Ready atau Tidak, Aku Tetap Kena Hadapi



      Photobucket



Assalamualaikum. Bosannya cuti duduk rumah taktahu nak buat apa. Study? Yeah. #Rajennya saya.
Bila cuti, nak sekolah. Bila sekolah pula, tak sabar sabar nak cuti tunggu hari sabtu ahad bagai.
Awak tak reti nak bersyukur ye Ain? Hehe. Alangkah bosannya duduk rumah dengan perut yang lapar.
Kalau dekat sekolah bila belajar ke borak-borak ke. Takde lah rasa macam kebuluran sangat.
Sebab saya kalau dekat sekolah memang tak macam orang sedang berpuasa pun walaupun pada hakikatnya
saya sedang berpuasa. Cakap aje memanjang. Saya pun tak paham kenapa saya jadi macam itu.
Cikgu cikgu saya pun kadang-kadang tersenyum aje tengok saya. Mungkin dalam kotak fikiran cikgu cikgu
saya itu mungkin terfikir, "Eh budak ni macam budak tak ambik SPM aje...", "Tingkatan Lima dah tapi
attitude macam budak budak Darjah Lima watehekkk..." Hehe. Stylo gila kalau cikgu cakap macamtu 
dekat saya. Ehokkk. Apa salahnya kan. Tak kan lah asal puasa aje nak study senyap senyap nak jadi
pasif memanjang tak aktif langsung lahai macam awak sorang aje lah yang berpuasa. Orang lain tak pun.
Kena jadi macamtu ke? Tak bermaya aje dalam kelas. Aduh tak meriah langsung kelas kalau macamtu kot.


Okay seperti yang kita sedia maklum. #ayat karangan whoah. 5 September ni saya akan menduduki
Peperiksaan Percubaan SPM. Nak CUBA aje baru, bukan real lagi en en. Watlek watchill watcun aje.
Pahang ambik lepas Raya. Tapi cik abang saya cakap Percubaan dia minggu hadapan sebab dia stay
di Kedah. Jyeah! Bapak awalnya. Cikgu saya pun cakap banyak juga negeri lain yang ambik sebelum raya.
Whoah mana aci ni mana aci ni. Tak aci tak aci. Untunglah raya nanti boleh raya sakan en en haih,
Saya nakkkkkk raya sakan macam tahun lepas juga! Mesti umi saya tak kasi saya raya sangat tahun ni
sebab buka sekolah hari raya kelima kot terus Percubaan. Lahai sadis sungguh. Orang lain tengah syok
syokkkkk beraya rumah orang saya kena study aje lah nampaknya. Dalah time puasa ni macam tak
menunjukkan minat nak study pun haha alasannya tak larat lah sangat en.
Tapi lepas sahur saya dah mula start study tau walaupun waktu pagi antara nak pergi sekolah tu
terhad lah sangat. Saya tahu. Banyak subjek saya lemah lagi-lagi Maths dan Addmaths. Lemah kuasa dua.
Dulu, ada 'budak itu' boleh lah juga tolong ajar saya. Best whoah dia ajar. Paham dan saya memahami.
Tapi sekarang 'budak itu' dah jauh, sapa nak tolong ajar saya sehebat ajaran dia? Awak, saya nak awak :'(
Tapi sekarang saya kena bangkit! Masa tak tunggu saya. SPM pun tinggal 100 hari lagi. Ehokkkkk.
Cukup ke tu? Kalau ditolak waktu saya makan, waktu saya tidur, waktu saya bersuka ria,
waktu saya bergelak ketawa. Mungkin dah tinggal 10 hari aje lagi en en. Ouch, masa tu redha aje lah :)
Waktu sisa-sisa tu nanti mesti cikgu tak habis habis nak push push habis habisan. Study study study
sampai pengsan. Cikgu stress, anak murid lagi nya stress. Sapa yang harus dikasihankan? Wehee.
Kadang-kadang bila cikgu kasi homeworkkkk banyak banyakkk then bila stress sangat disebabkan
homework tersebut, mula lah berdoa, "Ya Allah engkau kuatkan lah hati aku supaya aku terima
semua ini dengan ikhlas agar aku tidak berada dalam keterpaksaan..." Bila dah berdoa tu, baru
hati tenang. Baru boleh terima homework yang cikgu kasi walaupun berbukit. 
"Jangan lah bagi aku macam terpaksa nak ambik SPM ni Ya Allah... Aku nak ikhlas seikhlas ikhlasnya..."



