Pra-Merdeka!




Assalamualaikum. Alahai rindunya dekat blog saya ni. Serious woo. *ehem tak tipu*
Selama hm seminggu eh tak sampai pun seminggu lagi haa empat hari berturut-turut
saya berjaya menelaah buku sampai pengsan ehem haha dan berjaya membuang mood
saya untuk curi broadband dalam bilik umi hikhikhik. *senyum sambil buat muka kiut*
Ok minggu ni wa cakap lu wa punya paper manyak langsi maaa,
Semua subjek tough tough belaka dan yang pasti jaraknya dekat-dekat. Pehhhhhh,
Kena STUDY SMART no no no STUDY HARD. Nanti 'HARD' kemana otak kau kemana.
So dengan sukacitanya bahawa saya nak cakap ni hmm soalan TRIAL SPM sangat membunuh.
Tak salah dah kalau orang selalu cakap soalan trial SPM susah macam nak bunuh diri hmm.
Dan terbukti sekarang cakap orang sebelum ni betul semuanya hmm sedih lah cemnik en!
Ok termasuk hari ini saya sudah menghabiskan 9 subjek bagi matapelajaran saya ambik.
Dan dan dan next week hari Selasa cuma tinggal paper Ekonomi Asas kertas 2.
Saya tak habis fikir why why why kertas Ekonomi perlu berada terlalu jauh pada hari Selasa?
Kenapa tak hari Isnin ajeee? Kan senang settle masalah en. And now saya Pra-Merdeka!
Lebih kurang sebulan lebih lagi akanku kecapi erti 'Kemerdekaan' yang sebenar-benarnya. Jyeah!
Saya tak sabar! Saya tak sabar! Ok seriously saya batak sangat nak habis SPM cepat-cepat waduh,
Tapi kan tapi kan exam dua minggu hek eleh tak rasa pun woo woo.
Jadi, harini saya nak sharing is caring story exam yang hampir membunuh saya itu k.
Saya mulai dengan 11 September ye ye. Last week malas nak cerita ah. Dah basi dalam otak :)


#Isnin 11 September
Harini paper Ekonomi Asas 1 and and Matematik Tambahan 2. Ok kertas Ekonomi not bad lah.
Chill lah Ekonomi ajeeee kot. Ape lah sangat. Time ni budak science stream ada paper
Chemistry and budak kelas Adil ada paper Perdagangan. Jadi, tidak lah terlalu kebosanan
sangat en en. Sebelah budak science. Hm tarak can nak psssttt pssstttt.
Then lepas rehat pukul 12 bermulanya kertas Matematik Tambahan 2 yang soalan dia
pehhhhh sangat mengancam ok. Susah nak mati. Jadi saya mengambil keputusan untuk
buat apa yang saya rasa saya mampu buat ajee. Dan senang cerita apa yang saya boleh
skor supaya dapat full mark. Fiuuuu fiuuuuu. #Bila lah aku nak dapat Addmaths 100% ni ye?

#Selasa 12 September
Harini ada 3 kertas. Sepatutnya paper Akaun 1 harini tapi science 2 lagi agama 2 lagi
tak comel lah cemtu. So paper Akaun dianjakkan ke hari Rabu. Fuhhhh jadi harini cume
paper Science 1 tambah 2 dan Pendidikan Islam 2. Jadi, saya study smart lah en en en,
Buat nota ringkas seringkas ringkasnya. Then hafal. Kawan saya ramai kasi Skop Trial ni.
Apa yang buat saya tetanjat boboi sangatnya bila buka aje paper saya tu ye sebetul betulnya
serupa semua. Macam mana soalan tu boleh bocor ye? Kalau nak harapkan cikgu sekolah saya,
tak payah nak berangan lah dapat soalan bocor ye. Skop pun susah nak kasi ni kan pula
kasi soalan bocor. *berjanggut woi tunggu* Dan Alhamdulillah sangat-sangat-sangat saya
ingat apa yang saya menelaah sebelum masuk dewan tu. *senyum comel*
Orang cakap, "Jangan baca/ingat/hafal sebelum masuk dewan tu, nanti lupa semua apa yang
kita baca..." Tapi bagi saya, kaedah 'Menghafal Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan" berkesan kot.
Keistimewaan saya- saya dapat imagine apa yang saya hafal sebelum masuk dalam dewan tu.
Bila duduk senyap-senyap dalam dewan tanpa kebisingan, ayat yang baca sebelum tu
saya dapat ingat! Macam air tahu. *Ok tak tipu ye* budakakimaginasi ehokkk!
Then masa jawab agama, bonda kasi benda pengikat kertas kajang. Masa bonda lalu
nak kasi dekat saya tu bonda cakap, "Bahasa Melayu bagus!" *sambil tunjuk ibu jari*
Wa pun apa lagi senyum kerang busuk lee en. Bonda pula buat muka serious macam selalu ah.

