Ujian Ogos Sungguh Menguji Kesabaran.





Assalamualaikum. Harini kan harini kan sekolah saya ambik cuti Nuzul Quran
Seluruh negeri Pahang kot. Yeah 17 Ramadhan. Alhamdulillah lagi 13 Hari lagi nak rayoooo wehee.
Untunglah harini boleh bangun pukul 12 tanpa gangguan. Gila syok woo woo.
Macam biasa. Duduk rumah sorang sorang memang bosan. Hm rindunya saya dekat awak. #Ok tetiba
Dah bangun nak dekat tengahari berbagai-bagai mimpi saya termimpi. Mimpi itu lah mimpi ini lah
Macam macam. Yang paling syokkkkk dapat mimpi awak. Syokkk lah sangat eww eww. Haha.
Ok minggu ini saya telah menjalani Ujian Ogos selama 2 hari berturut-turut tanpa henti dan
akan bersambung pula pada hari Khamis dan kenapa hari Rabu tarak paper? Weh harini kan hari Rabu cuti
Dan peperiksaan macam tak peperiksaan ini telah melibatkan pelajar dari tingkatan satu, dua,
tiga (trial PMR), empat dan dan LIMAAAAA! Saya pun tak habis fikir kenapa tingkatan LIMAAAAA
pun perlu menjalani Ujian Ogos yang macam erghhhh soalan essay susah nak mati tau. Kenapakah?
Apa salahnya kalau bagi abang abang dan kakak kakak yang tingkatan LIMAAA ni buat persediaan
untuk TRIAL SPM mereka yang bakal menjelang tak lama lagi hm ok cuma tiga minggu lagi alah 
tiga minggu sekejap jelah dan ok saya mulai rasa kecuakannya Percubaan tersebut.
Bagai nak berhadapan dengan orang jahat pula apabila teringat Percubaan yang makin hampir 
haa sikit lagi ok sikit lagi lagi ok dah stay. #Apa entoh aku dok melalut ni ok layankan aje.
Tapi bagi cikgu tiada pengecualian ok peperiksaan ni. Semua kena termasuk tingkatan LIMAAA.
UNTUNG-LAH-KALAU-TRIAL-TERUS-BULAN-INI-KAN-TAK-PAYAH-STAY-DALAM-KELAS-JAWAB-
UJIAN-OGOS-NTAH-PAHAPE-SOALAN-ENTAH-YANG-CIKGU-BUAT! Terasa bahang kepayahannya.


Dan dan hari Isnin lepas sekolah saya telah merasmikan Hari Kemerdekaan Yang Ke-54 tahun ini.
Duduk didewan terbuka plus plus ramai gila bapak woi budak sekolah saya sampai tak tertampung
dibuatnya sampaikan GPK Hem saya terpaksa memperkuatkan lagi microfone untuk didengari
oleh seluruh makhluk didewan tersebut. Mula mula bising umpama sekumpulan lalat sedang menghurung
sampah sarap yang kotor gila apa ni apa ni aku dok merapu ni ok dah. Lama kelamaan baru
keadaan kembali tenang haha lalat dah blah latuh en en sebab tu senyap selepas dimarahi. 
Wohoo kena marah dulu ye baru boleh bertenang? Hek eleh ingat ni sekolah bapak kau ke hah.
Selepas itu, barulah acara makan makan kek eh eh bukan puasa ni doo acara perasmian dijalankan
oleh pengetua seterusnya diteruskan lagi dengan nyanyian lagu kebangsaan Keranamu...Malaysia,
Tanggal Tiga Puluh Satu dan dan Jalur Gemilang. Sebelum jawab exam en, haruslah happy-go-lucky
dulu. Nanti tengah jawab stress bagai. Eloksangatlatu. Dengan bendera semua tu, wah rasa macam
happy lah sangat en walaupun jakgi nak jawab exam. Best! Best! Best!
Adik adik PMR dan akak abang upper six STPM jealous lettew en en haha tak dapat nyanyi
sama sama watlek watchill aje. 'TRIAL' tu lebih penting daripada semua ni. #Ewah konon. dulik :)
Ok disini saya teringin ternak termemang ter hm segala jenis ter lagi lah kan nak senaraikan
nama nama subjek yang telah berjaya membuatkan saya tidur tak lena mandi tak basah apabila
fikirkan eh aku ni dah bersedia ke belum nak SPM ni haa haa? Macam tak aje ni. Alahai.
Dan telah berjaya memerahkan otak saya sampai kering kontang, membuatkan kening saya berkedut
beribu riban, dan juga telah membuatkan saya mengantuk untuk menjawab paper tersebut. Ok tipu.
Meh saya listkan meh. Trial nanti more more moreeeeee kesusahan en aduh mati lah aku cemnik!


