Tiada tajuk.




Assalamualaikum kum kum. Hari ini macam biasa saya tinggal dirumah seorang sendiri.
Ehem bukan dah biasa ke duduk sorang sorang Ain? Hee hm memang lah biasa tapi tapi
k bosan sangat doo! Alangkah bestnyeeeeeee kalau rumah saya ni kan kan dekat dengan
rumah kawan kawan saya tu. Alangkah bestnye alangkah bestnye!
Tapi ehem kau mimpi ajooooo lah Ain ye. Tahun depan lagi seksa
Umi cakap nak pindah rumah so dekat sikit dengan tempat kerja umi then rumah ni
nak buat homestay. Sejauh mana kebenarannya, gua pun taktahu.
Ni just perancangan awal. Then tiba-tiba soalan ni saya tanya dekat umi,
" Umi nanti kalau kita jadi pindah kan, agak agak astro ni nak kena tinggal dekat rumah ni ke? "
" Eh tak lah. Bawak lah sekali. Tak kan nak tinggalkan kot. Membazir aje nanti bayar bulan bulan "
" Oh fuhhh nasib baik bawak sekali. Nanti boring lah takde astro kan kan kan umi "
" Dekoder atas ni nanti boleh beli baru "
" Oh so dekoder atas tu just tinggal dekat sini aje lah ek? Haha nanti orang ingat dalam rumah
ni ada astro lagi, acano? " *Dalam banyak banyak soalan, astro jugak aku tanya*
Saya hantu astro! Saya hantu astro! Haha takut tak takut tak? *annoying gila*

Jadi tadi saya bangun pukul 12! Yesssss suka hati saya lah awak. 
Eleh awak pun mesti pernah bangun lewat lewat cemnik juga kan kan kan? Hah tak pernah? Tipu!
Selagi mata saya kata jangan buka selagi takde makhluk yang mengganggu saya,
selagi tu saya akan tidur. Haha padahal bukan tidur sangat pun, tidur olok olok saje. Hee
Best sangat mimpi dapat duduk dalam Penthouse semalam, sebab tu takmo bangun. *bajet*
Then bangun lepastu lepastu perut lapar sangat so menjelajah ke dapur kejap.
Sebelum umi keluar pagi tadi, sempat umi masak gulai udang wuwu dappppp errrrrrr!
Makan kejap. Lepas makan kemas kemas rumah ok memandangkan waktu sekolah
saya jarang sangat kemas rumah so bersepahlah ia. Lepas kemas menyapu semua,
beralih keluar rumah pula. Basuh kain jemur kain semua lah saya kena buat sendiri.
Bukan nak merungut hah kalau saya merungut sekalipun, saya dapat apa? Kena buat juga kan.
Ikhlaskan hati so kerja yang dibuat pun bertambah senang ehem

Lepas gerenti semua kerja dah beres rumah pun berseri-seri ehem nak juga 
Pergi mandi! Dan semestinya tv saya kena pasang kuat kuat ahaa saya penakut sikit.
Macam macam saya fikir kalau duduk sorang sorang. Semua jiran saya tarak!
Mandi pun nak cepat ajooo. Perlu ke cerita semua ni? Haha macam tak perlu jekan. *sakai*
Mula mula saya tengok astro lepas semua cerita astro tak best tak best,
saya slowly kan volume tv dan saya mulakan menelaah novel. Wuwuwu.
Sejak saya beli novel ni tempoh hari, rasa tak sabar nak habiskan. Tapi saya sabar cool Ain
sabarkan separuh daripada iman. Baca pun nak kena cover bagai dengan umi.
Ehem umi mana tahu saya beli novel baru, kalau tak mesti marah sebab SPM dekat gila dah.
Tapi saya watlek ajoooo. Bukan baca secara berterusan, tengok keadaan lah.
Kalau ikutkan hati memang nak baca berterusan sampai habis, ok saya still sedar diri yang
saya nak SPM woo woo. Kalau ikut hati mati lah en en en.
Selain saya hantu astro, saya juga hantu novel eh kaki novel ke hantu novel? Ahhhh dua dua lah .___-
Jadi pagi tadi sampai pukul 4 tadi saya syok syok sangat baca novel ehem sampai ter-berangan
pula. Aduh Mr.F tu kenapa sweet sangat doo? Romantik sangat doo? Kenapa kenapa?
Jadi tanpa disengajakan saya berkhayal dapat lelaki macam Mr.F tu. Memang aku tak
keluar rumah kalau dapat lelaki macam tu. Wuwuwu sweet gila woi.
Tanpa disengajakan juga saya senyum sorang sorang k nasib baik saya aje dalam rumah ni.
Boleh lah berkhayal senyum lebih lebih sikit. Aduh dah lah ada Penthouse segala.

