Mood saya comel today.
Assalamualaikum. Ok hari ini macam nak lompat pat pat setinggi bukit. *k ni tetiba*
Esaited sikit sebab kan sebab kan saya kan saya kan bawak kan bawak kan handphone kan
handphone kan dekat kan dekat kan sekolah ssssshhhhhhhhhhhh sebab lepas rehat tak belajar
ok kenapa tak belajar? Ahhhhhh suka hati lah kan haha.
Ok tak. Kalau tak ada sebab munasabah, tak akan sekolah saya kasi senang lenang
datang sekolah tak belajar lepastu buat bising segala hai kau ingat sekolah ni ditubuhkan
untuk kau bersuka ria bergelak ketawa bagaikah dengan sahabat handai kau sekalian? Jangan harap.
Jadi, hari ini adalah hari dimana Penilaian Kokurikulum diadakan julung-julung kalinya.
Entah sapa punya idea entah. Penilaian Kokurikulum ini diadakan bertujuan untuk
dimana semua guru penasihat haruslah menilai tahap pencapaian, penglibatan ahli
unit masing-masing. So ini untuk Sijil Koko lah kan. Yang paling-paling-paling best tahap
untanya adalah semua pelajar tingkatan lima diberi markah lebih dan diberikan sedikit
keistimewaan berbanding pelajar-pelajar lain sebab kan mereka kan nak masuk sambung
belajar mana-mana tahun depan dan semua sedia maklum bukan markah koko sangat
penting bila nak diserap di IPT nanti kan. Bak kata GPK Koko saya,
"Jangan main-main dengan sijil koko ni, nanti tak dapat masuk IPT sebab markah koko kurang
jangan pula datang sekolah dok merayu ok. Tak dilayan..."
Dan dengan ini saya begitu ambik serius akan hal tersebut. *sambil buat muka serius serius comel*
Dan dan dengan usaha gigih saya ni ewah ewah gigih lah sangat en en en,
Markah untuk KADET REMAJA SEKOLAH - 83% A *Ok yang ni nak esaited sikit boleh?*
Markah untuk KELAB PNB - 65% B *Ni nak esaited sikit sikit sudah*
Markah untuk PETANQUE - 68% B *Thanks untuk cikgu hmmm entah cikgu tak ingat nama hee*
Habis semuaaaaaa ni pukul 2.00petang dan sememangnya hari ini balik pukul 2.00petang.
Hari Rabu diberikan sedikit keistimewaan haha. Keluar aje dari kelas 1 Amanah bersama
cikgu annoying fuhhhhh lega kejap. Punya lah payah nak keluar awal sikit haih nak tunggu
juga sampai bunyi loceng. Apadehal? Mendaki tangga naik ke kelas kejap ambik
buku teks Akaun then alangkah terkejutnya saya dan kawan baik saya itu apabila
masuk kelas kami tu oppss eh mana pula hilangnya kerusi semua ni? Berderet pula tu.
Hah ada dekat kelas sebelah ghupenya oh sue jom jom kita curi kerusi kelas mereka
oh pandai ye curi curi kerusi kelas orang lepastu lepastu takmo pulangkan balik.
Awak, awak sedar tak awak awak awak ni nak SPM? Tolonglah matang sikit okay.
Then, terjadilah acara mengusung kerusi dari kelas ehem ehem ke kelas 5 Syumul.
Mentang mentanglah tak ada orang en en, giat pula aktiviti ini dijalankan. Hah lain kali
bila dah pinjam tu jangan pulangkan okay. Good dog! *sambil senyuman terukir dibibir- senyum jahat*
Turun bawah woo woo makhluk ramai balik ye hari ini. Kebiasaannya ramai lagi berpeleseran
waktu waktu begini. Aduhai. Di dewan terbuka si Apih dan si Farhan tengah menunggu
saya dan best friend forever dalam kurungan BFF saya, si comel Sue. Masuk hari ini,
sudah dua hari berturut-turut kami mengadakan study groupsssssss. Semalam belajar Maths.