ISNIN 150811 BERSAMAAN 15RAMADHAN

Bahasa Melayu waktu paper ni jatuh ketangan saya, saya dapat lihat ada Karangan Bahagian A
yang 200-250 patah perkataan itu satu. Soalan kedua ada satu perenggan then kena jadikan
3 ayat sahaja. Soalan ketiga kesalahan tatabahasa. Sebenarnya saya expect masuk dua dua
karangan melalui seorang hamba Allah ni. Tapi yang adooo hanyalah Karangan Bahagian A yang
bertajuk "Usaha-Usaha Mengatasi Pembiakan Nyamuk Aedes". Manalah saya tahu kalau nyamuk aedes
tu nak membiak. Natang tu pun nak hidup juga. Usaha nak membiak nyamuk aedes saya taktahu,
usaha nak membiak anak saya tahu saya tahu. Ok cukup Ain cukuplah melalut. Matang sikit pleaseeeee!
Memandangkan mood saya pada pagi itu kurang memuaskan, saya berusaha juga memerah keringat
otak celah celah otak saya untuk mencari idea tentang tajuk tersebut. Agak susah sebab pada kertas
soalan itu hanya ada empat perkataan dibahagi dua berkaitan dengan usaha tersebut. Orang cakap
saya hebat dalam bab karangan, tapi saya rasa saya hebat dalam peperiksaan aje kot. Dalam kelas,
saya pemalas hah kalau tak percaya tanya bonda kelas saya. Dalam tengah proses perah memerah
isi-isi tersebut terhasil lah anak ehem bukan terhasil lah karangan bahagian A saya yang berjumlah
488 patah perkataan. Ohsem bukan? Soalan nak 200-250 sahaja tapi saya kasi 488 tamaknya saya hmm.
Saya telah di didik oleh bonda kesayangan saya supaya buat karangan bahagian A tu macam
karangan bahagian B. Memang saya tunaikan janji bonda itu. Suka tak? Suka tak bonda? Haha desperate
Secara tuntasnya, takde lah payah mana ok tak susah sangat. 99% senang 1% susah ok tak?


Bahasa Inggeris Ok jawab paper ni paling super duper membabi buta soalan hoi hoi apa ni apa ni
soalan budak umur berapa ni teacher? Essay section A dan section B. Section A tentang
"The Advantages 1 Student 1 Sports". Ok tidak dinafikan isu ni memang patut ditanya pun
memandangkan larian 1 murid 1 sukan ni baru tak sampai setahun lagi memang patut pun
ada dalam essay. Tapi yang menjadi masalahnya, waktu larian tu saya tak join pun haha.
Mana lah tahu apa kelebihan semua tu. Dan yang paling tak boleh blahnya, bagi content punya lah
apa lah agaknya maksud tu ye. Bagi content bertaraf budak Universiti wooo. Sumpah kebanyakkannya
ayat dalam content dia kasi tu tak paham maksud. Bukan saya sorang tak paham, mungkin semua
budak tingkatan lima sekolah saya tu kot. Beragak lah sikit nak kasi content susah macam nak mati
lahai bukannya kami budak pandai english pun nak paham semua segala jenis benda. Kan susah
nak elaborate kalau tak paham makna haih. Yang menyesal pun tak guna sebab dah berlalu.
Mesti teacher mawwah. Huaaaa! Yang section B punya alhamdulillah saya berjaya buat sampai
penuh mukasurat depan belakang haha first time boleh buat essay section B tu sebab biasanya
soalan dia susah gaban. Ehokkkkkk weheee.
In conclusion, soalan essay kali ni sungguh mencabar daya ingatanku. Thank you teacher muah sikit!