Okay yang ni cerita pasal lain pula. Trial trial habis dah. Nanti makin stress pula kitewww :)
Saya dah banyak dengar cerita orang yang suka berbangga diri sangat tak kira lah individu ke
mak bapak mereka ke. Atuk nenek mereka ke. Janji dia riak bangga dengan apa yang dia perolehi
dia miliki. Tapi kesudahannya non ado. 

SITUASI PERTAMA

Budak ini cerdik pandai bijak. Pendek kata perfect lah dengan gaya, muka, personaliti memang ada
ciri-ciri pelajar cemerlang. Dia pernah ditawarkan belajar ke Jepun dan dia antara 7 pelajar cemerlang
di Malaysia. Bunyi sangat hebat kan? Yang mak bapak dia pula bila dah dapat tahu anak dia dapat belajar
di Jepun, mula lah canang-canang seantero dunia anak aku dapat belajar dekat Jepun!
Anak aku dapat belajar dekat Jepun! Pergi rumah jiran sebelah bagitahu. Orang datang rumah dia
bagitahu. Si anak tu tak pergi pun lagi. Mak bapak yang sibuk jaja cerita. 
Nak dijadikan cerita. Dengan kuasa Allah, budak ni main ragbi. Waktu tu dia tak tahan nak buang air kecil
Biasa lah lelaki kan. Mana mana pun boleh, dalam semak pun boleh. Merata-rata. Mana tahu kalau
tempat tu tempat jin bertendang ke apa kan. Tak ke saja cari pasal dengan makhluk Allah tu.
Bermula dari hari itu, dia malas nak pergi sekolah. Masa tu tahun dia nak ambik SPM. Dia malas nak
belajar, malas nak solat sedangkan sebelum itu dia tak pernah tinggal solat, rajen belajar.
Dan lepas daripada tu dia mula sakit slow-slow. Jumpa ustaz, ustaz cakap ada jin dalam badan dia.
SPM pun dia tak ambik tahun itu. Mak bapak mana tak terkilan sedih kalau anak dia jadi macam tu kan.
Sehebat hebat orang macam tu pun, secerdik cerdik orang macam tu pun, kalau Allah nak tarik kembali
nikmat yang dia dapat, sekelip mata sahaja. Disebabkan sikap ibubapa, anak yang jadi mangsa.
Dengan kuasa Allah. Apa yang kita fikir mustahil pun kadang-kadang boleh berlaku. Tanpa kompromi.
Nama dirahsiakan. Bukan nak mengaibkan individu tersebut. Tapi saja nak kasi pengajaran. 
Bukan semua benda kita boleh canang-canang, berpada-pada lah. Akibatnya nanti kita yang
kena tanggung. Sedih tengok budak tu sekarang. Dah apa yang boleh buat. Mungkin ada hikmah.


