Rindu Tahap Infinity.
Assalamualaikum. Okay serius saya rindu blog comel saya ni tahap err tahap infinity!
Selama seminggu Cpu komputer saya ni buat hal. Dan saya fikir mungkin ada hikmah.
Kalau tak, saya asyik mengadap aje lah kan macam orang tak sedar diri nak SPM.
Bila dah tahan tahan tahan, fikir fikir fikir bagus juga pc buat hal kadang-kadang.
Ok tutup cerita pasal tu. Banyak cerita cerita cerita cerita nak cerita ni.
Macam macam benda berlaku dekat sekolah. Kalau boleh harini saya nak update entry
sampai penuh satu blog. Haha. Boleh tak? Boleh tak? Rindu gila babi dah ni. Opsss.
Hari Selasa Semua kertas Ujian Ogos tu semua dah dapat tapi tapi cuma Akaun aje tak
dapat lagi. Cikgu cakap ramai dapat 20/40. Aduh semua buat muka cuak. Takut cikgu apa-apa kan
kami. Haha konon. Allhamdulillah result saya kali ni agak memberangsangkan.
Ada peningkatan. Tapi yang saya sedih sedih sedih sangat ni Pendidikan Islam saya
agak menurun. Dapat 50% aje wuwuwu. Ustazah saya perli saya lagi. "Haa Ain, baru masuk Islam ke?"
Lahai terpaksa telan juga. Salah saya ustazah, sorry. Takpe. Trial nanti saya nak buat
lagi baik daripada ni. Haih sumpah Ya Allah malu gila dengan ustazah. Watlek aje.
Hari Rabu Apa yang menarik ye? Haa ada majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Hari Raya.
Biasa lah. Kalau majlis berunsur keagamaan macamni memang mengantuk en,
cuba tengok konsert ke band ke dekat dewan tu, semua menjerit terlolong-lolong.
Ok memang serius mengantuk weyyy haha. Tak lama, setengah jam sudah.
Lepastu lepastu ada sumbangan hari raya. Woo woo bapak banyak barang-barang yang
dorang dapat/anak-anak yatim lah kan. Cikgu-cikgu yang sponsor semua tu lepastu ada mak bapak
yang sponsor hamper semua tu. Baik sungguh. Setahun sekali kan.
Tak ruginya sedekah barang barang tu dekat anak yatim. Dapat pahala berlipat kali ganda, ada lah.
Then, pihak koperasi kasi dividen untuk bebudak form five. Kami pun bersorak sakan lah en.
Banyak kot. RM150++ satu kelas. Duit ayeeee! Lepas kira campur tolak bahagi
dapat lah RM7 seorang. Banyak latuh. Tapi yang tersenarai dalam list aje yang dapat,
yang lain gigit jari ajelah ye. Hikhikhik. Harini juga dah dapat No Pin untuk permohonan ke Matrikulasi.
Dah lama dah tunggu kaunselor bila nak kasi No Pin ni. Waktu rehat berkumpul dekat dewan terbuka
kaunselor saya tu kasi taklimat tentang Matrik. Serius macam nak masuk kalau dapat tawaran.
Kalau dapat, Alhamdulillah. Waktu balik Fatin ajak teman jumpa kaunselor.
Nak masuk dalam 'Group Target'. Mula-mula sekadar nak teman Fatin je kot,
last last saya pun cikgu ajak masuk bilik kaunseling. Berkaunseling lah kami dengan kaunselor
cemerlang sekolah saya yang super duper tegas tapi sebenarnya baik. Macam macam kami
bincang. Pasal cikgu annoying dalam kelas saya, pasal subjek lemah lemah ni, pasal personal.
Baru kami berdua tahu satu rahsia kenapa cikgu tu selalu berkelakuan macamtu bila kami tanya.
First time kena kaunseling wahhh syok. Brain wash semua. 5tahun sekolah sini, tahun ni baru
berani jejak ke dalam bilik kaunseling. Bagus tak? Okay bagus Ain haha.
Sejam duduk dalam tu. Selama sejam juga saya bersungguh-sungguh pandang cikgu,
muhasabah diri, baru sedar SPM dah nak dekat. Lagi 79hari lagi. Uhukkkk.
Kaunselor Cemerlang haruslah pandai syko murid-murid. Act kaunselor ni baru lagi dekat
sekolah saya tak sampai sebulan, dan macam-macam program dah dia atur. Semua berkesan. :)
#Sapa sapa yang masuk GROUP TARGET ni memang kena straight A's lah SPM nanti. #Pengsan.
Hari Khamis Harini pegawai dari PAPERMATE yang jenama pen tu kan datang sekolah saya.
Tapi yang sangat mendukacitakan pelajar tingkatan tiga, lima dan enam atas kena masuk kelas.
Macam sadis aje bunyi. Kami kami kena masuk kelas dan belajar.
Yeee memang suka sangat dipinggirkan macamni. Nakkkkkk jugaaaaa PAPERMATE freeee tuuuuuuuuu!
Tapi watlek aje belajar haha kertas Ekonomi majoriti tak bawak sebab ingat semua ke dewan,
nasib baik cikgu tak mawwahh! Wehee. Then, waktu Akaun cikgu bagi kertas ujian haritu,
aduh semua buat muka cuak. Fatin merah muka, saya tangan berpeluh, dila segelisah yang
mungkin duduk dekat tempat dia tu. Overall, hanya Farhan dengan Naem aje tak kena cubit dengan
cikgu. Yang lain semua kena cubit sebab semua bawah 20/40. Terukkkkkkk sangat woi!
Nasib baik saya dapat 17/40 haha lulus lagi. Ramai yang failed. Soalan susah lah cikgu -.-
K assalamualaikum, Nak buat entry kedua pula. Cerita pasal hari jumaat. Tak sabar :)
0 orang manusia cantik:
Post a Comment