Pendidikan Islam Dah nama pun orang Islam nama cun cun Islam en, haruslah boleh jawab
Pendidikan Islam punya paper. Ok paper ni tak payah sangat tak senang sangat. 50-50 kot. Ok latuh
Bercampur kertas 1 dan 2 struktur bagai tu. Haha macam ekonomi campuran pulewww eww eww.
Saya harap saya boleh skor paper PI ni supaya saya tak kena perli dengan ustazah lagi.
Ok serius saya tak sanggup. Ayat ustazah menusuk kalbu sangat. Terharu saya tau.
Sampai nak menangis. Sampai aje tak nangis pun lagi. Alah budak comel mana boleh menangis en. ehem
Intihanya, saya nak sangat dapat A+ untuk Ujian kali ni. Baru ustazah bangga dapat anak murid
macam saya ewah cium pipi sikit ustazah ok dah. Muah Muahhhhh terima kasih ustazah sebab
sedarkan saya yang saya ni selalu cuai bila jawab kertas PI. Saya khilaf. Hmm

#Pada hari Isnin ni juga saya alami satu kejadian yang sama seperti ketika saya di darjah enam dahulu.
Adegan yang sungguh memalukan bagi saya yang besar gedabak nak kawen esok lusa ni.
Sangat malu. Merah padam muka saya. Semua mata tertumpu pada saya. Saya tahan muka
nak menangis. Mulut terkumat kamit tahan nak meraung. Mata jelas kelihatan berair air.
Tahap kemaluan itu sangat tidak terperi. Tak sangka adegan memalukan itu terjadi lagi.
Saya tahu dia bergurau manja dengan saya. Saya maafkan dia. Tapi saya malu awak.
Pengajaran yang saya dapat untuk hari itu ialah berhati-hati lah selalu. Malang tak berbau.
Kadang-kadang kalau orang nak bergurau dengan kita tak kena pada tempat. Jadi berhati-hati ye.
Sapa nak tahu adegan apa yang memalukan saya pada haritu? Tanya saya ok senyap-senyap sudah.



SELASA 160811 BERSAMAAN 16RAMADHAN

Science Apabila saya jawab paper ni saya rasa sungguh tenang wahh kenapa ye? Haha sebab
sehari sebelum paper ini dijawab saya telah meminta kawan saya yang super duper comel ohsem tu
ajarkan saya tajuk Motion yang pasal engine engine bagai lagi tu. Cikgu cakap masuk tajuk tu aje.
So memandangkan saya selalu berkhayal dan bertemenung ketika cikgu memasangkan slide show
untuk kami didalam lab jadi saya kurang paham akan tajuk itu. Pasai pa? Saya sebagai perempuan
tak suka belaja pasal engine engine ni hm budak lelaki suka lettew aduh. Jadi saya menyuruh
kawan sebelah saya yang bernama Fatin yang terer subjek science itu ajar saya semula sampai
saya paham. Stayback petang Isnin tu didewan terbuka dengan angin mendayu-dayu sambil
cuba memahami apa yang diterangkan dan serta merta ilmu tu masuk. Serius tak tipu.
Fatin terang sekali terus paham. Tapi kenapa cikgu ajar saya tak paham paham ye? Musykil lee.
Dan bila jawab paper science tu saya rasa seronok yang amat doo. Tak pernah saya rasa senikmat
ini menjawab paper science. Hehe. Suka lettew en en en. Semua saya jawab tanpa rasa keraguan.
Kesimpulannya, saya juga mahu kan A untuk subjek ni. kenapa tak A+? Haha A+ itu simpan dalam
poket dulu SPM nanti baru lah boleh. Kcukup latuh Ain.


