Entry Hidup Segan Mati Tak Mahu :)
Assalamualaikum. Ehem hari ini saya penat sangat-sangat-sangat. Sebab apa?
Rumah makcik saya buat Open House. Tapi kenapa saya penat pula? Ok saya yang tolong
semua saya buat. Sebab saya sorang aje budak perempuan yang boleh diharapkan ketika itu.
Jadi saya shoooo shooo tayed ah en. Budak perempuan lain semua dah belajar dekat luar.
So tinggal saya sorang aje yang tertinggal. Tinggal anak lelaki aje. Apa pun tak boleh.
*bila turn aku pula ni woi* Macam macam saya kena buat. Kena bangun pagi-pagi pakai
comel-comel ehem perlu ke? Lepastu lepastu saya pakai skirt kembang-kembang kaler hitam
lepastu umi saya tegur, "Eh lantai umah cik ngah tu kotor nanti, karang tak pasal-pasal skirt
awak jadi penyapu. Pakai seluar jelah..." Aduh umi ni. Potong stim betul lee. Baru nak comel-comel.
Lepastu saya menjawab, "Alah kotor nanti kita basuh yee. Lagipun seluar jean tu ketat nanti
umi marah pulak..." "Hm takpe lah. Umi kasi cadangan jeeee..." "Hm ok bos!..." *Sambil buat muka
innocent tak dengar cakap*. Actually skirt kembang saya ni agak jarang sikit dan dan saya
tak berapa selesa nak pakai tapi apa salahnya sekali sekala seksi. Wuwuwu. *seksa i tengok tau*
Lepastu dalam area 10 something tu saya pergi usha handphone sony saya kot kot ada mesej.
Ok ada mesej! Dari Sue kawan saya yang paling saya rasa tak boleh renggang dengan dia wuhu
Sue: Aen, nak tanya menda ni. Aen bz tak 16-18 ni? Ada pegi mana mana tak?
Saya: Hm taktahu ah. Tak pegi mana mana pon kot. Bakpe Sue?
Sue: Nak ikut Sue pegi KL?
Saya: Pehhhhhh, buat mende? Nak nak nak! Haha #Aku esaited kalau sebut pasal KL
Sue: Lagipun Ekonomi je last kan. Hm pegi dengan mak Sue. Tapi ada program kite
kena masuk kat sana... #Nasib baik last paper Ekonomi jeeee 20 haribulan
Lepastu dengan bersungguhnya saya call Sue, ehem lepastu dia cakap dia takmo call call bagai
mesej sudah. Heyy call lah direct terus. Manyak cekadak betul makcik comel sorang ni
*Padahal dekat sekolah boleh cakap en en en, saje galok nak call call segala. Bajet tak jumpa haha*
Then dia bagitahu ada Kem Remaja dekat sana. Wuwu. Lepastu saya fikir fikir macam syok aje
Oh tak salahkan kalau nak join program yang boleh memotivasikan diri.
Sambil sambil tu boleh release tension sekali. Saya boring/bosan tahu duduk rumah sorang sorang
hm eh bukan bosan duduk dekat rumah hm kalau ada umi saya tak bosan ah
tapi kalau takde umi, saya terpinggir seorang diri. Macam hidup segan, mati tak mahu aje tau :'(
Jadi apa kata saya ceriakan hidup/hati/otak/fikiran/minda saya dengan kem tersebut ewah.
Then dengan perasaan tak sabar sabarnya saya memberitahu umi akan hal tersebut. #Ok skema
Ehem ehem... *Sambil buat suara comel comel gittewww*
"Umi... boleh tak nanti kite nak join kem. Tapi tapi kem tu kat Shah Alam, KL hm boleh tak..."
"Haaaa? *sambil buat muka terkejut* Kem apa pulak ni? Haih."
"Ni kawan baru mesej tadi cakap. Sue alah sue yang pernah beraya umah kite tahun lepas..."