SITUASI KEDUA

Budak ni tak kurang cerdiknya juga. Belajar di Mesir tuuuuu. Sangat salute ah kan. Budak pandai aje
boleh belajar dekat sana en. Ambik course apa saya kurang pasti. Tapi apa yang sangat saya pasti
ayah dia yang beriya dia ambik course kedoktoran. Course doktor lah kot dia ambik. Tapi dia suka atau
tidak wallahualam. Mungkin suka, mungkin terpaksa, mungkin atas desakan mak bapak dia.
Yang si ayah ni selalu puji anak dia yang di Mesir tu berbanding tiga orang anak dia yang lain.
Yang di Mesir tu cerdikkkkk sangat. Anak dia yang di Malaysia ni kurang sikit. Study pun dekat U
Malaysia aje. Tak selabel derrr. Selalu anak dia yang tu lah paling baik, anak dia yang tu lah paling
pandai sekali. Dah 2tahun anak dia tu disana. Mula mula study okay aje. Okay lah kot.
Kena study 5tahun di sana. Tapi nak dijadikan cerita ni pula, anak dia taknak sambung study sudah.
Mak aii. Nak balik Malaysia semula. Sebab dengar dari sumber yang boleh dipercayai, anak dia tu
kata belajar disana sangat susah. Nama lagi belajar, mana mana pun susah.
So dia tak boleh nak catch up dah. Sayangnya dah 2tahun belajar disana, balik sini tanpa apa-apa.
Kesudahannya, balik Malaysia semula. Kena repay balik dekat MARA about 20ribu.
Umi saya cakap en, "MARA ni baik kalau kasi duit, tapi kalau orang berhenti tanpa sebab memang
kena bayar balik dekat dia..." Ruginya macam tu. Tak pasal-pasal kena repay balik dekat MARA.
Allah tahu hati kita. Allah tahu apa perasaan kita. Kalau kita riak dengan apa yang kita dapat,
memang tak lama lah Allah tarik balik nikmat tersebut. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Kalau takbur riak, tak kemana pun. Lagi-lagi kalau hina merendahkan martabat budak budak yang 
kurang pandai, lagi cepat Allah tarik kembali. Semua yang kita miliki ni bersifat sementara, jadi
tak perlu berbangga sangat. Disebabkan mak bapak budak ni juga lah, dia yang terpaksa menanggung.
Mak bapak dia terlalu push sangat suruh jadi doktor bagai, yang anaknya tak minat sangat.
Kontra kan? So pilih apa yang kita nak, bukan apa yang mak bapak kita nak. Sebab bukan mak bapak
kita yang nak masuk U, tapi kita en. Jadi buatlah pilihan yang bijaksana lagi terlaksana. Renungkanlah.
Nama juga dirahsiakan. Bukan nak mengaibkan. Tapi nak share pengalaman ni. 
Fikir dulu ye, sebelum buat. Kalau buat dulu, sebelum fikir. Memang masak lah. Non ado. Apa pun tak boleh


SITUASI KETIGA

Dalam pemprosesan nak kena tarik balik nikmat latuh. Hati-hati. Awak baik, sayang aje nanti....


THE END

Moral of the story: Nak berbangga pun berpada-pada lah. Jangan terlalu sangat.

Jadi, umi saya selalu berpesan. "Nanti bila awak dah besar, jangan bangga bangga dengan apa yang
awak ada nanti ye. Nanti Allah tarik balik semula..."
Saya tak cerdik sangat tapi tak bermakna saya bodoh sangat, saya ditengah-tengah.
Seriously, saya taknak jadi terlalu cerdik pandai. Sebab nanti akan timbul perasaan riak takbur
tanpa saya sedar. Cukuplah dengan ilmu yang saya ada. Oleh itu, takde lah saya canang-canang saya
lah paling pandai sekali. Orang lain tak pandai pun. Berdasarkan dua cerita yang betul betul memberi
pengajaran kepada saya ni, haih kesian sebab sikap ibubapa yang suka membangga tu lah, anak tak kemana
Dear umi, "Nanti kalau orang dah belaja tinggi-tinggi masuk U study dekat luar negara eceh,
umi jangan bangga bangga tau. Umi bersyukur aje sebab anak umi ni pun boleh berjaya macam anak
orang lain. Ingat tau umi..." #Akan aku buktikan nanti aku boleh buat umi bahagia ada anak macam aku.
InsyaAllah. Apa-apa pun berkat tu penting. Mintak restu dulu sebelum belaja. 
Mintak restu belaja, bukan mintak restu nak kawin lah. Ehok Ehokkkk :)
Maaf kalau saya ada terkasar bahasa terkurang bicara isi entry saya terkurang ajar sepanjang anda
membaca tapi satu aje saya nak tekankan. Nikmat itu tak selamanya bersama kita. Jadi bersyukur lah
kalau kita terpilih mendapat nikmat sebegitu hebatnya daripada Allah. Kerana tak semua terpilih.
Jangan terlalu membangga. Sad ending karang awak dapat tau. Bukan happy ending. Wehee.
Assalamualaikum readers. Huh puasa keenam sudah. Cepatnya! Kbai :)

Photobucket


Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)