so kita study bentuk bentuk soalan yang ditanya dalam paper one tu.
Moleh tahan juga kepayahannya. Tapi apabila diberi penerangan oleh kawan saya yang terer bijak
pandai ohsem Addmaths iaitu Suhaibah, sedikit sebanyak oh okay lah paham lah juga walaupun
macam tak yakin boleh ke jawab dalam exam next week tu nanti? InsyaAllah boleh. Kena yakin.
Disamping itu, moleh cuci cuci mata haha sampai cikgu datang suruh semua yang stayback tu
balik alah kecoh ah cikgu ni. Masa tu dah pukul 5 something kot. Patut lah cikgu suruh balik. Hmm
Saya suka stayback lepas kelas tambahan ehem kelas tambahan Fasa II habis minggu ni. Huyehhh !
So next week pun nak stayback juga nak cover balik subjek yang tertinggal dekat belakang lagi lagi
Akaun bab form four langsung tak buat revision lagi. Form five alhamdulillah boleh cover.
Kalau balik rumah pun taktahu nak buat apa. Dalah duduk sorang sorang bapak bosan.
Kalau stayback dekat sekolah ada juga benda nak buat. Study lah woi. Tapi semalam punya semalam
waktu assembly ustaz ada tegur. Budak budak dok ramai ramai buat study group laki perempuan
bawah gesel gesel tangan merayap rayap. Heh apadehal. Mungkin ada kot tapi tak sampai sehari
lagi ustaz cakap dah ada yang buat study group lah kononnya laki perempuan dah tak ada batas batas
kau tepuk aku, aku tepuk kau. Errrr geram aje rasa. Budak form three tu tapi advance nya
mengalahkan budak yang dah habis sekolah. Whatehekkk. Macam macam.
Nak study boleh. Tapi batas batas tu pun kena jaga juga dik oii. Jangan sampai nak study,
batas batas pun nak langgar. Jangan sampai nak study Maths, alik-alik terstudy subjek yang takde
dalam list subjek yang kau ambik. Ni sekolah bukan tempat nak tengok kau bergurau senda
bertepukkkkk tampar berlainan jantina. Tempat terbuka pula tu. Tak malu ke? Ke dah takde malu?
#Aku pula yang emosional lebih apadehal. Geram gilo.
Apa apa pun, Trial SPM lepas raya wah eksaited. Disamping takut cuak gabra tapi jelas terpancar
riak tak sabar. Nak habis cepat cepat. Eh awak. Semalam saya jumpa semula rantai yang awak kasi
dekat saya 2tahun lepas. Masih saya simpan. Masih nampak baru. Masih seperti mula-mula awak
kasi saya dulu. Walaupun bukan awak kasi saya secara direct alah letak bawah meja sekolah saya
aje pun, saya tetap sayang rantai tu. Sampai bila-bila. Rantai tu buat saya ingat dekat awak.
Terimakasih awak. Saya akan simpan rantai tu sampai bila-bila. Dekat rantai tu ada perkataan 'AIN'
hmm lagi bertambah saya sayang. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. InsyaAllah awak :'(
Tiba tiba malam tadi buat saya sebak nak menangis semua. :'( K assalamualaikum. <3
0 orang manusia cantik:
Post a Comment