Prinsip Perakaunan Mendengar sahaja ugutan daripada cikgu yang berbunyi seakan-akan begini,
"Sapa bawah 20/40 ujian kali ni. Paham-paham lah sendiri ye. Duduk bawah meja masa belajar.
Kalau taknak pastikan atas 20/40..." ehem saya terus cuak untuk menjawab. Takut kalau tak dapat
lebih daripada 20/40 tu. Tapi saya dah usaha sebaik mungkin. Masuk semua bab dari tingkatan 4 dan 5
Saya taknak lah duduk bawah meja en. Malu lah kalau adik adik tingkatan 4 nampak aduh maluww maluw
Lepas jawab bagai tu, start lah operasi semak menyemak jawapan. Soalan dia tak senang pun hmm.
Duduk satu meja kami kami serius muka check dalam buku teks PA bila jawapan betul mula
bersorak macam menang nombor ekor hahaha. Bila di check-ing semalam saya dah mencecah
15 soalan yang betul. Nak cari lagi 5 soalan aje lagi. Ada 12 soalan lagi di KIV kan sebab taktahu.
Lagi 5 pun okay datuh. Ish takut pula rasa ni hmmm. Cikgu Akaun saya garang tahu. Aummmm !
Secara tuntasnya, kalau dapat 50/100 pun okay dah. Bawah 50 markah tulah yang kena denda nanti.
Makkk aiiii takut macam nak terkencing terkentut dah ni tau. Hikhikhik PEACE!


Ekonomi Asas Setibanya kertas soalan EA sampai di meja saya. Saya meneliti seteliti litinya
soalan tersebut. "Eh eh ni macam soalan yang pernah aku buat aje dalam kelas haah sama lah..."
bermonolog. 99% soalan hampir sama. Cuma ditukar ganti hanyalah nama, graf dan sebagainya.
Sebab cikgu EA saya en suka buat ujian ujian ni. So soalan dia round round aje lah yang sama.
Dah siap boleh hafal woo jawapan dia. Hikhikhik. Nasib baik cuma ABC kalau ada kertas dua punya
soalan ish mati lah. Bermati-matian study sebelum itu. Semangat punya nak jawab paper EA.
Tajuk tingkatan lima saya agak kekok sikit ye menjawab sebab saya tak suka sikit tajuk
pasal bank bank, inflasi kemelesetan, cukai erghhhh dan sebagainya ni. Sungguh men-spoil-kan
mood saya yang tengah eksaited nak menjawab soalan itu. Kalau boleh, saya nak semua tajuk
tingkatan lima yang masuk paper tu diberikan bonus haha. Banyak cantik muka awak Ain ye? Welkk!
Saya kurang berminat sebab saya kuat bermain kalau waktu EA. Potpetpotpet dengan cikgu sebab
saya lebih ramah dengan cikgu EA saya. Cikgu EA saya paham perangai saya yang kebodohan ni. Erk?


KHAMIS 180811 BERSAMAAN 18 RAMADHAN

Mathematics Question Markkkkkkkkk?????????


Additional Mathematics Question Markkkkkkkkkkkkkkkkk???? #juga


Sejarah Pun Question Markkkkkkkkkkkkkkkkkk???????


#Harap-harap tak sesusah 2 hari yang lalu. Jangan spoilkan mood saya kerana kalian.
Lagi-lagi awak Addmaths. Macam mana lagi saya nak buat supaya saya jatuh hati dengan awak ye?
Mungkin koyak modul yang cikgu saya kasi tu lepastu lepastu gumpal gumpal lepastu rendam dalam
air 10 hari lepastu telan. Begitukah? Addmaths, tolonglah berbuat baik dengan saya.
Saya merayu. Pleaseeeee! Untuk hari khamis ni aje. Boleh en en en en? Jangan sampai saya
nak termuntah tengok awak, nanti cikgu saya mawwah. Kesian saya nanti tau awak :'(
Ok saya pula rasa nak termuntah tengok skrin monitar ni lama-lama. Kbai assalamualaikum.
#13 hari lagi. Macam tak rasa ponnnnnnn nak rayooooo. Gabra nak trial lah katakan. BOIIIII !




Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)