*SKIP*

#Jumaat 14 September
Today. Saya rasa macam nak terjun bangunan sekolah saya tu aje tawu tawu. Terjun tingkat
tiga blok kelas saya tu dan ada orang tukang sambut dekat bawah ehem siapakah? Haha.
Tapi tapi tapi malangnya saya duduk dalam dewan yang sememangnya tiada tingkat pun.
Saat saya buka kertas soalan Addmaths tadi saya rasa macam nak menangis sangat dan sangat.
Dalam otak saya hanya tertumpu nak jawab paper Akaun yang lima minit selepas sebaik sahaja paper 
Addmaths tamat. Memang langsung saya tak study Addmaths woo. Bukan cuma saya sorang,
tapi hampir satu kelas sibuk menghafal formula-formula Akaun yang superb awesome itu aduh.
Then masa cikgu Addmaths saya masuk tinjau tinjau kami tengah study apa en,
tengok dari riak muka cikgu macam kecewa sikit ah kot kami sibuk dengan segala macam
formula Akaun. Addmaths tarak langsung kot budak ni study.
Nak pula soalan Addmaths tu susah gilo. Memang dua jam tu rasa lama sangat lah en en,
kematu woi muntot ewah. Dalam otak ni sibuk mengingat formula Akaun. Bagus tak bagus tak?
Sampai sampai time tengah blurrrrr tambah stuck sangat otak ni fikir Addmaths,
apa kata kita main ingat formula Akaun sat. Oloh sat jeeee! Sambil sambil menongkat dagu tu,
saya conteng conteng ingat formula Penyata Pendapatan dekat paper Addmaths tu. Bapak bagus.
Jakgi tak sempat dah nak tengok. Terus start tau. Hmm Addmaths tu dah menjadi 
tradisi turun temurun failed ok! Tapi Akaun oh takmo takmo kena cubit dengan cikgu Akaun saya.
Perit sangat. T-T Jadi, tadi Alhamdulillah syukur syukur saya dapat ingat semua formula
yang saya hafal tadi. Oh tak sia-sia usahaku. Ehem. Tapi........................
Yang saya sedih sangat-sangat-sangatnya mulai SPM tahun ni, format baru semua soalan
WAJIBUL GHUNNAH kena jawab ok. Takde pilih memilih. Tak macam sebelum ni.
Bahagian B moleh pilih bagai. Tapi tak untuk SPM sebenar dan Trial ni. Semua wajib jawab!
Tapi saya tetap tak jawab semua pun. Cerdik sangat ah saya nak ingat semua formula en en en,
Buat mana yang saya dah hafal sudah. Watchill watlek watcun ok!


Ok esok saya nak pergi Kuala Lumpur!
Nak lepaskan segala jenis macam tension yang bersarat
dalam otak ni sebelum menduduki SPM sebenar bulan november nanti.
Pergi bersama buddy saya yang cun melecun itu. -Suhaibah Mustofai
Shah Alam, here we come! 
Nanti saya update entry untuk itu ok. Tunggu tau. Lot of Lovessss! 
Kbai Assalamualaikum kum kum.






Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)