Hari ini kita belajar Akaun pula ye anak-anak. Haha perut saya hari ini berkeroncong habis
minta diisi. Lapar sangat. Patut Ain kurus kering tak cukup makan ghupenya, kesian.
Selepas minta pamit dengan mereka, fiu fiu kami pun terus ke kantin. Whoooo kantin we coming!
*dalam hati aduh minta lah ada makanan, kebulur sangat dah ni*
Disebabkan dua dua mengalami keuzuran yang melampau, ok kita makan sudah. Hee
Di kantin kelihatan kerry dan mucet sedang makan. Ok saya senyum senyum dan sambil
menggosok perut yang lapar sangat-sangat-sangat dan sangat lah sangat ni.
Sue takmo makan eh bukan diet tapi saya memaksa dia teman saya makan. *jahatnya aku*
Tapi alangkah keciwa patah hati fuh macam putus cinta agaknya, bila makcik kantin cakap
" Nak nasi? Nasi dah habis lah... ". Dalam hati, " Eh bila pula orang makan duh "
Sedih lah cemnik en en en huaaaa!. Dengan lemah longlainya,
saya menuju kearah Sue yang sedang ingin membeli roti! Roti pun roti lah.
Saya pun meng-order ceh order lah sangat, " Pakcik pakcik, saya nak roti tuna satu, air tu tu tu
coklat ke strawberry tu yang hah air susu tuuuuuu " *sambil menunjuk kearah plastik air susu coklat
yang belum dibuka lagi plastiknya.* Sambil senyum kearah pakcik kantin tu, " Eh pakcik, hensem
pakcik harini hehe terima kasih pakcik! ". sambil ambik balance duit saya tadi tu tu tu,
Perut kebulur sangat ni. Ok tahan tahan. Dekat rumah melantak ok sayang. Perut perut,
sabar ye sayang. Balik karang akanku penuhkan ia. Haha kau tunggu kau tunggu
Lepak kejap dekat kerry dan mucet tadi, pun terus ke dewan terbuka sebab dekat situ
hot hot bebeh. Hah cuaca harini mak aihh panas nak mampuih,
Dekat dewan terbuka terus tuju kearah mereka si jejaka tadi tu lah. Kami study diatas
pentas dewan terbuka tu dibawah kipas fuhhhh macam kapal terbang sapsupsapsup laju
kemain lah weh. Padahal angin semulajadi dah tersedia, apadehal lagi dengan kipas buka
kuat-kuat bagai ni, kayoooo beno sekolah aku ye? Abaikan.
Duduk atas pentas tu sambil buat pembetulan Akaun. Nak tahu tak, akaun saya failed!
Aduh sedih lah cemnik. Pertama kali dalam sejarah Ain hidup diatas bumi Malaysia
yang aman damai ni, failed subjek Prinsip Perakaunan untuk Trial SPM. Mungkin kecuaian
dirinya dan mungkin juga kecuaian cikgu tercinta saya tu kedekut nak kasi markah lebih
sikit alah tu pun nak berkira sangat ke cikgu? Haih pecah rekod ni. So saya watlek watcomel
aje dalam kelas. Hah majoriti kot failed hampir separuh kelas. Tak dinafikan,
soalan Trial SPM Akaun ni sangat membunuh. Hampir hampir aje saya nak mati tau jawab alahai.
Ok start daripada tadi saya berazam dalam diri yang saya nak buat latihan manyak manyak
sampai cikgu cakap eh Ain taknak berhenti ke buat latihan tu? banyak sangat dah tu.
Sedih tu memang sedih. Wakluuuuu tak pernah failed lagi kot tapi kali ni hm tak dapat nak
membantu. Wuwu.
So kami buat-buat-buat skema jawapan tu semua. Perah otak petang-petang.
Sekejap sekejap, saya mengerling kearah handphone saya didalam beg. Hee main aum chak
aum chak mana moleh buat keluar lagi kakak pemawas dalam kurungan pengawas ada tuuuuu.