Tapi mengikut firasat saya bila baca novel tu, lelaki memang sangat-sangat-sangat ego.
Kerana ego, dia sanggup ketepikan perasaan suka/minat/cinta dia dekat perempuan.
Kalau lelaki ego, sweet k yang tu takpe. Kui kui kui.
Tapi taktahu lah lelaki fantasi dengan lelaki realiti sama ataupun tidak.
Sebab ni cuma novel. Nak tambah lagi perasa dalam novel tu, haruslah menunjukkan
adegan yang menyakitkan hati. Baru dapat tahu keberkesanan atau tidak novel tu.
Ok untuk NOVEL M.A.I.D ni saya kasi sepuluh juta bintang! Cukup tak? Kalau tak cukup, let me know haha
K saya tak sabar nak habiskan sebelum umi perasan. takutnya saya kalau umi tahu aduh. *garu kepala*

Saya jarang jumpa budak lelaki minat baca novel. Rata-rata saya tanya budak lelaki
mesti dorang kata, " Hah novel? Apa barang feeling feeling ni. Tak main lah choi " *sombongnya*
Tapi saya ada kenal budak lelaki ni terlalu obses terhadap novel ehem macam saya lah.
Mula mula dia baca sekadar suka suka then lama lama ketagih ehem macam saya lah.
Saya suka kumpul novel. So dulu dia selalu pinjam novel dengan saya. 
Saya pun selalu bagi dia pinjam. Haha bagi saya kalau lelaki suka baca novel,
ok mat jiwang. Kalau perempuan suka baca novel pula, k ni minah jiwang pula haha.
Dalam hati selalu cakap, " Kan best kalau novel novel cinta yang selalu aku baca ni macam
novel sastera yang ada dekat sekolah tu yang wajib jawab bahagian novel time exam belakang
sekali tu aduh kan best kan best... "
Kalau lah novel ni dijadikan novel wajib yang ada dekat sekolah tu, fuhhh tanpa disuruh
tanpa dipaksa saya baca sampai khatam novel tu satu hari satu malam. Then masa exam
straight aje dapat full mark semua sekali part novel. Siap boleh hafal lagi plot jalan cerita tu semua.
Tapi haha berangan lah kau Ain. Tak akan adanya novel cemtu nak ada dekat sekolah.
Seronok lah budak budak kalau macamtu, asyik berkhayal ajooo lah dalam kelas kan. *kenyit mata*

Ehem SPM pun tinggal berapa hati aje lagi ni. Lepas SPM ok nak beli novel manyak manyak
buat hiasan. Bila bosan, moleh baca. kui kui kui. Eh eh SPM apa tu? *sambil garu kepala mata keatas*
SPM, i love you tau. Nanti bila awak tiba, awak cakap dekat adik beradik awak soalan tu
janganlah susah sangat. Nanti tak pasal pasal saya terjun bangunan sebab tak dapat jawab. Ok?
Saya tak sabar dah ni nak menunggu kedatangan awak. Nanti saya tolong hamparkan
karpet merah untuk awak ye? Special untuk awak aje tau. Ingat tu .___- 




Kbai assalamualaikum. Ada masa dan waktu lagi, saya post entry
mengancam macam ni lagi ok. Haha kbai :)





Thanks for reading sayang ! I LOVE YOU laaa :)