"Oh ok cuba kasi umi baca mesej tu. Mane tahu kate nak pergi kem, tuptup nak lariiii...."
*sambil pas handphone saya itu dekat umi dan senyum senyum kerang busuk kejap*
"Umi tak paham lah. Apa dia tulis ni..."
*So dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya jadi translater untuk umi. Bahasa rojak lah katakan*
"Boleh ye umi? 3hari 2malam jeeeeee! Bayar RM120 jeeeeee! Boleh ek? Boleh ek?..."
*Umi senyum. Orang tua cakap senyum tanda setuju*
"Pastikan pergi tu, jangan pergi saje saje. Manfaatkan. Dah nanti tak jumpa ah akak..."
"Ok. Sayang umi muah muah! *buat muka sweet* Alah akak tu lain kali boleh jumpa..."
*Akak saya balik Hari 1 Malaysia nanti wuwu*
".... Nanti bagitahu dekat abah tau. Duit tu nanti ah kasi ok...?"
*Dan umi pun terus angguk*
YESSSSSSSSS BINGGO! Saya menjerit sekuat perasaan. *dalam hati*
Bukan senang umi nak lepas anak dia pergi sesukahati pergi mana mana.
Tapi kalau sebab program yang melibatkan pelajaran, umi agak slow sikit peraturan tu.
Ok sayang umi saya sangat-sangat-sangat. Baru sekarang saya rasa umi sporting
dalam bab bab saya nak pergi mana mana ni. Bukan nak enjoy, tapi nak cari ilmu.
InsyaAllah kalau jadi pergi, saya janji akan manfaatkan peluang yang umi berikan ini
sebaik yang mungkin. InsyaAllah. Suka ni ehem saya teringin nak pergi tempat yang
bernama KUALA LUMPUR. *jakun* Hm bukan tak pernah pergi, tapi tak berkesempatan nak
enjoy enjoy tengok pemandangan tempat yang orang panggil 'Kuala Lumpur' itu.
Dan dan saya harap saya boleh ter-terserempak dengan 'budak itu'. InsyaAllah.
"Wahai awak yang selalu saya rindui, ketahuilah awak bahawa nama awak sentiasa
ada dalam lubuk hati saya yang paling dalam. Tak akan pernah hilang.
Sama sekali tak akan pernah pudar sebab awak sorang yang saya cinta. Percayalah..." *sedih*
Dan orang cakap cinta tak boleh dipaksa kan? Cinta itu akan datang dengan sendirinya
tanpa kita duga atau paksa. Kalau paksa perasaan cinta itu datang, tak akan pernah muncul ok!
Trust me. Dengan timbulnya perasaan sayang, cinta itu akan muncul.
Sayang tak semestinya cinta tapi cinta semestinya sayang.
Kita tak akan pernah dapat apa yang kita inginkan, tapi kita akan dapat apa yang kita perlukan.
Kalau kita mencintai orang yang kita cinta, lepaskan dia.
Kalau dia datang balik pada kita kelak, insyaAllah dia lah jodoh kita.
Cinta tak perlu dicari. Ia akan muncul apabila tiba masanya.
*Bermonolog dalam hati*
...Aku tak pernah mintak perasaan ni muncul dalam hati aku dan langsung aku tak sangka
hari demi hari perasaan ni bercambah seakan-akan disemai. Bila aku pandang muka dia,
hati aku jadi tak keruan. Lain selain lainnya. Tapi sedaya upaya aku tolak perasaan itu
jauh jauh. Aku cuba menafikan dalam hati aku tak suka dia. Aku tak mintak ada perasaan
macamni sebab dia ada pertalian darah denganku. Aku taknak! Aku taknak! Aku taknak!
Mana mungkin aku boleh terjatuh cinta dengan sepupuku sendiri walaupun disisi agama itu
langsung tidak menyalahi undang undang islam. Semakin aku cuba nafikan semua itu,
semakin dekat aku dengan dia. Semakin aku seronok berdamping dengan dia.