Saya tengok khusyuknya mereka buat Penyata Pendapatan dengan Kunci Kira-kira tu.
Saya? Buat lah weh. Nanti cikgu tercintoooo marah pula. Dah paham sangat perangainya.
Dah siap seimbang bagai semua tu, saya beralih arah ke latihan agama yang ustazah kasi
pagi tadi. Aduh esok ustazah nak tengok file kami. Ya Allah mana pernah wujud file semua ni.
Acano? Ok sekarang semua dah ikut jejak langkah saya. Buat latihan agama. Release tension kejap.
Lepas dah tengok kakak pemawas dalam kurungan pengawas balik, saya pun keluarkan lah
handphone tersayang saya yang bak kata orang tu, " Mak aih, banyak gila weh inbox kau. Penuh! "
Saya letak berhadapan saya. Sedang saya leka leka buat latihan agama tu, arghhhhh Apih pergi
capai handphone saya tu dan dia buat lari. Ok menjerit sakan lah kejap kan. Apa dia buka pun,
saya taktahu. Dah lah macam macam benda ada dalam tu, mati aku mati aku.
Then terjadi lah sesi kejar mengejar. Keliling makmal ict tu kami tawaf. Bapak bengang.
Budak form three yang turut study disitu pandang pelik aje.
Eh cemnik ke perangai kakak abang form five? Uhhhhh tak matured langsung. Matured kami lagi.
Sambil dia lari, sambil dia baca mesej sayaaaaaa! Sambil saya kejar, sambil dia ajuk cara mesej saya tu
Saya dibelakang ni, " Woi, agak-agak lah weh. Aku takkkkkkkk halal kau baca mesej akuuuuuuuu! "
Sampai dewan terbuka tu, Sue dengan Farhan ketawa jeeee tengok kami. Bapak bodoh kau Apih tau tak.
Dalam area pukul 4.30petang. Lepak padang pula ok. Sekali lagi handphoneku dicapai.
Ok kali ni betul betul tak perasan. Macam siot jeeee main dengan budak budak ni aduh.
Arghhhhhhh tension. Kejar eh tak jalan laju laju sambil eh cepat lah weh handphone aku tuuuuuuuu.
Apa yang buat saya malu taik kucingnya, dia ajak si Farhan sekali baca mesej yang ada dalam
handphone saya tu. Then gelak gelak ajuk ajuk segala. Eeeeeeee nasib baik tak bad mood harini.
Kalau tak, memang nahas sumbat sekor sekor dalam longkang. And lastly, lepas puas godek godek
saya punya handphone tu, baru dia pulangkan. Bila ingat ingat balik, k lawak pula rasa.
*Ada perasaan juga aku nak layan orang macamtu ye haha ok tak matang langsung ok kau ni Ain.*
Lepak kejap padang then keluar. Keluar keluar nampak Fara si comel ni diluar kawasan sekolah.
Dia baru habis kelas Biology. Woi terkejut juga sebab jarang nampak dia lalu situ.
Dia baru lepas beli jambu. Lepastu lepastu sementara tunggu abah, teman dia tunggu mama dia
dekat bustop. Upah untuk temankan dia, " Ain, nah untuk budak SPM " Fara kasi jambu shooo sweet.
Borak borak, gosip-ing, woooo cakap pasal budak koya hot lah sangat nak jeling jeling bagai
dekat adik comel saya ni hah mata juling i dont know. Cerita cerita cerita, mama dia sampai.
Padahal nak salam cemtu aje, dia siap salam cium tangan i lagi tau. Fara fara, shooo sweet!
Ok bye bye semua, saya pun pergi tunggu abah dekat tempat biasa.
K tujelah saya nak ceritanya, Panjangnya? Oh biasalah tu. Next entry on weekend.
Bai sweetheart, assalamualaikum kalian semua.
Ok shukeeeeeeeeee sangat lagu ni. Lama dah cari.
Insaf kejap hahaha :)
0 orang manusia cantik:
Post a Comment