Dia pandai buat aku ketawa. Dia layan aku macam bukan budak 17tahun.
Aku suka. Ya, aku sangat suka. Tapi... dalam masa yang sama mana mungkin dan tak
akan pernah mungkin... Hati aku nak dibahagi dua.
Umi selalu berseloroh nanti kawen tutttt dengan tutttt lagi meriah daripada ni.....
Aku tahu umi cuma bergurau. Bukan sekali, tetapi berkali kali. Dengan orang yang serupa.
Tapi aku takut kalau kalau apa yang umi berseloroh sekarang akan terjadi 10tahun akan datang...
Insan yang aku maksudkan ini pun selalu juga berseloroh sama macam umi tu.
Aku cuma senyum dan dalam hati aku tetap nafikan nafikan nafikan. Tak mungkin walaupun
hati kecilku pernah berperasaan macamtu. Tapi kuasa Allah sapa tahu.
Jodoh pertemuan semua ditangan Allah. Kita cuma hanya mampu merancang, Allah yang tentukan.
Siapa tahu harini kita bercinta bagai nak rak dengan orang yang kita cinta,
tapi akhirnya kita berkahwin dengan orang pernah kita benci suatu masa dulu.
Sapa tahu? Sapa tahu kan? Semua itu boleh berubah dengan keizinan Allah.
Sesungguhnya perbezaan makna SAYANG dengan CINTA itu sangat jauh bagai langit dan bumi.
Sayang... dengan semua orang kita boleh sayang tanpa limit dan sempadan
Tapi Cinta... hanya seorang sebab cinta tak akan pernah selalu hadir
tapi macam mana aku nak singkirkan perasaan ni kalau selalu hadap muka dia hampir
saban hari. Perasaan tu nak lari pun tak terlari. Sumpah aku keliru dengan perasaan aku sendiri
Perasaan yang aku sendiri timbulkan. Perasaan yang aku sendiri tak sangka dan tak duga.
InsyaAllah kalau tak secara keseluruhan pun, aku akan tanganinya sedikit demi sedikit.
Sebab aku taknak jadi beban bila aku duduk dalam dewan peperiksaan nanti ambik SPM sebenar.
Aku harap kau tak perasan dengan perubahan emosi aku terhadap kau. Aku harap kau paham.
Kalau boleh, aku taknak apa yang keluarga kita pernah berseloroh itu kelak akan menjadi kenyataan.
InsyaAllah hati aku tak akan pernah surut dengan nama 'dia' sorang sahaja.
Aku pun harap dekat hati kau tu tak pernah terlintas untuk menyukai aku.
Dan apa yang aku paling harap agar apa sahaja bentuk seloroh itu hanya sekadar gurauan semata-mata.
#Harap harap dia tak buka dan baca entry jiwang siot hidup segan mati tak mahu aku ni malunya!
*Haha kenapa harini aku jadi minah jiwang pula ek ek ek? Geli mak nokssss!*
Untuk esok, Additional Mathematics paper two dan Ekonomi Asas kertas satu sedang menunggu saya
Saya harap saya boleh lulus untuk Addmaths kali ni. InsyaAllah.
Saya taknak banyak verangan, saya just nak fokus lebih ok. Bantu saya boleh?
Saya harap kalian yang sama ambik paper Addmaths dengan saya tu dapat skor ok.
Malam ni nak study seorang diri. Eceh habis tu dengan sapa lagi?
Kalau lah ada dia..... hm ah lupakan semua tu Ain.
Itu semua godaan setan nak ganggu kefokusan kau saje. Kau harus berpegang pada prinsip
Dia Boleh, Aku Lagi Boleh! Ok sayewww nark stadi larh awark awark cemua *ah rempitzzznya Ain!*
Haha kbai assalamualaikum kalian semua muah muah :)
0 orang manusia cantik:
Post a Comment